Khamis, 30 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Wawancara Khas Sempena Kemerdekaan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Aug 2012 06:57 AM PDT

Kos Sewa Bas Tidak Melibatkan Wang Kerajaan Negeri

Posted: 30 Aug 2012 04:37 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR
30 OGOS 2012

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR