Sabtu, 8 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jadual Penuh Jelajah #Merdekarakyat 9 September 2012 (Ahad) – Kuala Lumpur

Posted: 08 Sep 2012 12:58 PM PDT

9 September 2012 (Ahad) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

MASA PROGRAM LOKASI
11.00 – 12.00 tghari Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Lembah Pantai

 

Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam
12.30 – 1.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Bandar Tun Razak

 

Padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak
2.00 – 3.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Pusat

 

Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru
3.30 – 4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Batu

 

Dataran 1, PPR Batu Muda
4.45 – 5.45 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Setiawangsa

 

No 9 -2, Jalan 46B/26, Pusat Bandar Sri Rampai, Setapak
6.00 – 7.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Wangsa Maju

 

Tapak Pasar Malam, Taman Melati (Dekat LRT Terminal Putra/LRT Gombak)

Hina Najib Pantas Dihukum, Hina Pembangkang Dibiar Bebas

Posted: 08 Sep 2012 12:54 PM PDT

KeadilanDaily

Negara yang dipemerintah umno BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan, beliau berkata demikian ekoran mengulas pelakuan remaja yang didakwa menghina gambar Datuk Seri Najib Razak ditangkap polis 5 September lalu.

Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan.

"Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan).

"Apakah mereka ingat rakyat ini najis?" katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu.

"Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan 'corruption' tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen," katanya lagi depan lebih 5,000 hadirin, sambil menegaskan, pelaksanaan undang-undang yang adil, seharusnya tidak memandang keturunan seseorang.

"Justeru, pemimpin yang tidak ikut 'rule of law' (kedaulatan undang-undang), sebaliknya 'rule of the jungle' (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan," katanya diikuti sorakan hadirin.

Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu.

Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan.

Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat.

Jangan Ikut ‘Syaitan’

Posted: 08 Sep 2012 12:49 PM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ”syaitan yang dikenali” seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong “syaitan” kerana mereka akan selamat sekiranya bersama “malaikat” yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,
dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ”syaitan”, beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.

“Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.

”Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan,” sindir Anwar lagi.

Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi “‘lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal”.

Bas Merdeka Rakyat Disimbah Cat Lagi

Posted: 08 Sep 2012 12:44 PM PDT

KeadilanDaily

Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.

Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.

Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.

Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.

Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Interview with Tariq Ramadan : What is the impact of the Islamic awakening movement on Malaysia?

Posted: 08 Sep 2012 10:07 AM PDT