Sabtu, 30 Mac 2013

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Perbezaan Tarikh Lahir Daftar Pengundi Papagomo Menimbulkan Syak Wasangka

Posted: 30 Mar 2013 08:16 PM PDT

[ Kenyataan Media - 23 Mac 2013 ]

KEADILAN sebelum ini telah mendedahkan bagaimana seorang individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai 2 pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis. Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.

Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR. Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:

8 April 1983 - Tarikh Lahir Papagomo dalam senaraii pengundi 099-Ampang

8 April 1983 – Tarikh lahir Papagomo dalam senarai pengundi 099-Ampang

21 Januari 1983 - Tarikh Lahir Papagomo dalam senarai pengundi 116-Wangsa Maju

21 Januari 1983 – Tarikh lahir Papagomo dalam senarai pengundi 116-Wangsa Maju

Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983. KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:

imigresen1

imigresen2

Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan? Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.

Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
23 MAC 2013


SPR AKUI PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS PENGUNDI HANTU

Posted: 30 Mar 2013 04:33 PM PDT

[KENYATAAN MEDIA - 23 MAC 2013]

SPR AKUI PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS PENGUNDI HANTU

Saya alu-alukan pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff bahawa wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.

Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.

Papagomo tidak lagi di dalam senarai daftar pemilih.

Papagomo tidak lagi di dalam senarai daftar pemilih.

 

Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.

Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.

Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.

Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.

 

 

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi

23 MAC 2013


MEMBONGKAR ISU PAPAGOMO

Posted: 29 Mar 2013 11:12 PM PDT

[Kenyataan Media - 22 Mac 2013]

PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS ADALAH PENGUNDI HANTU

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

 

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:

F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

 

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

 

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
22 MAC 2013

 

 

LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM

No Pengenalan Diri: RF 142863
Nama: Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes:B-06B-68-2011
Mahkamah:
Hakim: Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan: TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela: Samsul Sulaiman
Kesalahan: Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Negeri: Selangor
Kategori: Penjawat Awam
Majikan: Polis Di Raja Malaysia
Jawatan: Koperal
Tarikh sabitan: 06/09/2012
Pertuduhan:

Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. “

Hukuman:

“Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak”

 

 

LAMPIRAN B – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM

Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang

Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju

Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang

Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


MAKLUMAN MEDIA: Sidang media isu keselamatan negara

Posted: 30 Mar 2013 08:26 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA 

SIDANG MEDIA akan diadakan berkaitan isu KESELAMATAN NEGARA oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B. Dato’ Mahfuz Omar dan Y.B. Dato’ Johari Abdul pada:

TARIKH : 31 Mac 2013 (Ahad)
MASA : 12 pm
TEMPAT : IBU PEJABAT KEADILAN, TROPICANA

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim & Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein Ke Johor

Posted: 30 Mar 2013 01:12 AM PDT

2 April 2013 (Selasa)

1) 8.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Jalan Berlian 10, Taman Cahaya, Masai

2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Jalan Kemboja, Kg Dato' Sulaiman Menteri,
Majidee, Johor Bahru

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein

iii. YB Lim Kit Siang

iv. YB Sallehuddin Ayub

v. YB Dato' Saifuddin Nasution

vi. YB Sivarasa

vii. YBhg Idris Jauzi

viii. YBhg Jimmy Puah Wee Tse

ix. YBhg Selvakumar

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kediaman bekas Wakil Rakyat N.Sembilan cuma rumah teres setingkat

Posted: 29 Mar 2013 10:11 PM PDT


Inilah kediaman bekas Wakil Rakyat ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak sebelum beliau menjadi ADUN Paroi sehinggalah tamat 5 tahun perkhidmatan beliau sebagai ADUN Paroi pada 27 Mac 2013 yang lalu. Kediaman beliau bersama isteri dan 4 orang anak hanyalah sebuah rumah teres setingkat yang lama. Semoga PAS Negeri Sembilan dapat melahirkan lebih ramai lagi Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat.

"Dari Rakyat , Untuk Rakyat"

Sila layari web PAS Negeri Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya Umum ke 13 PAS Negeri Sembilan sila salurkan terus ke akaun berikut :

Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Ramli 013-8835185

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Roni 012-2268230