Rabu, 24 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perutusan Aidiladha 2012 Oleh YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 24 Oct 2012 07:18 PM PDT

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua umat Islam khususnya rakyat di negeri Selangor dan di Malaysia seluruhnya.

Bersempena dengan sambutan Aidiladha yang mulia ini, saya dengan tulus dan ikhlas bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Seri Andalas dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya.

Kepada mereka yang akan membuat perjalanan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati, ingatlah keluarga yang tersayang dan semoga anda selamat tiba dan selamat pulang kembali.

Semogar Hari Raya Aidiladha ini diraikan dengan penuh makna dan kegembiraan.

YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Isu Air : 80 NGO Sokong Kerajaan Selangor

Posted: 24 Oct 2012 03:30 AM PDT

SHAH ALAM, 24 OKT : Kira-kira 80 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka Solidariti Hijau daripada seluruh negara menyerahkan memorandum sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil NGO, Zulkefly Mohamad Omar kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Menurut Zulkefly, kandungan memorandum itu menyatakan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang meringankan bebanan rakyat.

"Usaha Kerajaan Negeri ini perlu dialu-alukan dan dijadikan tanda aras dalam memberikan kemudahan kepada rakyat," katanya.

Ujar beliau, air adalah hak rakyat yang perlu dipertahankan dengan tidak boleh dikomersilkan yang hanya berasaskan keuntungan.

Katanya, sumber air perlu dilindungi daripada pencemaran alam akibat aktiviti seperti pembalakan yang berleluasa yang akan mencemarkan sumber air yang boleh mengancam kesihatan hidupan.

"Kita menggesa agar penjagaaan sumber air ini juga turut dibantu oleh Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat seharusnya juga memberikan peluang kepada Kerajaan Negeri dan memberikan kerjasama yang akan memudahkan rakyat dengan tidak isu air ini tidak dipolitikkan," katanya.

Sementara itu Abdul Khalid berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi NGO-NGO itu yang prihatin terhadap isu air agar dapat ditangani dengan cara terbaik oleh Kerajaan Negeri.

"Isu air ini dilihat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini dan juga Kerajaan Pusat dengan tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kita mesti tidak menjadikan air itu alat untuk perniagaan, dan kini Kerajaan Negeri sedang membetulkan usaha itu," katanya.

Sumber: Selangorku

Isu Bas: Hamidzun Cuba Alih Isu Pecah Amanah Ketika Jadi Peguam Panel PKNS

Posted: 24 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 24 OKT: Dakwaan terbaru Ketua Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin terhadap Menteri Besar Selangor merupakan cubaan untuk mengalihkan tumpuan terhadap kes pecah amanah yang membabitkan diri beliau sendiri.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata kes tersebut berlaku ketika Hamidzun menjadi peguam panel Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada suatu ketika dahulu.

Faekah berkata fitnah terbaru beliau bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos sewa beli bas yang digunakan pemimpin parti untuk berkempen ke seluruh negara tidak benar sama sekali.

Abdul Khalid juga dari awal lagi dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor pada bulan Ogos, mengumumkan bahawa kos bas dua tingat yang digunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk berkempen di seluruh negara itu ditanggungnya sendiri dan tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri.

"Ini membuktikan bahawa sejak dari awal lagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyembunyikan perkara ini malah mengambil sikap terbuka dan telus.

"Jika Hamidzun meragui perkara ini, beliau sepatutnya memberikan bukti kukuh bukannya membuat tuduhan sewenang-wenangnya," menurut Faekah di dalam satu kenyataan media.

Menurut Faekah lagi, Abdul Khalid juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Hamidzun berterusan menjaja fitnah di media tanpa memberikan sebarang bukti.

Dakwaan Hamidzun telah dilaporkan di dalam sebuah akhbar dan beberapa laman web berita.

"Malah, pihak media juga sepatutnya berasa bimbang dan berfikir banyak kali sebelum menyiarkan dakwaan Hamidzun jika dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti-bukti.

"Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah dilemparkan pelbagai tuduhan tetapi selepas disiasat pihak berkuasa, ternyata ia tidak benar.

"Malah, seorang individu pernah diarah membuat kenyataan mohon maaf di media kerana membuat fitnah. Kejadian ini diharap boleh menjadi pengajaran kepada Hamidzun," menurutnya lagi.

Faekah turut menganggap penubuhan GAPS semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid.

Ianya dibuktikan apabila GAPS hanya mendiamkan diri berhubung isu kolam udang dan pemilikan tanah di Tanjung Karang oleh Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan isu sumbangan RM 40 juta kepada Umno Sabah yang merupakan antara isu hangat di media hari ini.

Sumber: Selangorku

Tiga Tahun Kecemerlangan Kewangan Selangor

Posted: 24 Oct 2012 02:30 AM PDT

Tiga tahun berturut-turut pengurusan kewangan Negeri Selangor mendapat pujian dari Ketua Audit Negara. Ini adalah hasil dasar cekap dan amanah yang anda pilih sebagai kerajaan.

Rekod berterusan ini tercapai ketika Kerajaan Negeri terus komited menyediakan pelbagai program hasil negeri untuk rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, program kesihatan wanita,insentif untuk asuhan anak dan skim air 20 meter padu percuma.


MPK Tahan Lori Buang Sampah Haram

Posted: 24 Oct 2012 02:00 AM PDT

KLANG 24 OKT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menahan sebuah lori atas kesalahan menjalankan aktiviti pembuangan sampah secara haram, baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 dilakukan dalam satu operasi di Jalan Temenggung, baru-baru ini.

Ahli majlis, Azmi Jusoh berkata, beliau menerima maklumat awal daripada penduduk dan segera mengadakan pemantauan sebelum bertindak menahan lori terbabit untuk diambil keterangan.

Katanya, kontraktor berkenaan sering menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk membuang sampah memandangkan lokasi itu agak lapang dan memudahkan mereka mencampak sampah dari atas lori.

"Tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan kerana mereka adalah pihak yang dipertanggungjawabkan membersihkan kawasan namun menggunakan cara mudah bagi mengaut keuntungan.

"Malah lebih mengejutkan, mereka dengan beraninya membuang sampah ini pada waktu siang tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang di sini," katanya dalam satu kenyataan.

Azmi berkata, kontraktor itu akan dikenakan kompaun dan jika berterusan, majlis akan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk membatalkan permitnya.

Sehubungan itu, MPK meminta orang ramai yang terlihat mana-mana individu yang membuang sampah di tempat awam supaya segera memaklumkan kepada pihaknya.

"Majlis dengan kerjasama pemimpin setempat akan terus memantau kerja-kerja kontraktor bagi memastikan tiada pihak yang lepas tangan dan melakukan tugasan sambil lewa," katanya.

Sumber: Selangorku

MB : Teknologi Membran Lagi Murah dan Praktikal

Posted: 23 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 23 OKT : Penggunaan teknologi penapisan air membran untuk merawat bekalan air di Selangor dianggarkan 1 / 3 lebih murah daripada kos pembinaan loji rawatan mega Langat 2.

Teknologi daripada Kanada itu kata Menteri Besar Selangor lebih praktikal dan menjimatkan daripada Langat 2 yang dianggarkan menelan kos RM 3 bilion.

Abdul Khalid berkata, kos penggunaan teknologi membran adalah kurang daripada RM1 bilion untuk dipasang di 10 buah loji strategik kerana tidak semua 27 loji memerlukannya.

Ini menyangkal dakwaan daripada Kerajaan Pusat bahawa teknologi tersebut tidak praktikal bagi Selangor, sekaligus menjustifikasikan Langat 2.

Menurut Abdul Khalid teknologi membrane telah mengalami perkembangan pesat yang menawarkan kos pembinaan yang lebih rendah.

"Teknologi ini sangat kompetitif dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah," katanya.

"Kini telah terdapat lapan buah negara yang sudah memasarkan teknologi itu sedia ada," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban di Pekarangan Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Tambah beliau, Singapura juga turut bercadang menggunakan teknologi membran dalam tempoh 30 tahun akan datang supaya ia tidak perlu mengimport air daripada Johor.

Ujar beliau, teknologi itu juga lebih mesra alam berbanding Langat 2 yang memerlukan kerajaan negeri menebuk Banjaran Titiwangsa bagi membina terowong untuk mensalurkan air daripada Pahang.

Abdul Khalid berkata, teknologi itu juga mampu menambahkan satu juta meter padu sehari air terawat pada kadar 1/3 daripada kos Langat 2.

"Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu 'hilang' atau Non Revenue Water (NRW)," kata Abdul Khalid.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata teknologi membran tidak praktikal untuk Selangor.

Menjawab dakwaan Muhyiddin, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor boleh memanggil perunding daripada Kanada untuk memberi taklimat kepada Muhyiddin dan pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Kerajaan negeri tidak menentang Loji Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.

"Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisien pada harga munasabah," katanya.

Sumber: Selangorku

756 Ekor Lembu Diagih Seluruh Selangor

Posted: 23 Oct 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM 23 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira 756 ekor lembu untuk diagihkan di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 389 ekor lembu disediakan untuk seluruh masjid-masjid di Selangor.

"Kerajaan negeri turut menyumbangkan lembu-lembu korban kepada badan-badan bukan kerajaan seperti PERKIM, ABIM, Hidayah Center, Brigade Amal Selangor, PANTAS, Anak Syarikat Negeri, PPR Lembaga Perumahan, JAIS dan penduduk Asal yang beragama Islam," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pekarangan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS) di sini.

Menurut Abdul Khalid, lembu-lembu itu disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Turut menyumbang juga adalah Worldwide Holding Bhd (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Abdul Khalid berkata, kerajaan berharap disebalik penyerahan lembu-lembu korban itu dapat menimbulkan kesedaran kepada umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyak ibadah korban.

"Umat Islam perlu mengorbankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi semata-mata.

"Sebaliknya mengamalkan kehidupan yang sederhana dan berusaha mengelakkan pembaziran dan sikap boros," kata Abdul Khalid.

Sumber: Selangorku

Tuduh Campurtangan Hapus Kegiatan Pelacuran Khir Toyo Mohon Maaf Kepada Ronnie

Posted: 23 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 23 OKT : Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memohon maaf kepada Ronnie Liu kerana memfitnah Exco Kerajaan Negeri itu dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh China Press empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan Ronnie pada 2008.

Khir dalam kenyataan permohonan maafnya berkata, beliau memohon maaf kerana menyebabkan penyiaran sebuah artikel itu yang bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis Ronnie Liu Tian Khiew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran".

Beliau sebelum ini mendakwa Ronnie yang juga Adun Pandamaran menghalang pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak polis dalam satu operasi untuk menutup sebuah hotel di Puchong yang digambarkannya sebagai pusat pelacuran.

"Saya juga memohon maaf kepada Ronnie kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu sedangkan gambaran itu tidak benar sama sekali," katanya.

Menerusi permohonan maaf itu, Khir turut menyatakan kekesalan dan menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap Ronnie serta memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.

"Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB Ronnie Liu Tian Khiew mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran artikel tersebut. Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau," katanya.

Pada 6 Oktober 2008, Ronnie menyaman Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Ronnie mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.



Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


SharpShooter: TUDUHAN SANUSI TIDAK BERASAS

Posted: 24 Oct 2012 08:03 AM PDT

SharpShooter: TUDUHAN SANUSI TIDAK BERASAS: Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jaw...

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & MPN

Posted: 24 Oct 2012 06:40 PM PDT

28 Oktober 2012 (Ahad)

1) 10.00 pagi – Pekan Sungai Besi

2) 12.30-hari –Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang

3) 3.00 ptg – Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

4) 5.00 ptg – Felda Sungai Tengi Selatan

5) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

6) Lokasi – Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

7) 9.00 – 10.00 mlm – Pekan Rasa

8) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah Perdana- Merdeka Rakyat

Lokasi : Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor

Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii. YB Azmin Ali

iv. YB Zuraida Kamaruddin

v. YBhg N Surendran

Who’s the Bigger Friend of Israel — And Do Voters Really Care?

Posted: 24 Oct 2012 11:48 AM PDT

By: Shibley Telhami posted on Tuesday, Oct 23, 2012

One of the striking aspects of the third presidential debate was the frequent mention of Israel (34 times). Western Europe and the challenges facing the European Union, or Mexico and Latin America hardly registered. It is as if the Israel issue is a burning one in American politics, or that the American public is dying to see which candidate supports Israel more. Neither is close to the truth.

Even aside from the fact that Americans are not much focused on foreign policy in any case in determining their electoral choices, the Israel issue is often misunderstood. For years now, polls indicate that when Americans are asked if they want the United States to lean toward Israel, toward the Palestinians, or toward neither side, about two thirds consistently choose neither side. Roughly one quarter to one third want the US to take sides, and among those, Israel is favored over the Palestinians by a strong ratio, ranging from 3-to-1 to 5-to-1. But something happened over the past decade in public attitudes toward Israel: America has become far more polarized than ever before.

Historically, there was little difference in the degree of support for Israel among Democrats, Independents, and Republicans. In recent polls, a huge difference emerged. According to two polls I conducted with the Program for International Policy Attitudes in 2010 and 2011, more than two thirds of Democrats and Independents wanted to the United States to take neither side in the conflict, and among those who supported one side or the other, the ratio of support for Israel over the Palestinians was about 2-to-1. Republicans had substantially different views: Nearly half wanted the United States to lean toward Israel and the ratio of support for Israel over the Palestinians was 46-to-1. In other words, the Israel issue has become far more a Republican issue than a Democratic one, at the level of constituency opinion. Obviously, given the demographic makeup of both major parties, it is more about the Evangelical Rights than about Jewish Americans.

Yet these demographics do not explain why both candidates would go out of their way to compete in avowing support for Israel. In fact, two of the constituencies that were a central target of the final presidential debate, Independents and women, were less likely to want the United States to take sides. And it is obvious that Mitt Romney labored to bring up women’s issues (at least in the Middle Eastern contest, where it is “safe” politically) and projected himself as a candidate for “peace,” knowing that the general public — especially Independents and women — feared being dragged into another costly war. Is there any risk of alienating them?

No. An Israeli friend with whom I spoke the morning after the debate said he felt “embarrassed” and “uncomfortable” about the frequent mention of Israel in the debate, knowing that neither candidate truly ranked this issue as high in their priorities as they made it appear. I suspect that many Americans felt the same way, or felt at least puzzled. But here is why it is not likely to make a difference for those who didn’t like the focus on Israel: In the polling we have done in the past couple of years, those who want the US to take neither side rank the issue of the Arab-Israeli conflict much lower in their priorities than those who want the US to take Israel’s side. Those who don’t rank the issue high in their priorities are less likely to vote based on the candidate’s position on that issue. They can be uncomfortable, but not uncomfortable enough to make a difference.

In a close election campaign like this one, the focus is much narrower. Certainly, there is a fundraising aspect of American electoral politics, and supporters of Israel tend to be generous contributors in the American electoral process, which is an important element of the clout of organizations like the American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), whose mission is to consolidate American support for Israel. But electorally it matters, too. Sure, majorities of Jewish Americans will vote Democratic no matter what, as the Israel issue is not the top (or even the second top) issue in their voting behavior. And the Evangelical Right will mostly vote Republican, no matter what Romney’s position is on foreign policy. Still, both constituencies also need to be energized.

But, in the end, the principle focus of the campaigns in the final two weeks on this issue is two swing states in which Jewish voters could affect a close election: Florida and Ohio. One Republican advisor, Ari Fleischer has been quoted to say that with only 25% of Jewish votes going to Romney, Republicans would win Florida, and 30% support would mean winning Ohio and the election. That certainly sounds like an exaggeration. But no democratic strategist wants to test it out.

All of this adds up to a show that is particularly hard to take seriously for many voters, and which is puzzling to audiences around the world, especially in the Middle East. But most have come to expect that there is in the end little correlation between what is said in the heat of political campaigns, and what presidents in fact do when elected.

Shibley Telhami is Anwar Sadat professor for Peace and Development at the University of Maryland and Non-Resident Senior Fellow at the Saban Center of the Brookings Institution. He is co-author of the forthcoming book, “The Peace Puzzle: America’s Quest for Arab-Israeli Peace, 1989-2011″ (Cornell University Press, December 2012).

Pakatan Ulangi Jaminan Beri Pendidikan Percuma, Hapus PTPTN Dan Tol

Posted: 23 Oct 2012 11:17 PM PDT

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan.

"Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN," katanya dalam forum "Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.

Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan.

Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.

"Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka," katanya.

Mengupas mengenai kebajikan wanita, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013, merangkumi Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun.

Menerusi SCWN, beliau berkata, Pakatan berhasrat memberi caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula menegaskan, kajian Bank Dunia menyatakan gaji minima RM1,100 Pakatan tidak akan memufliskan negara.

Katanya, dasar tersebut mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja warga asing dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Satu kajian lain di Indonesia pada 1990 merumuskan perlaksanaan gaji minima bukan mengurang pengangguran malah dapat mewujudkan perniagaan baru, peluang pekerjaan dan merapatkan jurang kekayaan," katanya.

Tuduhan Sanusi Tidak Berasas

Posted: 23 Oct 2012 09:02 PM PDT

Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin cuba 'meniru' dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.

Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu – Hong Leong Bank dan Alliance Bank.

Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.

Daim dikatakan memiliki 14.8% AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd.

Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.

Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni UMNO-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar.

Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kenyataan Media Pengarah Strategik Keadilan Tentang Isu Pelupusan Hutan Simpan Kekal di NS

Posted: 23 Oct 2012 10:00 PM PDT


Saya dan Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Saudara T Kumar telah diberi amanah oleh pimpinan KEADILAN untuk mengkaji, menyelidik dan membongkarkan kegiatan penghapusan hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan segala perlakuan rasuah yang membabitkan pelbagai pimpinan Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka. Siasatan dan kajian kami tertumpu kepada Negeri Sembilan sebagai negeri di Semenanjung Mala
ysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan bagi tujuan pembalakan.

Di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno/Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengeruskan beliau.


KEADILAN seterusnya menyemak keputusan-keputusan pembatalan status tanah hutan simpan bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Seperti yang dijangkakan, keputusan-keputusan ini sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukan.



Kajian KEADILAN tertumpu kepada Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan yang diwartakan sebagai hutan simpan tetap sejak 30 Ogos 1918[2]. Status ini telah dibatalkan melalui Pewartaan No (Gazette Plan No) 1933 bertarikh 11 Mac 2004 yang membatalkan status hutan simpan tetap bagi membolehkan pembalakan berlaku di kawasan seluas 487.3 hektar[3].Pembatalan tersebut bertentangan dengan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172) yang menyebut:



BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN
Penggunaan tanah dan bangunan



18. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.



KEADILAN menyemak Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 – 2020 yang disediakan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan[4]. Mukasurat 53 Bahagian (i) Zon Pengekalan (Zon Tidak Sesuai Untuk Pembangunan) seksyen (b) Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tinggi secara jelas menyebut:

Zon KSAS pada tahap tinggi ini adalah kritikal untuk dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat.

Semakan terhadap dokumen-dokumen rancangan tempatan, iaitu Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 yang diperolehi dari pihak berkuasa tempatan secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan dikategorikan sebagai Zon KSAS Tahap 1, iaitu "KSAS Tahap 1 yang mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap pembangunan dan memerlukan kawalan ketat. Kawasan ini perlu dipelihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan"[5].

Mukasurat 5-77[6] Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori KSAS Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.

Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa.

Malangnya, Kerajaan Umno/Barisan Nasional di bawah pentadbiran 2 orang Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad dan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan) tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku. Balak di kawasan hutan ini telah ditebang sepenuhnya dan kini ia telah diusahakan pula sebagai kawasan penanaman kelapa sawit.

KEADILAN mempunyai bukti bahawa pimpinan Umno/Barisan Nasional mendapat keuntungan dari tindakan yang melanggar undang-undang ini hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Ini adalah kenyataan pertama KEADILAN yang akan disusuli dengan lebih banyak pembongkaran dalam minggu-minggu akan datang.



RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
T KUMAR
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
23 OKTOBER 2012

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Anak Nazri Aziz Terlepas Dalam kes Pukul dan Bunuh

Posted: 16 Oct 2012 09:51 AM PDT

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 17 OKTOBER 2012 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim Nazri Aziz atas insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Mac 2012 dan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don [...]