Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 23 Februari 2013

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Program Jom Shopping Diteruskan Ketika Pilihan Raya

Posted: 23 Feb 2013 02:00 AM PST

PUNCAK ALAM 23 FEB : Program Jom Shopping akan terus berjalan tanpa halangan walaupun berlakunya pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Parlimen.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia diteruskan kerana dana untuk program tersebut sudah diperuntukkan.

"Sebab ia program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) walaupun hari pilihan raya pun boleh ada jika tidak ada wakil rakyat tetapi boleh dihadiri oleh pegawai kerajaan," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian selepas Program Jom Shopping Warga Emas untuk siri ke-19 bagi DUN Ijok yang diadakan di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini.

Seramai 135 orang warga emas terlibat dalam program itu yang berobjektifkan untuk memupuk semangat kemesraan antara rakyat dan pemimpin.

"Dengan cara ini kita dapat mengenali mereka dan dapat merasai kemajuan kewangan Negeri Selangor.

"Dan saya nampak penerimaan warga emas untuk program ini sangat baik," katanya.

Sementara itu, Pegawai di DUN Ijok, Abdul Rahman Moharam berkata, kira-kira lebih 2,000 warga emas di DUN Ijok sudah menyertai program Jom Shopping sejak ia dilancarkan.

"Sekurang-kurangnya ada tiga siri lagi DUN Shopping," katanya.

Ujarnya, Program Jom Shopping yang melibatkan kira-kira 300 ibu tunggal di DUN Ijok akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Siap Sedia Jika Berlaku Sabotaj Air

Posted: 23 Feb 2013 01:00 AM PST

SUNGAI BESAR, 23 FEB : Kerajaan Negeri Selangor mempunyai persediaan rapi bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj gangguan air di negeri itu.

Exco Selangor, Dr Yunus Hairi berkata, dakwaan akan berlaku gangguan air selepas pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Parlimen apabila pihak Umno-BN menggunakan isu air sebagai bahan kempen politik dalam PRU 13 ini untuk merampas Selangor.

"Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan perancangan seperti penyediaan lori-lori tangki air yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan," kata Dr Yunus.

Beliau berkata demikian semasa penerangan isu air yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini.

Tambah Dr Yunus, pemberian air percuma sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan gagasan itu membela kebajikan rakyat.

Katanya, sebelum ini pihak Umno-BN mendakwa kerajaan negeri akan muflis dalam tempoh tiga bulan dengan pemberian air percuma.

Namun hasil kecekapan pengurusan pentadbiran kewangan berhemah rizab simpanan Selangor terus meningkat sehingga RM2.5 bilion.

"Sebanyak 600juta meter padu air bersih terbuang ekoran masalah kehilangan air yang didakwa gagal tditangani dengan baik oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)," kata beliau.

Sementara itu, mantan Professor Undang-Undang UIAM, Dr Aziz Bari berkata, sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat perlu diteruskan dalam usaha untuk memastikan dasar pemberian air percuma mempunyai kesinambungan.

"Isu penstrukturan industri air di Selangor akan lebih mudah diselesaikan dengan rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat di peringkat pusat dalam Pilihanraya Umum Ke-13," kata beliau.

Kira-kira seramai 500 orang hadir dalam sesi penerangan isu air itu yang turut hadir penyelaras DUN Sungai Panjang, Fadzlin Taslimin.

Sumber: Selangorku

Saman AES Dibatalkan Sekiranya PR Tawan Putrajaya

Posted: 22 Feb 2013 02:20 AM PST

KLANG, 22 FEB: Semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihan raya yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang diadakan pada minggu lepas.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, saman tersebut dibatalkan bukan sahaja kerana ia membebankan rakyat, malah syarikat pengendali sistem tersebut juga dimiliki individu tertentu dalam Umno.

"Satu saman RM300. 400,000 saman sudah ada berapa bilion ringgit? Siapa dapat? Syarikat orang Umno dapat. Siapa bayar? Kita bayar. Dua saman RM600, habis duit BR1M RM500.

"Dahulu kita kata tangguhkan perlaksanaan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR minggu lalu, PKR, PAS dan DAP sudah ambil keputusan, kita ambil alih Putra Jaya semua saman AES dibatalkan," kata Anwar dihadapan hampir 7,000 hadirin yang membanjiri tapak ceramah di Taman Rakyat di Seri Andalas di sini.

AES merupakan sistem penguatkuasaan automatik yang menyaman pemandu yang memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun projek swasta bernilai RM700 juta yang dimulakan pada bulan September tahun lalu itu mendapat bantahan orang ramai kerana dikatakan mempunyai sistem tidak cekap sehingga menyebabkan pemandu yang tidak memandu laju turut dikenakan saman.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'aad Khuzaimi sebelum ini, AES diwujudkan semata-mata bertujuan menghalalkan niat busuk Umno-BN mendapatkan keuntungan secara mudah kepada kroni-kroni mereka.

Pada 18 Disember lalu, beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya memutuskan melepaskan tanpa membebaskan semua orang kena saman (OKS) bagi kes AES.

Keputusan itu diambil apabila mendapat bantahan awal dari peguam JUHAM dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berikutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyalahi undang-undang dengan menjalankan pendakwaan tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Sumber: Selangorku

Isu Air : Pertembungan Buku Dengan Ruas

Posted: 22 Feb 2013 02:00 AM PST

PANDAN INDAH, 22 FEB: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin memaklumkan langkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan usaha pengambilalihan ini meskipun dipertikaikan beberapa pimpinan Umno-BN disifatkan sebagai pertembungan 'buku dengan ruas'.

Jelas Faekah lagi, Menteri Besar memaklumkan kepada beliau langkah pengambilalihan air ini bukan gimik politik tetapi ia lebih besar daripada pengambilalihan saham Guthrie pada tahun 1981.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini rakyat perlu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang dan menguasai Putrajaya bagi memudahkan urusan pengambilalihan air daripada syarikat konsesi yang masih berdegil untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

"Ini kerana, Kerajaan Pusat, saham emas (golden share) berjumlah satu peratus boleh digunakan secara mutlak bagi mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima tawaran yang dikemukakan Kerajaan Selangor bagi membolehkan pengambilalihan operasi pengurusan air di Lembah Klang dan Selangor dilakukan," katanya pada Forum Air Selangor di Pandan Indah.

Tambahnya, jika syarikat konsesi menolak tawaran ia bukan lagi diklasifikasikan sebagai transaksi perniagaan tetapi sudah dipolitikkan, maka Kerajaan Selangor akan bertindak balas secara politik.

Menurutnya, Kerajaan Selangor hanya akan menawarkan harga pengambilalihan pada kadar jumlah potongan 50 peratus daripada harga sekarang sekiranya syarikat konsesi masih berkeras dan menolak tawaran harga yang dikemukakan.

"Bubarlah dewan (Dewan Negeri Selangor), bubarlah Parlimen, air milik anda (rakyat) dan kita ambil.

"Dan kalau mereka (syarikat konsesi) tolak, sekarang kita tawarkan RM9.65 bilion. Kita (kekal) perintah Selangor, kita dapat Putrajaya, kita akan tawarkan tidak lebih daripada RM5 bilion. Itu pelan kita," katanya

Jelasnya, dengan tawaran bernilai RM9.65 bilion yang diumumkan oleh Abdul Khalid pada pertengahan minggu ini, syarikat konsesi tidak boleh menolak harga yang ditawarkan melainkan mengemukakan bantahan harga tawaran bagi proses timbang tara harga seperti yang termaktub dalam perjanjian penswastaan air 2004.

Tawaran itu akan memberi pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti kepada syarikat-syarikat tersebut dan merupakan usaha terkini Kerajaan Negeri untuk menstruktur semula industri air supaya menjadi lebih cekap.

Pada ketika ini, operasi air terawat dikendalikan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Ucapan Tok Guru Nik Aziz BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL

Posted: 22 Feb 2013 07:34 PM PST

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


Jom ke Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Sgr @ 24Feb Ahad 8.30pg ~ 1tgh

Posted: 22 Feb 2013 09:12 PM PST

Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor

Tempat: Dewan Komuniti Serendah

Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Waktu: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari

Pelbagai acara menarik yang disediakan menanti anda.

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH PERDANA

Posted: 22 Feb 2013 11:57 PM PST


Guna duit BR1M beli dadah

Posted: 22 Feb 2013 11:56 PM PST


23 Februari 2013

KULIM - Dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam.

Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.
"Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing. Mereka didapati positif dadah," katanya.

Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum.

"Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1)," katanya.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang