Khamis, 12 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Johor

Posted: 12 Apr 2012 12:58 PM PDT

Jom Bersih 3.0

14 April 2012 (Sabtu)

1)   7.15 mlm – Solat Maghrib –

     Lokasi: Masjid Jamek, Jln Buloh Kasap, Segamat

2)   7.30 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam

      Lokasi: Restoran Siang Hai Kee, Kg Abdullah, Segamat

3)   9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Jom Bersih 3.0

    Lokasi : 475, Blok 4, PKT 4, Felda Redong, Segamat

4)   9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 2 – Jom Bersih 3.0

     Lokasi: Kampong Tahang Rimau, Segamat

Penceramah:

i.             YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.            YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

iii.           YB Tian Chua

iv.          YB Lee Boon Chye

v.           YB Chang Lih Kang

vi.          YBhg Cik Gu Normala Sudirman

vii.         YBhg Suhaimi Said

viii.       YBhg Natrah Ismail

Kerajaan Negeri Putuskan Tanah Berdekatan Kelab UKRC Tetap Milik Rakyat Selangor

Posted: 12 Apr 2012 12:53 PM PDT

Dalam membuat membuat pertimbangan permohonan pihak Ulu Klang Recreation Club (UKRC) yang memohon hakmilik tanah seluas 5.27ekar di mukim Hulu Kelang, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Orang Besar Daerah Gombak, Yang Amat Dihormati Dato’ Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh; seorang peguam, Leong Khai Yan; bekas Pegawai Daerah Gombak, Abdul Rahim Salleh dan Dr Jagjit Singh dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Jawatankuasa ini bertindak membuat kajian awal dengan mengadakan pendengaran awam dan mengemukakan penemuan serta syor kepada pentadbiran negeri untuk tindakan selanjutnya.  Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuklah ahli UKRC, pegawai kerajaan khususnya dari MPAJ dan orang awam.

Dalam satu laporan yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada 15 Mac 2012, jawatankuasa telah mendapati antara lain bahawa walaupun UKRC ada membuat permohonan untuk mendapat hakmilik terhadap tanah lapang tersebut kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958 tetapi tanah itu hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Dewan Kelab Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958.
 
Jawatankuasa juga telah diberitahu bahawa nama asal UKRC ini ialah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001 dan menggugurkan nama Dewan Masyarakat.
 
Sejak itu, UKRC  mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian. UKRC juga tidak lagi membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas daripada pihak pengurusannya.
 
Jawatankuasa Siasatan juga berpendapat  bahawa tanah tersebut diwartakan sebagai tanah lapang pada 19 Oktober 2004 dan ini menjadi bukti tambahan bahawa tanah tersebut tidak pernah dikeluarkan hakmilik kepada UKRC atau mana-mana pihak.
 
Namun begitu, jawatankuasa juga mengesyorkan UKRC diberi hakmilik kepada tapak bangunan kerana ia memberi faedah kepada ahli UKRC dan  dibina menggunakan dana orang awam dan ahli-ahlinya.
 
Ia juga telah mengesyorkan UKRC membayar premium mengikut kadar semasa termasuk tanah dan bangunan. Tambahan pula, UKRC telah menggunakan premis ini tanpa membayar sewa atau cukai pintu kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 1950-an.
 
Kerajaan Negeri juga telah dinasihati untuk mengutamakan kepentingan orang ramai dan membina membina dewan baharu menggunakan premium yang dibayar UKRC untuk kegunaan penduduk setempat yang bukan ahli UKRC.

Setelah berbincang dengan ahli Majlis Kerajaan Negeri dalam mesyuarat minggu lepas, Kerajaan Negeri telah berpuashati dan membuat keputusan untuk menerima semua syor-syor yang telah dibuat oleh jawatankuasa tersebut.

Kerajaan Negeri berharap penduduk setempat menerima keputusan ini dengan terbuka kerana siasatan telah dilakukan dengan telus dan adil serta pertimbangan ini dibuat berdasarkan peraturan dan bukti-bukti yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan.
 
Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa siasatan ini atas khidmat mereka serta semua penduduk setempat yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan siasatan awam ini,

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Anwar Moots Wide-Ranging Education Reform

Posted: 12 Apr 2012 12:16 AM PDT

Malaysiakini

Pakatan Rakyat will draw up an education reform proposal outlining steps to provide all-inclusive free education up to university level in the event the coming general election puts the coalition in charge of Putrajaya.

Opposition Leader and MP for Permatang Pauh Anwar Ibrahim delivered the pledge at a forum on free education last night when fielding a question from an undergraduate who expressed fear that abolishing the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) would prevent students from getting a living allowance.

Anwar said going by the real definition of “free education”, the government should bear the cost of the living allowances of students.

“If additional allowances are needed under certain circumstances, we can provide these in the form of a loan,” he said.

Apart from this, Pakatan’s education reform would also address issues such as abolishing the PTPTN, campus autonomy, bolstering teaching staff and revving up the number of public universities.

Anwar said he would task government-linked companies (GLCs) to build new public universities to ensure enough places for higher education for all Malaysians.

Describing the wide-ranging reforms as a move to “democratise access to education”, he repeated Pakatan’s stance that this could only be done by utilising revenues from state-owned oil company Petronas, curbing corruption and reducing gas subsidies to Tenaga Nasional Bhd and the independent power producers (IPP).

Nizar: Scrap wasteful national service

The three-hour forum themed 'Free Education, PTPTN Abolition: Is it a Dream?’ was also attended by ousted Perak menteri besar Nizar Jamaluddin, Solidariti Mahasiswa Malaysia chairperson Mohd Safwan Anang, Malaysia Bangkit president Mohd Syahid Mohd Zain and Gamis president Akram Taib Azamuddin.

Nizar drew a round of applause when he said in his speech that the National Service Training Programme (PLKN) and National Civics Bureau (Biro Tata Negara), should both be abolished and their expenses be directed to education.

“Every year, we spend RM650 million for the national service scheme and RM500 million for BTN, but these programmes do not contribute any significant value to the country.

“We should save this money for education instead,” Nizar said.

He described PTPTN as a form of suppression of students from speaking up against the authorities and said it also produced ignorant students.

Safwan, a Universiti Malaya student leader, lamented that the campus student body elections, which had been slated for March, have since been put off to September.

“I believe the government has postponed the student elections until the general election is over because it fears that the BN will be rejected by the youngsters.

“We won in many campuses in 2008 and as a result, the political tsunami took place and the BN lost its two-thirds majority in Parliament,” said Safwan.

BERSIH Kesan 24,000 Pendaftaran Berganda

Posted: 11 Apr 2012 11:22 PM PDT

Malaysiakini

BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.

BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia.

Malaysia Security Bill Threatens Basic Liberties: HRW

Posted: 11 Apr 2012 11:14 PM PDT

From The Vancouver Sun

Malaysia’s proposed bill to replace a hated security law that allows indefinite detention without trial opens the door to a range of future abuses, Human Rights Watch warned Wednesday.

In September Prime Minister Najib Razak promised to repeal the colonial-era Internal Security Act (ISA) which in the past had been used against political opponents and suspected terrorists.

Najib, who took power three years ago, has been courting voters with polls expected to be called soon in what will likely be a tight battle against a resurgent opposition led by Anwar Ibrahim.

The new Security Offences (Special Measures) Bill was presented in parliament on Tuesday and if passed next week guarantees detainees access to a legal counsel after 48 hours.

It also prohibits arrest solely on the basis of “political belief or political activity”.

“The Malaysian government is putting to rest the long-derided ISA, but it is also setting the stage for future abuses,” HRW’s deputy Asia director Phil Robertson said in a statement.

“While the new law has improvements, the authorities still hold too much power to detain people on broad grounds, for too long, and without judicial oversight,” he said.

Robertson also said the new law would give the police broad powers to conduct searches without judicial warrants and permit police unilaterally to impose electronic monitoring devices on individuals released from detention.

“There are not nearly enough civil liberties protections written into this law,” he said.

Robertson said the Security Offences Bill sets the stage for trials with secret witnesses, unlawfully obtained evidence, and continued detention of those found not guilty.

“The government should go back to the drawing board and draft a law with input from civil society that will ensure the protection of basic rights,” he said.

Critics have said Najib’s reform pledges are ploys to garner voter support after the ruling Barisan Nasional coalition suffered its worst performance ever during the 2008 polls.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

Posted: 11 Apr 2012 07:46 PM PDT

Jom Bersih 3.0

13 April 2012 (Jumaat)

1) 3.00 ptg – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Ulu Lohan, Ranau

2) 6.00 ptg – Ceramah Perdana 2

Lokasi: Pangkalan Abai, Kota Belud

3) 8.00 mlm – Ceramah Perdana 3

Lokasi ; Dewan PKKD, Pekan Tenghilan, Tuaran

14 April (Sabtu)

1) 9.30 pagi – Temurapat Umum – Isu-Isu Ekonomi Semasa

2) 11.00 pagi – Sidang Media

Lokasi : Golden Seafood Restaurant, Sebelah KTM Tanjung Aru,

Kota Kinabalu

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


MOT to Investigate into En Azhari Dahlan & DCA officers!

Posted: 12 Apr 2012 08:36 AM PDT

This is the Hansard for the debate on Ministry of Transport requesting for more fund under the Supplementary Supply Bill 2012.9-4-2012 5.18 ptg.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahas daripada Maksud B.28 dan P.28 – Kementerian Pengangkutan. Mengenai dengan perbelanjaan yang berjumlah RM77,300,000 mengenai dengan airlines incentive support, [...]

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


WACANA POLITIK - Nizar Jamaluddin

Posted: 12 Apr 2012 05:13 AM PDT





BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


PENDIDIKAN PERCUMA DI MALAYSIA ~ DS ANWAR @SEKSYEN 7, SHAH ALAM~ 11APR'12

Posted: 11 Apr 2012 08:41 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Najib diminta selesai pembeli rumah teraniaya

Posted: 12 Apr 2012 02:56 AM PDT



Najib diminta selesai pembeli rumah teraniaya
12 Apr 2012

PEKAN, 12 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyelesaikan segera masalah pembinaan perumahan Taman Rendang Azalea Fasa Dua di sini yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu mengakibatkan 22 orang pembelinya yang rata-rata pengundi di parlimen ini, teraniaya.

Pengerusi NGO Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP) Syed Ali Badarudddin berkata, perumahan yang terletak hanya 150 meter daripada kediaman rasmi Najib itu di sini, patut mendapat campur tangan Najib selaku Ahli Parlimen Pekan kerana pembeli sudah menyelesaikan 80 % bayaran.

"Masalah ini perlu di selesaikan Najib tak kiralah dengan apa cara walaupun sesetengah pihak melihatnya masalah kecil tetapi sangat besar kepada penduduk.

"Jika Najib boleh selesaikan pelbagai masalah di tempat-tempat lain serata Malaysia, takkan tak boleh selesaikan masalah perumahan terbengkalai yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

"Dengan slogan rakyat didahulukan apa lagi menghampiri pilihan raya sekarang, saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk Najib selesaikan masalah mereka," katanya.

Syed Ali yang baru mengadakan dialog dengan penduduk berkata, pembeli-pembeli rumah berkenaan begitu kecewa dengan tindakan pemaju yang mula lepas tangan selepas gagal menyiapkan 22 rumah mengikut waktu dijanjikan iaitu pada tahun 2009 sedangkan pembayaran sudah lama dilakukan setiap bulan.

Tambahnya, pernah wakil pembeli bertemu dengan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) dan mereka berdolak-dalik untuk menyempurnakan pembinaan rumah berharga RM178,000 hingga RM250,000 itu pada Disember lepas sebelum dilanjutkan sehingga Januari kemudian selewatnya Mei ini.

"Namun penduduk mengadu tiada sebarang tindakan susulan sedangkan bayaran secara potongan gaji mengikut persetujuan ketika proses jual beli terus berjalan dan sudah menjangkau 82%.

"Ketika lawatan ke perumahan terbengkalai itu mendapati sudah dijadikan tempat menjalankan aktiviti tidak sihat seperti melepaskan keketagihan dadah tempat maksiat dan pemujaan nombor ekor. Selain itu, banyak penutup besi telah dicabut dan dicuri," jelasnya.

Tambahnya, kebanyakan pembeli perumahan yang terletak di GM 1401 Lot PT12888 – 12689 itu ialah pensyarah universiti, guru dan kakitangan kerajaan daerah itu yang semuanya Melayu.

Syed Ali berkata, pembeli memberitahu sudah mengadukan masalah yang mereka hadapi itu kepada Najib melalui Setiausaha Politiknya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ namun tidak ada respons positif yang diberikan setakat ini.

"Ada pembeli berkata pejabat pemaju di Kuantan sudah ditutup. Jadi jika Najib sendiri yang campur tangan mungkin boleh selesai tak kiralah melalui Syarikat Perumahan Negara atau lain-lain cara.

"Yang penting pengundi Pekan yang menjadi mangsa itu perlu diselesaikan. Bayangkan wang beli rumah sudah dibayar tetapi tak boleh duduk tapi sewa rumah kena bayar lagi, teruk dalam keadaan kos kehidupan dan barang yang tinggi melambung sekarang.

"Takkan Najib rela melihat nasib perumahan terbengkalai yang mencacatkan pemandangan itu, apa lagi berada tidak berapa jauh dari istana Sultan Pahang," katanya.

Tegasnya, jika Najib boleh berjanji dan menyelesaikan banyak masalah di negeri-negeri Pakatan Rakyat, apa salahnya berusaha menyelesaikan masalah pengundi-pengundi berhampiran rumahnya sendiri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9519-najib-diminta-selesai-pembeli-rumah-teraniaya

AMK BATU

AMK BATU


AMK Berpendapat Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

Posted: 12 Apr 2012 02:35 AM PDT

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
12 April 2012

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berpendapat bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia malah terdapat unsur penipuan dalam proses transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO/BN.

Walaupun Perdana Menteri seringkali bangga dengan 'tepati janji', tetapi dengan pindaan Kanun Keseksaan yang masukkan kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen serta pindaan AUKU yang benarkan pelajar berpolitik tetapi mengharamkan politik parti dalam kampus adalah usaha yang mengelirukan. Kesemua usaha tersebut adalah taktik politik retorik murahan untuk mengaut sokongan rakyat.
Dengan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang masih mengekalkan unsur-unsur kezaliman di mana tahanan tanpa bicara, serta memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.

Maka, perubahan undang-undang yang dijalankan oleh kerajaan telah menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat sivil serta badan-badan NGO. Mereka berpandangan bahawa kerajaan ingin mengekang ruang kebebasan rakyat serta memperluaskan kuasa untuk teruskan matlamat menjajah rakyat.

Dalam pindaan Kanun Keseksaan yang memperkenalkan 13 peruntukan khasnya Seksyen 124B dan 124C yang menghukum mana-mana individu, penerbitan atau penyebar maklumat yang terlibat dalam kegiatan mengancam demokrasi berparlimen adalah 20 tahun manakala hukuman bagi kesalahan cubaan melakukan perkara itu adalah 15 tahun.

Pindaan tersebut seolah-olah memberi kelulusan menyeluruh (blanket approval) kepada pemerintah untuk menafsirkan kegiatan mengancam demokrasi berparlimen. Tindakan tersebut bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara dan maklumat, malah mengekang kebebesan teknologi maklumat yang sedia ada di Malaysia.

AMK menegaskan Rang Undang-undang baru serta pindaan yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan hasrat masyarakat sivil yang berjuang untuk menegakkan hak asasi manusia serta demokrasi.

Walaupun kerajaan UMNO/BN seringkali menyatakan bahawa mereka telah banyak berkompromi serta memperbaiki keadaan hak asasi manusia, namun apabila diteliti dengan isi kandungan rang undang-undang masih terdapat banyak unsur yang zalim serta penipuan yang cuba mengelirukan rakyat.

Oleh itu, AMK menyeru semua ahli parlimen dari pemerintah atau pembangkang perlu mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak dan rakyat berlandaskan konsep 'negara yang paling demokrasi di dunia' yang diutarakan oleh PM Najib Razak sendiri.

Semua Ahli Parlimen diphon agar tidak meluluskan rang undang-undang dan pindaan akta tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Perbincangan serta perbahasan yang menyeluruh perlu diadakan sebelum kelulusan dibuat. Janganlah mempergadaikan asas demokrasi dan kebebasan yang telah dibina sejak Kemerdekaan Malaysia.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tanjung Malim 10/04/2012

Posted: 12 Apr 2012 05:20 AM PDT

Ucapan Terimakasih Kepada Syarikat Yang Membekalkan Air Di Kawasan Gerik

Posted: 11 Apr 2012 08:51 PM PDT

Selama seminggu lebih kawasan Gerik terputus bekalan air akibat runtuhnya tanah di loji air Bersia Lama memyebabkan saluran paip pecah dan hari ini jam 11 pagi air sudah mula disalurkan kepada rumah-rumah. Ucapan terimakasih kepada ketiga-tiga syarikat ini yang bertungkus lumus siang dan malam membekalkan air kepada penduduk-penduduk sekitar Gerik. Yang mana bergaduh-gaduh tak dapat air hari tu bermaaf-maafan lah yer hahahaha......



Syarikat Bekalan Air Selangor
Syarikat Bekalan Air Darul Aman

Perbadanan Bekalan Air Pulau-Pinang

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


DEMOKRASI DAN KUALITI PENDIDIKAN ITU PENTING ~DS ANWAR @SEKSYEN 7, SHAH ALAM -11APR'12

Posted: 11 Apr 2012 08:46 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Jom pergi ceramah di Taman Molek esok.

Posted: 11 Apr 2012 09:14 PM PDT


Penceramah ?


YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)

YB Dr  Lee Bong Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

YB S Kesavan (ADUN Hutan Melintang)

Faredah Samad (Ketua Ameerah PAS Pusat)