Selasa, 3 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tolak Laporan Minoriti, Cubaan Tutup Daftar Pemilih Kotor

Posted: 03 Apr 2012 05:22 PM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih.

Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih.

Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

“Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno.

“(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah,” katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi.

Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya.

Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau ‘precedent’ laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain.

“Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada ‘precedent’.Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan.

“Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar,” tegasnya.

 

(Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas)

 

Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat ‘tidak berminat’ untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu.

“Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

“Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu,” katanya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kedah

Posted: 03 Apr 2012 05:08 PM PDT

Sempena Pelancaran Kempen Jom 100% Bersih 2.0

6 April 2012 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Perasmian Pusat Komuniti PKR Alor Setar & Hi-Tea
Lokasi: No 172-I, Tkt 2, Jln Putra (Sebelah Sentosa Mall), Alor Setar

2) 7.15 -8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Masjid Tengku Ahmad Tajuddin (Masjid Lama), Kuala Kedah

3) 8.00 – 12.00 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi : Dewan Sek Men Keat Hwa, Alor Setar.

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Pelancaran Kempen Jom 100% Bersih 2.0
Lokasi : Kompleks Sukan Hijau Kuning, Alor Setar

5) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak
iii. YB Mahfuz Omar
iv. YB Teng Chan Kim
v. YB S Manikumar
vi. YBhg A Samad Said (Sasterwan Negara)
vii. YBhg Maria Chin Abdullah
viii. YBhg Dato' Dr Toh Kin Woon

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan

Posted: 03 Apr 2012 08:02 AM PDT

Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa pilihan parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:

  • Manipulasi dalam daftar pemilih;
  • Skanda undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia;
  • Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrid kesalahan pilihan raya;
  • Rancangan untuk menghentikan ‘politik kotor’; dan
  • Pemerhati undangan antarabangsa

Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena “berkemungkinan tinggi” akan berterusan tanpa dibendung.

"Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.

22 Syor PSC Untuk Tambahbaik Sistem pilihanraya

Posted: 03 Apr 2012 12:10 AM PDT

Syor-syor itu dibuat setelah PSC mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas ahli Jawatankuasa serta mengambilkira perbincangan dalam jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada lawatan kerja.

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA SAMA ADA MENGUNDI DI PERWAKILAN MALAYSIA ATAU SECARA POS

1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.

1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.

1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syaratsyarat tertentu.

1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:

(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan

(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.

1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.

1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. MEMBERI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PETUGAS SPR DAN MEDIA

2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.

2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.

2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. PENGUNDI LUAR KAWASAN

3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak
membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.

3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.

3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.

3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.

4. MEMBENARKAN PRAPENDAFTARAN SESEORANG WARGANEGARA UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMILIH APABILA MENCAPAI UMUR 20 TAHUN

4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN

5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. KERAJAAN SEMENTARA (CARETAKER GOVERNMENT)

6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEDIA ADA BERHUBUNG KESALAHAN MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU DALAM URUSAN PENDAFTARAN

7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:

i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan

ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.

7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.

7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.

(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

8. MEMANJANGKAN TEMPOH BERKEMPEN

8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.

8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.

8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.

8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.

9. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN SAKSAMA

9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.

9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses
media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

10. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH YANG BERTERUSAN

10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.

10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.

10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi mana-mana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).

10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.

11. PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam
penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;

ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti 'kampung', 'rumah pangsa', 'rumah panjang' dan 'jalan' tanpa butiran nombor rumah
yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar; iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang
tidak dikemas kini setelah berpindah; dan

iv) alamat pendaftaran "pinjaman" iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. BANTAHAN TERHADAP DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DIPERAKUI MELALUI ADUAN ATAU MAKLUM BALAS DARIPADA PARTI POLITIK, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAN SEBAGAINYA

12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.

12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak
awam dengan bukti yang sah.

13. KAJIAN KE ARAH PENDAFTARAN SECARA AUTOMATIK

13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor
Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.

13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. PENGGUNAAN ALAMAT SELAIN ALAMAT MASTAUTIN PADA KAD PENGENALAN SEBAGAI ALAMAT PENDAFTARAN UNTUK MENENTUKAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA

14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.

14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:

i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;

ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan

iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.

14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah
ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR

15. MEMPERKASAKAN KEDUDUKAN SPR

15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.

15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.

15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. PENSTRUKTURAN DAN PENGUKUHAN SPR

16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.

16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.

16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.

16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. MEMPERLUASKAN AKADEMI PILIHAN RAYA

17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.

17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18. PENGASINGAN FUNGSI UTAMA SPR

18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF

19. PENGAGIHAN KERUSI DEWAN RAKYAT BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA YANG SEIMBANG

20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip 'Satu Orang, Satu Undi'.

20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip 'Satu Orang, Satu Undi' dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).

20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. PERUNTUKAN DANA KEPADA PARTI POLITIK

21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.

21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.

21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada
apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. SISTEM PILIHAN RAYA BARU

22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).

22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).

22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

RUMUSAN JAWATANKUASA

Jawatankuasa mengesyorkan semua syor yang terkandung dalam laporan ini dipertimbangkan bagi menambah baik proses pilihan raya dan mengukuhkan SPR bagi menjamin proses pilihan raya yang bebas dan adil.

Tiada ID, Tapi Nama Anggota Keselamatan Dalam Daftar Pemilih

Posted: 03 Apr 2012 12:01 AM PDT

Malaysiakini

Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad.

Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera.

Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan oleh Mimos Bhd, syarikat teknologi milik kerajaan, demikian menurut laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam laporan 73 muka surat itu, PSC mencadangkan supaya pasukan polis dan tentera membetulkan masalah itu dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.

Usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang telah dipertikaikan, menjadi sebahagian penting laporan tersebut.

Namun, cadangan utama yang dibangkitkan oleh PSC dalam laporan interimnya tahun lepas – untuk mengesahkan senarai pemilih di Sabah – telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu menyebut bahawa SPR tidak mempunyai cadangan untuk mengesahkan semula daftar pengundi di Sabah. Ia akan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan daftar pemilih Sabah, dengan mengambilkira latar belakang pendaftaran pengundi di Sabah dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara.

PSC telah mencadangkan pengesahan senarai pemilih di Sabah selepas mendapati terdapat banyak nama yang meragukan dalam senarai tersebut.

Audit Mimos tidak mengesan pendaftaran berganda pengundi yang menggunakan nombor pengenalan Mykad 12-digit yang sama.

Bagaimanapun, 324 alamat yang setiap satu mendaftar lebih daripada 100 pengundi, serta 938 alamat dengan 51 hingga 100 pengundi setiap satu.

Anggota PSC Pakatan Pohon Laporan Minoriti

Posted: 02 Apr 2012 11:55 PM PDT

Harakah

Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat memohon satu Penyata Minoriti dimasukkan dalam laporan mereka untuk mengenengah lima perkara yang tidak selesai.

Tindakan ini bertujuan untuk membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC.

Permohonan itu dikemukakan oleh Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak), Loke Siew Fook (Rasah) dan Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli (Kuala Krai).

Mereka membuat permohonan ini melalui pindaan kepada Usul oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menurut Peraturan Mesyuarat 30 (1).

Usul yang mereka bentangkan berbunyi:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan dengan memuatkan satu penyata minoriti yang dibentangkan oleh YB Gombak, YB Rasah dan YB Kuala Krai.”

Dalam penyata itu, ketiga-tiga mereka memberikan lima perkara untuk dimasukkan dalam penyata minoriti itu.

1) Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang. Tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2) Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3) Nama pengundi yang melebihi 100 tahun. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar  Pemilih dalam tempoh 30 hari.

4)  Pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Mereka mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

5) Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

 

Mereka mahu membuat laporan ini untuk untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa PSC yang mereka sertai sebagai laporan yang konklusif.

Ini kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

“Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil,” kata mereka bertiga.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Tek Ucapan Parlimen mengenai RAS/AirAsia X Sdn Bhd

Posted: 03 Apr 2012 08:04 AM PDT

Teks ucapan verbatim saya di Parlimen semasa membahas Ruang Undang-Udang bernama “Institut Penyelidikan Keselamatkan Jalan Raya Malaysia 2012″ pada jam 7:30 2-4-2012. Ucapan tersebut mengandungi Rural Air Service (RAS) di Sabah dan Sarawak yang terlibat Fly Asian Express Sdn Bhd sekarang telah ditukar kepada AirAsia X Sdn Bhd. Untuk maklumat latar belakang AirAsia X Sdn [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul

Posted: 03 Apr 2012 04:02 AM PDT

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


Khalid Samad: Kita Bukan Nak Jatuhkan Orang Melayu, Kita Nak Jatuhkan Orang Jahat & Rasuah

Posted: 03 Apr 2012 07:03 AM PDT

PTPTN : Cadangan PR untuk memansuhkannya wajar mendapat sokongan

Posted: 03 Apr 2012 06:53 AM PDT

PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Saya telah menulis isu pembiayaan pelajaran ini banyak kali kerana isu pelajaran dan pendidikan adalah isu teras dalam pembangunan negara. Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju.

Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi.

Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi.Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka.

Alasan Menteri Pelajaran Tinggi, Khaled Nordin, yang PTPTN tidak boleh dilupuskan kerana ianya akan mengurangkan daya saing siswazah-siswazah kita adalah tidak munasabah. Khaled seterusnya bertanya jika hutang PTPTN itu dilupuskan, siapa yang hendak membayar hutang-hutang itu? DAN jika itu dilakukan juga maka IPTS akan tutup kerana pelajar-pelajar akan hanya bertumpu kepada IPTA.

Saya benar-benar tidak percaya menteri itu memberikan alasan yang tidak berlandaskan kepada kekuatan pemikiran seorang penggubal dasar. Apa yang susah sangat kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini? Bukankah pelajaran dan pendidikan itu merupakan elemen asas untuk membentuk negara maju? Apa yang tidak dapat diterima ialah kerajaan tidak peka langsung tentang nasib anak-anak bangsa yang sudah sedia berhutang semasa muda mereka.

Pendidikan ini ibarat nafas kita. Nafas kita memerlukan udara untuk hidup dan udara itu percuma. Begitu jugalah pelajaran. Pelajaran itu tersangat penting untuk mengekalkan kewujudan sesebuah negara yang maju. Negara kita telah membazir dengan ketirisan yang sudah mencapai ke angka trillion ringgit, kenapa pula tidak ada kudrat untuk membiayai pelajaran rakyat jelata?

Jika rakyat boleh membayar hutang hanya seorang anak Perdana Menteri sehingga RM1.8 billion ringgit pada tahun 1998 dahulu, kenapa kita tidak boleh menanggung pembiayaan pelajaran rakyat yang ramai ini? Kenapa rakyat yang ramai terlalu susah untuk mendapatkan bantuan bebanan membayar hutang sedangkan pemimpin-pemimpin atau kroni mereka amat mudah untuk mendapatkan 'bailout' dari kerajaan dalam angka yang beratus billion ringgit itu.

Apa peliknya jika rakyat kita mendapat pelupusan hutang PTPTN ini serta memansuhkan terus PTPTN ini? Jika Tajuddin Ramli diberikan gerenti untuk tidak perlu membayar hutang kepada kerajaan yang berbillion ringgit itu, kenapa hutang anak-anak bangsa yang baru masuk ke alam pekerjaan itu tidak dilupuskan? Jika Tony Fernandez yang sudah hampir terlungkup dengan berbillion ringgit itu boleh di selamatkan oleh kerajaan dengan bertenggek kepada MAS itu?

Kenapa Mirzan Mahathir yang tidak berjaya dalam perniagaannya boleh menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan beliau dari tersungkur dan tersembam ke bumi kerana kegagalannya?. Kenapa susah sangat untuk memikirkan nasib ratusan ribu siswazah yang baru keluar dari universiti itu tidak boleh diselamatkan dari tindakan undang-undang kerana tidak mampu untuk membayar hutang PTPTN ini?

Isu PTPTN ini melibatkan hampir kesemua keluarga di seluruh negara maka cadangan PR untuk melupuskan dan memansuhkan terus PTPTN ini amat wajar diberikan sambutan dan sokongan. Jika semua masyarakat memberikan dorongan untuk menghapuskan terus sekim PTPTN ini maka ia akan berjaya dilakukan hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi, iaitu semasa berada di dalam bilik mengundi serta saluran yang rakyat akan pergi untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini.

Saya yakin alasan yang diberikan untuk menolak penghapusan hutang PTPTN ini merupakan satu alasan yang meleset apabila PR buktikan yang penghapusan itu boleh dilakukan tanpa sebarang masalah besar.

Jika mereka yang berkuasa dan kroni kepada pihak yang gagah perkasa dengan kuasa boleh dilupuskan dalam jumlah ratusan billion ringgit, tidak ada sebab kerajaan memberi sebab untuk tidak melupuskan hutang untuk ratusan siswazah yang hanya berjumlah lebih sedikit dari 6 billion ringgit itu.

Jika pihak PR diberikan mandat kali ini maka keuntungannya kepada setiap keluarga akan jauh lebih banyak dari wang ehsan RM500 yang diberikan kerajaan BN baru-baru ini. Masing-masing patah-patahkan lah jari untuk membuat perkiraan itu. Tidak payah pakai mesin pengira yang canggih untuk mendapatkan jawapannya.

Masalah menghadapi tuntutan dari PTPTN ini merupakan masalah yang sangat besar yang dihadapi oleh siswazah dan ibu bapa siswazah-siswazah yang baru bekerja atau yang belum bekerja sekarang ini. PTPTN memberikan masalah kepada hampir semua keluarga yang ingin mendapatkan pelajaran untuk anak-anak mereka.

Yang penting setiap orang wajar bersabar menunggu hari membuat perhitungan ini.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Program Semasa

Posted: 03 Apr 2012 02:59 AM PDT


Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


李文材再揭农基部1.16亿白象计划,农基部长必须承担责任

Posted: 03 Apr 2012 01:22 AM PDT

  继国家饲养中心(NFC)丑闻曝光后,人民公正党藉务边区国会议员李文材医生再揭露农业及农基工业部(农基部)另一项失败计划,该计划就是投入1.16亿令吉的霹雳州务边乡区转型中心(Rural Transfomation Center – RTC)。       他表示,该中心启用于2010年7月,虽然只是短短两年的时间,但是该中心已经被易名三次,在启用阶段曾经被命名为国家粮食中心(TEMAN),较后改称国家综合农业终站(Terminal Agribisnes Negara),而最后则在今年内被易名为霹雳州务边乡区转型中心(RTC)。       他指出,该中心原本是为了收集、分布及包装农产品而设立,而我国联邦农业销售局(FAMA)则负责推动该计划,但是启用至今不断易名,原因就是始终发挥不出一站式农业终站的角色,如今更只沦为小型巴刹和经营门市生意而已,许多商家在生意惨淡下被逼在短时间内结束营业。       "尽管多次被易名,甚至政府宣布将引进迈丁(MYDIN)霸级市场入驻该处,这个原本旨在推动农业发展以及协助农民与居民的计划已经宣告失败,农基部部长必须为这项失败计划负上全部责任。"他是在国会参与辩论元首施政御词后发表文告表示。       李文材也是人民公正党中央理事,他表示,许多商家成为这项计划的牺牲品,大部分业主因为生意惨淡而没有营业,业者更接获州政府和农业销售局警告,部分的商家则硬着头皮期盼奇迹的出现。       他批评,政府在每项涉及巨额投资的计划,都没有经过政策咨询的程序,另外在计划进行中更无法有效的监督并确保计划有效的落实。       "农基部长必须在国会向人民交代这笔巨额投资的回筹,并且必须报告在这两年内不断易名和设备提升及维修的营运开销总额。"       他指出,虽然首相拿督斯里纳吉曾在本年2月18日莅临为这座转型中心主持开幕,但是直至现在仍然超过2/3的单位根本无人问津,沦为名副其实的"准备关闭" 中心(RTC – Ready to close)。

《一马保健》侵蚀医疗服务体制,推向私营化模式

Posted: 03 Apr 2012 01:10 AM PDT

务边区国会议员李文材医生表示,一旦中央政府坚持落实《一马保健计划》,此举必定会侵蚀我国现今的医疗服务体制,政府将推卸保障公共医疗服务的责任,最后由人民来自掏腰包去支撑国家庞大的公共医疗服务开销。   他表示,根据2009年8月17日的《一马保健计划》概念书中显示,该计划美其名是要减低政府的医疗开销以支付不断飙涨的医疗开销,但是此举必削弱现有的医疗服务体制,进而将国家医疗服务推向私营化操作模式。   "政府必须即刻终止《一马保健计划》,同时也必须终止私营化医院药物供应以及清洁、维修和支援等服务,这些私人承包商包括发马集团Pharmaniaga、辉百集团Faber Mediserve、Radicare有限公司、以及 Pantai Medivest。"   他表示,《一马保健计划书》内清楚阐明每个家庭必须缴付9.5%的家庭收入,以用于该健保计划,其中大部分约7.2%由雇主和员工承担,另外政府则负担小部分的责任而已。李文材医生是于国会发表辩论国家元首施政御词后发表文告表示。   李文材医生也是人民公正党卫生部国会发言人,他认为,计划书中预料落实该计划的管理成本只是设定过于乐观的5%,但是纵观各个政府部门管理差劲和每年总稽查司的报告经验显示,该管理成本预料将会达到更高的数字。   "每年社会保险机构贷(Perkeso)20亿令吉保费,但是其管理成本就高达12%,达到2.39亿令吉的行政开销,《一马保健计划》设定5%的管理开销是过于不切实际的预算,届时可能每个家庭必须逐年增加该笔缴费。"   李文材也是一名执业医生,他表示,目前国人对于国家公共医疗服务严重失去信心,虽然光顾私人医院的费用远远超过政府医院近20倍,但是人民为了寻求更好的服务,别无选择的必须支付更高的医疗费用。   "该问题就在于政府医疗服务无法提供让人民有信心的服务,而且自2004年来政府的医疗服务开销已经远远少于私人界的开销,这更进一步的将医疗服务逐步推向私营化。"   他表示,政府必须认真提升公共服务领域的素质,而卫生部必须每年增加卫生部的预算拨款,今年的卫生部预算也只是168亿令吉,远远落后于私人领域。   他表示,回顾近三年政府逐年削减卫生部的发展开销,从2010年的37.8亿令吉以及2011年的22.16亿令吉,直到今年只剩下区区的18亿令吉而已。   他批评落实《一马保健计划》的后果将可能进一步恶化公共医疗服务的设备,届时国人将会选择转移到私人医院,预料将会从现今的28%入住率(私人医院)提升至70%,而且医疗服务费用将会不断飙升,最终则由人民来为政府的管理不当而埋单。

李文材吁增加国家医疗开销,“一马关怀保健计划”没有关怀人民

Posted: 03 Apr 2012 01:09 AM PDT

人民公正党务边区国会议员李文材医生表示,"一马关怀保健计划"(1 Care)根本没有关怀人民,反之每个国民必须在这项计划中自行缴交医药保险,最终必定增加人民的生活负担。 李文材也是一名执业医生,他表示,根据卫生部在2009年的计划建议书中列明,每个国民必须自行交纳医药保险,除了少部分被列名为豁免扣除保护人士,其余超过90%的民众必须自行承担医药开销。 挑战停止该计划 "2009年卫生部的计划建议书就是实行"一马关怀保健计划"的大蓝图,我再次挑战卫生部长廖仲莱,如果该计划书并不是大蓝图,卫生部应该即刻停止该项计划。" 他是在日前在霹雳实兆远甘文阁出席一项题为"不要一马关怀保健计划"(Tak Nak 1 Care)的座谈会上如是表示。该座谈会由霹雳州私人执业医生协会主办,其他主讲人包括公民保健联盟(CHC)发言人再也峇兰医生(T. Jayabalan)。 李文材医生也是人民公正党卫生部国会发言人兼该协会前任主席,他呼吁政府应该增加医疗开销,以减少人民在私人诊所和私人医院依赖,因为自在2004年以来,政府的医疗服务开销已经少于私人界的开销。 增加医疗开销以提高素质 "这项计划根本不能够提升我国的保健服务素质,如果政府是为了人民的福利着想,就不应该胡乱动用人民的血汗钱。" 他表示,根据2009年卫生部的资料显示,国内共有28%的住院病人选择私人医院,而其余的63%的外诊则选择私人诊疗所。 "虽然私人设施的费用远远超越政府医院和诊疗所的10-20倍,但是人民宁可自掏腰包,这足以证明国人对政府医院和诊疗所严重缺乏信心。" 他也指出,在政府医院和私人医院同化和融合之后,加倍了国家的健保开销,最后则由人民来为政府的管理不当而埋单。

李文材要市议会调查顺乐花园水患肇因

Posted: 03 Apr 2012 01:06 AM PDT

务边区国会议员李文材医生要求怡保市议会针对顺乐花园(Taman Lapangan Ria)水患肇因作出深入调查,并表示将会在近期内会见市议会相关部门商讨以寻求对策。 他表示,怡保顺乐花园原本已经挥别水灾之苦,该区于2008年尾建造大水沟将流水直接引入兵如河,解决缠绕该区五六年的水患问题,但是最近水患问题再次重现,让该区居民不得安心。 "该次水患的发生是因为附近的池塘围堤崩溃,造成满溢的塘水直接冲入马路,进而流入该住宅区家中,而且有几个单位的水位更达到两尺。" 他是在日前前往该区视察水患问题后发表文告这么表示。陪同出席者包括其政治秘书陈家兴、孟加兰支部执委符标隆与张景华。 "根据居民透露,最近类似的水患问题频频发生,之前不曾被殃及的单位都罕见的面对水患问题,而上次更发生在凌晨时刻,让该区居民困扰不已。" 他表示,我国的城市规划和基建设施依然处于不达标的水平,往往在花费巨额拨款后,仍然无法有效的解决问题。

Anggota PSC Pakatan Pohon Laporan Minoriti

Posted: 03 Apr 2012 12:53 AM PDT

Harakah Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat memohon satu Penyata Minoriti dimasukkan dalam laporan mereka untuk mengenengah lima perkara yang tidak selesai. Tindakan ini bertujuan untuk membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC. Permohonan itu dikemukakan oleh Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak), [...]

Tiada ID, Tapi Nama Anggota Keselamatan Dalam Daftar Pemilih

Posted: 03 Apr 2012 12:50 AM PDT

Malaysiakini Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad. Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera. Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Anwar Ibrahim: Masalah MAS Kerana Masalah Pengurusan

Posted: 03 Apr 2012 07:06 AM PDT

Protes aman tukar kecoh, Adam Adli ditumbuk

Posted: 03 Apr 2012 01:26 AM PDT



KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.

Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.

Kedengaran kumpulan terbabit menjerit 'turun Adam Adli' dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.

Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.

Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.

Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah.FMT

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Menteri jawab isu Hospital Rembau - Rupa tidak ada peruntukan ketika diumumkan dahulu

Posted: 03 Apr 2012 01:43 AM PDT


Rujukan Hansard Parlimen 29 Mac 2012 - http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29032012.pdf

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

a. Rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu; dan

b. Bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

Menteri Kesihatan [Dato' Seri Liow Tiong Lai]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan telah memulakan perancangan bagi membina Hospital Rembau dalam rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh. Hospital Rembau ini akan dibina di atas tapak seluas 45 ekar yang terletak di mukim Chembong dengan kapasiti 76 buah katil yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam serta mempunyai kemudahan perubatan lain seperti yang terdapat di hospital daerah tanpa pakar yang lain. Hospital Rembau juga akan dilengkapi dengan kemudahan satu bilik pembedahan dan menyediakan ruang tambahan bagi sebuah lagi bilik bedah tambahan bagi menampung keperluan pada masa akan datang.


Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau. Sebenarnya beliau telah pun banyak memperjuangkan pembinaanhospital ini dan dapat dipercepatkan sehinggakan beliau berkali-kali berjumpa saya dan juga berjumpa dengan Perdana Menteri untuk dapat kita melaksanakan hospital ini dengan secepat mungkin. Pembinaan Hospital Rembau ini akan dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan kerja-kerja tanah dalam fasa pertama dan fasa kedua, pembinaan bangunan.

Kos projek dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Bagi fasa pertama, pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengiklankan tender pada 27 Februari 2012 dan tender telah ditutup pada 27 Mac 2012 dan kerja-kerja tanah akan bermula pada awal bulan Mei dan mengambil masa selama empat bulan. Sementara itu, tender bagi fasa dua untuk pembinaan bangunan akan ditender pada penghujung bulan Mei.

Mengikut perancangan Hospital Rembau akan mempunyai enam buah wad termasuk wad lelaki, wad perempuan, wad kanak-kanak, wad bersalin, wad geriatric dan wad rehabilitasi. Fasiliti-fasiliti lain termasuk untuk perkhidmatan pesakit luar, unit kecemasan dan forensik, unit rawatan harian, jabatan x-ray, makmal dan sebuah dewan bedah. Hospital Rembau akan menerima perkhidmatan lawatan pakar-pakar dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang akan turut memantau perkhidmatan geriatric dan rehabilitasi secara berkala. Hospital Rembau dijangka akan mempunyai pegawai perubatan, doktor seramai 10 sehingga12 orang. Sekian, terima kasih.

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]:

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri yang begitu detail sekali, hanya semenjak ia dimaklumkan pada tahun 2008 dan juga kawasan pun telah ditentukan, sewaktu itu dengan papan tanda siap dengan papan tanda dan kawasan telah pun di pagar tadi. Saya hanya menyoal perkara ini adalah kerana perkara ini telah memakan begitu lama untuk dilaksanakan dan ditanya-tanya oleh rakyat Rembau apakah ini satu rancangan yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu itu sebagai satu cadangan politik. Akan tetapi, alhamdulillah oleh kerana rancangan ini akan diteruskan maka saya hanya ingin tahu mengikut jadual bilakah hospital ini akan siap dan boleh digunakan. Secara keseluruhan kelengkapan yang disebutkan tadi disediakan dan mengikut perbelanjaan yang diperuntukkan iaitu RM122 juta, terima kasih.

Dato' Seri Liow Tiong Lai:

Memang hospital ini telah pun dirancang pada tahun 2008 dan mempunyai perancangan untuk membina melalui PFI tetapi kerana kesuntukan kewangan, maka ia dimasukkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kita telah pun dapat mendahulukan projek komitmen, komitmen-komitmen telah dibuat untuk melaksanakan projek ini dan mengikut perancangan apabila hospital ini dapat ditenderkan pada hujung bulan Mei ini, maka kita boleh mulakan projek pada tahun ini dan ia akan siap dalam masa tiga tahun untuk kita membolehkan hospital ini dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.