Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 20 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Anak Sungai Derhaka: Ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tiada sambut...

Posted: 20 Jul 2012 03:25 PM PDT

Anak Sungai Derhaka: Ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tiada sambut...: Berbekalkan beberapa keping gambar yang dirakam diawal ceramah siri ke sembilan jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung di Sabak Bernam ...

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Anwar : Ambil Alih SYABAS Elak Harga Air Naik

Posted: 20 Jul 2012 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang diusahakan Kerajaan Negeri Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu berbeza dengan cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri Noh Omar yang menawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Selangor menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat.

"Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Pusat dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program 'Wacana Pencerahan Bersama Pensyarah University Oxford, Dr Tariq Ramadan: Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah' di rumahnya malam tadi.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira pada jam 11 malam.

Turut hadir Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty; Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, selain pimpinan parti, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan.

Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu.

Pada 18 Julai lalu, delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat itu.

Sumber: Selangorku

Selangor Usaha Pecat CEO, Pengerusi SYABAS

Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Motives of the Federal Government Highly Suspicious

Posted: 20 Jul 2012 03:57 AM PDT

The Special Cabinet Committee ("SCC") that was announced by the Minister for Energy, Green Technology and Water (KeTTHA),  Datuk Peter Chin Fah Kui consists of people with  biased interests in the current water issue.

As a representative of the Selangor Pakatan Rakyat Government, attending various meetings in Putrajaya on the water restructuring issue, I know that all the members of the new SSC were present at those meetings and all the 4 members of the new SSC have at one time or another campaigned for need of Langat 2. In Oct 2011, I attended the Majlis Sumber Air Negara meeting chaired by the Deputy Prime Minister himself,  and even at this meeting they pushed and lobbied that Langat 2 be allowed to proceed.

From this we can gauge the biased stance of this committee.

The timing of the formation of this new SCC is highly questionable. The committee was only formed after the Selangor Government announced our intention to take over SYABAS. We know that by taking over SYABAS we can protect the provision and distribution of water in a responsible manner. We will not allow money to be wasted on the absurd salaries being currently paid to the Executive Chairman, Chief Executive Officer and other top management of SYABAS. We will protect the rakyat and maintain low water tariffs and free water.
 
WHO is this new special cabinet committee protecting ?

It is important to note that at that meeting in 2011, Dato Husni Sulaiman, Pengarah Jabatan Air dan Saliran Negara announced that the cabinet and Federal government had decided to return all water assets to their respective states (as per WSIA 2006).  Following this decision the water assets for Penang, Johor, Melacca, Negeri Sembilan, and Pahang have all been given back to their states except for Selangor.

So why now form a new committee just to discuss the takeover of SYABAS  by the Selangor Government. What is so different about Selangor? We request that the Federal Government be as fair to us as they have been to all the other states where the State takeover of the water assets have been completed.

YB DR A. XAVIER JAYAKUMAR
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Selangor Sedia Beri Pandangan Dalam Jawatankuasa Kabinet

Posted: 20 Jul 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 20 JUL : Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyatakan kesediaannya untuk memberi pandangan berhubung penyelesaian krisis air yang didakwa berlaku kini sekiranya perlu menerusi Jawatankuasa Kabinet Khas yang dibentuk Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Kerajaan Pusat sekiranya jawatankuasa itu benar-benar berkebolehan menyelesaikan isu air.

Sebaliknya jika jawatankuasa itu gagal mencapai sebarang keputusan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk meneruskan usaha mengambil alih pengurusan air di Selangor.

"Sesiapun yang mereka sediakan, Kerajaan Negeri merasakan tiba masanya untuk penyusunan semula industri air di Selangor dibuat. Jadi kalau kabinet berfungi atas dasar tersebut, kita boleh terima. Kalau tidak kita akan teruskan usaha untuk menguruskan penyusunan semula industri air.

"Kerajaan Negeri tiada masalah untuk berjumpa dengan mereka, malah kita boleh bawa jawatankuasa ini ke Dewan Negeri(Selangor) supaya rakyat boleh tahu isu sebenar," katanya.

Bernama semalam melaporkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas untuk memantau dan menangani krisis air di Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji semua isu, termasuk permintaan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan cadangan Syabas untuk melaksanakan catuan air.

Jawatankuasa itu terdiri daripada dirinya sendiri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik.

Ia akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai tindakan KeTTHA yang seolah-olah mengenepikan peranan Kerajaan Negeri dalam isu pengurusan air, Abdul Khalid dengan sinis berkata, ia adalah 'karektor' semula jadi Kerajaan Pusat.

Menurutnya, sehingga hari ini tindakan dan keputusan Kerajaan Pusat masih belum memihak kepada rakyat.

"Itulah karaktor semulajadi Kerajaan Pusat yang tidak boleh diubah. Saya lebih gembira tidak dipilih untuk menyertai jawatankuasa itu. Saya tak perlu bimbang kerana rakyat lebih berhak untuk tahu kedudukan sebenar.

"Kalau betul Kerajaan Pusat perlukan pandangan Kerajaan Negeri, maka saya akan bawa rakyat untuk nilai sendiri keberkesanan jawatankuasa ini," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

MP Tuntut SYABAS Dedah Maklumat Berkaitan Air

Posted: 20 Jul 2012 01:30 AM PDT

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) agar mendedahkan maklumat-maklumat penting bagi mengesahkan dakwaan wujudnya krisis air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menuntut SYABAS mendedahkan antara lain jumlah air mentah yang keluar dari empangan dan sungai ke dalam loji rawatan bagi tempoh 1 Januari 2012 sehingga 15 Julai 2012, bacaan meter air masuk ke 33 loji rawatan air di Selangor dan bacaan meter air masuk ke sistem pengedaran air pengguna bagi tempoh yang sama.

Selain itu, beliau turut menuntut SYABAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendedahkan log buku rekod air yang dipam loji rawatan bersama bil elektrik, penggunaan bahan kimia, dan bil dari Puncak Niaga, Abass dan Splash kepada SYABAS.

"Saya cabar SYABAS, kalau betul ada krisis air dedahkan maklumat ini di ruang awam," katanya.

Beliau yang turut bertindak sebagai koordinator untuk Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menegaskan bahawa maklumat itu akan digunakan NGO itu untuk mengesahkan dakwaan SYABAS tentang krisis air.

Menurutnya, semua mereka diberikan tempoh 12 hari untuk mendedahkan maklumat itu.

Maklumat itu kemudiannya akan digunakan International Water Association dan National Water Company of Nederlands yang akan membantu SYABAS dalam perkara itu.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan krisis air yang didakwa SYABAS diragui orang ramai kerana semua perangkaan yang diberikan untuk menyokong dakwaan itu datangnya dari SYABAS tanpa disahkan pihak lain.

"Adakah kita menghadapi krisis air atau krisis air ini diolah?" tanya Charles.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa gambar empangan penuh juga bukan petunjuk tepat secara teknikal tentang bekalan air di Selangor.

"Apabila seseorang tunjukkan empangan penuh, ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia mungkin hujan (sehari) sebelumnya," kata Charles.

Mengulas cadangan pembinaan Langat 2, Charles berkata ia dicadangkan susulan laporan air oleh National Water Resources Studies (NWRS) 2000 dan 2011.

Laporan itu katanya, disediakan Ranhill Consulting dan SMHB Sdn Bhd yang juga terlibat dalam projek runding cara air.

Tambahnya lagi, laporan itu turut menggunakan unjuran penggunaan air per kapita yang jauh lebih tinggi daripada yang sebenar.

Justeru, ia tidak tepat dan pilihan yang lebih baik adalah menaiktaraf empangan Sungai Selangor untuk menangani bekalan air yang bakal meningkat setiap tahun, katanya.


Sumber: Malaysiakini

Isu Air: Menteri Dibidas 'Kurang Keberanian Politik'

Posted: 20 Jul 2012 01:00 AM PDT

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin dibidas kerana didakwa "kurang keberanian politik" untuk meluluskan cadangan awal kerajaan Selangor untuk menyusun semula industri air di negeri itu.

"Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada KeTTHA untuk menstruktur  semula industri air di Selangor secara sempurna atau pun holistik.

"Kegagalan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik merupakan halangan kepada
penstrukturan semula ini," kata Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga ADUN Bukit Lanjan juga berkata, keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam jawatankuasa kabinet mengenai isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan, "mencerminkan telatah 'partisan' dan berat sebelah mereka".

"Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna.

"Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat: politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan," tegas Elizabeth.

Pembentukan panel lima anggota itu diumumkan oleh Chin semalam dan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: Malaysiakini

Selangor Gesa Menteri Letak Jawatan, Pertikai Lantik Noh

Posted: 20 Jul 2012 12:30 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh kabinet untuk meneliti isu air  di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Ini memandangkan sudah adanya Kementerian  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di mana menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006), kata Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Menteri; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

"Oleh kerana kuasa yang diberi kepada menteri KeTTHA gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor dan tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas kabinet, (maka) kerajaan negeri menyeru menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera.

"Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam jawatankuasa khas kabinet tersebut, kerana beliau adalah menteri kerajaan persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

"Sekiranya kerajaan pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7 juta pengguna air Selangor diwakili oleh Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Malaysiakini

AMK KEDAH

0 ulasan
sumber :-

AMK KEDAH


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Posted: 20 Jul 2012 01:00 AM PDT

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Perutusan Ramadhan 1433H oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 20 Jul 2012 05:30 AM PDT

Mujahadah Ramadhan: Penjanaan Daya Juang

Posted: 20 Jul 2012 12:56 AM PDT

Oleh Dr.Siddiq Fadzil 
Ramadhan dengan segala amal penghayatannya memberikan sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya’ Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu ‘l-`ibadah. Mudah-mudahan kita dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya.
Selain itu, kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim (3T).
Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
(Ali-'Imran: 164)
Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus, membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif;tazkiyah yang kita hayati dengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan — ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya.
3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi – dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia.
Umat baru tersebut adalah generasi pejuang yang setia bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh. Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya.
Mereka tidak hanya berjihad dalam erti tampil di medan tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan, dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan – al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru, musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti segalanya sudah berakhir. Biar berapa
kali tumbang, ia tetap bangkit kembali.
Ternyata mujahadah adalah antara muatan madrasatu Ramadan yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah segalanya jadi berubah — ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah dalam konteks mujahadah adalah untuk menjadi almu’min al-qawiy (mukmin yang kuat), tough generation yang daya juangnya tak terkalahkan.
Mujahadah adalah salah satu teras pendidikan nabawi yang terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga mendarah daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung. Pendidikan mujahadah telah melahirkan pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.) dalam peristiwa Hijrah. Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela kerana pendidikan mujahadah telah melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, “Itulah malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku”.
Pendidikan mujahadah juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma’ bint Abi Bakr (r.`a.). Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr, tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al- Siddiq (r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.). Untuk melaksanakan tugas tersebut Asma’, wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda
tersebut melaksanakan tugas berat dan berbahaya seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma’ bint Abi Bakr (r.`a.) seorang tough lady dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah.
Sesungguhnya pendidikan mujahadah telah menciptakan umat dan tamadun yang religious, bersih dan berintegriti moral yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya maksiat. Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus tahun tersebut, walhal jenayah rompak samun memang berleluasa dalam masyarakat Arab pra-Islam.
Masyarakat yang mengamalkan cara hidup mujahadah adalah masyarakat yang beradab, damai dan santun. Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang mengadukan sebarang pertikaian.
Sempena Ramadhan bulan intensifikasi mujahadah wajar kita merenung isu ini secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Ankabut: 69)

Insight: Thaksin, Anwar & Horta – Reason Over Revenge

Posted: 19 Jul 2012 09:49 PM PDT

The Jakarta Globe
A. Lin Neumann

From left, Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, former Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra, former East Timorese President Jose Ramos Horta and former Indonesian Foreign Affairs Minister Hassan Wirajuda attended a forum in Jakarta on Tuesday. (EPA Photo/Bagus Indhono)

One man barely survived an assassination attempt. Another was severely beaten and imprisoned for six years on spurious charges. The third was ousted from power by a military coup and forced into exile because his opponents could not defeat him democratically.

These three men — Jose Ramos-Horta, the former president of East Timor; Anwar Ibrahim, the Malaysian opposition leader; and Thailand's former prime minister, Thaksin Shinawatra — appeared on the same stage in Jakarta this week for a forum on reconciliation put together by Strategic Review, a quarterly journal of policy and ideas published in Jakarta. It is my pleasure to be associated with Strategic Review and to have had the chance to meet all three of these leaders.

The forum on Tuesday, which was opened with a keynote address by President Susilo Bambang Yudhoyono, made for a stunning photo op of the three invited leaders speaking their minds quite openly during an event that could never happen back home for two of them, Thaksin and Anwar.

Indeed, this was political theater of a very high order. Having been hauled into court repeatedly on the most spurious of sexual charges, Anwar is looking toward a general election later this year as he tries to unseat the coalition that has governed Malaysia since independence.

The billionaire Thaksin is involved in his own high-stakes gambit. With his sister now prime minister, he is betting that he can one day return to Thailand despite the intractable opposition of powerful military and political figures.

But along with Horta, these three men all brought a message of forgiveness to Jakarta. Anwar praised Indonesia for its ability to "not be saddled by the baggage of the past." He resisted the urge to call for payback and appealed instead for Malaysia to simply allow fair elections as the path to reconciliation.

"I am only able to forgive," Anwar said from the stage, "and move on. Not necessarily forget, but move on. If you are totally committed to [democracy], you don't have time for retribution."

Thaksin spoke of the need for calm in handling the political crisis in his country. "I think we need truth, but the truth must not lead to future conflict," he said. "We must learn from our past failures, but we also must move on."

The best example was Ramos-Horta, who has actually done what the other two are so far only talking about. In 2008, while president, he pardoned the men who attacked him. He noted that after the 1999 independence referendum and the bloody withdrawal of the Indonesian military, he and independence fighter Xanana Gusmao made peace with Indonesia a first priority despite calls for an international tribunal to investigate the crimes committed in East Timor. "I said 10 years ago that Indonesians will be the ones who look into their souls and find solutions," he said, adding that he prefers "restorative justice. Sometimes we have to swallow this desire for retributive justice."

Outsiders often chafe at the tendency in Southeast Asia to paper over deep-seated conflicts. But the path of reconciliation, as frustrating as it can be, makes sense. Would Indonesia be better off today if there had been a genuine attempt to settle the scores left behind by the New Order era? It is unlikely. Similarly, there is enormous potential for chaos in Myanmar should popular anger be unleashed against the long-ruling generals. It is to the credit of Aung San Suu Kyi that she is negotiating a way forward.

I hope the message of forgiveness and reason that was expressed on the stage in Jakarta this week will be realized in both Malaysia and Thailand, and that Thaksin and Anwar prove to be men of their word should they rise to power.

It has worked here and in East Timor; it is starting to bear fruit in Myanmar. In the words of President Yudhoyono during his address to the forum: "There is no peace, no freedom, no stability unless we take out the cancerous seeds of conflict and hatred from our society and replace them with seeds of amity and good will."

A. Lin Neumann, founding editor of the Jakarta Globe, is the host of the "Insight Indonesia" talk show on BeritaSatu TV. He is also the publisher of Strategic Review.

Tiada penswastaan air di Selangor

Posted: 19 Jul 2012 09:10 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan penswastaan air di Selangor, yang jika dilaksana hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air.

"Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan SYABAS kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender.

"Justeru, Kerajaan Negeri Selangor tawarkan untuk ambil alih SYABAS dengan segera untuk mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.

"Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta," katanya.

Menurut Anwar, air sebagai khazanah bumi tidak sepatutnya dijadikan barang dagangan  sehingga membebankan rakyat.

Anwar berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena program 'Wacana Pencerahan Bersama Dr Tariq Ramadan : Islam dan Reformasi Pemikiran ummah', malam semalam.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat. Dr Tariq memulakan syarahan sebaik selesai solat Isyak dan tamat kira-kira jam 11 malam.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Islamic Rennaisance Front, Dr Farouk Musa, ahli akademik dan wakil dari badan bukan kerajaan.

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam

Posted: 20 Jul 2012 08:22 AM PDT

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1433 Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada seluruh teman-teman, rakan-rakan serta seluruh umat Islam.  Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. SELAMAT BERPUASA SDR DAN SDRI. Tagged: Ramadan

Government should table a White Paper in Parliament for debate

Posted: 20 Jul 2012 08:05 AM PDT

It is shocking to learn from NST report of today that Bukit Aman’s Assistant Director of E2 (M), Social Extremists Threats, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, yesterday said Special Branch had detected elements of JI and communists trying to infiltrate the opposition. Several opposition leaders have also made trips to Bangkok and southern Thailand, believed [...]

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


Ramadhan datang lagi !

Posted: 19 Jul 2012 01:16 PM PDT


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Perutusan Ramadhan 1433H - ANWAR IBRAHIM

Posted: 20 Jul 2012 07:47 AM PDT

Selamat menyambut Ramadhan dari DS Nizar

Posted: 20 Jul 2012 07:41 AM PDT

Debat PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? - Nasrudin vs Fathul Bari

Posted: 19 Jul 2012 09:34 PM PDT

Abby Abadi Serah Borang Masuk Pas | 19 Julai 2012

Posted: 19 Jul 2012 08:58 PM PDT

keADILan Kuala Pilah

0 ulasan
sumber :-

keADILan Kuala Pilah


Posted: 20 Jul 2012 04:08 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

0 ulasan
sumber :-

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


公正党荣丰园明日办赵明福三周年纪念座谈会

Posted: 20 Jul 2012 07:21 AM PDT

(务边20日讯)为了悼念赵明福不幸逝世3周年,务边公正党将于本星期六(7月21日),晚上7点半,在拉湾古打荣丰园先进通讯举办一场时事座谈会,欢迎民众踊跃出席。   迪遮区州议员郑立慷今早在拉湾古打巴刹派发宣传单时透露,当晚主讲者包括务边国会议员李文材医生,太平国会议员倪可敏律师,霹雳州公正党副秘书陈家兴,和特别嘉宾 - 赵明福胞妹赵丽兰将亲身出席。   郑立慷指出,虽然赵明福命案发生已进入第三周年,但他的死因至今还是个谜,国阵政府始终未能给予受害者家属一个合理的交代。 因此,主办当局希望通过上述活动,告诉国阵政府人民拒绝遗忘,继续为赵家追讨真相。 郑立慷也是人民公正党霹雳州副主席,他呼吁各阶层人士务必出席这场讲座会,以聆听各民联领袖演说,了解更多攸关国家局势发展与人民前途未来的重要课题。 此外,出席活动者可将免费获派送人民公正党时事快讯《有料爆》以及售卖公正报。任何有关讲座询问,欢迎致电李盈颖017-3233329。

YB李文材杯歌唱大赛 筹募务边卫星市图书馆经费

Posted: 20 Jul 2012 07:15 AM PDT

(务边19日讯)务边区国会议员服务中心将于8月30日(星期四),下午6点正在务边卫星市小食中心,举办霹雳和金马伦华粤语《YB李文材杯》歌唱大赛,即日起接受报名,欢迎有兴趣者踊跃参与。   《YB李文材杯》筹委会主席黄权表示,举办此项比赛除了能够提倡健康文娱活动以及促进爱好歌唱者友谊,最主要目的是协助筹募务边卫星市图书馆经费。   他表示,此歌唱比赛的所有收入将全部移交给务边卫星市社区图书馆,作为图书馆日常开销的用途,希望借助民间力量带动社区发展。   "欢迎年龄38岁或以上者,来自霹雳州和彭亨州的大马公民参与,但谢绝曾夺过200令吉奖金、职业或业余歌手。"   他指出,大会只限60名参赛者,并在8月27日(星期一)前缴付30令吉报名费,抽签日定于8月28日(星期二),晚8点在务边卫星市小食中心进行。   也是人民公正党新咖啡山支部主席的他透露,参与此项比赛得主分别获得以下奖励: 冠军 RM200.00和奖杯一座 亚军 RM 150.00和奖杯一座 季军 RM 100.00和奖杯一座 特优奖(7份) RM 50.00和奖杯一座 优秀奖(10份) RM 30.00和奖杯一座 最佳服装奖 RM 30.00和奖杯一座 最佳台风奖 RM 30.00和奖杯一座   欲知更多详情或有意报名者,请联络黄权016-5975170、陈永生017-5863233或李盈颖017-3233329。  

Press Statement by MP William Leong Jee Keen on Talam Debt Issue

Posted: 20 Jul 2012 06:57 AM PDT

MCA through its Young Professionals Bureau Chief, Datuk Chua Tee Yong, held its fifth press conference yesterday, 17 July 2012, in its continuing attempt to raise allegations of impropriety by the Pakatan Rakyat Selangor Government in entering into a Settlement Agreement with Talam Corporation 2 years ago.  MCA in its latest press conference now alleges [...]

MEDIA Rakyat MALAYSIA

0 ulasan
sumber :-

MEDIA Rakyat MALAYSIA


PRU13 dalam bulan Oktober?

Posted: 19 Jul 2012 01:25 PM PDT

Salam Ramadhan 1433 !

Posted: 19 Jul 2012 01:15 PM PDT

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang