Khamis, 28 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pemberian Tanah kepada Pertubuhan Hospis Klang Untuk Pembinaan Pusat Penjagaan Paliatif

Posted: 28 Feb 2013 06:59 AM PST

Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini telah menyerahkan sebidang tanah berukuran 1 ekar yang terletak di Bandar Parklands, Klang kepada Pertubuhan Hospis Klang bagi tujuan mendirikan Pusat Penjagaan Paliatif untuk rawatan susulan pesakit luar.

Pertubuhan Hospis adalah berkepakaran dalam program rawatan perubatan dan emosi untuk pesakit-pesakit yang telah tenat akibat menghidapi penyakit-penyakit kritikal yang membawa maut seperti kanser peringkat akhir. Pertubuhan Hospis Klang telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pengurusan dan rawatan pesakit-pesakit ini. Semua rawatan yang diberi kepada orang awam adalah percuma, oleh itu Hospice bergantung kepada "public donations" untuk menanggung kos aktiviti mereka.

Setelah meneliti kepentingan mewujudkan pusat jagaan ini kepada orang ramai terutamanya pesakit, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pemberian tanah di Bandar Parklands, Klang. Dengan pemberian tanah untuk pembinaan Pusat Penjagaan Paliatif yang berada di lokasi strategik berhampiran laluan utama, akan memudahkan urusan perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Geran tanah telah diberikan dan Pusat Penjagaan Paliatif ini dijangka siap pembinaannya dalam tempoh dua tahun.

Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga mengharapkan bahawa Kerajaan Persekutuan/  Kementerian Kesihatan Malaysia lebih mengambil berat tentang beban kos aktiviti-aktiviti Persatuan-Persatuan Hospice di seluruh Malaysia, di mana kebanyakkan adalah  pertubuhan "non-profit". Ia sepatutnya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Penjagaan Paliatif "palliative care" boleh diperolehi oleh semua lapisan masyarakat.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor






Syarikat Konsesi Beri Respon Positif Terhadap Tawaran Kerajaan Negeri

Posted: 28 Feb 2013 01:59 AM PST

SHAH ALAM, 28 FEB : Empat syarikat konsesi yang mengurus industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula memberi respon positif terhadap tawaran RM9.65 bilion oleh Kerajaan Negeri bagi mengambil alih operasi mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, keempat-empat syarikat konsesi itu telah memberi surat maklumbalas kepada Kerajaan Negeri dan ia disifatkan sebagai satu petanda baik terhadap urusan pengambilalihan industri air di Selangor.

Bagaimanapun katanya, pengumuman rasmi berhubung perkara itu hanya akan dimaklumkan lebih lanjut mulai esok.

"Selama ini Kerajaan Pusat menganggap semua syarikat konsesi akan menolak tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, tetapi apa yang terjadi kini sebaliknya.

"Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada syarikat konsesi berkenaan untuk memberi penerangan lanjut berhubung proses pengambil alihan ini, di mana ia akan dijalankan secara berperingkat.

"Ia sekaligus menunjukkan Kerajaan Negeri tahu apa yang dilakukan demi kepentingan rakyat, ini pertama kali syarikat konsesi memberi respon kepada Kerajaan Negeri.

"Ia satu petanda baik," katanya kepada TVSelangor dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya di Bangunan SUK, pagi tadi.

Tambahnya, sekiranya keempat-empat syarikat konsesi itu menerima tawaran Kerajaan Negeri, maka Kerajaan Pusat tidak mempunyai sebarang alasan untuk menentang keputusan Kerajaan Negeri mengambil alih operasi air.

Beliau turut mengulangi pendirian untuk terus mempertahankan hak air demi kepentingan rakyat dan memastikan pengguna mendapat bekalan air yang berterusan dan pada harga yang berpatutan.

"Kalaulah Pakatan Rakyat (PR) tidak menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), tarif air di negeri Selangor sudah meningkat hampir 70 peratus dan kalau negeri ini masih ditadbir Umno-BN, saya percaya Menteri Besarnya tidak akan berani langsung menahan kenaikan air.

"Tetapi di bawah Kerajaan PR, kita sudah tunaikan janji untuk tidak menaikkan tarif air," katanya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan tawaran RM 9.65 bilion kepada empat syarikat konsensi untuk ambilalih operasi mereka.

Empat syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Tawaran itu memberi pulangan yang lebih kepada pemegang ekuiti empat-empat syarikat tersebut berbanding pulangan pada masa kini yang hanya enam peratus setahun.

Sekiranya tawaran tersebut diterima, Kerajaan Negeri akan mengurus seluruh sistem bekalan air terawat yang selama ini dilanda masalah air hilang yang agak tiggi, gangguan bekalan dan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Sumber: Selangorku

JKM Diselar Arah Penerima Bantuan Ambil Wang dari Pejabat UMNO

Posted: 27 Feb 2013 08:33 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Shah Alam kerana mengarahkan penerima-penerima bantuan mengambil pembayaran bulanan mereka di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam pada hari ini.

Dikhabarkan majlis penyerahan bayaran tersebut pula disampaikan oleh Dato' Haji Ahmad Nawawi Dato' M.Zin, Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Kebiasaannya bayaran bulanan tersebut dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan nasional (BSN) penerima bantuan.

Ini jelas menunjukkan bahawa JKM sebuah agensi kerajaan pusat telah diperalatkan oleh UMNO/BN untuk meraih undi dari kalangan penerima bantuan tersebut menjelang PRU yang semakin hampir.

JKM sepatutnya berlaku adil dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.

Sebelum penyampaian bayaran tersebut mereka telah diberi "taklimat" oleh beberapa orang pemimpin UMNO untuk menyokong BN dalam PRU yang akan datang.

Lebih 100 orang telah hadir ke pejabat UMNO tersebut untuk mendapatkan bayaran tersebut.

Dilampirkan salinan surat pekeliling JKM Daerah Shah Alam bertarikh 13 Februari, 2013

YB Dr. Xavier Jaykumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Skim Air Percuma Jimat Penggunaan Air

Posted: 27 Feb 2013 08:26 PM PST

SHAH ALAM : Penggunaan air di seluruh Selangor telah menurun sejak Pakatan Rakyat melaksanakan skim 20 metre padu air percuma.

Selain itu, lebih 1.3 juta keluarga setahun telah menjimat RM 1,200 sejak lebih empat tahun skim itu dijalankan.

Manakala bagi segelintir pengguna yang masih tidak mendapat skim air percuma, mereka telah menjimatkan sebanyak RM 875 dalam lima tahun. Ini selepas Kerajaan Selangor menyekat kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Perangkaan tersebut dibuat berdasarkan tarif 20 metre padu air sebulan yang berjumlah RM 11.40.

Sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mentadbir Selangor dan Syabas dibenarkan menaikkan tarif air, kos air untuk satu isi rumah mulai Januari 2013 adalah RM 18.80 sebulan untuk 20 meter padu.

Selain menjimatkan wang pengguna, skim tersebut telah menyebabkan penjimatan penggunaan air di seluruh Selangor sejak 2007, menurut satu Laporan Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor baru-baru ini.

Jawatankuasa itu mendapati daripada tahap penggunaan sebanyak 35 metre padu untuk satu sambungan pada 2007, penggunaan air telah menurun sebanyak 32.8 metre padu untuk setiap sambungan pada 2011.

Setiap sambungan merujuk kepada bekalan air bermeter yang disambungkan ke premis pengguna domestik.

Penurunan penggunaan sebanyak 2.2 metre padu sebulan itu telah menyangkal kritikan sebelum ini bahawa skim air percuma akan membawa kepada pembaziran.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Charles Santiago, skim tersebut telah mengajar rakyat Selangor untuk berjimat dalam mengguna air kerana tidak mahu membayar bil air RM 11.40 sebulan.

"Biasanya kita menganggap bahawa kalau sesuatu itu diberi secara percuma, ia akan menyebabkan pembaziran. Tetapi sebaliknya berlaku di dalam kes skim air percuma.

"Pengguna yang mendapat 20 metre padu setiap bulan akan berusaha untuk berjimat cermat supaya tidak membazirkan bekalan air dan mereka tidak payah bayar bil air.

"Ini satu lagi pencapaian bagi Kerajaan Selangor," kata Charles yang juga pengerak Gabungan Menentang Penswastaan Air.

Laporan jawatankuasa itu digubal menggunakan data Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2009, 2011 dan 2012 yang diperakui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut data MWIG pada tahun 2008, penggunaan per sambungan sebulan adalah 34.8 meter padu berbanding dengan 2007 iaitu 35 metre padu.

Selepas 2008 trend menunjukkan penurunan kepada 34.5 meter padu (2009), 34.0m.padu (2010) dan 32.8m.padu (2011).

Sumber: Selangorku

RM 6 bilion Untuk Beri Pendidikan Percuma

Posted: 27 Feb 2013 08:24 PM PST

PETALING JAYA, 27 FEB: Kos pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) di dalam Manifesto Rakyat dianggarkan berjumlah RM 6 bilion setahun untuk dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjelaskan, jumlah ini turut membabitkan tawaran PR untuk membatalkan hutan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditanggung graduan lepasan pengajian tinggi.

Menurutnya, RM 600 juta setahun diperlukan sebagai peruntukkan tambahan bagi menampung 10 peratus kos di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Setakat ini, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM7.5 bilion setiap tahun bagi menanggung 90 peratus kos di IPTA

"Kalau kita ingin beri yuran percuma kita kena tambah dalam RM600 juta tambahan.

"Pemberian biasiswa kepada pelajar lebih rendah daripada pampasan-pampasan yang kita berikan kepada kroni,"

"Misalnya satu pampasan yang dimaafkan adalah hutang Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM650 juta yang boleh memberikan yuran percuma kepada pelajar IPTA," katanya.

Manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 Februari mensasarkan pemberian pendidikan percuma sehingga tahap universiti.

Rafizi berkata jumlah RM 6 bilion itu merangkumi RM 2.5 bilion untuk pemberian elaun sara hidup sebanyak RM5,000 setahun untuk 500,000 orang pelajar.

Selain itu, Rafizi menjelaskan, kos anggaran sebanyak RM 2 bilion diperlukan untuk mengambil alih hutang PTPTN setelah dihapuskan dan dibayar secara ansuran selama 20 tahun.

Sementara RM 900 juta setahun diperlukan untuk tabung IPTS sebagai subsidi yuran dan penjaman sara hidup.

Dalam pada itu, Rafizi membidas kenyataan pimpinan Umno-BN yang memutar belit fakta dengan menyatakan pengurangan harga kereta sebanyak 20 peratus akan mengakibatkan negara kerugian RM 7 bilion.

"Pakatan tidak pernah cakap akan (lakukan) penurunan (harga kereta) sekaligus. Tetapi berperingkat 20 peratus setiap tahun supaya ada imbangan harga kereta baru dan terpakai," tegasnya.

Kesan kehilangan cukai eksais akibat pengurangan harga kereta mengikut perkiraan Jawatankuasa Manifesto Rakyat untuk tahun 2013 bernilai RM 1.4 juta.

Kos kehilangan ini boleh ditampung melalui pendapatan tambahan menjualan AP yang dilelong bagi kereta-kereta mewah.

Sumber: Selangorku

Rombak Struktur Ekonomi Akan Biayai Dasar PR

Posted: 27 Feb 2013 08:20 PM PST

PETALING JAYA, 27 FEB: Perubahan struktur ekonomi seperti merombak monopoli dan mengadakan tender terbuka bagi kontrak Kerajaan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) akan menghasilkan dana bagi melakasanakan dasar di dalam manifesto PR.

Ahli Jawatankuasa Pembentangan Manifesto Rakyat, Rafizi Ramli menjelaskan, pembiayaan dasar dan inisiatif seperti menurunkan harga kereta, membiayai pendidikan percuma dan bonus warga emas bersandarkan tiga sumber kewangan.

Iaitu penjimatan perbelanjaan dengan membenteras rasuah dan perbelanjaan berhemah, menyusun keutamaan perbelanjaan selain pendapatan daripada peningkatan hasil pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Rafizi berkata secara keseluruhan, kos anggaran sebanyak RM 45.75 bilion diperlukan bagi melaksanakan program ekonomi di dalam manifesto PR.

Manakala sekiranya PR dapat memerintah dan melakukan penjimatan dalam projek kerjaraya seperti yang dilakukan Kerajaan PR Selangor, ia akan menambah RM 49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiayai program PR.

Rafizi berkata Selangor dapat menjimatkan RM 10.4 juta atau 24 peratus daripada belanja perolehan untuk projek kerjarayanya.

Sekiranya PR memerintah Putrajaya dan melakukan perkara yang sama terhadap belanja perolehan Kerajaan Persekutuan, ia dapat menjimatkan RM 49.5 bilion.

Jumlah perolehan Kerajaan Persekutuan pada 2013 adalah RM 206.4 bilion.

"Penyusunan keutamaan perbelanjaan boleh dibuat antaranya melalui semakan semula rasianalisasi subsidi kepada IPP, rundingan semula monopoli dan pampasan.

"Selain mengalihkan perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan sektor kurang keutamaan," kata Rafizi di dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

PR telah melancarkan manifesto pilihanrayanya pada 25 Februari yang bertajuk Manifesto Rakyat.

Beliau berkata jika pertumbuhan ekonomi mencecah tujuh peratus setiap tahun, Keuntungan Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak RM 20 bilion setiap tahun.

"Kutipan cukai tambahan pada nisbah purata 20 peratus menterjemahkan pendapatan tambahan RM 4 bilion setahun," katanya.

Selain itu, perlaksanaan tender terbuka mampu mewujudkan persaingan lebih luas dan penjualan AP kenderaan akan menambah aliran kewangan negara, katanya.

"Setiap program telah dikira anggaran berdasarkan aliran tunai tahunan.

"Angka yang tepat penting bagi tujuan diskusi yang bermakna bukan angka menakutkan rakyat," ujarnya lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Pusat Sabotaj Pengambilalihan Air Selangor

Posted: 27 Feb 2013 08:18 PM PST

BANTING 27 FEB: Kerajaan Pusat didakwa bersetuju meluluskan pengambilalihan pengurusan air di Selangor tetapi mengkhianatinya apabila Pakatan Rakyat (PR) di berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008 lalu.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa Kerajaan Pusat dalam satu mesyuarat pada Februari 2008 bersetuju memberikan hak pengurusan air di Selangor yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

"Umno dan Kerajaan BN sendiri sabotaj keputusan yang dipersetujui sebab PR yang perintah, bukan orang dia.

"Mereka berniat jahat, 'it was their decision', tetapi tak mahu teruskan sebab niat jahat politik," katanya pada Forum Air di Dewan Sri Jugra, Banting, malam tadi.

Dakwanya, tindakan Kerajaan Pusat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian isu air ini bagi menyekat Kerajaan Negeri daripada terus memberikan 20 meter padu air percuma kepada lebih lima juta penduduk di Selangor.

"Ini semua propaganda BN dengan menjadikan isu krisis ketiadaan air, isunya adalah Kerajaan Negeri mahu ambil syarikat konsesi untuk kembalikan kepada rakyat," katanya dihadapan hampir 400 orang yang hadir.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk yang hadir ke forum itu memahami kesungguhan Kerajaan Negeri dalam usaha mengambil alih pengurusan air daripada Syabas.

Muniandy Muthusamy, 52, berpendapat Selangor sebenarnya tidak menghadapi krisis air tetapi lebih kepada campur tangan parti politik yang berniat jahat untuk menyekat usaha Kerajaan Negeri itu.

"Melalui forum ini saya dapat faham yang Kerajaan BN sengaja menyusah Kerajaan Negeri yang banyak tolong rakyat," katanya ketika ditemui.

Manakala bagi Rahman Abdullah, 47, pula bersetuju usaha Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan air daripada Syabas kerana mahu membantu rakyat.

"Syarikat untung juta-juta, pengerusinya pun gaji ratus ribu sebulan, saya sokong usaha Kerajaan Negeri," tegasnya.

Sementara itu, Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kerajaan Negeri membuktikan pemberian air percuma kepada rakyat tidak menjadikan negeri muflis bahkan simpanan rizab meningkat sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

"Rizab simpanan negeri meningkat kepada lebih RM2.5 bilion kerana berjaya mengurangkan ketirisan wang hasil kecekapan pengurusan pentadbiran yang berhemah," katanya yang merupakan Adun Sijangkang.

Sumber: Selangorku

Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor

Posted: 27 Feb 2013 08:13 PM PST

SHAH ALAM 27 FEB : Kerajaan Negeri menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk 'Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir' yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan.

Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat 'pakar' yang meragukan.

Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir .

"Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air," kata Abdul Khalid.

Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan.

"Nampak jelas beliau sebenarnya tidak mengkaji Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menerangkan secara terperinci penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

"Selaras dengan Akta 655, aset air negeri dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai yang ditetapkan.

"Oleh itu, pemerolehan aset air akan dibiayai oleh PAAB, sementara Kerajaan Negeri akan membiayai pemerolehan nilai ekuiti konsesi," katanya.

Jelas Abdul Khalid, pada masa ini beberapa institusi kewangan tempatan dan asing menunjukkan minat untuk membiayai perjanjian ini bagi pihak rakyat Selangor.

Tawaran ini munasabah kerana memberi pulangan 12 peratus setahun kepada kepada pemegang saham disamping semua asset dan liabiliti diambilalih Kerajaan Negeri.

"Kita menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah amat penting untuk memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang cekap dan berbaloi," ujar beliau.

Sumber: Selangorku

Sasaran PR Pendapatan Isi Rumah RM4,000 Bukan “Mimpi Utopia”

Posted: 27 Feb 2013 08:10 PM PST

PETALING JAYA 27 FEB : Sasaran gaji RM 4,000 sebulan untuk setiap isi rumah oleh Pakatan Rakyat mampu dicapai dengan menyelaraskan skala gaji pekerjaan di Malaysia dan mengagihkan kekayaan negara.

Ia akan dilakukan dengan melahirkan lebih peluang pekerjaan bermutu untuk rakyat Malaysia dan melaksanakan skim gaji minima RM 1,100 sebulan di dalam setiap industri.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata sasaran itu boleh dicapai di dalam masa penggal pertama pemerintahan PR sekiranya gagasan itu berjaya mengambilalih Putrajaya.

Rafizi menegaskan sasaran tersebut bukannya 'mimpi utopia'.

"Penetapan gaji minima RM1,100 adalah penting dan utama kerana apabila berlaku peningkatan gaji maka ia akan menstruktur keseluruhan skema gaji dan itu akan mengimbangkan ketidakadilan daripada perbezaan gaji," kata Rafizi.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat PKR.

Ujarnya, dasar ekonomi PR mensasarkan apabila setiap orang dalam isu rumah mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM 2,000 ia secara tidak langsung meningkatkan pendapatan isi rumah (suami-isteri) kepada RM4,000.

"Jika kita memastikan peluang pekerjaan yang ada dilipatgandakan dan pekerjaan yang mempunyai gaji berkualiti ia akan menambah jumlah peluang pekerjaan secara keseluruhannya," kata Rafizi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari akan menambahkan 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan tenaga kerja buruh asing secara berperingkat.

Pengurangan tenaga buruh tersebut akan dilakukan secara berperingakatan selama lima tahun dan pekerjaan-pekerjaan tersebut akan ditawarkan kepada pekerja tempatan.

Ini diikuti dengan perlaksanaan skim gaji minima RM 1,100 seorang sebulan.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Posted: 27 Feb 2013 10:46 PM PST

2 Mac 2013 (Sabtu)

1) 4.00 ptg – Bersama Masyarakat Siam – Teluk Wang, Penanti

2) 5.00 ptg – Bersama Anak-anak Muda – JDM 6, Kubang Ulu

3) 6.00 ptg – Bersama Masyarakat Tionghua – Kebun Sayur, Bukit Mertajam

4) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – Masjid Permatang Pasir

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Kadun, Seberang Jaya
6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Mansor Osman

iv. YBhg Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid

v. YBhg Dr Afis Baharuddin

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Lebih 6 ribu hadir Majlis Makan Malam Demi Rakyat Ke Putrajaya

Posted: 28 Feb 2013 09:50 AM PST

Suasana meriah dengan kehadiran ribuan orang ke Majlis Makan Malam Demi Rakyat Ke Putrajaya anjuran Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan membayangkan bahawa rakyat telah bersedia untuk menghadapi PRU-13.

Majlis ini berlangsung di dataran Tokong Cina Batu 3, Jalan Lukut-Port Dickson, Pekan Lukut yang bermula seawal jam 7 malam. Ia diserikan lagi dengan tetamu kehormatnya, Ketua Umum Keadilan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan empat bekas komander tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang turut sama hadir memacu semangat rakyat untuk menyakini Pakatan Rakyat sebagai pengganti Umno-BN.

Semua 300 meja penuh diisi oleh hadirin dan ditambah pula dengan kehadiran rakyat untuk menyaksikan ucapan Anwar Ibrahim.










Program Ceramah Kelompok Hari Ini

Posted: 26 Feb 2013 10:12 PM PST


Selasa, 26 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Warga Emas Seluruh Negara Dapat Bonus RM1,000 Di Bawah Pakatan

Posted: 26 Feb 2013 08:16 PM PST

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.

Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.

Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik.

Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Sumber: KeadilanDaily

Pakatan Rakyat Mansuh AUKU Dalam Tempoh 100 Hari Perintah Putrajaya

Posted: 26 Feb 2013 08:11 PM PST

SHAH ALAM 26 FEB : Pakatan Rakyat(PR) menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari pertama apabila gagasan itu berjaya ke Putrajaya.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia akan digantikan dengan akta lain yang memberikan kebebasan kepada mahasiswa dan akademik.

Katanya, banyak aspek AUKU masih berada di dalam kongkongan Kementerian Pengajian Tinggi yang menghalang perkara pokok dalam kebebasan akademik.

"Kita kena faham banyak aspek AUKU contohnya perlantikan Naib Canselor masih berada di bawah kuasa Menteri Pengajian Tinggi.

"Saya juga pernah hadir sidang meja bulat dengan beberapa peserta Muafakat, AUKU bukan perlu dipinda tetapi dimansuhkan terus.

"Dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membawa syor itu. Bagaimanapun, lebih satu tahun ia belum menjadi realiti," katanya dalam Wacana Sinar siri ke 17 yang bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di Auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini.

Wacana itu turut membariskan panel yang terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faizal Ismail Aziz ; Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan ; Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar serta moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Beliau menambah sebagai bekas seorang mahasiswa, mahasiswa tidak wajar menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN) yang mana hanya dilihat lebih memberikan maklumat tentang dasar kerajaan selain menyerang pihak pembangkang.

"Ia berbeza dengan institut kerajaan lain, dalam BTN ia juga ada elemen perkauman, mereka serang pembangkang. Mahasiswa mahupun penjawat awam mereka tidak boleh dipaksa. Lagipun BTN menggunakan duit rakyat," katanya.

Nik turut memberikan contoh beberapa mahasiswa digantung ekoran mengadakan debat dengan menjemput pemimpin DAP dan MCA.

"Kuasa politik dalam universiti masih menyekat mahasiswa menyebabkan banyak kekangan berlaku. Mahasiswa seolah diugut, bila jadi macam itu mereka takut," katanya.

Sementara itu, Azan berkata walaupun AUKU dipinda tetapi ia perlu diberi perhatian dan disemak semula.

"Kuasa politik yang menyekat menyebabkan mahasiswa 'lesu'. Kekangan dominasi dalam Universiti menjadikan lesu. Jika dibebas akan hilang lesu itu. Kita kena ingat tidak semua aktivis pelajar tidak bijak. Mereka terdiri dari pelajar cemerlang," katanya.

Tambahnya, politik juga merupakan sebahagian dari akademik.

"Bila mereka dilarang bercakap, sistem pendidikan dan demokrasi perlu diperlihatkan. Kita bukan mahu wujudkan 'politik konflik' tetapi mahu politik tumpuan dan hujah, " katanya.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5) AUKU sebagai tidak sah seterusnya dipinda.

Mengulas lanjut, Nik berkata apabila kes itu dibawa ke mahkamah, baru timbul kesedaran Kerajaan Persekutuan untuk meminda akta terbabit.


Sumber: Selangorku

Merdeka Center: Sokongan Kepada Najib Turun, Masyarakat Cina Masih Kuat Menolak

Posted: 26 Feb 2013 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini.

Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus, petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.

Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan keatas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013, manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.

Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

"Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada responden yang dipilih oleh Merdeka Centre, para pengundi memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu persepsi yang bakal memberikan kesan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan kepada responden antaranya seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu, laporan media semasa Suruhanjaya Diraja Sabah mengenai kad pengenalan, isu yang didedahkan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan, kenyataan kontroversi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga perbalahan dalam perebutan kalimah "Allah" kebelakangan ini yang ditiimbulkan semula oleh ahli politik.

Kajian tersebut melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Sumber: TheMalaysianInsider

Selangor Kekang Kenaikan Tarif Air Demi Kebaikan Rakyat

Posted: 26 Feb 2013 01:20 AM PST

BANGI 26 FEB : Dalam tempoh lima tahun pertama pentadbirannya, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya mengekang kenaikan tarif air dua kali demi membela nasib rakyat.

Mengikut perjanjian dimeterai, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) boleh menaikkan tarif air tiga tahun sekali iaitu pada 2009 sebanyak 37 peratus diikuti 2012 (25 peratus), 2015 (20 peratus) dan seterusnya.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kerajaan Negeri bertindak demikian kerana menyedari ia hanya memberi keuntungan kepada Syabas dan pihak berkepentingan.

"2008 hingga 2013 Syabas ada hak untuk menaikkan tarif air dua kali hingga lebih kurang 60 peratus. Kalau kita lihat tambahan harga itu maksudnya setiap keluarga di Selangor dalam masa lima tahun sudah jimat RM1,200.

"Ini kerana 20 meter padu air percuma RM11.40 sebulan, dalam masa setahun sudah seratus ringgit lebih sudah jimat.

"Keluarga yang tidak pakai meter individu pula tetap untung sebab kadar tarif air tidak naik. Walau tidak menikmati air percuma, mereka tetapi jimat RM800 dalam masa lima tahun," katanya dalam Forum Air Untuk Rakyat di sini malam tadi.

Ronnie berkata, masyarakat di Selangor tidak seharusnya berasa bimbang kerana negeri mempunyai simpanan air yang cukup bagi tempoh beberapa tahun akan datang dan tidak memerlukan projek pembinaan loji Langat 2 buat masa ini.

Menurutnya, kadar simpanan air di empangan seperti Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate, Subang dan sebagainya semua penuh dengan air.

"Kita ada 35 loji yang semua beroperasi dengan baik. Kalau ikut spesifikasi loji, kapasiti optimum kita boleh dapat 4,832 juta liter air sehari.

"Kalau bandingkan dengan statistik agihan sebanyak 4,546 juta liter sehari, ini bermakna kita ada lebihan kapasiti enam peratus. Kita tidak ada kekurangan air dan krisis air. Kita hanya ada krisis yang dicipta Umno-BN dengan bantuan Syabas," katanya.

Sementara itu, Senator Syed Shahir Syed Mahmud berkata, krisis air di Selangor yang digembar-gemburkan hanya mainan politik Umno-BN menerusi media arus perdana dikuasainya.

"Kak Ros (Datin Seri Rosmah Mansor) angkat baldi. Tak pernah terfikir kita, Kak Ros angkat baldi. Itukan lakonan politik.

"Keyakinan anda semua terhadap pemerintahan (Pakatan Rakyat) yang adil dan saksama mestilah kita teruskan. Ada masalah di Selangor, kita boleh selesaikan malah masalah di tempat lain dan saudara lihat macam mana masalah ketidakcukupan air di Pahang dan Johor.

"Dia (Datuk Seri Najib Razak) sibuk di Kelantan tapi di tempat dia tiada air. Perdana Menteri, negeri dia sendiri tidak ada air," katanya.

Sumber: Selangorku

Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah

Posted: 26 Feb 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kini dimiliki Kerajaan Persekutuan.

Tindakan tersebut harus diambil bagi mengelakkan tanah seluas 223 ekar itu diserahkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah melalui sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jendela Hikmat Sdn Bhd.

Menurut Rafizi, Perkara 3.2 perjanjian di antara syarikat milik Raja Ropiaah, Awan Megah dengan Bakti Wira Sdn Bhd, Awan Megah akan menandatangani satu perjanjian perkongsian tanah dengan Jendela Hikmat.

"Saya sudah tulis surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika notis ini dikeluarkan, secara automatik Perkara 8.2 di dalam perjanjian berkuatkuasa dan wajarlah keseluruhan urusniaga ini dibatalkan seperti diperuntukkan di dalam perjanjian," kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Tropicana hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menyerahkan tanah kepada Kerajaan Persekutuan sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan tanah tersebut kepada LTAT untuk membina kem tentera dan juga untuk membiayai pelbagai aktivitinya.

Bagaimanapun LTAT melalui beberapa anak syarikatnya, selain didapati tidak menepati syarat pembangunan tanah, LTAT juga didapati cuba menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, sekaligus dianggap merugikan anggota tentera dan rakyat.

Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah tersebut sekiranya didapati pihak terlibat melanggar syarat pengambilalihan tanah atau bertindak merugikan kepentingan awam.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


YB Liow Tiong Lai assisted in deceiving the rakyat

Posted: 25 Feb 2013 10:07 PM PST

On 23-2-3013, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai (Liow), the Minister of Health and Deputy President of MCA, has officially announced that Datuk Yew Teong Look (Yew) is the “winnable candidate” for Wangsa Maju. Liow had also announced amongst other things that Yew has won the support of the coalition of 120 NGOs in Wangsa [...]

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Pakatan Harapan Rakyat Untuk Menggantikan BN

Posted: 25 Feb 2013 05:33 PM PST

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan 'hidup mati' perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.
 
Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat 'terpaksa' menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia 'mendictate' institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.


Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.


Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.


Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.


Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara 'absolute' kepada mereka, sehingga tiada 'check and balance' boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.


Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.


Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.


Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.


Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.


Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.


Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.


Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.


Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.


Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan  masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.


Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.


Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.


Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.


Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Isnin, 25 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian Dapat Sumbangan Lebih Di Bawah PR

Posted: 25 Feb 2013 01:50 AM PST

SHAH ALAM, 25 FEB : Sekolah janaan rakyat seperti Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM 300 setiap murid setiap tahun, apabila Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bantuan tersebut adalah tambahan kepada dana bagi operasi sedia ada dan meliputi SAR, SJK Cina dan Tamil, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh.

Inisiatif itu yang terkandung di dalam Manifesto PR, melibatkan peruntukan berjumlah RM 220 juta.

Sumbangan tambahan itu sebagai menghargai peranan sekolah-sekolah ini dalam sistem pendidikan nasional.

Bantuan tambahan ini adalah pelaburan PR untuk menambahbaik mutu pendidikan di sekolah-sekolah ini, termasuk bagi perbelanjaan membesarkan bangunan dan menambah kemudahan prasarana.

Sumber: Selangorku

Intipati Utama 'Pakatan Harapan Rakyat'

Posted: 25 Feb 2013 01:40 AM PST

Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini.

Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Tonggak Rakyat Bersaudara
  • Menghapuskan diskriminasi kaum dan adu domba melaga-lagakan kumpulan masyarakat demi menjamin kehormonian dan perpaduan rakyat.
  • Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidian negara yang menjamin pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.
  • Mengiktiraf peranan sekolah janaan rakyat dan memperuntukkan sumber yang berpadanan dengan sumbangan sekolah ini. Pakatan Rakyat juga menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, sekolha jenis kebangsaaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh.
  • Mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam deklarasi Kuching.
  • Menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada mereka untuk mencorakkan kehidupan dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.
  • Menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, menjamin kebebasan beragama serta mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat.

Tonggak Ekonomi Rakyat
  • Memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan bari dibuka dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan mengurangkan satu juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
  • Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima - sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan - atas prinsip setiap pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengn kos kehidupan yang minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.
  • Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji secara keseluruhan penambahbaikan sistem pendidian negara agar selari dengan teras reformasi pendidikan.
  • Memecah menopoli dalam sektor perkhidmatan dan barangan dengan menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan tidak adil.
  • Merancakkan persaingan dengan membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara.
  • Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasinaln kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra berdaya maju.

Tonggak Kesejahteraan Rakyat
  • Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menghapuskan monopoli dan menurukan harga petrol dan diesel, caj elektrik, caj air yang berlebihan , hapuskan tol dan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan dalam bidang ekonomi.
  • Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan menghapuskan cukai eksais, harga kereta serendah RM25,000 serta menyediakan perumahan selesa dan mampu milik untuk semua.
  • Memberikan pendidikan percuma untuk semua dan hapus PTPTN dengan yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan dan memberi elaun sara hidup.
  • Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni.
  • Pakatan Rakyat akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka termasuk merombak semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.

Tonggak Kerajaan Rakyat
  • Mengembalikan prestij dan kemuliaan penjawat awam, membebaskan penjawat awam dari campur tangan politik dan pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.
  • Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya, melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi dan membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.
  • Membebaskan institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik
  • Mengembalikan kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa eksekutif dan memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan, pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen.
  • Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain.
  • Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat
  • Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat dan memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat
  • Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat dan Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga sekarang.
  • Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
  • Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
  • Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam

Manifesto PR: Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100 Antara Ditawar

Posted: 25 Feb 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

14 Tawaran Pakatan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 01:20 AM PST

SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

  1. Harga minyak turun
  2. Caj elektrik lebih rendah
  3. Caj air lebih rendah
  4. Hapus tol
  5. Hapus monopoli
  6. Turunkan harga kereta 
  7. 150,000 rumah selesa mampu milik
  8. Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
  9. Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
  10. Hapus AES. Batalkan saman AES
  11. Keadilan untuk warga Felda
  12. Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
  13. Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
  14. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas

Posted: 25 Feb 2013 01:10 AM PST

SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat mengiktiraf secara jelas sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam Manifesto Harapan Rakyat.

Antara lain, PR akan mensasarkan penglibatan seramai 30 peratus kaum wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017.

Apabila mentadbir negara kelak, PR juga akan melaksanakan Caruman Wanita Malaysia di mana setiap isteri akan layak menerima caruman tersebut sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.

Dasar caruman tersebut mewajibkan suami mencarum mengikut kadar pendapatan (di antara RM 10 sebulan hingga RM 100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman.

"Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun," dipetik dari kandungan manifesto.

Selain caruman daripada suami, pihak kerajaan juga akan turut sama menyumbang RM 50 sebulan bagi setiap isteri dengan caruman tersebut akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.

Bagi warga emas, Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas di mana setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM 1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.

Sumber: Selangorku

Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah

Posted: 25 Feb 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 25 FEB :  Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.

Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.

Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.

PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.

Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.

"Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan."

PR juga akan mengambil alih lebuhraya secara beperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.

Pembiayaan operasi lebuhraya itu mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya.

Manakala harga barang akan turun apabila monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan pemerintah Umno-BN dihapuskan.

"Sebagai contoh, monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula," katanya.

Manakala bagi kereta, cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Ketika ini, cukai eksais dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70 peratus seterusnya melonjakkan harga kereta.

"Justeru, PR percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah," katanya.

Sumber: Selangorku