Ahad, 12 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Berbudi kepada Tanah

Posted: 12 Aug 2012 04:02 PM PDT

Pada 11hb Ogos 2012 jam 5.00 petang, saya dan Kak Hendon menerima jemputan anak-anak muda dari Felda Jengka 24 untuk meraikan beberapa orang Anggota Baru yang turut menawarkan diri untuk menjadi Petugas/Pacaba/Sukarelawan PKR untuk PRU-13, seramai 18 orang Pemuda anggota baru PKR yang terlibat.

Kami bertandang ke rumah Sdr Azrul bersama-sama dengan Sdr Ramli Lin, Ketua PKR Ranting Felda Jengka 24.

Sehingga kini sudah 35 orang Pemuda PKR Felda Jengka 24 sudah mendaftarkan diri untuk menjadi petugas/pacaba/sukarelawan.

Kami sempat merakamkan gambar bersama sebahagian daripada 18 orang pemuda tersebut tetapi hanya sebahagian sahaja yang bergambar, yang lain-lain dinasihatkan tidak bergambar bersama untuk menghormati kedudukan ibu-bapa mereka yang masih tegar didalam UMNO, Insya Allah, sebahagian daripada ibu-bapa mereka bukan sahaja memahami pilihan anak-anak mereka bahkan sudah berlembut hati terhadap kehadiran PKR di rancangan Felda itu.

Keseluruhan ahli-ahli Pemuda Felda Jengka 24 yang menyertai PKR adalah 120 orang dan sebahagian besar dari mereka bertugas di luar kawasan, sesetengahnya di Kuala Lumpur dan Kuantan.

Selesai tugas kami di Felda Jengka 24, kami bertolak menuju Kampong Dato Shariff Ahmad, Kuala Krau untuk berbuka puasa di rumah Abang Haji Abdullah Simat (Hj Dollah), pupu saya; seorang yang hebat berjuang didalam UMNO di zaman Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussain.  Kini beliau bersama isterinya menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Abang Haji Dollah menjemput pupu-pupunya, anak-anak saudaranya dan cucu-cucunya (semua dah dewasa) berbuka puasa di rumahnya.  Dua ruang tamu di rumahnya, satu untuk Wanita dan satu untuk lelaki penuh.

Majlis dimulakan dengan mengadakan Tahlil Arwah dipimpin oleh seorang Ustaz Tahfiz.

Pada 12hb Ogos 2012, saya cukup excited nak dengar berita dari Sabah; dan di awal pagi lagi saya terus melakukan kerja-kerja berkebun untuk "membunuh masa", Alhamdulillah, dapat satu jalur yang luas saya terangkan tanah dan saya terus menanam pelbagai jenis sayur seperti keledek, ubi kayu, bendir, kacang panjang, dan cili api.

Apa yang saya tanam di permulaan Ramadhan dulu sudah boleh mendatangkan hasil.  Cili sudah berbuah, beberapa ulaman sudah boleh dipetik, dan pucuk ubi kayu serta pucuk keledek sudah boleh dibuat sayur; dan kangkung sedang membesar.  Bendir dan kacang panjang belum lagi mengeluarkan hasil, saya kena buat para untuk kacang panjang, peria, dan timun.

 Saya tanam rambutan ini 3 tahun dahulu, sudah beberapa kali berbuah, tapi tahun ini nampak begitu lebat bunganya.  Saya ada 20 pokok rambutan, alahai, kalau kawan-kawan tak datang tolong makan bila buah dah masak nanti, alamat rosak dipokok sajalah buah-buah itu.
 Kelapa, memang saya tak perlu membeli di kedai.  Ada 8 pokok kelapa, semuanya berbuah lebat.
 Pokok rambutan, dan yang jauh itu adalah buah mata kucing dan mempelam kampung
 Pisang dah tak termakan, keledek sedang menjadi
 Di sebalik pokok kelapa itu adalah pokok rambutan, dengan saya tak sedar ada sarang tebuan di pokok itu, sudah begitu besar, dan kini sudah dibakar, nak mujur juga saya sedar awal, cucu-cucu saya suka bermain di bawah pokok-pokok ni.
 Di belakang lorong ini ada 8 pokok mangga, tapi tahun ini loangsung tidak berbunga, mungkin tahun depan berbunga/berbuah
 Anak-anak pokok kelapa untuk dialihkan ke belakang rumah
 Di dalam tong-tong ini terdapat ratusan anak-anak ikan Tebakang, kini sudah selebar 3 jari, lambat betul ikan ini membesar.  Induk kepada ikan-ikan ini saya sumbangkan kepada Sdr Zainal di Felda Jengka 12, beliau adalah penternak ikan secara komersial, di tempat penternakannya juga diadakan kursus-kursus menternak ikan air tawar, ada beberapa kolej yang menghantar pelajar-pelajar mereka belajar di sini.
 Ini adalah kelapa pandan, dulunya berbuah mencecah tanah, tapi oleh kerana kawasan ini banyak babi hutan, buah-buah kelapa ini tak sempat dimakan, kini pokok dah tinggi sedikit, bolehlah dimakan; saya suka petik buah mudanya untuk airnya diminum; cukup seronok minum tengah hari bila sudah dicampurkan ice, nyaman. Ooop...jangan perasan ya?  Itu di luar bulan Ramadhan.
 Di dalam tong itu, saya pelihara ikan sepat benua
 Nampak pokok dokong tu?
 Dan di bawah sana ada reban ayam, saya pelihara ayam kampong
 Ini siapalah nak makan nanti, dokong ini berbunga begitu lebat
Di sebelah kiri pokok bunga raya tu, semuanya pokok dokong

Orang kata berbudi kepada tanah memang akan mendapat hasilnya, cukup dengan bajanya, cukup dengan airnya, sampai waktunya pokok-pokok itu membalas budi kita.

Berbeza dengan menabur budi dengan manusia.  Kalau tidak ikhlas kerana Allah, kadang-kadang budi itu tidak dipandang begitu berharga kerana manusia mudah lupa (kata Dr Mahathir), dan kadang-kadang diterima dengan sindiran.  Ikhlas kerana Allah ada ganjarannya.

Setelah siap saya berkebun, dan menyiram pokok-pokok (ini musim begitu panas), saya bersihkan diri dan pada jam 12.30 tengah hari, saya pandu kereta Volvo saya, sebuah kereta yang saya sudah pakai berbelas tahun, dan Kak Hendon pandu Pesonanya, kami pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil sumbangan untuk kami edarkan kepada golongan dhaif, dan ibu tunggal di Kuala Krau.

Esuk, 14hb Ogos, kami ahli-ahli PKR Kuala Krau akan mengedarkan sumbangan itu kepada mereka yang sudah disenaraikan termasuk didalam item edaran itu beras, minyak masak, air kordial, mee hoon, dan ketupat.

Moga-moga amal yang disempurnakan di bulan Ramadhan ini kerana Allah ada ganjarannya.  

Kedahkini: Panas!!! Bekas Menteri Sambut Anwar di Sarawak

Posted: 12 Aug 2012 04:24 AM PDT

Kedahkini: Panas!!! Lebih Ramai Meninggalkan BN " Mungkin Hari ini atau Selepas Raya "

Posted: 12 Aug 2012 04:21 AM PDT

Kedahkini: Terkini!! Bubar UPKO Bahagian Kota Marudu - Senator Datuk Maijol

Posted: 12 Aug 2012 04:18 AM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa interviewed on BFM89.9

Posted: 12 Aug 2012 02:43 AM PDT

SivarasaRasiah takes a look at LGBT rights, Sabah defections & PR's chances at governing Putrajaya http://t.co/2mHKLQJh

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


500 Ribu Risalah ‘Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor’ Diedar

Posted: 12 Aug 2012 06:00 PM PDT

SHAH ALAM 13 OGOS : Bagi memberi penjelasan kepada rakyat, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah mencetak lebih 500 ribu risalah bertajuk "Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor".

Langkah ini sebahagian usaha penerangan kepada rakyat Selangor terhadap isu tersebut.

Risalah berwarna yang bersaiz A4 diedarkan kepada orangramai melalui 'networking' ketua-ketua kampung tradisi Melayu, ketua-ketua Kampung Baru Cina dan Ketua Komuniti Kaum India selain ia juga diedarkan melalui 56 Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri.

Menurut Pembantu Khas Kepada Dr Xavier Jayakumar, Abdul Razak Ismail, selain dari itu ia juga diedar oleh beberapa buah NGO kemasyarakatan dan organisasi mahasiswa yang mengambil inisiatif untuk mengedarkannya di beberapa buah pasar-pasar ramadan, stesyen komuter dan LRT, kompleks membeli belah serta tempat-tempat tumpuan orang ramai.

"Dengan mengedarkan terus kepada rakyat di akar umbi, Kerajaan Negeri berharap rakyat Selangor mendapat penerangan yang tepat terhadap tindakan dan langkah-langkah Kerajaan Negeri mempertahankan hak air untuk rakyat Selangor dan isu-isu melibatkan pembinaan loji air Langat 2 yang sedang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Masalah air di Selangor muncul apabila Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) enggan menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri sebaliknya berusaha membangunkan Projek Langat 2 iaitu mengambil bekalan air mentah dari Pahang.

Langkah ini dibimbangi akan membebankan pengguna di mana dijangka pengguna akan menjadi mangsa dengan kenaikan tarif air yang tinggi dan tidak munasabah.

Sejak mentadbir Selangor pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini.




Sumber: Selangorku

Program Agihan Bubur Lambuk di Kampung Jawa Mendapat Sambutan Luar Biasa

Posted: 12 Aug 2012 03:00 AM PDT

Kampung Jawa, 12 Ogos 2012 - Program Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan Pejabat ADUN Seri Andalas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja pada hari ini mendapat sambutan luar biasa orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Program yang dijangkakan berakhir pada jam 7 petang telah berakhir seawal jam 5.45 petang. Sebanyak 3,300 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Hadir mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai adalah ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua AMK Kota Raja, saudara Azmizam Zaman Huri dan Ahli Majlis MBSA, Encik Manaf.

Dr Xavier menyampaikan bubur lambuk
Encik Manaf turut sibuk mengagihkan bubur lambuk
Turut serta dalam program ini adalah blogger terkenal, saudara Amizuddin Mamat yang kebetulan berada disitu. 

Orang ramai telah mula singgah untuk mengambil bubur lambuk seawal jam 4 petang. Turut berhenti untuk menerima bubur lambuk adalah pemandu-pemandu bas, pemandu-pemandu teksi dan para pegawai polis yang bertugas pada hari itu.

Pemandu bas turut terima bubur lambuk
Lagi pemandu bas terima bubur lambuk

Trafik sesak

Menyampaikan kepada pemandu teksi

Saudara Azmizam dan Amizuddin sempat bermesra dengan pegawai bertugas

Bubur lambuk untuk pasukan peronda

Kebanyakan orang ramai yang turun menerima bubur lambuk sempat mengucapkan tahniah kepada YB Dr Xavier dan Ahli Majlis diatas kesungguhan dan kejayaan yang dilakukan Pakatan Rakyat semenjak mengambil alih Selangor pada tahun 2008. Tidak kurang hebohnya orang ramai yang lalu lalang dihadapan tapak agihan melaungkan slogan "Hidup Pakatan!".

Orang ramai dari peringkat usia muda sehingga warga emas yang hadir dapat mengenali wakil rakyat mereka dan ini membuktikan wakil rakyat mereka telah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan, namun seperti kata YB Dr Xavier - masih banyak usaha yang perlu dilakukan. 

Penunggang muda: "Eh, ini Dr Xavier!"
Dr Xavier: "Jangan lupa pakai helmet, jaga keselamatan diri" 

Sempat bergambar dan bertanya khabar

Para petugas telah berada di tapak agihan sejak jam 10 pagi. Turut membantu adalah petugas-petugas sukarelawan cilik. Walaupun berpuasa, petugas-petugas cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ini, bertugas sehingga ke akhir program dan mereka melakukannya dengan penuh ceria.

Membungkus bubur lambuk

Menyediakan bahan memasak

Memasak bubur lambuk

Rasalah bubur lambuk yang sedap!
Bergambar pada akhir program

YB Dr Xavier Jayakumar dan saudara Azmizam Zaman Huri mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang berusaha menjayakan program ini dan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan.

‘Water Rationing a Political Sabotage’

Posted: 12 Aug 2012 02:00 AM PDT

Source: FreeMalaysiaToday

KAJANG: Kajang municipal councillor S Arutchelvan has claimed that the water rationing by Selangor water supplier Syabas during the fasting month is a political sabotage.

"There are four areas in Semenyih involving 10,000 people. This is nothing more than political sabotage meant to anger the people," he said during a protest staged in front of the Syabas office here this morning.

The four are Taman Hweet Poh, Taman Sri Tanjung, Taman Manikavasagam and Bandar Rinching.
The protest held for about an hour was participated by more than 30 people. It was organised by the Oppressed People's Network (Jerit).

Issues relating to water distribution became a hot topic last month when Syabas claimed that a water crisis would happen if the Langat 2 dam construction did not take place.

The Pakatan Rakyat-led Selangor government however rejected the claim as being politically motivated.

Arutchelvan, who is also PSM secretary general, further claimed that the federal government was afraid that Selangor would better manage the water distribution.

"If Selangor (under Pakatan) mismanaged the water distribution, the people can vote them out," he said.

Meanwhile, Kajang state rep Lee Kim Sin who was also there put the blame squarely on Syabas for mismanaging water distribution.

"We can supply 4,969 million litres per day (mld) and the daily usage is only 4371 mld. Syabas hasn't set up additional piping facilities from Sungai Labu to supply water in south Selangor," he said.

He also queried why Syabas is declining Selangor government's buy out
offer at RM9.3 billion.

"Syabas shareholders will gain a profit of 12 to 13%," said Lee.

Menghadiri Program Motivasi Pelajar PMR dan SPM 2012 Serta Mengagihkan Bubur Lambuk

Posted: 11 Aug 2012 07:00 AM PDT

Kampung Jawa, 11 Ogos 2012 - Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Jawa dan Rakan Komuniti Klang pada hari ini telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar PMR dan SPM 2012.

Program yang dianjurkan tersebut diadakan di Dewan JKKK, Kampung Jawa, Klang.

Antara pengisian program tersebut adalah dua ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab dari KUIS pada pukul 5.45 petang dan pada pukul 9.45 malam oleh Ustaz Mohd Ashraf.

YB Dr Xavier Jayakumar yang merupakan ADUN Seri Andalas telah hadir pada program tersebut untuk mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai dihadapan Dewan JKKK tersebut.

Program pengagihan bubur lambuk diadakan sejurus selepas solat Asar.






Majlis Sumbangan Hamper di Desa Latania

Posted: 11 Aug 2012 03:00 AM PDT

Desa Latania, 11 Ogos 2012 - Bersempena dengan Syawal yang bakal tiba, YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah meluangkan masa turun padang untuk menyampaikan sumbangan hamper barangan keperluan hari raya.

Seramai 50 penerima daripada flat sekitar Desa Latania telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.

Majlis telah diadakan di surau Desa Latania. Hadir bersama mengagihkan sumbangan hamper tersebut adalah imam surau tersebut.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan beban para penerima dalam membuat persiapan hari raya nanti.





56,000 Set Hamper Diagih Bantu Golongan Miskin

Posted: 11 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 11 OGOS : Kerajaan Negeri mengagihkan 56 ribu set hamper barangan makanan kepada 56 DUN seluruh Selangor untuk diagih-agihkan kepada masyarakat miskin dan berpendapatan rendah sempena Hari Raya Aidil Fitri

Pembantu Khas Kepada Exco Selangor, Abdul Razak Ismail berkata, setiap DUN akan menerima 1,000 set untuk diagih-agih di kawasan masing-masing.

Antara barangan set hamper tersebut ialah beras 5 kg, minyak masak 1 kg, gula 1 kg, mihun, paket ketupak dan minuman kordial.

"Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar meluangkan masa meninjau kerja-kerja pengagihan di Stor JKR Seksyen 17, Shah Alam," kata Abdul Razak dalam kenyataan medianya.

Ujarnya, Kerajaan Negeri komitted untuk meringan bebanan kewangan golongan yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari raya tidak berapa lama lagi.

"Tegasnya lagi Kerajaan Negeri membelanjakan RM2.3 juta bagi program ini bagi memastikan golongan ini juga dapat merasai dari hasil perolehan negeri," katanya.


Sumber: Selangorku