Jumaat, 11 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Laporan Langsung Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2012

Posted: 11 Jan 2013 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Pihak Penganjur menetapkan lapan tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan peserta menuju ke Stadium Merdeka.

Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.

Nombor telefon untuk bantuan guaman:

Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
(Brickfileds) Nalini: 019-3758912
(Masjid Negara) Syukri: 019-8013149
(Jalan Sultan) Kar Fai: 016-3832323
(Central Market) Maisarah: 012-2187476
(Masjid Universiti Malaya) Theva: 013-3845740

Hotline Bilik Gerakan Peguam PAS
1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

Sumber Laporan Langsung dibawah adalah dari HarakahDaily , TheMalaysianInsider , SelangorKu , MalaysiaKini

Laporan langsung:

3.00 pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.

Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".

Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.

"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.

"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.

2.57 pm - Wakil NGO R Kelantan memberi ucapan menuntut Royalti Kelantan.

2.55 pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.

2.52 pm - Wilfred Bumburing berucap beliau berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

2.51 pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.

2.45 pm - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba di stadium.

2.40 pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31 pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30 pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.

2.25 pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.

Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.
2.15 pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.10 pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.
2.08 pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54 pm: [Stadium Merdeka] - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

1.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka puluhan ribu sudah berada di sini. Himpunan rasmi akan berlaku sedikit masa lagi. Menunggu kepimpinan utama tiba.






[Stadium Merdeka] - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.40 pm - [Stadium Merdeka] Kumpulan Kelab Sultan Sulaiman tiba di Stadium Merdeka.

1.35 pm - [Stadium Merdeka] Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.


1.34 pm: [Jalan Petaling/Jalan Maharajalela] - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

1.20 pm - [Jalan Hang Tuah] Kumpulan peserta bersolat Zohor di Masjid Al-Bukhari. Suasana masjid seperti solat jumaat.


1.17 pm: [Jalan Sultan] - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan. NGO muafakat memberi ucapan.


Aktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.

1.15 pm - [KLCC] Kumpulan dari KLCC tiba di Pudu. Mereka kini menuju ke Stadium Merdeka.


1.11 pm - [Dang Wangi] - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00 pm - [Jalan Tun Perak] - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

Sementara itu di KLCC pula, naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.

"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.

Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.


 12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.


12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm




[Masjid Negara] - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang.

12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.

12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.



12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan.


[LRT PWTC] - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.

Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.

"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.

Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.

12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.

12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium. 

12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.


 [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.



12.12 pm - [Jalan Ampang] - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.
Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.

12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta di sini.



12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.




[Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.



12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.

11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.

11.50 am- [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita.


11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.


11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 

11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.


11:30am - [Masjid Negara] - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.



11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.



11.15 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.


11.10 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.



11.05 am - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.


[Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.


11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.



10.55am: [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

[Masjid Al-Rahman] - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.

Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.






10.50 am - [KLCC] Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.



10.47 am: [Jalan Sultan] - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

Sementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.

10:45am [Stadium Merdeka] Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.


 Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

[Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.





10:40am - [Jalan Thambipillay 4, Brickfields] - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.


10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.


[KLCC] - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.


10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.




10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.


10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

Sementara itu di Jalan Sultan, sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangnam dengan iringan lagu popular Korea itu yang diubah dengan lirik anti-Lynas.

Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.


Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

9.55 am - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.

Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.




9.45am: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.




 Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC. Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.

9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.

9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.


9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.

9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.


9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.

8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.


8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.

8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.


 7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elektronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.
7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.


 7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.


6.30 am - Selesai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.




6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR beragama Islam memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.