Rabu, 12 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perjumpaan PKR Ranting Beredut hebat!

Posted: 12 Sep 2012 10:04 PM PDT

 Lebih dari 80 orang dewasa (80% penduduk2 dewasa Kg Beredut adalah anggota PKR.
 Cucuku, Aina cukup seronok berada di perkampongan OA, Kg Beredut, Kuala Krau, mengikut Aki untuk perjumpaan PKR Ranting Beredut








 Bergambar beramai-ramai selepas Perjumpaan. Kehadiran anggota-anggota PKR setiap kali perjumpaan di Kampong Beredut ini tidak pernah mengeciwakan.  Saya dan rombongan PKR Cabang Kuala Krau terdiri daripada Naib Ketua, Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua 11 Sdr Srinivasan, Bendahari Pn Hendon Jaafar, AJK Pn Letchmy, dan AJK Sdr Aliayasak Idris, sampai di Kg Beredut jam 5.00 petang, anggota-anggota sudah pun menunggu kami disana.  Perjumpaan ini adalah ringkas untuk menerangkan tugas sukarelawan yang akan berkhidmat semasa PRU nanti, dan semua sukarelawan diberikan sehelai seorang baju PKR untuk pakaian harian mereka.  Mereka yang terpilih menjadi PACABA pula diberikan baju Demi Rakyat, baju kuning. Perkara malang berlaku kepada kereta saya.  Tyre belakangnya ditusuk oleh batu tajam dan punctured.  Tyre tidak dapat ditukar kerana alat yang sesuai tidak ada.  Azmi dan Sri pergi ke Kuala Krau dan alat yang dibekalkan oleh kedai tyre itu pun tidak boleh digunakan.  Pada waktu itu Noryati dan Aliayasak sudah kembali ke Felda Jenderak Utara.  Saya terpaksa panggil Yati keluar semula mengambil kami di Beredut.  Dan saya menalipon anak saya untuk mengambil kami dari Felda Jenderak Selatan.  Kami sampai di Jenderak Selatan jam 10.00 malam.  Lihatlah gambar-gambar yang saya ambil di Kg Beredut, jam 7.00 malam, 8.00 malam dan 9.00 malam.  Gambar yang diambil jam 8.00 malam dan 9.00 malam itu sudah diselimuti kegelapan.  Kampong ini belum dimasukkan bekalan elektrik.  Dan saya berjanji kepada diri saya sendiri bahawa apabila Pakatan Rakyat menang di Negeri Pahang didalam PRU nanti, tugas utama yang akan saya tumpukan adalah untuk membekalkan elekrik ke kampong ini selain dari memperjuangkan hak tanah penduduk disini.  Bertentangan dengan kehendak Orang Asal, Kerajaan Pahang telah menggazetkan kampong ini sebagai Rezab Perhilitan; dan penduduk kampong diarah berpindah dari sini.  Saya nasihatkan penduduk supaya bertahan disini dan tidak berpindah, dan kedudukan mereka akan diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
 
 Anggota-anggota PKR Kg Beredut, Kuala Krau



 Ini dia waktu yang paling mencemaskan.  Tyre punctured! Dan tyre tidak boleh dikeluarkan untuk digantikan tyre spare kerana alat-alat yang ada hanyalah untuk ream biasa, ream memerlukan alat yang special.
Jam 7.00 malam, kegelapan sudah menyelimuti kampong Beredut
 jam 8.00 malam sudah tidak ada apa-apa kelihatan, dan gambar bawah adalah jam 9.00 malam di Kg Beredut.

Mulut Peneroka disumbat pisang dan dua belah tangan peneroka memegang pisang

Posted: 12 Sep 2012 08:41 PM PDT

Cuba bayangkan kalau mulut sudah disumbat pisang dan kedua-dua belah tangan memegang pisang.  Seekor beruk yang didalam keadaan begitu hilang garangnya.  Di waktu itulah beruk yang garang itu boleh ditangkap, dikurung dan akhirnya dijinakkan untuk memanjat kelapa bagi tuannya.

Setelah bekerja untuk tuannya, maka tuannya akan suap lagi pisang dimulutnya dan beri lagi 2 biji pisang di sebelah tangan kiri dan tangan kanannya.  Bagi beruk itu, itulah satu kenikmatan.

Saya tidak nak menyatakan bahawa peneroka-peneroka Felda juga disumbat pisang dan di tangan kirinya memegang pisang dan di tangan kanannya memegang pisang.  Menyatakan begitu amatlah tidak adil.

Tetapi saya nak nyatakan bahawa didalam penyenaraian FGVH peneroka-peneroka boleh diibaratkan disumbatkan dengan pisang.  Pisang pertama ialah RM5000.00 untuk peneroka; pisang kedua adalah RM5000.00 untuk isteri peneroka dan pisang ketiga adalah RM5000.00 untuk anak-anak peneroka.

Setelah dianugerahkan pisang-pisang itu peneroka-peneroka semacam mati akal.  Bila dikatakan bahawa sepatutnya peneroka-peneroka dibayar RM50,000.00 peneroka-peneroka melahirkan perasaan marah kepada orang-orang yang memberitahu sedemikian.

Bila ada pihak-pihak termasuk peneroka-peneroka yang sedar dan anak-anak peneroka  menyatakan bahawa penyenaraian FGVH merugikan peneroka-peneroka khususnya generasi kedua peneroka-peneroka kerana 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah didalam perimeter Felda yang tidak diuntukkan kepada peneroka-peneroka digadaikan oleh Felda kepada FGVH yang membawa maksud bahawa generasi kedua tidak lagi mempunyai harapan untuk diagihkan tanah-tanah itu dan Felda akan kehilangan beratus juta ringgit pendapatan tahunan hasil daripada aktiviti Felda Plantation itu, peneroka-peneroka yang sudah disuap pisang itu melahirkan perasaan marah sehinggakan mereka menghemburkan kata-kata seumpama: "Jika tidak setuju dengan Felda, nyah daripada rancangan Felda."

Mereka berdemo atas anjuran UMNO dan Felda menentang mereka yang cuba menasihatkan mereka bahawa penyenaraian FGVH ini akhirnya merugikan Peneroka/Generasi Kedua Peneroka/Felda.

Mereka tetap menyatakan bahawa mereka akan memperolehi pendapatan berpuluh ribu ringgit hasi dari penyenaraian itu.

Mereka disuapkan pisang lagi dengan diberikan 800 unit saham, dan peneroka secara keseluruhannya diberikan peruntukan paling kecil iaitu 2.5% sahaja daripada seluruh saham-saham FGVH.  800 unit itu sudah cukup menyeronokkan peneroka-peneroka itu kononnya daripada 800 unit itu akan memberikan pulangan puluhan ribu ringgit.  Kesian mereka.

800 unit itu bukannya percuma.  Mereka kena membuat pinjaman dari bank-bank yang telah diaturkan oleh Felda dan mereka berhutang sebanyak RM3640.00 untuk tempoh 6 bulan.  Mereka dikenakan fee, kos dan faedah diatas pinjaman itu.  Jika semasa penyenaraian dibuat, mereka terus jualkan 800 unit itu maka setelah tolak segala hutang bank, kos, fee dan faedah, maka mereka bolehlah membuat untung sebanyak RM400.00 tetapi jika mereka mahu jualkan saham mereka sekarang ini, bukan sahaja mereka tidak akan dapat untung bahkan mereka turut menanggung hutang.

Felda sekali lagi membuat suapan pisang ke mulut Peneroka.  Peneroka diberikan ganjaran RM400.00; senyap peneroka-peneroka itu tak terkata apa!

Kemudian Felda memberitahu peneroka bahawa hutang mereka di bank untuk mendapatkan 800 unit itu dipikul beban oleh Felda; dengan suapan pisang ini, peneroka-peneroka terus dijinakkan.

Tetapi takkanlah Felda mahu menanggung kerugian.  Felda takkan tanggung sebarang kerugian kerana membuat suapan kepada peneroka-peneroka.  Peneroka-peneroka dikehendakki membayar kepada Felda setiap bulan sebanyak RM50.00 sebulan dan akan terus berbuat demikian sehingga hutang bank  mereka yang diambil beban oleh  Felda akan langsai dibayar.

Amboi, hutang lagi!  Dah lah hutang yang mereka tanggung kerana ladang mereka diuruskan oleh Felda Technopl;ant meningkat hingga melampaui RM80,000.00 dan hutang itu terus meningkat seolah-olah ladang mereka langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil dan pendapatan, ditambah pula lagi dengan hutang kerana  "diwajibkan oleh Felda" berhutang dengan bank untuk pembelian 800 unit saham FGVH.  Maka itulah dunia peneroka yang telah berjaya dilembutkan oleh Felda yang berterusan menyuap pisang sehingga peneroka tidak sedar bahawa mereka dipermain dan dimanipulasikan.

Kini FGVH berada didalam keadaan yang perlu diselamatkan.  KWSP, LTAT, Lembaga Tabung Haji yang digerakkan untuk mempertahankan saham FGVH seakan-akan sudah tidak berupaya lagi; maka Kerajaan dan Felda menggantungkan diri pula kepada Genting Berhad menyelamatkan FGVH.  Maka usaha ini adalah usaha yang sangat terdesak kerana kebanyakan peneroka-peneroka itu adalah Melayu yang beragama Islam dan ramai pula dari kalangan mereka itu terdiri daripada tok-tok Haji bukan senang mahu menerima kehadiran Syarikat Judi itu sebagai penaung mereka; dan walaupun Felda/UMNO/Kerajaan sedar bahawa menjemput Genting melabur didalam FGVH bererti menjemput Syarikat Judi kedalam kehidupan peneroka-peneroka; tetapi oleh kerana sudah amat terdesak, mereka mengambil sikap: "Judi ke Judilah, haram ke haramlah, Dosa ke dosalah."

Inilah akibatnya peneroka bersetuju disuap pisang!!!!!

Laman Rasmi: KES SUMBANG MUHRIM KONONNYA LIBATKAN PIMPINAN PKR,...

Posted: 12 Sep 2012 07:48 PM PDT

Laman Rasmi: KES SUMBANG MUHRIM KONONNYA LIBATKAN PIMPINAN PKR,...: Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, media perdana serta blog pro Umno hangat menyiarkan kisah kononnya pemimpin KEADILAN Pahang terlibat ...

Pengurus dan Kakitangan Felda Keciwa Kerana tidak dapat berurusniaga lagi dengan saham-saham FGVH

Posted: 11 Sep 2012 11:43 PM PDT

Kejatuhan harga saham FGVH sehingga ke peringkat saham-saham itu tidak dapat diurusniagakan lagi mengeciwakan kebanyakan pengurus-pengurus Felda dan juga kakitangan Felda.  Satu kumpulan pengurus-pengurus dan kakitangan Felda baru-baru ini telah menemui pimpinan Parti Keadilan Rakyat di beberapa buah Cabang meminta kerjasama KEADILAN untuk mendedahkan keadaan buruk ini, dan mereka dengan ikhlas menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keberanian untuk membuat pendedahan kerana mereka masih bertugas dengan Felda.

Nilai saham kini bukan sahaja merudum tetapi hanya diniagakan dengan harga sekita RM4.60 dan dengan nilai sebegini mereka (pengurus-pengurus Felda dan kakitangan Felda) tidak dapat berurusniaga saham-saham mereka.

Kebanyakan pengurus Felda dan kakitangan Felda yang turut diperuntukkan saham-saham FGVH bersepakatan untuk menjualkan saham-saham mereka, tetapi dengan harga saham yang rendah itu, mereka tidak dibenarkan untuk berurusniaga; dan jika harga saham terus menjunam mereka bimbang bahawa mereka akan hanya memiliki saham yang tidak ada nilai seperti yang berlaku keatas beberapa saham yang dilancarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional seperti Amanah Saham Johor dan juga saham KUBB.

Pengurus-pengurus Felda diperuntukkan hingga 10,000 unit saham FGVH manakala kakitangan lainnya diperuntukkan dengan unit yang rendah sedikit daripada yang diperuntukkan kepada pengurus-pengurus.

Diatas nasihat Felda supaya mereka tidak menjualkan saham mereka, pengurus-pengurus dan kakitangan Felda tersebut terlepas peluang untuk mendapatkan keutungan apabila FGVH dilancarkan pada 28 Jun lalu dengan harga saham yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.  Peluang itu sudah terlepas dan mereka keciwa bahawa cakap-cakap Isa Samad dan Sabri Ahmad terbukti sebagai cakap-cakap kosong apabila menyatakan bahawa saham FGVH akan memberikan keuntungan besar jika pemilik-pemiliknya tidak menjualkan tetapi menyimpan saham-saham itu kesuatu tempoh di mana saham-saham itu akan naik.

Pengurus-pengurus Felda sudah dua kali tertipu.  Semasa penyenaraian dibuat, mereka diperuntukkan saham jauh lebih kecil daripada pegawai-pegawai anak-anak syarikat Felda.  Kini mereka mendapati mereka berada didalam keadaan dilema menyimpan saham-saham yang tidak boleh diurusniaga.  Mereka terasa amat keciwa.

Kalaulah pengurus-pengurus Felda keciwa dengan kejatuhan saham FGVH, lain pula cerita yang menimpa nasib peneroka-peneroka Felda.

Peneroka-peneroka diperuntukkan hanya sekadar 800 unit seorang 200 unit kurang daripada satu lot.  Tetapi oleh kerana peneroka-peneroka tidak tahu dan tidak pernah "bermain" saham, mereka menjangkakan bahawa 800 unit itu boleh memberikan keuntungan puluhan ribu ringgit.  Itu yang dijanjikan kepada mereka.

Peneroka-peneroka yang begitu teruja dengan pemberian saham dengan dikenakan hutang melalui bank-bank tempatan sebanyak RM3640.00 berasa begitu lega memperolehi saham itu; dan mereka mengambil sikap "benci" kepada nasihat-nasihat yang diberikan bahawa mereka akan hanya menanggung hutang dengan pembelian saham 800 unit itu.

Kini apa sudah jadi?  Felda mahu memikul amanah untuk menjamin dan menjelaskan hutang bagi pihak peneroka kepada Bank-Bank yang memberikan pinjaman.  Bunyinya cukup baik bahawa Feldalah yang akan membayar kepada bank-bank.  Akibatnya, peneroka-peneroka dikenakan membayar kepada Felda sebanyak RM50.00 sebulan sehinggalah hutang yang bayarannya didahulukan oleh Felda langsai dibayar oleh peneroka-peneroka.

Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.  Itulah gambaran yang boleh diletakkan kepada nasib peneroka-peneroka Felda.

Bagaimanapun, golongan yang besar juga dari kalangan peneroka-peneroka itu masih menaruh harapan bahawa 800 unit yang mereka pegang itu akan membuahkan pendapatan ribuan ringgit.  Harapan inilah yang dibelai oleh UMNO/BN untuk terus menghisap darah peneroka-peneroka.

Peneroka-peneroka dan kakitangan Felda yang bijak sudah lama menjualkan saham masing-masing; dan diperingkat awal dahulu, peneroka-peneroka tersebut berjaya mendapatkan RM400.00 disamping melangsaikan hutang pinjaman untuk saham mereka dengan bank-bank.  Pengurus dan kakitangan Felda yang perihatin dengan pasaran saham juga telah menjualkan saham masing-masing dengan membuat keuntungan.

Kepada mereka yang setia dengan UMNO dan menerima nasihat UMNO, Felda dan Isa Samad, nasib mereka adalah seperti "Nasi sudah jadi Bubur".

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pilihanraya DUN Selangor tidak serentak dengan PRU13

Posted: 12 Sep 2012 02:00 AM PDT

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Penswastaan KTMB: Tambang Naik, Faedah Kakitangan Bakal Terjejas

Posted: 12 Sep 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 12 SEPT : Pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal berhadapan kenaikan harga tambang perjalanan sekiranya penswastaan kepada Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC) berlaku.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Kesatuan Kakitangan KTMB, Abdul Razak Md Hassan yang membantah pengambilalihan KTMB kepada syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jelasnya, rakyat sudah pasti akan menerima kesan pengambilalihan memandangkan setakat ini tambang perjalanan KTMB merupakan paling murah berbanding dengan pengangkutan awam lain seperti LRT dan Monorail.

"Adakah tambang ini tidak dinaikkan? Bagaimana pula dengan kargo? Jadi inilah implikasi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan usaha menyerahkan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada MMC.

Rafizi mendakwa usaha ini satu percubaan untuk membentuk sistem monopoli dalam operasi pengangkutan awam dan industri logistik.

Selain itu, Abdul Razak berkata pengambilalihan ini akan menyebabkan kakitangan KTMB bakal kehilangan beberapa faedah.

Menurutnya, faedah kakitangan KTMB hampir dilucutkan semasa syarikat itu diambilalih oleh Marak Unggul Sdn Bhd dari tahun 1997 sehingga tahun 2002.

"Pengalaman dengan Marak Unggul, kakitangan terpaksa buat kerja-kerja yang bukan bidang spesifikasi kerja.

"Kedua, cubaan menarik beberapa keistimewaan syarat-syarat pekerja keretapi. Ketiga faedah hospital, di mana sebelum itu kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh KTMB."

Dakwa Abdul Razak, Marak Unggul cuba meletakkan had RM 1,000 terhadap kos perubatan hospital.

Abdul Razak berkata, usaha untuk mengurangkan faedah kakitangan KTMB gagal apabila Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Lim Ah Lek campurtangan.
Akhirnya pengambilalihan Marak Unggul dibatalkan pada 2002 dan Kerajaan Pusat mengambil kembali KTMB.

Ujar beliau lagi, perkara ini tidak mustahil berlaku seperti di dalam kes pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom, sebuah lagi syarikat yang dikuasai Syed Mokhtar.

Tegas Abdul Razak, adalah lebih baik KTMB kekal dalam situasi sekarang atau dikembalikan kepada sektor awam agar tidak menjejaskan semua pihak.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Sumbang USD50 Ribu Bina Hospital Gaza

Posted: 12 Sep 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 11 SEPT: Prihatin dengan nasib dan masa hadapan rakyat Palestin, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang USD50,000 untuk membiayai pembinaan hospital di negara bergolak itu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Menteri Kesihatan Gaza-Palestin, Dr Basem Naim dalam majlis makan malam sempena lawatan delegasi itu ke Selangor semalam.

Ketika mengalu-alukan kedatangan Dr Basem, Abdul Khalid dalam ucapannya berharap semuga sumbangan itu menjadi permulaan yang baik ke arah itu.

"Ini mungkin tidak banyak dan tidak meliputi sepenuhnya keperluan bangunan hosital yang lengkap, tetapi kita berharap ia akan memberi satu permulaan yang baik ke arah itu," katanya dalam majlis yang diadakan di Hadramot Restaurant, Hotel Concorde di sini.

Di samping berharap hubungan dua hala Selangor-Palestin dapat diperkukuhkan, Abdul Khalid juga menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Palestin untuk membangunkan negaranya.

"Selangor menyokong usaha membangunkan Negara Palestin dan mengukuhkan hubungan dua hala serta membina masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Palestin," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Basem pula berkata selain mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih, beliau turut melahirkan keyakinan masyarakat di Malaysia, khususnya di Selangor akan terus membantu untuk memenuhi dana pembinaan hospital di Palestin.

"Saya percaya sumbangan ini akan mendorong pihak di sini termasuk NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) menyumbang untuk tujuan itu," katanya.

Beliau turut memberitahu, selain keperluan membina hospital, Kerajaan Palestin turut berhadapan dengan masalah membekalkan eletrik ke hospital-hospital yang menuntut kos tinggi.

Dalam majlis tersebut, turut mengiringi Dr Basem adalah, Pengarah Hospital Shifa, Palestin, Dr Manhat A.K Hasan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 70 tetamu itu antaranya Exco-exco Negeri Selangor, Dr Halimah Ali, Dr Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail, Dr Yaakob Sapari, Dr Ahmad Yunus Hairi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abd Hamid.

Selain itu turut kelihatan dalam majlis sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Adun Meru, Dr Rani Osman.

Sumber: Selangorku

Air Percuma : MB Tidak Halang Rakyat Bawa Ke Mahkamah

Posted: 11 Sep 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.

Mengulas lanjut isu tuntutan saman yang difailkan oleh 711 pengguna air, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.

Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

"Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.

"Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Semalam Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa pemberian percuma hanya diberikan kepada penghuni yang mempunyai meter individu.

"Oleh kerana itu, saya sudah memaklumkan bahawa penghuni supaya cepat menukarkan meter pukal kepada meter individu supaya dapat menikmati pemberian ini.

"Kadang-kadang sesetengah orang tidak faham mengenai perkara ini," katanya.

Sumber: Selangorku

LANGAT 2 : Jangan Salahkan Kerajaan Negeri Jika Perlaksanaan Tertunggak

Posted: 11 Sep 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.

Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.

Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.

"Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

"Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini," jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco.

Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini.

Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.

"Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri," katanya.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.

"Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang 'bidding' namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).

"Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini," tegas beliau ketika ditemui.

Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Pilihanraya DUN Selangor Tidak Serentak Dengan PRU13′

Posted: 12 Sep 2012 01:57 AM PDT

Malaysiakini

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.