Jumaat, 3 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Wilayah Persekutuan

Posted: 03 Aug 2012 03:02 AM PDT

5 Ogos 2012 (Ahad)

1) 6.00 ptg – Tazkirah / Iftar / & Solat Maghrib

Lokasi: Madrasah Nurul Muttaqin, Flat Sri Langkawi (Belakang LRT Tmn Melati)

2) 8.30 mlm – Solat Isya' / Tarawikh / & Tazkirah

Lokasi : Surau Blok P-20, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam

94% Tolak Tema Merdeka: Poll Malay Mail Terus Menekan Rais

Posted: 03 Aug 2012 02:16 AM PDT

Harakah


(Poll yang dibuat The Malay Mail pagi tadi. Ketika dimasuki sekali lagi, ia sudah ‘off-line’)

 

KUALA LUMPUR: Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu ‘off-line’. (gambar kanan bawah)

Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia ‘off-line’ tidak dapat disahkan.

Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan "Janji Ditepati" walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.

Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipertahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik.

Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.

Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – 'Janji Ditepati' yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai.

Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" amat menyinggung perasaan.

Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.

Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu 'Janji Ditepati' masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan.

“Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

“Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun,” tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi 'Tidak Suka' berbanding '523' yang mengundi suka.

Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

IPD Brickfields: Menteri Wilayah Wajib Bercakap Benar

Posted: 02 Aug 2012 11:52 PM PDT

Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini:
1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?

2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?

Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.

Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Kenyataan George Kent Menghina Proses Bidaan Dan Perolehan Negara

Posted: 02 Aug 2012 11:48 PM PDT

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.

Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan

2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak

3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:
§ Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

§ Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);

§ Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;

§ Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

§ Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato' Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 OGOS 2012

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Business Plan: Rebranding is a guarantee to turn around MAS

Posted: 03 Aug 2012 08:48 AM PDT

Until this date En Ahmad Jauhari Yahya (AJ) Group CEO of MAS, and/or his VP for Promotion and Marketing, En Al-Ishal Ishak, are still ignoring the call to reveal the total cost of re-branding and the designing of the new livery for MAS. The pale blue new livery WAU has been  commissioned much earlier than [...]