Ahad, 2 Disember 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


SIDANG AKHBAR: Dato Seri Anwar Ibrahim Memberi Komen Mengenai Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 02 Dec 2012 06:14 AM PST

Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media berkenaan Perhimpunan Agung Umno seperti tertera di bawah:

TARIKH/MASA: 3 DISEMBER 2012 [11:30 PAGI]
TEMPAT: IBUPEJABAT KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya

KEADILAN Mengalu-alukan Pengiktirafan Palestin

Posted: 01 Dec 2012 10:35 PM PST

KEADILAN mengalu-alukan ketetapan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah mengesahkan penaiktarafan status negara Palestin dari entiti "Pemerhati Bukan Ahli” kepada “Negara Pemerhati Bukan Ahli,”
 
Meskipun ia mendapat tentangan dari Amerika Syarikat dan Israel, resolusi tersebut telah disokong oleh 138 negara, 9 menentang dan 41 berkecuali. Dengan  Ini bermakna Palestin telah wujud secara sebagai sebuah Negara di PBB.  Implikasinya nanti, Palestin akan berpeluang berurusan dengan sebarang Negara lain (termasuklah dengan Israel) sebagai sebuah Negara yang sah selepas memperjuangkannya lebih dari 60 tahun.
 
Namun demikian, KEADILAN tetap berpendirian bahawa secara prinsipnya, sebagai sebuah negara yang berdaulat, PBB seharusnya Palestin telah diterima menjadi anggota penuhnya secara automatik.  Dengan keputusan yang dibuat, PBB di lihat bersikap 'double standard' atau pilih kasih kerana banyak Negara lain yang lebih baru, telahpun mendapat pengiktirafan sebagai anggota penuh.

Sesungguhnya, perjuangan mendapatkan hak Palestin keanggotaan penuh PBB wajar diteruskan. Status terbaru yang ada, sudah pasti memungkinkan matlamat menjadikannya sebagai sebuah Negara Merdeka dan berdaulat mudah dicapai.  Dengannya nanti, Palestin berhak menjadi anggota agensi-agensi PBB dan badan-badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).  KEADILAN amat yakin, hasrat ini akan tercapai segera.  

Amatlah nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dibiarkan tanpa pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam serba perkara. Kanak-kanak pula tidak mendapat peluang pendidikan sebaiknya sepertimana di negara yang lain. Perkembangan terbaru, Israel dilaporkan akan membina 3,000 penempatan baharu di Baitulmaqdis dan di Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap kejayaan Palestin memperolehi status pemerhati bukan anggota di PBB.

Justeru, kekejaman dan kezaliman berterusan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin perlu dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara. Kepada semua pihak yang sedang berusaha membantu – khususnya NGO dan sukarelawan – kita mengucapkan syabas dan moga diberkati Allah jua. Kita juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia – merentasi kaum dan kepercayaan – agar terus memberikan sokongan dan dokongan.   

DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


New Datuk Bandar met MPs on 30-11-2012

Posted: 02 Dec 2012 07:25 AM PST

  On 30-11-2012 the newly appointed Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Datuk Ahmad Phesal bin Talib met the MPs of Wilayah Persekutuan.  Yours truly has brought up the following issues: Pasar Larut Uptown in Danau Kota which operates from 10 pm to 4 am from Wednesday to Sunday weekly.  The residents around the area [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN

Posted: 02 Dec 2012 01:31 AM PST