Sabtu, 23 Jun 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ke Perkampongan Orang Asal Kg Ganuh, Rompin

Posted: 23 Jun 2012 07:32 AM PDT








Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Ceramah Merdeka Rakyat Di Setapak,Parlimen Setiawangsa

Posted: 23 Jun 2012 02:52 PM PDT


Budaya Fitnah Paling Teruk Di Era Najib

Posted: 23 Jun 2012 02:25 PM PDT

Harakah

Biar pun Datuk Seri Najib Razak dianggap pewaris akhir kuasa Umno, namun budaya fitnah yang berlaku di bawah kepemimpinannya paling teruk dalam sejarah kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, berbanding perdana menteri sebelumnya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad, budaya fitnah di era Najib paling ketara sekali.

"Budaya fitnah paling teruk berlaku sekarang berbanding di era perdana menteri sebelum ini," katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu, Kedai Peringat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan pegawai penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani.

Azmin berkata, beliau dan keluarga diserang dengan dakwaan fitnah selama dua bulan secara berterusan melalui media Umno.

Menurutnya, Utusan Malaysia dan TV3 mencerca isteri dan anaknya dengan begitu mengaibkan sekali apabila mengungkitkan isu lama kira-kira 14 tahun lalu.

"Sedangkan laporan DNA daripada pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur dan Singapura mengesahkan anak saya bersama isteri, Shamsidar.

"Anak saya ketika itu berusia tiga tahun dan sekarang sudah berumur 17 tahun. Tetapi pemimpin Umno tidak mohon maaf kepada saya dan keluarga sehingga sekarang.

"Ini secara jelas menggambarkan Umno tidak reti masalah dosa dan pahala sehingga isu seks serta moral menjadi mainan bagi mereka," ujarnya.

Beliau yang juga anggota parlimen Gombak berkata, pemimpin Umno boleh melakukan apa sahaja sekarang selagi ada sisa-sisa kuasa, biar pun melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimanapun dalam masa yang sama kerisauan Umno nampak semakin jelas sekarang apabila Dr Mahathir membuat kenyataan supaya Pakatan Rakyat tidak memfitnahnya sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Azmin berkata, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersilih ganti menjadi mangsa fitnah secara rakus oleh pemimpin Umno tanpa menghiraukan fakta dan kedudukan sebenar.

Sementara itu Husam mengesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar menguasai 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Katanya, sekiranya Suruhanjaya Diraja itu diwujudkan beliau akan menyerahkan bukti bertulis daripada tulisan tangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad mengenai salah laku pemimpin Umno.

"Tulisan tangan itu ada dalam simpanan saya dan beberapa hari lepas saya telah serahkan kepada Anwar. Tulisan itu ada menyebut bekas perdana menteri membawa banyak duit ke luar negara," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan perjumpaan anak-anak perantau dengan pimpinan kerajaan negeri pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini diadakan di tapak pembinaan lebuh raya rakyat bagi membolehkan mereka melihat sendiri projek dilaksanakan.