Jumaat, 13 April 2012

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


JOM Kenali Cinta

Posted: 13 Apr 2012 09:26 PM PDT

Image

2012 April – Seramai 90 orang belia DUN Taman Medan telah turut serta dalam Program JOM Kenali Cinta anjuran Generasi Idaman Selangor (GeMS). Maklum balas daripada para peserta sangat positif. Mereka berharap, masa yang lebih diberikan untuk program yang serupa di masa akan datang.

Program yang diadakan di Dewan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), seksyen 13, Shah Alam. Panelis yang diundang; Ust Nazmi Karim, Nurul Iman, Solehah Amie Sofea.

Program susulan akan diadakan dalam 3 bulan akan datang.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Peneroka Felda: Durian Runtuh atau Durian Reput?

Posted: 13 Apr 2012 03:08 AM PDT

KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan "tersandar, rebah dalam kejutan" hasil tawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.

2. Dengan "gula-gula" pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.

3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.

4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:

4.1  Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut

4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan

4.3 Walaupun "stamping fee" diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima

4.4 Kadar faedah "daily rest" pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%

5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai "lonjakan berganda" ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.

6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.

7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan "umpan undi" atau "rasuah politik" seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik ‘durian runtuh’ ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


“Rashdan to exit gracefully!” said MESA of MAS

Posted: 13 Apr 2012 12:26 PM PDT

Yesterday (13-4-2012) MESA Union of MAS has sent an e-mail to Tan Sri Md Nor Yusof (Md Nor), the MAS  Chairman and also one of  the brains behind the project known as "Widespread Assets un-Bundling" ( “WAU”) in 2002 / 2003 when he was the MD of MAS. It was under WAU that on 25-9-2003 [...]

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


Chua Yee Ling: Kita Akan "Bersihkan" Regime Barisan Nasional Dalam PRU13 Yang Akan Datang

Posted: 13 Apr 2012 08:47 AM PDT

AMK BATU

AMK BATU


Bersih pertikai larangan berarak ke Dataran Merdeka

Posted: 13 Apr 2012 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mempersoalkan kenyataan polis yang melarang peserta perhimpunan Bersih 3.0 berarak ke Dataran Merdeka.

"Anda fikir peserta akan menaiki helikopter? Mereka harus berjalan kaki, atau memandu," katanya.

Katanya lagi, Bersih akan menetapkan laluan untuk membantu peserta ke Dataran Merdeka, dan peserta mesti mematuhinya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Beliau juga menyangkal dakwaan perhimpunan itu akan mencemarkan status Dataran Merdeka sebagai warisan sejarah.

"Setiap minggu, pelbagai pihak mengadakan acara dan aktiviti di Dataran Merdeka, jadi mengapa hanya kami yang mendapat halangan?

"Adakah hanya kerana pihak berkuasa tidak suka dengan apa yang kami suarakan?" soalnya lagi.

Ambiga juga menyuarakan keyakinan perhimpunan kali ini akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama polis.

"Seperti juga semasa perhimpunan sebelumnya, kami bertegas akan menyerahkan sendiri mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan kepada pihak berkuasa," katanya lagi.

Bersih menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk Bantah' di Dataran Merdeka 28 April ini, ekoran tidak berpuas hati dengan laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk Pembaikan Pilihan Raya yang tidak memenuhi lapan tuntutan mereka.

Selain Dataran Merdeka, Bersih 3.0 juga akan diadakan di beberapa lokasi lain di Malaysia, dan 33 buah bandaraya di seluruh dunia.

Jika anda suka berita ini, sila 'Like' laman Facebook KeadilanDaily.

Anda juga boleh 'follow' Twitter KeadilanDaily.

Pindaan Auku bercanggah kampus demokrasi dan autonomi

Posted: 13 Apr 2012 03:01 AM PDT

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengkritik tindakan kerajaan pusat yang membuat pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak membawa perubahan yang sebenar, malah bercanggah dengan prinsip kampus demokrasi dan autonomi pelajar.

Pindaan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan permintaan dan pendapat umum untuk mansuhkan AUKU, malah mencengkam kebebasan akademi dan mahasiswa serta meneruskan dasar campur tangan politik daripada pemerintah ke atas pentadbiran universiti.

Sebenarnya pindaan yang dikemukakan hanya untuk meredakan kemarahan rakyat semata-mata khasnya Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian dekat. Pindaan ke atas Seksyen 15 AUKU yang membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik tetapi melarang politik parti ke dalam kampus adalah bercanggah diri dan tidak masuk akal.

Kerajaan telah menunjukkan keyakinan diri yang lemah dan tidak berwibawa dalam menangani pindaan AUKU. Pindaan tersebut adalah ketinggalan masa serta membongkarkan bahawa kerajaan pusat tidak berupaya berdepan dengan golongan mahasiswa yang berfikiran bebas serta kritikal.

AMK menegaskan bahawa pindaan AUKU tidak mengembalikan kuasa kepada golongan akademik dan mahasiswa. Pihak universiti masih kekal dengan kuasa menafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Samada sesuatu persatuan/aktiviti adalah sah atau haram, memenuhi kepentingan universiti atau tidak, semuanya tertakluk di bawah tafsiran pihak universiti.

Mahkamah universiti yang tertutup atau 'kangaroo court' masih dikekalkan dan diguna untuk menghukum mahasiswa yang lantang serta kritikal terhadap pihak universiti atau kerajaan. Kesemua ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia serta prinsip kampus demokrasi.

AMK berpendapat bahawa sekiranya kerajaan pusat ingin membina imej menepati janji dan transformasi Perdana Menteri Najib, maka janganlah mengurus universiti seperti cara mengurus tadika atau melayan mahasiswa seperti budak-budak kecil. Akibat daripada itu, matlamat transformasi tidak akan tercapai malah menjadi bahan jenaka orang ramai.

Oleh itu, AMK menegaskan bahawa pindaan AUKU yang dibuat oleh kerajaan bukan sahaja tidak membawa sebarang makna kepada kampus demokrasi, malah tidak bertepatan dengan permintaan rakyat untuk menjalankan reformasi yang tulen. Buku Jingga telah menggariskan bahawa bila Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya, maka AUKU akan dimansuhkan. Pakatan Rakyat akan melaksanakan kampus demokrasi serta autonomi pelajar.

LEE KHAI LOON

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia