Isnin, 7 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Himpunan Kebangkitan Rakyat, Selangor Mobilasi 300,000 Peserta

Posted: 07 Jan 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA, 7 JAN : Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggemblengkan 300,000 penyokong sebagai usaha untuk menghimpunkan sejuta rakyat di Kuala Lumpur pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini,

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, PR Selangor sentiasa komited terhadap usaha menggembleng suara rakyat bagi menyatakan pendirian berhubung isu pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.

Justeru katanya, himpunan yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka itu nanti merupakan wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap pentadbiran Kerajaan Umno-BN.

"Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini yang bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Dr Rani turut menggesa agar peserta bergerak ke Kuala Lumpur sehari awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Sementara itu, Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor mengesahkan sehingga kini, tiada respon daripada polis mahupun pihak Stadium Merdeka berhubung kebenaran untuk mengadakan himpunan tersebut.

Bagaimanapun tegasnya, himpunan itu akan tetap dijalankan seperti yang dirancang di kawasan stadium walaupun tiada maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Sebelum ini Perdana Menteri pernah beritahu sekiranya ingin mengadakan himpunan, kita boleh menggunakan stadium.

"Tetapi apabila kita sudah buat permohonan, tiada maklum balas yang diberi. Kita ingin lakukan secara aman, tetapi ia sering dijadikan provokasi oleh sesetengah pihak," katanya.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Sumber: Selangorku

Tanah di Bukit Raja Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan Komersil

Posted: 06 Jan 2013 02:00 AM PST

BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.

"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Sumber: Selangorku

Umno-BN 50 Tahun = Lima Sekolah Agama, PR Selangor Lima Tahun = Lima Sekolah Agama

Posted: 06 Jan 2013 01:30 AM PST

BANGI, 6 JAN : Hanya dalam tempoh empat tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya membina lima buah sekolah rendah agama (SRA) di Bangi berbanding Kerajaan Umno-BN yang mengambil 50 tahun untuk membina jumlah sekolah yang sama.

Terbaru, sebuah SRA empat tingkat sedang dalam proses pembinaan di Kampung Sungai Tangkas, di sini dengan menggunakan peruntukan sejumlah RM 2.5 juta daripada Kerajaan Negeri.

Sekolah tersebut merupakan yang ke-lima dibina selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor bermula pada Mac 2008.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata, bangunan sekolah terbaru itu terletak di atas tanah dua ekar. Projek itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri pada September 2011 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

Menurutnya, ia mampu menampung lebih ramai murid di kawasan Bangi untuk mendalami pendidikan Islam dengan lebih baik dan teratur.

"Kelulusan untuk membina SRA di Sungai Tangkas amat cepat. Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ketua kampung diarah untuk mencari tapak.

"Sekolah ini terdiri daripada dua bangunan empat tingkat yang dilengkapi 30 buah kelas dan sebuah kantin.

"Ia mampu menampung keperluan penduduk di kawasan ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan islam.

"Di Dun Bangi sahaja ada sepuluh buah sekolah. Lima daripadanya dibina semasa pemerintahan Datuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya semasa memberi ucapan sempena Program Mesra Rakyat dan Kenduri Kesyukuran di Kampung Sungai Tangkas, di sini tengah hari tadi.

Program itu turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Serdang, Teo Nie Ching, MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pembinaan SRA di kawasan itu akan memudahkan penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan terus memantau projek pembinaan sekolah itu bagi memastikan ia siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Sumber: Selangorku

MB: Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pengguna Saman Syabas

Posted: 06 Jan 2013 01:00 AM PST

KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri  Selangor mengalu-alukan tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika  Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.

"Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato' Menteri Besar di Ijok di sini.

Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air  masih  milik Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan.

Sebelum ini,kira-kira lebih 100,000 pengguna terjejas gangguan air ekoran kerosakan di dua rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

Menurut laporan media ramai warga peniaga dan pemilik hotel yang mengalami kerugian ekoran kejadian gangguan bekalan air itu.

Sementara itu, isteri Menteri Besar Puan Sri Salbiah Tunut  berkesempatan memberi sumbangan beg sekolah kepada orang beberapa kanak-kanak di sekitar kawasan Ijok.

Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: PUISI MENAMBAT HATI RAKYAT K.KRAU, BEKAS JENERAL T...

Posted: 07 Jan 2013 10:08 PM PST

Laman Rasmi: PUISI MENAMBAT HATI RAKYAT K.KRAU, BEKAS JENERAL T...: Berbagai usaha dan program telah diatur oleh KEADILAN K.Krau untuk terus mendampingi masyarakat setempat tidak kira dari apa jua lapisan ma...

Kedahkini: Panas ! Patutlah Depa Cantas Mencantas Nak Jadi ke...

Posted: 07 Jan 2013 09:51 PM PST

Kedahkini: Panas ! Patutlah Depa Cantas Mencantas Nak Jadi ke...: Projek PUSPAHANAS milik  Ketua UMNO Selangor  Patut le dalam wanita umno mereka berebut nak jadi ketua wanita dari pemerhatia...

KOBAT: BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH J...

Posted: 07 Jan 2013 11:18 AM PST

KOBAT: BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH J...: Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd ("Astacanggih") dan Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") berjumlah RM160 juta...

KOBAT: KOBAT MELANGKAH SETAPAK LAGI MEWUJUDKAN STESYEN RA...

Posted: 07 Jan 2013 11:17 AM PST

KOBAT: KOBAT MELANGKAH SETAPAK LAGI MEWUJUDKAN STESYEN RA...: KOBAT cuba melangkah sedikit demi sedikit di atas kemampuan dan ihsan rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang benar-benar mahu melihat neg...

KOBAT: MALAM INI (05 JAN), WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DI...

Posted: 07 Jan 2013 11:17 AM PST

KOBAT: MALAM INI (05 JAN), WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DI...:   Malam ini (05 Jan 2013-Sabtu), kami menjemput warga tentera dan bekas-bekas tentera sekitar kawasan Temerloh, Mentakab dan K.Krau khu...

Laman Rasmi: PUISI MENAMBAT HATI RAKYAT K.KRAU, BEKAS JENERAL T...

Posted: 07 Jan 2013 10:42 AM PST

Laman Rasmi: PUISI MENAMBAT HATI RAKYAT K.KRAU, BEKAS JENERAL T...: Berbagai usaha dan program telah diatur oleh KEADILAN K.Krau untuk terus mendampingi masyarakat setempat tidak kira dari apa jua lapisan ma...

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Blog “Suara Pakatan Rakyat” Bukan Blog Pakatan Rakyat

Posted: 07 Jan 2013 03:42 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat Marudi Sarawak 06/01/2013

Posted: 07 Jan 2013 03:37 AM PST


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Majlis Ramah Mesra DUN Chembong

Posted: 06 Jan 2013 07:42 PM PST



Majlis Ramah Mesra Anak Muda & Anak Perantau Rembau
bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Chembong.

Tarikh : 28 Januari 2013 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Restoran Pinggiran Corner,Pinggiran Pedas ( bersebelahan Kolej Komuniti Rembau

Pimpinan :
* YB. Mohd Taufek Abd Ghani ( ADUN PAROI & Pesuruhjaya PAS NS )
* Dr. Rosli Yaakop ( MTD PAS Chembong & Timb. Pesuruhjaya PAS NS )

Anjuran : MTD PAS DUN Chembong
Hubungi : Ustaz. Nazri - 0196823159

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


RUBBISH DUMPING AT PJS10 CAUSING HEALTH ISSUES

Posted: 06 Jan 2013 09:41 AM PST

It is reported in Sin Chew that there have been complains about rubbish and cleanliness issues in PJS10, beside Kayagan Apartment. I wish to inform the public that we have highlighted this issue on more than one occasion. In principal we have agreed with residents request to relocate the rubbish dump site to another site [...]

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 12:57 AM PST

semua yang akan turun sila ambil perhatian untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur sila jangan buat ganguan jalan sila jangan jamkan jalan raya perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga PANTAI TIMUR - dari pantai timur - dari kelantan - [...]