Sabtu, 25 Februari 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


STOP LYNAS

Posted: 25 Feb 2012 02:31 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim Pulls Off Surprise Walkabout at Teluk Cempedak

Posted: 25 Feb 2012 11:41 AM PST

Ihsan Malaysiakini

Ceramah Pakatan Rakyat Di Kuantan 25 Feb 2012

Posted: 24 Feb 2012 04:28 PM PST

25hb Feb ini (Sabtu) Jam 9.00 Mlm – Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang bersama pimpinan PAS dan DAP.

Something Stinks: Umno Lawyers, RM2.2bil Highway And Not a Squeak Yet From Najib

Posted: 24 Feb 2012 10:58 AM PST

Malaysia Chronicle

A RM2.2 billion highway contract was recently awarded to companies linked to Umno lawyer Hafarizam Harun and the wife of former Chief Justice Zaki Azmi. Was the awarding of the lucrative contract to Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) to Emrail Sdn Bhd and Zabima Engineering Sdn Bhd conducted via an open tender process?

News of the deal also sparked speculation that Zaki and Hafarizam, two key figures in the Perak constitutional crisis of 2009, were awarded the highway contract as a gift for helping Barisan Nasional (BN) topple Pakatan Rakyat in the northern state. Hafarizam is a director in both firms while Zaki's wife, Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, is a director in Emrail.

Not the first and neither will it be the last

Sad to say, such dubious practice is not without precedence in Malaysian politics.

For example, former prime minister, Mahathir Mohamed gave the Westport project in Port Klang to an advertising executive named Gnanalingam via a company called Semakin Ajaib Sdn Bhd. Carbon granule-making company, Europlus, was awarded the RM7.07 billion West Coast Expressway (WCE) after a renegotiation process that make things even more favourable to Europlus. What else is new in UMNO-BN?

The NFC scandal is still fresh in our minds, with new allegations emerging that during a probe by the Public Accounts Committee into the cattle-farming scandal, it was Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who chaired committee that awarded the RM250 million National Feedlot Centre project to Agroscience Sdn Bhd, a company owned by Umno minister Shahrizat Jalil's husband. PAC chairman Azmi Khalid's apparent reluctance to reveal the committee's findings seems to indicate that he is "under pressure" to protect his BN bosses and ultimately every high-level UMNO leader involved in the project.

Najib must explain why

And while the case against cows is still given the run-around by the MACC, Najib still finds time to dish out goodies to his UMNO cronies. It is not so much a question of doing business, but rather the ethics of doing business – UMNO style. Does it seem right to award contract work to entities that have ties to two very controversial figures? The fact that it involves a lawyer and a former Chief Justice brings the whole law fraternity into disrepute. Questions are raised if there are now clear signs of collaboration between Zaki and Hafarizam in the days after the 2008 general election?

Najib should be made to explain why the pair was granted the RM2.2 billion road construction project and also come clean as to the roles of both lawyers in the Perak crisis. Indeed, it is vital that the UMNO lawyer and the former Chief Justice clear the air so as to return a measure of credibility to the legal fraternity. In most developed countries, judges and especially chief justices keep an arms length from lawyers because they don't want to be accused of bias or bringing the judiciary into disrepute. The stricter judges do not even socialize with lawyers.

Judiciary and big-time business

Yet in Malaysia, lawyers and chief justices think nothing of entering into business partnerships together and securing government projects to the tune of billions of ringgit. And to further add salt to the conspiracy is the fact that Zaki was a former UMNO lawyer turned Chief Justice and Hafarizam was the UMNO lawyer on duty during the Perak crisis. This shows the extent of UMNO's involvement in the massive corruption of the Malaysian judiciary. Not only is UMNO awarding public funded projects to those who have served their interests but UMNO is also propagating the further corruption of civil institutions that are supposed to act independently of the executive, and who have sworn to protect the public.

Is it now the idea of UMNO to continue awarding projects to those within their elite circle so as to prepare for an impending loss at GE13? This way, even in losing, UMNO gets the consolation of cleaning out the public coffers and leaving the new establishment with a bad headache.

Pentadbiran Angkuh Najib Burukkan Imej Korup Negara

Posted: 24 Feb 2012 10:54 AM PST

Harakah
Dari Dr.Dzulkefly

Perbuatan pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerajaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.

Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan. Ini kerana, kerajaan Najib-BN terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32% kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

Mahathir masih punya pelbagai 'tengkorak' atau 'skeleton' yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, malang sekali.

Untuk ingatan semua, seorang penganalisa Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak USD 100 bilion (RM330 bilion) hangus dalam pelbagai kebobrokan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.

Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam pentadbiran Najib sehingga kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja.

Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!

Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.

Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan 'kickback' pembelian kapal selam 'Scorpene' yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran 'komisyen' RM540 juta atau 114 Euro juta masih di Mahkamah Perancis.

Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.

Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.

Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun – jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.

Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup).

Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berlegar di antara 5.0 hingga 5.1.

Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2 1/2 tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.

Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan.

Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!

Kebobrokan urus-tadbir yang sarat 'rasuah dan ketempangan' ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini.

——————————————–
Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP). Beliau juga adalah anggota Parlimen Kuala Selangor.

Anwar, Pimpinan Utama PKR Hadir Ke Himpunan Hijau 2.0

Posted: 23 Feb 2012 08:19 PM PST

Malaysiakini

Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.

"Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun)," katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.

PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Malah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.

Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin juga berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong himpunan itu.

Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.

Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.

Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.

“Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B," katanya dalam nada yang cukup tegas.

Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.

Katanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.

"Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu," katanya lagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.

Penyenaraian Felda: PKR Cabar Isa Samad Debat

Posted: 23 Feb 2012 08:16 PM PST

Malaysiakini

PKR mencabar pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Mengeluarkan cabaran itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan tren terbaru politik Malaysia.

Katanya, beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu menyertai debat yang akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu.

Rafizi berkata, hanya melalui debat terbuka di hadapan kakitangan dan peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik dalam isu penyenaraian di Bursa Malaysia itu.

Anwar Ibrahim Berucap Dalam “Zon Perang” Di Johor

Posted: 23 Feb 2012 10:09 AM PST

PKR Dakwa Penyenaraian FGVH ‘Skim Berniat Jahat’

Posted: 23 Feb 2012 02:36 AM PST

Malaysiakini

Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia adalah “skim berniat jahat” yang bertujuan mengurangkan pegangan peneroka dalam Felda Holdings yang kaya dengan tunai, kata PKR.

Ini kerana menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, dengan penyenaraian itu, semua aset Felda akan dipindahkan ke FGVH, yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan peneroka tidak lagi akan mempunyai suara dalam perniagaan dan aktiviti operasi berkenaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, pelabur lain juga dijemput membeli saham dalam FGVH.

“Kami anggarkan bahawa apabila ini berlaku, ekuiti Felda Holdings yang dipegang oleh peneroka dan kakitangan Felda akan dikurangkan daripada 51 peratus sekarang kepada paling tinggi 42.7 peratus selepas penyenaraian.

“Ini menjadikan mereka pemegang saham minoriti,” kata Rafizi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.