Pengikut

Nuffnang

Ahad, 10 Mac 2013

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pendatang asing merusuh di Johor, adakah Anwar akan dipersalahkan?

Posted: 09 Mar 2013 04:07 PM PST


Nampaknya pendatang asing telah mula mendatangkan masalah di Semenanjung Malaysia, bukan sahaja di Sabah. Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan dikaitkan juga dalam insiden rusuhan pendatang asing di bawah ini?

Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
10 Mac 2013

MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mereka ditumbuk dan disepak oleh 20 pekerja.

Seorang pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, mendakwa, kumpulan pekerja asing terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat kilang sebelum menarik keluar ketiga-tiga mangsa.

"Pada mulanya mereka hanya menarik pengurus dan ia disedari tiga penyelia kilang yang cuba membantu tetapi dihalang kumpulan pekerja terbabit.

"Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian daripada mereka yang berada di luar pejabat membaling batu menyebabkan banyak tingkap pecah.

"Pihak pengurusan cuba memujuk mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus tetapi tidak berjaya malah suasana menjadi semakin tegang," katanya ketika ditemui.

Difahamkan, 700 pekerja tersebut sudah melancarkan mogok sejak kelmarin tetapi pihak majikan enggan melayan tuntutan mereka.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja apabila kilang berkenaan menangguhkan pelaksanaan penetapan gaji minimum yang sepatutnya bermula Januari lalu.

Dakwa Ahmad, ekoran kejadian itu, pihak pengurusan menghubungi polis dan pekerja asing terbabit bersurai selepas diarahkan polis.

Ahmad mendakwa, pengurus dan penyelia kilang berusia lingkungan 30-an yang mengalami kecederaan di badan dan lebam di muka sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini selain turut membuat laporan polis.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan ulasan pihak pengurusan kilang gagal atas alasan mahu menyelesaikan masalah itu secara dalaman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menahan mereka yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh



Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang