Khamis, 21 Mac 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Fail Saman Fitnah ke atas Papagomo

Posted: 20 Mar 2013 09:14 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog Papagomo selepas individu yang dikaitkan dengan Umno itu gagal memohon maaf dan menarik balik satu siri gambar lucah.

Penulis blog itu yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa foto berkenaan merupakan ramakan daripada video yang didakwa menujukkan keintiman Anwar dengan seorang lelaki.

Peguam dan naib presiden PKR N Surendran ketika memfailkan saman itu berkata notis 48 jam untuk Papagomo menarik balik dan memohon maaf atas penerbitan berkenaan telah tamat dan penulis blog tersebut mengancam untuk memuatkan video terbabit.

Peguam itu berkata Anwar juga tidak akan membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memandangkan tindakan itu sudah banyak kali dilakukan sebelum ini.

"Nampaknya agensi ini tidak akan bertindak ke atas aduan keran mereka adalah alat Umno dan BN. Memfailkan tindakan di mahkamah adalah lebih baik," katanya.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri sebagai defendan tunggal. Selain kuantum, MP Permatang Pauh itu turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Papagomo daripada mengulang semua atau menerbitkan kenyataan serupa.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

Posted: 21 Mar 2013 01:30 AM PDT

Kenyataan Media
19 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

SolidaritiAnakMuda Malaysia merakamkan terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program 'Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?' Program anjuran SAMM bersamaAngkatanPerubahan Sabah (APS) malamtaditelahdihadiriolehlebih 5,000 orang.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar danPn. SitiAminah yang kedua – duanya bekas tahanan ISA dan terlibat sendiri dalam projek kad pengenalan dibawah Dr.Mahathir yang mengagadaikan kedaulatan dengan memberikan warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabilaparti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai 'silent riot' itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan dua saksi ini benar – benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Duawakil APS Sabah iaituDatuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Tn Hj. MohamadSabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, DatukYahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Sasterawan rakyat Pak samad yang memberikan ucapan ringkas dan membacakan sajak cukup mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :

  • Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
  •  Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti
  • Projek IC menyebabkan banyak masalah , ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Janeral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC
  • Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militant/pengganas dan perlu berunding ? Kenapaberunding ? Apa isi perundingan ?Apa yang diselindungkan ? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
  • Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya keranapunya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Sekian

chegubard

DOWNLOAD MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 Mar 2013 01:26 AM PDT

FAKTA DAN KEINDAHAN ISLAM DI PULAU PINANG

Posted: 21 Mar 2013 01:22 AM PDT

























Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM DUN PAROI

Posted: 21 Mar 2013 01:06 AM PDT

Helikopter terhempas di Seremban, seorang maut

Posted: 20 Mar 2013 06:35 PM PDT




21 Mac 2013 - SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis 'field turf' bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.

Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


PR DESAK KERAJAAN BEEND DEDAH RUNDINGAN UMNO DGN SULTAN SULU

Posted: 20 Mar 2013 12:30 AM PDT

March 19, 2013 – 9:50 PM Pakatan desak kerajaan dedah rundingan Umno dengan Sultan Sulu    (Oleh Sidiqin Omar)  KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.
March 19, 2013 – 9:50 PM
Pakatan desak kerajaan dedah rundingan Umno dengan Sultan Sulu

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.

"Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab.

"Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?" kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Tegas Anwar, desakan Pakatan Rakyat bagi mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan isu keselamatan negara masih tidak dijawab kerajaan sehingga hari ini.

Merujuk kenyataan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim, Anwar berkata, kelemahan kawalan di perairan negara sangat ketara sehingga penceroboh Lahad Datu bukan sahaja bolos masuk, malah berjaya melepaskan diri.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia tidak pernah bermusuh dengan penduduk Sabah berketurunan Sulu.

"Kita tak berperang dengan mereka. Yang kita lawan adalah pengganas," kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan sekurang-kurangnya enam bekas jeneral untuk menasihat pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu keselamatan negara.

Turut hadir sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Presiden dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.