Jumaat, 24 Februari 2012

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.0 DITERUSKAN

Posted: 23 Feb 2012 09:27 PM PST

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bank untung RM3.56 bilion, kes lelong pula makin banyak

Posted: 23 Feb 2012 11:41 PM PST



Di satu sudut keuntungan sebuah bank di Malaysia pada tahun lepas ialah RM3.56 bilion. Di satu sudut lain pula kes-kes rumah kena lelong semakin meningkat hari demi hari, terutama di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Untung Maybank RM3.56 bilion
24 Feb 2012

KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Bank lelong rumah peminjam tanpa notis
2012/01/06

KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.

Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka.

http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Anwar, pimpinan utama hadir Himpunan Hijau

Posted: 24 Feb 2012 12:16 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Feb: Pimpinan utama KEADILAN, diketuai Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri himpunan Hijau 2.0 bagi membantah loji Nadir Bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Kuantan, Ahad ini. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seluruh ahli KEADILAN juga diarah untuk turut serta dalam himpunan tersebut. "KEADILAN memberikan sokongan [...]

Anwar Ibrahim: UMNO dapat penyakit “mad-cow” sejak 9 Januari! 安华:巫统疯了!

Posted: 24 Feb 2012 12:03 AM PST

Jom sertai Himpunan Hijau 2.0! 226绿色集会我们关丹见!

Posted: 24 Feb 2012 12:02 AM PST

陈家兴:3件事证明纳吉是虚伪,腐败,贪污的首相!

Posted: 24 Feb 2012 12:01 AM PST

YB郑立慷:如果没有马华民政,巫统不会这么嚣张!

Posted: 24 Feb 2012 12:00 AM PST

Dr Muhd Nur Manuty: Kita mesti selamatkan Malaysia dalam tahun ini!

Posted: 23 Feb 2012 11:58 PM PST

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MAHATHIR BERI ISYARAT KEPADA UMNO – MAHU KEMBALI JADI PM

Posted: 24 Feb 2012 04:28 AM PST

Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1 Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.
Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. ( Nota : bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ).
Hari ini pertembungan politik ialah pertembungan politik antara kerakusan Dr. M dengan ketelusan Anwar Ibrahim. Kali ini terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, lapangan politik bukan pertempuran Anwar-Pak Lah atau Anwar-Najib, tetapi adalah pertarungan politik Anwar-Mahathir.
Pilihanraya Umum Ke-13 adalah medan kumpulan Dr. M untuk kembali mencari landasan. Mereka sudah melihat kemungkinan Najib Razak sudah tidak punyai upaya untuk mengimbangi kepintaran politik Anwar Ibrahim dengan misi Kerajaan Reformasi dan kebajikan untuk rakyat. Sebab itu mahu tidak mahu, Mahathir merasakan bahawa perlu bagi dirinya menjadi Perdana Menteri semula.
Dalam isu semasa terkini, soal penyenaraian FELDA Global Ventures Holding (FGHV), Dr. Mahathir terlebih lagi memberikan kenyataan bahawa penyenaraian tersebut sebagai 'peluang besar' mengembangkan perniagaannya. Kenyataannya itu lebih yakin daripada kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.
Isu-isu negara termasuk soal cabaran debat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin-Israel juga sibuk dijawab Mahathir tanpa Najib Razak menjawab. Najib diam membisu untuk menyatakan pendirian. Yang dicabar debat adalah Najib, tetapi bekas PM yang nampaknya agak serabut untuk menjawab.
Najib banyak diam seribu bahasa dalam isu-isu penting negara termasuk soal FELDA, Isu Palestin-Israel, Isu NFC, isu kaum, isu rasuah, serta kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir bertungkus lumus menjawab setiap isu. Maka ini adalah isyarat kuat (signal) daripada Mahathir kepada UMNO bahawa UMNO perlu beliau sebagai Perdana Menteri. Najib Razak tidak cukup kuat karektornya untuk berdepan dengan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim. Pasukan Najib Razak tidak cukup bersedia untuk memastikan UMNO/BN menang dalam PRU-13 akan datang.
Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel. Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM 77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakkan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir.
Sebelum ini, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.
Kenyataan Mahathir itu kita percaya ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding Najib.
Jika dahulu Muhyiddin boleh berkomplot untuk menjatuhkan Pak Lah, maka apakah tidak mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi menyusun komplot untuk menjatuhkan Najib lalu mengangkat Dr. Mahathir.

Pertikaman lidah dalaman antara beberapa pemimpin UMNO sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya mengikut cara Najib melalui konsep 1Malaysia. Sanggahan-sanggahan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO masa kini menguatkan gambaran kepada ahli UMNO bahawa mereka perlu kembalinya Mahathir sebagai PM.
Mahathir sedang menunggu.......

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


PIMPINAN NAJIB CUBA ALIH ISU NFC

Posted: 23 Feb 2012 03:19 AM PST











KUALA LUMPUR 23 Feb: Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak cuba mengalihkan isu National Feedlot Corporation (NFC), dengan membuat serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sebaik sahaja Anwar dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan fitnah II pada 9 Januari lalu, pemimpin Umno-BN meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang itu.

"Terbaru, Anwar dikaitkan pula dengan isu Israel yang antara tujuannya mengalihkan isu rakyat dari bercakap mengenai skandal penyelewengan NFC melibatkan Umno termasuk Najib sendiri," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Machang itu, beliau percaya semua tohmahan yang dilemparkan Umno-BN akan gagal mempengaruhi sokongan rakyat.

"Skandal NFC ini penting dan cukup dekat di hati rakyat kerana projek RM250 juta dianugerah kepada keluarga menteri Umno.

"Berbanding rakyat, mereka hanya diberi RM500 iaitu apa yang dinamakan Najib sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)," ujar beliau.

Saifuddin dalam pada itu kesal dengan dengan dolak-dalik kerajaan berhubung skandal NFC, meskipun KEADILAN sudahpun melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, beliau menyeru rakyat agar terus mendengar penerangan dari Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa dan menilai serangan Umno dengan fakta yang dikemukakan.
"Hakikatnya, fakta kita bukan sahaja kukuh, namun sangat mustahil untuk disiar di media kerajaan. Kerana apa?

"Mereka (Umno-BN) takut jika rakyat tahu penyelewengan mereka, peluang untuk Umno ditumbangkan pada PRU sangat cerah," tegasnya.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan dana RM250 juta untuk penternakan Lembu itu disalah guna keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

Difahamkan akan ada lagi pendedahan berhubung salah guna dana itu dari semasa ke semasa oleh KEADILAN.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.O DI TERUSKAN DI PADANG MPK4 KUANTAN

Posted: 23 Feb 2012 09:26 PM PST

NAJIB TAK PROFESSIONAL LANGSUNG TAK JEMPUT MB, KM PAKATAN RAKYAT

Posted: 23 Feb 2012 08:59 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


KEADILAN Gesa Kerajaan Pertimbang Tuntutan CUEPACS Dan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2012 08:34 PM PST

Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan.

Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna
gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan
visi ini.

KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT