Jumaat, 7 Disember 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat Kulim Kedah 06/12/2012

Posted: 07 Dec 2012 03:09 AM PST


Kerjasama Malaysia-Indonesia Bantu Pulih Isu Tenaga Kerja

Posted: 07 Dec 2012 03:02 AM PST

KeadilanDaily

Kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia amat penting dalam menyelesaikan masalah berbangkit, terutama isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis Pidato BJ Habibie di Universiti Selangor (Unisel), di sini pagi tadi, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menceritakan kembali kerjasama beliau bersama tokoh demokrasi itu ketika masih berkhidmat dalam kerajaan.

Habibie merupakan mantan presiden ketiga Indonesia, pengganti Suharto dan memegang jawatan presiden daripada Mei 1998 hingga Oktober 1999.

"Kerjasama antara Indonesia dan Malaysia perlu diterapkan. (Dahulu) bila ada masalah, saya akan hubungi beliau (Habibie). Contohnya ketika ada bantahan terhadap kehadiran TKI (tanpa izin ke Malaysia).

"Kata Habibie: "Senang saja Pak, Tentera Laut Indonesia ada kapal. Di pelabuhan, kita aturkan dan kirim pulang dengan cara baik".

Disebabkan itu jelas Anwar, penghantaran TKI berjalan lancar dan tidak menimbulkan pergeseran antara rakyat kedua-dua negara.

"Jangan rampas hak mereka, jangan pukul mereka (dan) tindas mereka…Mereka datang pun (untuk) cari makan," sambung Ketua Pembangkang itu lagi.

Isu TKI sentiasa menjadi punca ketegangan antara rakyat Malaysia dan Indonesia. Terbaru, seorang TKI diperkosa tiga anggota polis ketika dalam tahanan.

Turut hadir dalam program itu, antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anwar Ahmad; Ahli-ahli Exco Kerajaan Selangor serta mahasiswa Unisel, Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.

Habibie atau nama penuhnya, Bacharuddin Jusuf Habibie diahirkan di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Jun 1936.

Dalam tempoh singkat pemerintahannya, Habibie berjaya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara 240 juta rakyat itu.

Justeru beliau digelar Guru Demokrasi di rantau itu.

Di bawah kepemimpinan Habibie, Indonesia memilih demokrasi sebagai jalan hidup berbangsa dan bernegara.

Habibie sebagai pembuka sejarah perjalanan bangsa Indonesia pada era reformasi dengan melakukan sejumlah perubahan bagi penegakan demokrasi dan keterbukaan politik.

Pilihan raya umum 1999 tercatat sebagai pilihan raya umum paling demokratik yang pertama setelah pilihan raya umum 1955.

Habibie juga membuka seluas-luasnya kebebasan bersuara, khususnya media.

Keterbukaan politik di masa pemerintahan Habibie juga diiringi dengan sejumlah usaha pemulihan ekonomi.

PKR: Bil Elektrik Akan Naik Hingga 41 Peratus Jika BN Kekal Memerintah

Posted: 07 Dec 2012 12:00 AM PST

The Malaysian Insider

Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.

"Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya," kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.

Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.

"Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus.

"Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun.

"Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun.

"Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB … dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna," katanya.

Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB.

"Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta," katanya lagi.

Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

IPP: Pakatan Rakyat Perintah, TNB Jimat RM3.5b Setahun

Posted: 06 Dec 2012 11:56 PM PST

Malaysiakini

PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.

Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus – satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

“Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

“Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

“Ini sebahagian daripada dasar ekonomi “management buy-out” untuk mewujudkan kelas menengah pengurus – pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta,” katanya

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


AirAsia’s X’mas Big Sale!

Posted: 07 Dec 2012 08:07 AM PST

It has been widely reported in the newspapers recently that the Air Operation Certificate (AOC) of AirAsia has been granted by Department of Civil Aviation (DCA) for a six month period until March 31, 2013 due to failure to meet the regulatory requirement as reported in HERE. Normally, OAC is granted to an airline for [...]