Rabu, 29 Ogos 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49

Posted: 29 Aug 2012 08:50 PM PDT

Salam sejahtera,

Pada tahun ini kita akan meraikan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang ke-49.

Kemerdekaan bukan sahaja boleh diertikan bebas daripada penjajahan kuasa luar, malah rakyatnya mestilah bebas daripada sebarang penindasan dan pemerasan, bebas mengamalkan hak berdemokrasi dan mengamalkan hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya dan fahaman politik.

Setelah lebih lima dekad kita meraikan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa luar, marilah kita bertekad dan beriltizam sebagai rakyat yang Sebangsa, Senegara, Sejiwa menolak sebarang bentuk penjajahan, penindasan dan ketidakadilan yang kini semakin mencengkam untuk mengubah negara yang kita cintai ini kepada sebuah negara yang benar-benar merdeka, mengamalkan hak berdemokrasi yang sebenar, benar-benar menjaga hak dan keadilan untuk semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama, budaya dan fahaman politik serta membentuk sebuah negara yang lebih baik untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

Akhir kata, saya dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat, mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion

Posted: 29 Aug 2012 07:00 PM PDT

SHAH ALAM 29 OGOS : Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.

Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.

Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.

Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai.

Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta.

"Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek.

"Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek.

"Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion.

Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta.

Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta.

"Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan.

"Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya.

Sumber: Selangorku

Ganguan Air Disebabkan Paip Syabas Bocor, Tidak Diselengara

Posted: 29 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Perkhidmatan air di beberapa kawasan Selangor memgalamai ganguan ekoran kegagalan Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelenggara paip dan saluran dengan baik sehingga menyebabkan kebocoran.

Ini menyebabkan bekalan air terawat di kawasan-kawasan itu terpaksa dihentikan buat seketika untuk kerja-kerja pembaikan dilakukan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita masih mendapati bahawa Syabas tidak begitu disiplin dari segi menjaga alat dan paip sehinggakan terdapat beberapa kebocoran yang berlaku."

Beliau berkata kebocoran bekalan air terawat ini dikesan melalui jawatankuasa khas pemantau operasi harian Syabas.

Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini petang tadi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor akan bertemu empat syarikat konsesi yang mengendalikan aset air terawat di Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tawaran kepada keempat-empat syarikat terbabit akan dilaksanakan pada minggu kedua September depan.

Empat syarikat konsesi air itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

"Kerajaan Negeri juga sudah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) yang bersetuju supaya kita mengemukakan beberapa usaha supaya penyusunan semula industri air dilakukan secara holistik.

"Kita juga akan turut membentangkan cadangan dan kertas kerja berhubung perkara ini pada minggu kedua bulan September," katanya.

Sumber: Selangorku

MPK : Penduduk Klang Harus Siap Sedia Banjir

Posted: 29 Aug 2012 02:00 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu.

"Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu.

"Pihak kami sudah siapkan tenaga kerja 24 jam, logistik dan sebagainya. Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1800-88-23-826," katanya.

Beliau turut meminta kerjasama dari penduduk supaya membersihkan saliran longkang di rumah supaya tidak tersumbat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerja-kerja menaiktaraf dan menyelengara sistem saliran, mendalamkan dan meluaskan tiga sungai di Klang akan bermula akhir September depan dan dijangka siap awal tahun depan.

Ia sebagai langkah mengawal bencana banjir dan kos keseluruhan projek terbabit meliputi RM 5.2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiga sungai itu melibatkan Sungai Aur, Sungai Sireh dan Sungai Pileh yang kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat.

Beliau berkata MPK juga akan membina kolam tadahan di Bayu Perdana agar dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Jamin Terus Beri Air Percuma

Posted: 29 Aug 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Kerajaan Negeri memberi jaminan akan meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk terus memerintah Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan tunai yang mencukupi malah meningkat sehingga RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, berbanding RM1.9 bilion sebelumnya.

Kenyataan Abdul Khalid itu sekaligus menyangkal dakwaan Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Baharuddin yang mengatakan Selangor bakal berdepan defisit serius sekiranya meneruskan dasar pemberian air percuma kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan air di negeri itu.

"Ada juga ahli akademik yang tidak pandai mengira. Apa yang penting ialah rakyat melihat apa yang sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri baik dari segi pemberian air percuma, peningkatan rizab negeri dan keupayaan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.

Dakwanya lagi, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, sebaliknya bergantung kepada kutipan cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menolak kenyataan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan tiada kenaikan tarif air sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap.

Beliau berkata, Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih gagal memahami isu pembinaan Langat 2 yang sememangnya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.

Katanya, dana itu perlu dibayar sama ada melalui kutipan cukai atau kos tarif yang akan disalurkan untuk pelaksanaan projek tersebut.

"Tiada apa yang percuma walaupun dia memberi geran kepada Negeri Selangor. Ini kerana geran itu adalah hasil daripada kutipan cukai rakyat. Maknanya kita sudah bayar kepada Kerajaan Pusat lebih awal.

"Kenyataan Chin itu melihatkan beliau sebenarnya kurang faham tentang penggunaan belanjawan negara. Sebab itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan," sindir Abdul Khalid.

Sumber: Selangorku

Jawatankuasa Khas Pantau Pembaharuan Lesen Rumah Urut di Klang

Posted: 29 Aug 2012 01:30 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Semua lesen premis rumah urut, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan serta Pusat Refleksologi yang mahu diperbaharui tidak akan dilakukan serta merta seperti amalan biasa.

Sebaliknya, ia akan melalui proses permohonan semula dan akan dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut dan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut, Azmizam Zaman Huri berkata prosedur itu dilakukan berikutan untuk memudahkan pemantauan aktiviti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tindakan itu juga bagi membanteras kewujudan rumah urut haram yang sering diperkatakan pelbagai pihak sebelum ini.

"Dalam mesyuarat baru-baru ini, kita putuskan agar lesen premis itu tidak akan diperbaharui serta merta.

"Mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuklah lawatan pihak kami ke premis itu sebelum bersetuju untuk memperbaharui lesen mereka," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Beliau berkata pihak yang terlibat perlu mengikuti garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Aznizam turut menegaskan semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di negeri itu dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 52 premis rumah urut dan 16 buah Pusat Refleksologi yang berlesen di sekitar Klang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri berkata MPK akan mengadakan operasi secara besar-besaran bagi tempoh dua bulan ini sebagai usaha membanteras kegiatan itu.

Katanya, operasi itu termasuklah menurunkan papan tanda gergasi yang menjadi penyumbang kepada kehadiran pelanggan di premis terlibat terutama sekitar Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain kelak.

Tambahnya, beberapa premis sudah dikenalpasti dan akan digempur habis-habisan dalam masa terdekat melalui kerjasama semua jabatan yang terlibat.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 31 Ogos – 2 Sept 2012

Posted: 29 Aug 2012 11:58 AM PDT

1)    31 Ogos 2012 (Jumaat) – Pahang & Kelantan

 

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 9.00–9.45 pg Ibu Pejabat PKR Pelancaran Jelajah Bas & Sidang Media Merchant Square, Petaling Jaya
2 10.00–12.00 thgari Bentong (P) Sambutan Eidul Fitri No 3, Taman Meranti, Bentong, Pahang
3 1.00–3.00 ptg Benta (DUN) 1. Solat Jumaat

2. Sambutan Eidul Fitri

1.  Masjid Bandar Benta

2.  Bilik Gerakan PR DUN Benta,      Jln Benta-Jerantut, Pahang

4 4.00–6.00 ptg Nenggiri (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat Penyelia DUN Nenggiri,

Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan

5 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan
6 9.00–10.00 mlm Macang (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Macang,

Kweng Hitam, Macang,

Kelantan

7 9.00–12.00 mlm Tanah Merah (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Saifuddin Nasution

3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah

4. YB Fatah Mahmud

5. YB Amran Abdul Ghani

Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan

 

  

   2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 12.30–2.30 ptg Kangar (P)

Kuala Perlis (DUN)

Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis
2 2.00-4.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
3 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

4 7.15-8.30 mlm Alor Setar (P)

Bakar Bata (DUN)

Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
5 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

3)    2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 8.30-9.30 pg Bakar Bata (DUN)

Alor Setar (P)

Sarapan Pagi Restoran Zeti, Kg Berjaya,

Bakar Bata, Alor Setar, Kedah

2 10.00–11.30 pg Kangar (P)

Kuala Perlis (DUN)

Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis
3 11.30-1.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
4 1.30- 3.00 ptg Pedu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pekan Naka, Pedu,

Padang Terap, Kedah

5 3.30 – 5.00 ptg Kuala Kedah (P) Sambutan Eidul Fitri Taman Damai, Mentalon,

Alor Setar, Kedah

6 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

7 7.15 -8.30 mlm Alor Setar (P)

Bakar Bata (DUN)

Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
8 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

Ambang Merdeka: DSAI Sampaikan Pidato Khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Posted: 28 Aug 2012 07:37 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

"Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.

Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

"Ketua Setiausaha (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan jelas tidak menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada susunan kerusi untuk kita. Tapi kita boleh datang bersama rakyat di luar stadium," ujarnya sinis.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Kamaruddin Siaraf berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan menerusi layar di luar stadium kerana tempat duduk hanya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Logo dan tema Pakatan diterima baik

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan temanya 'Senegara, Sebangsa, Sejiwa' diterima baik oleh rakyat.

Malah katanya, kempen menggunakan logo tersebut kini giat dijalankan di negeri-negeri Pakatan iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

"Tema dan logo diterima baik, bahkan di negeri Pakatan Rakyat, pintu gerbang dinaikkan (logo) dengan begitu meriah. Di Selangor juga sudah dinaikkan semalam.

"Tidak ada apa-apa masalah. Kita menyatakan pendirian menolak tema dan logo Umno BN yang berbentuk partisan. Kita tampil dengan tema yang lebih berbentuk masyarakat dan sekarang tiba masanya untuk kita merayakannya," jelas beliau.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Raya DUN Sikamat

Posted: 28 Aug 2012 05:51 PM PDT


Jamuan Raya PKR Seremban

Posted: 28 Aug 2012 05:48 PM PDT