Ahad, 19 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Hari Raya Pertama

Posted: 19 Aug 2012 07:32 PM PDT

Saya bersyukur kerana pada Hari Raya Pertama semua anak-anak dan cucu-cucu Arwah Abang Din dan juga Abang Ri saya datang beraya ke rumah.  Mereka itu kesemua tinggal di luar Temerloh, ada di Kelang, ada di KL, ada di Shah Alam, ada di Kajang dan ada di Johor Bahru.

Kalau bukan kerana Hari Raya memang kamii tidak bertemu.  Mereka sibuk dengan tugas mereka dan saya juga sibuk dengan tugas saya.

Begitu juga dengan keluarga adik saya Suriati, keluarga anak-anaknya dan cucu-cucunya.  Semuanya hadir ke rumah.  Satu himpunan keluarga yang besar.   Hampir juga dekat 100 orang semuanya.

Hanya keluarga adik saya di Kelang dan di Shah Alam tidak balik tahun ini, dan begitu juga anak saya pula, Sufizal dan keluarganya beraya di Melaka; dan Insya Allah, pada Raya ke-3, esuk, saya bersama Kak Hendon, Surina dan Mohd Syukri akan pula ke Melaka, kami akan berada di Melaka selama 3 hari sebelum kembali semula ke Temerloh.

Hari ini di Hari Raya Kedua, saya akan menziarahi rumah Kak Nik (kakak Ipar) saya di Kg Lubok Kawah, Kak Nik adalah isteri Arwah Abang Saya yang sudah lama meninggalkan kami.

Saya akan cuba menjadualkan masa untuk ke rumah Abang Hashim, pupu saya di Kg Lubok Kawah, dan dikalangan ahli-ahli keluarga kami, Abang Hashim lah yang paling tua yang masih hidup, kemudian akan cuba ke rumah Ngah Hawa di Kg Batu 4, Ngah Hawa sengaja balik ke Batu 4 untuk berhari Raya, sedangkan pada hari-hari lain dia berada di Kuantan di rumah anaknya.   Abang Md Ali adalah adik kepada Ngah Hawa, dan dia hanya tinggal dengan anak-anaknya kerana isterinya sudah meninggal.

Abang Manap, Abang Razali, Abang Nordin semuanya sudah meninggalkan kami; Abang Rani meninggalkan kami semasa bulan Ramadhan baru-baru ini.  Abang Choh (Yusof) dan Rafeah masih ada di Kg Bukit Tingkat, Lubok Kawah.  Ini adalah antara pupu-pupu saya yang masih hidup.  Kami pupu kerana ayah saya dengan ayah/ibu mereka itu adalah adik beradik.

Ada lagi pupu saya, Abang Hamda di Kg Sanggang, Abang Hamdan ini adalah bekas Penghulu Mukim Sanggang dan Mukim Kerdau, sekarang sudah berpencen, Abang Nuar (Annuar Yusof) di Tmn Seri Semantan, adik mereka Makri, Zailan, Norehan (saya tak tau dimana mereka tinggal di Kuala Lumpur; Zailan adalah bekas Penolong Pegawai Daerah Temerloh sebelum bertukar ke Kuala Lumpur.

Ngah Som, sampai hati anak-anaknya tidak memberitahu saya diatas kematiannya didalam bulan Ramadhan, Kak Wok di Kg Haji Ali Temerloh, dan adik mereka di Sitiawan, Perak.  Ayah mereka adalah abang kepada ayah saya.

Ayah saya ada 13 orang adik beradik, dan anak-anak mereka tinggal di merata-rata tempat di Negeri Pahang, dan kebanyakan mereka itu saya tidak kenal kerana al-maklum sesetengahnya jarang berjumpa dan sesetengah yang lain tak pernah berjumpa.

Ada juga dari kalangan keluarga ayah saya yang "terpancut" jauh ke Pulau Pangkor, ke Kuala Selangor dan Terengganu.  Walaupun pernah berjumpa sekali didalam hidup kamii, tetapi selepas itu tidak pernah berjumpa, maka manalah nak kenal mereka.

Ada juga yang terpancut ke Negeri Sembilan dan Melaka, tetapi selain dari mengetahui bahawa mereka itu membawa diri ke sana, kami tidak pernah berjumpa.

Keluarga ayah saya dan ibu saya adalah sangat besar di Temerloh inii.  Saudara mara saya hampir sepenuh Kg Berhala Gantang, Kg Bintang, membawa ke Kg Telok Ira, Telok Mengkuang, Kerdau, Sanggang, Paya Jejawi, Paya Banir, Songsang, Chatin dan Penak.

Semasa ayah saya masih hidup dulu, kami sentiasa menziarahi saudara-mara ini sekurang-kurangnya setahun sekali, tetapi selepas pemergian ayah saya, kunjungan begini tidak lagi berlaku.

Keluarga saya juga berkampong di banyak kampong di Daerah Jerantut dan Daerah Lipis; dan keluarga sebelah nenek saya sebelah emak saya pula berada di Kg Lemal, Kg Kangkong, Pasir Mas Kelantan.

Saya masih berhubung dengan saudara mara saya di Kelantan keran Pok Su saya masih ada di Pasir Mas Kelantan.

Pada harii raya ini, memang saya terkenang kepada saudara mara walaupun di mana mereka berada.

Kepada saudara mara saya termasuk yang saya tidak kenal, saya ingin perkenalkan diri saya, manalah tau kok-kok ada yang dari pertalian yang sama, bolehlah kita berkenalan Nama Saya: Suhaimi Bin Said, Nama Ayah Saya: Said bin Haji Ismail, Haji Ismail itu berasal dari Kg Bintang, Temerloh, Pahang dan Arwah aki saya lah yang membuka Kg Lubok Kawah Temerloh.

Emak saya bernama Kelesom binti Haji Ibrahim (emak saya dikenali dengan panggilan Mek), Nenek saya bernama Fatimah, dan aki saya, Haji Ibrahim bin Ahmad, anak Berhala Gantang, Temerloh.

Aki saya, Haji Ibrahim, telah berpondok di Kelantan selama 15 tahun dan berkahwin dengan nenek saya Fatimah, orang Kg Lemal di Kelantan, dan emak saya dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan sebelum aki saya membawa nenek dan emak saya pulang ke Pahang.

Di Pahang, akii saya bersama dengan akii sebelah ayah saya, Haji Ismail membuka Kg Lubok Kawah, dan mereka membawa bersama mereka Tuan Guru yang terkenal yang kami panggil Tok Ayah untuk sama-sama membuka Kg Lubok Kawah.  Tok Ayah berasal dari Kg Salor, Kelantan.

Itulah pengenalan keluarga saya, dan jika sesiapa terbaca dengan pengenalan ini, dan kalau kira-kira kita mempunyai talian perhubungan, cuba-cuba hubungi saya di talian: 0199882115.

Adik beradik saya sendiri ada 4 orang iaitu Abang Bedul,  Abang Jamaludin dan adik saya Jaenah binti Said, yang kini tinggal di Meru, Kelang.

Adi beradik sesusu saya pula adalah Saidal Khadri @ Ahmad Tajudin Abd Rahman, Suzelan Amir Abd Rahman, Suriyati Abd Rahman.  Saidal Khadri sudah meninggal dunia.  Seorang lagi adik sesusu saya adalah Nasta Mimi Ibrahim.  Mereka itu tinggal di Kuala Lumpur.  Dan di hari raya begini, mereka kembali ke Kg Batu 4, Temerloh, Pahang.

Itulah keluarga saya.