Isnin, 26 Disember 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Program Prihatin Bantuan Sekolah

Posted: 26 Dec 2011 06:36 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perpaduan yang tidak berprinsip

Posted: 26 Dec 2011 03:24 PM PST

Berbagai jenis perpaduan ada. Ada perpaduan yang berlandaskan "Aku garu belakang kau, kau garu belakang aku", ada perpaduan kerana wujudnya kepentingan bersama, ada perpaduan yang longgar, ada perpaduan kerana untuk mencapai sesuatu hajat yang sementara, dan ada perpaduan yang kental kerana prinsip perjuangan yang kental.

Ego sesorang individu itu kadang-kadang tidak boleh menerima sebarang teguran. Bila ditegur melenting dan terus putus persahabatan.

Ego ini adalah benda yang tertanam di hati dan sanubari manusia. Semua orang ada ego, hanya ego itu samada bertakhta bermaharajalela atau ego yang menumpang.

Tetapi ego ini bukanlah perkara yang tidak boleh dibuang walaupun amat sukar dibuang.

Terkadang kala apabila ego itu sangat besar, dia ditegur kerana kerjanya tidak pernah dibereskan, dan orang lain yang membereskannya, maka apabilia ditegur, dia pun melenting. Itu ego yang sangat bertakhta.

Sesetengah orang boleh ditegur jika tidak secara terbuka; maknanya kena tegur sorang-sorang; dan kalau ditegur dalam mesyuarat, mungkin dia melenting satu macam, kalau dia pegang jawatan, maka dan-dan itu juga dia akan kata: "Aku letak jawatan." Dan selepas itu dia menyalahkan semua orang seolah-olah dia sahajalah yang betul.

Kadang-kadang taktik tegur pun mendatangkan masalah. Tegur tu biar berambi semacam menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

Perpaduan kerana satu prinsip perjuangan adalah perpaduan yang lebih segar. Perjuangan menegakkan Islam umpamanya membariskan pendokong-pendokong yang ramai dan sanggup melakukan tindakan-tindakan yang wajar demi kejayaan tuntutan itu.

Begitu juga dengan prinsip-prinsip lain yang sudah diyakini oleh segolongan masayarakat seperti menegakkan ideologi parti-parti politik seperti sosialisme, nasionalisme, demokrasi, keadilan atau kepentingan kaum pekerja.

Walaupun sudah wujud persefahaman tujuan perjuangan, perpaduan itu mungkin berbentuk longgar semata-mata kerana wujud kepentingan bersama.

Untuk mengujudkan perpaduan tulen, maka sesuatu organisasi itu kena ada tata-cara yang bukan sahaja boleh menyatukan fikrah perjuangan tetapi menyatukan cara-cara agar setiap pendokongnya komited dengan tujuan itu dan tidak mementingkan diri sendiri.

Cara itu sukar tetapi boleh diwujudkan. Organisasi itu sendiri kena menjadikan prinsip tegur-menegur sebagai prinsip yang boleh diterima. Setiap yang menegur kena menegur dengan prinsip juga dan orang yang kena tegur kena menerima dengan prinsip iaitu prinsip yang sudah menjadi ketetapan didalam organisasi.

Penerimaan teguran dengan membalingkan semula persoalan kepada yang lain seperti "mana ada pemimpin UMNO yang tidak ada masalah" bermakna dia menolak semua teguran yang dilontarkan kepadanya.

Untuk menjadikan prinsip tegur menegur ini sebagai prinsip yang diterima, maka prinsip itu sendiri mesti diterima sebagai wadah penyelesai masalah didalam organisasi.

Tujuan tegur-menegur itu adalah untuk perpaduan didalam organisasi, teguran itu kena ada tata-caranya, tidak melampau dan tidak sembrono.

Golongan pejuang-pejuang sosialis mereka menerima konsep criticism and self criticism, dan criticism-self criticism-unity, criticism-self criticism-transformation.

Orang sosialis sudah biasa dan sudah menerima konsep ini. Dan apabila mereka tegakkan perpaduan, bermakna perpaduan itu yang lohor dan tidak berbentuk hipokrit yang nampak wujud tetapi didalam hati berselirat.

Organisasi bukan sosialis pun perlu menerima konsep ini jika mereka mahu wujudkan perpaduan yang berprinsip dan perpaduan yang berprinsip membawa kepada kekutan dalaman, dan hanya organisasi yang mempunyai kekuatan dalaman sahaja yang mampu menghadapi segala cabaran.

Pilihanraya bukanlah perkara mudah, bukan mudah untuk menang

Posted: 26 Dec 2011 05:11 AM PST

Saya awal-awal lagi menyatakan bahawa saya tidak sanggup menjadi calon didalam Pilihanraya. Bagi saya Pilihanraya bukanlah perkara mudah, perkara yang boleh dibuat sambil lewa.

Didalam pada itu saya juga melihat telatah kawan-kawan yang bgerminat sangat menjadi calon, tetapi kurang berminat dengan kerja parti dan kerja masyarakat.

Menjadi calon itu perkara mudah. Ada pencadang ada penyokong sudah layak menjadi calon. Menjadi calon semata-mata untuk menjadi calon memanglah mudah. Tetapi menjadi calon untuk menang adalah suatu perkara yang sukar.

Jika menjadi calon BN, banyak masalah yang dikategorikan sukar sudah menjadi senang. Pertamanya dia menjadi calon parti yang memerintah. UMNO/BN sebagai parti yang memerintah menyalahgunakan kuasa, berhabis semua jentera Kerajaan dijadikan jentera parti, duit kerajaan dijadikan duit parti, projek kerajaan dijadikan projek parti.

UMNO/BN boleh gunakan Polis dan SPR. Kadang-kadang orang yang dipuncak yang tidak boleh mengikut Perlembagaan berpolitik turut menolong UMNO/BN.

Maka menjadi calon dari sudut parti pembangkang bererti berlawan dengan gunung yang sangat tinggi.

Semua media memihak kepada UMNO/BN, maka jika calon itu tidak bersungguh-sungguh, pelurunya sudah habis pada hari pertama penamaan calon itu.

Kepada calon yang sudah buat kerja didalam satu-satu kawasan Pilihanraya (seumpamanya 3, 4 tahun sebelum pilihanraya) amat wajar bagi dia bertanding. Tetapi kebanyakan calon hanya mula menampakkan muka di majlis-majlis ceramah yang diadakan, dan apabila dia berceramah, dia sudah mengaku dia sudah turun padang.

Ertinya, maksud turun padang pun dia tidak mengetahuinya.

Turun padang melibatkan kerja kemasyarakatan dan kerja ini adalah kerja berterusan. Sukar nak nyatakan dengan perkataan apakah dia turun padang melainkan kita gunakan contoh-contoh.

Dulu ada seorang wakil rakyat bebas bernama Cikgu Jabar. Dia tidak ada parti. Tapi dimana juga ada pergerakan masyarakat maka adalah dia. Ada kematian, dialah yang turut memandikan jenazah dan masuk ke kubur; ada kenduri maka dialah yang duduk di sabak, bukan hadir sebagai tetamu, ada orang sakit, dialah yang hadir berziarah; dan apabila dia hadir, dia pikul tugas yang tidak meletakkan dia sebagai tetamu terhormat tetapi sebagai petugas.

Dia sentiasa pergi ke kampong-kampong, dan kawasan pilihanrayanya, sentiasa bertanya khabar masalah yang dihadapi oleh penduduk, dan sangat ringan tulang membawakan masalah orang ramai ke pengetahuan pihak-pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Dia bergaul luas tanpa mengira batasan. Dia tidak pilih bulu, dengan semua orang dia berbaik, termasuk dengan orang-orang parti pemerintah dan juga dari parti pembangkang.

Namanya sentiasa di bibir mulut penduduk, dan dia bukan menjadi bahan cemuhan.

Saya pernah kenal dengan Lee Lam Thye semasa dia menjadi wakil rakyat Bukit Bintang dan saya adalah Pegawai Undang-Undang di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya hairan dimanakah dia dapat energy. Dia boleh berada semacam di semua tempat. Dia mengambil tahu tentang masalah penduduk yang dia wakili. Dan jika masalah itu ada kaitan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dia akan berada di pejabat itu membawakan masalah penduduk.

Masalah setinggan, masalah permit dan perniagaan, masalah longkang dan jalanraya di kawasannya, semuanya menjadi minatnya untuk dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

Dapat tak dapat apa yang diadukan ke pihak berkuasa adalah masalah nombor dua. Yang pentingnya dia sudah buat kerja. Kalau dapat apa yang diadukan penduduk berterima kasih kepadanya dan kalau tak dapat pun penduduk juga berterima kasih diatas usahanya.

Maknanya, pada setiap ketika, Lee Lam Thye dan Cikgu Jabar ini sentiasa menjadi perbualan masyarakat, dan tidak ada perbualan yang buruk dibualkan oleh penduduk terhadap mereka.

Ada sanggup buat begitu?

Kita bandingkanlah dengan diri kita. Kalau tak ada ceramah maka tak adalah turun kebawah. Dan untuk berceramah itu pula, semuanya sudah disempurnakan oleh orang lain, kita hanya datang untuk berucap sahaja.

Saya tidak mampu berbuat seperti Cikgu Jabar dan Lee Lam Thye, bahkan saya tidak mampu berbuat seperti Leong Ngah Ngah, wakil rakyat Triang yang sudah berjaya mempertahankan Triang selama 5 penggal berturut-turut.

Masalah wang adalah masalah kedua. Masalah yang lebih besar adalah masalah jentera. Jika untuk sesuatu kawasan Parlimen yang mempunyai 3 DUN, dan setiap DUN itu dikatakan ada 40 saluran, maka kita memerlukan 240 orang PACABA dan sebanyak itu juga atau lebih anggota sukarelawan. Kita sda tak?

JPRC kita bergerak atau tidak? Atau hanya ada pada nama sahaja. Dari segi senarai nampak lengkap, ada Pengerusi, ada Timbalan-Timbalan Pengerusi, ada Ketua Logistik, ada Ketua Penerangan, ada Ketua Bilik Gerakan dan Ketua Pengkalan Data, ada Ketua PACABA, tetapi hanya wujud atas kertas.

Di kawasan kita yang ada tiga DUN umpamanya, ada berapa ramai keanggotaan kita, yang penting anggota yang bergerak aktif, ada berapa banyak ranting-ranting, iaitu ranting-ranting yang tidak mati, bukan ranting-ranting yang hanya ada diatas kertas.

Ini semualah kriteria yang mesti ada untuk kita mengambil sikap ghairah untuk menjadi calon. Kalau tidak ada, janganlah ghairah sangat. Kalau nak jadi calon juga berikanlah tumpuan dari sekarang mengatasi kelemahan-kelemahan kita, walaupun masa sudah tinggal sedikit, tapi lebih baik dibuat daripada tidak dibuat.

Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sukar mahu menang!

Minta maaf kepada ustaz-ustaz...

Posted: 26 Dec 2011 05:00 AM PST

Saya nak rakamkan permintaan maaf saya kepada ustaz-ustaz yang mungkin tidak senang apabila membaca tulisan saya didalam blog ini mengenai panggilan Ustaz dan Guru.

Itu bukanlah pandangan peribadi saya. Itu adalah pandangan Ustaz yang mengajar saya Bahasa Arab. Dia tidak mahu dirinya dipanggil Ustaz walaupun kelulusannya dibidang Ugama adalah tinggi.

Dia kata dia malu dipanggil begitu. Dia kata dia tidak layak. Dia kata dia hanyalah seorang Mu'alim atau seorang Guru. Panggilah dia Cikgu, katanya.

Dia kata untuk dapat title Ustaz ini, seseorang itu mesti mempunyai kelulusan yang sangat tinggi dan bukan sekadar kelulusan sahaja, mesti pulak telah menulis dan menerbitkan buku-buku ilmu yang hebat-hebat.

Itulah kelayakannya. Saya mohon maaf kepada Ustaz-Ustaz semua bahawa saya langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan ustaz-ustaz, mohon maaf.

Macam mana nak tangkap burung dengan menggunakan tempurung

Posted: 26 Dec 2011 04:53 AM PST

Soalan ini dikemukakan oleh pembaca blog Lubokkawah.blogspot.com setelah dia membaca entri diblog itu mengenai pengalaman saya semasa kecil menangkap burung-burung dengan menggunakan tempurung.

Mungkin boleh gunakan perkara-perkara lain juga yang bila diketuk mengeluarkan bunyi yang kuat dan nyaring yang boleh membingitkan.

Tempjurung itu biarlah dari kelapa yang betul-betul tua yang bila dihantuk diantara dua tempurung mengeluarkan bunyi yang kuat dan nyaring.

Sawah di Kelantan (di Kg Bemban, Pasir Mas) ini adalah luas. Burung-burung bermain/berterbangan di dalam sawah itu. Maka apabila diketuk tempurung itu secara beramai-ramai, burung-burung itu tidak tertahan lagi dan akan jatuh kedalam sawah, tidak berdaya lagi untuk terbang.

Mengetuk tempurung ini kena beramai-ramai. Kalau setakat dua tiga orang tak berkesan. Kenalah mengetuk itu hingga berpuluh orang.

Burung-burung (jenis ini, nama saya dah lupa) terbang rendah secara berkawan-kawan hingga beratus-ratus ekor. Dan bila diketuk tempurung itu, burung-burung itu akan jatuh kesemua kedalam sawah. Sawah di Kg Bemban ini pada musim tidak membuat padi adalah kering.

Maka pungutlah burung-burung itu, bersedia untuk disembelih, bawalah kicap, bila sudah dibakar, makanlah dengan kicap, wah sungguh enak!

Belajar merokok dan Berhenti Merokok, dan Nasihat kepada rakan-rakan

Posted: 26 Dec 2011 12:33 AM PST

Saya mula belajar mengisap rokok semasa saya berada di Darjah 1 Sekolah Melayu di Sekolah Melayu Bandar Temerloh.

Satu hari, di hari cuti sekolah, abang saya, Abang Din bertanya saya samada saya ada duit 10 sen tak? Saya kata ada dan tanya dia nak buat apa? Dia jawab nak beli sebungkus rokok; "Abang 10 sen, dan adik 10 sen, kita kongsi. Ini rokok cap pisang, orang kata rasa dia macam pisang embun."

Kami pergi ke kedai runcit, sebelah kedai Cop Ban Hin di Jalan Abu Bakar, Temerloh. Abang saya beli sebungkus rokok cop pisang, dan abang juga beli sekotak mancis api, dengan duit dia sendiri.

Kemudian, Abang Din ajak saya ke belakang kedai Ban Hin, duduk 2 orang adik beradik, di tepi longkang.

"Awak 10, abang 10 batang, nah ambil satu dulu." Abang saya berikan saya sebatang dan dia ambil untuk dia satu batang. Kami pun menyucuhlah rokok masing-masing dengan mancis yang Abang Din beli.

bila hisap, Abang Din dan saya, dua-dua batuk, tak ada pun rasa pisang. "Mana rasa pisang embunnya," saya tanya Abang. Dia jawab, "Tunggulah, takkan terus rasa," katnya.

Lepas sebatang sebatang kami hisap, sampai rasa melecur di lidah. Sampai 3 batang, saya dah tak tahan, sakit lidah dan bibir. Abang pun berhenti juga.

Tetapi usaha kami untuk mencari rasa pisang didalam rokok tidak terhenti disitu. Tiap-tiap hari saya beli sebatang rokok. Walaupun tak sedap, saya teruskan juga mengisap kerana manalah tau rasa pisang itu akan tiba satu hari nanti.

Akhirnya di umur yang begitu muda saya sudah ketagih rokok. Emak saya mengisap rokok, ayah saya mengisap cerut. Jadi bila emak menggulung rokok, saya turut gulung juga. Emak hisap rokok daun, murah sikit.

Sehingga saya ke Form Five, saya sudah biasa hisap sebungkus sehari.

Di suatu hari semasa saya nak merokok waktu rehat, saya terus pergi ke bilik air dimana saya simpan rokok saya. Teraba-raba saya akan rokok yang diletak di atas dinding bilik air tiba-tiba tangan saya dipegang oleh seseorang. Rupa-rupanya Guru Darjah saya. Alamak. Apa lagi, kena rotanlah. Saya mengaku saya menghisap rokok.

Saya terus menghisap rokok sehinggalah umur saya meningkat dewasa, semasa saya belajar di Maktab Mara di Petaling Jaya, saya sudah heavy, kena hisap tidak kurang 2 bungkus sehari. Tetapi saya dapat cari wang belanja dengan menawarkan diri untuk membasuh pinggan kantin maktab, dapatlah belanja untuk dua bungkus tu sehari.

Begitulah keadaannya, semakin lama semakin kuat saya menghisap rokok. Semasa bekerja dengan gaji yang tak sebanyak mana saya berbelanja tinggi untuk rokok.

Semasa saya belajar di London, saya sudah menghisap hingga 4 atau 5 bungkus sehari. Tetapi semasa di London, gaji saya besar, kerja part time. Saya boleh duduk rumah terrace dan menghisap rokok sesuka hati saya.

Apabila saya balik ke Malaysia bekerja sebagai Magistrate keupayaan kewangan saya sangat terbatas kerana gaji Magistrate adalah kecil dan saya kena menanggung isteri dan anak. Saya teruskan menghisap tetapi saya beli poenggulung rokok, saya letak didalam bungkusan rokok, jadi nampak macam saya hisap cigarette juga, walaupun saya hisap rokok gulung.

Habit merokok ini semakin menjadi-jadi sehingga 7 bungkus sehari. Tetapi semasa saya sudah beramal sebagai peguam keupayaan kewangan saya cukup hebat dan saya tidak sekat nafsu saya untuk merokok.

Sehinggalah saya jatuh sakit. Dan seorang doktor dari Negeri China yang merawat saya meminta saya memberhentikan merokok.

Untuk itu saya pergi mengerjakan umrah dan berniat dengan kesungguhan bahawa sebalik saya dari umrah saya tidak mahu merokok lagi.

Maka saya pergi buat umrah dengan isteri saya, Kak Hendon, sampai di Subang Airport, saya beli sebungkus Rothman 100, saya hisap tak henti-henti sebelum check-in. Kemudian ada 5 batang lagi (kalau tak silap) didalam bungkusan, saya tinggalkan di suatu sudut dengan lighternya sekali.

Saya menaikki kapal terbang ke Madinah. Sesampai di Madinah, melejeh air liur saya melihat orang merokok. Dengan semangat kental saya tetap tidak merokok, dan apabila saya sampai di Hotel, saya terus mandi sehingga menggeletar sejuk, dan terus pergi ke Masjid Nabawi. Pada waktu itu pintu-pintu masjid belum buka, dan saya buat sembahyang-sembahyang sunat di luar masjid. Apabila pintu masjid dibuka saya terus masuk kedalam dan mengerjakan berbagai sembahyang sunat hinggalah masuk Suboh.

Selepas Solat Suboh, saya terus duduk di Masjid dengan membaca Quran. Saya tidak mahu keluar untuk minum pagi, kerana apabila sudah minum pagi dengan perkena air teh, sudah tentu ketagih rokok akan tiba.

Selepas Dhuha, saya keluar untuk makan pagi, dan saya makan roti Arab serta air kosong. Kemudian terus ke Masjid semula, tujuannya hanya satu, untuk mengelak dari merokok.

Demikianlah semasa ziarah. Saya bawa air kosong untuk melupakan rokok.

Apabila Jemaah meninggalkan Madinah untuk ke Makkah, didalam bas, saya menghabiskan masa dengan menyambut seruan Lebaikallah Homma Lebaik, Lebaikala Syari kala kalebaik...Bila mengantuk saya terus tidur, sehingga sampailah ke Makkah.

Di Makkah, saya menghabiskan masa di Masjidil Haram, sebab di Masjid itu kita boleh beribadat dan solat tanpa had masa. Dan bila terluang saya pergi mengerjakan umrah.

Pekej Umrah kami adalah melawat Turkey selepas Umrah. Di Turkey, kusmangatlah. Kalah Eropah. Melejehlah air liur saya melihat mereka merokok. Saya lawan jugak. Lawan...lawan...lawan...hinggalah sampai waktunya berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, saya beli obat menahan meghisap rokok. Lama saya makan obat itu hampir 3 bulan. Didalam pada itu, makan menjadi lebih berselera, badan saya naik gemuk, tidur kusmangat, letak saja kepala di bantal, teruslah tidur.

Saya mengambil masa 6 bulan untuk betul-betul melupakan rokok, itu pun kadang-kadang ada urge lagi.

Sekarang saya sudah lebih 15 tahun meninggalkan rokok. Kalau tidak bersungguh, memang sukar meninggalkan rokok. Semangat kena cekal, kuatkan hati, dan selain dari itu, associatekan bahawa merokok itu adalah sahabat kepada syaitan, kerana apa? Kerana membazir! Barulah kita boleh melupakan rokok.

Mahu berhenti merokok bukanlah sekadar cita-cita. Bukanlah sekadar nak cuba. Petua berhenti merokok ialah JANGAN MEROKOK. Tidak ada formula lain.

Kalau saya nak nasihatkan kepada rakan-rakan, itulah dianya JANGAN MEROKOK. Kepada pejuang-pejuang rakyat ambillah nasihat saya bahawa merokok itu merugikan kesihatan diri sendiri, membazir dan orang merokok tidak tenteram hidupnya melainkan dapat rokok, Pejuang rakyat Wajib Kena Berhenti Hisap Rokok!

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Amnesia, Dementia or Alzheimer’s, Dr M The Economic Ignoramus Will Never Repent

Posted: 25 Dec 2011 11:57 PM PST

Malaysia Chronicle
By K.Suresh

Mahathir Mohamad's claim that he did not go crawling to the World Bank in 1997-1998 for aid appears to be the result of a deliberate confusion, on his part, about the separate and distinct roles of this great institution and the International Monetary Fund (IMF).

The former Malaysian Prime Minister will probably claim another temporary bout of amnesia, as he once did in Court, in mistaking one for the other. Being already 86 since Dec 20, he will soon be able to claim not only amnesia but dementia and Alzheimer's disease besides his usual paranoia.

When Mahathir was denying about having anything to do with the World Bank, he was actually talking about the IMF. No one seems to have noticed this so far.

It's no big secret that in publicly rejecting IMF aid in 1998, the papers also quietly reported then that the rejection did not extend to the World Bank. Opposition Leader Anwar Ibrahim was not saying anything new but highlighting the facts when he mentioned World Bank aid to Malaysia.

The Mother of All Lies

So, there's really no need for Mahathir to swear on the Quran and defile the Holy Book with his lies. It seems Mahathir will swear to anything to save his skin. Each time he swears, it will be just to cover up another big lie. A proverb in Malayalam from Kerala, from where Mahathir’s roots can be traced, goes as follows: "One will have to tell a thousand lies to cover up the first lie."

To his critics, Mahathir's entire life has been one big lie lived shamelessly and without a tinge of conscience or humanitarian considerations for others. Mahathir's reason for rejecting IMF aid – the return of colonialism as he claimed – was another great self-serving lie.

Mahathir was thereby able to dip into our EPF monies among others to bail out his family, nominees, and cronies without instituting real reforms. He should be charged with abuse of power, corruption, economic sabotage and treason. The IMF would have never stood for aid packages merely designed to bail out a small group of his people at the expense of an entire nation.

Ruthless coup d’etat and blatant cheating

This is not the first time that Mahathir has made a mess of the economy. Put it down to his inexperience in public administration and economic and financial management. This did not prevent him anyway from easing out his predecessor, Hussein Onn, from office and seizing the reins of power in what has turned out to be a coup d' etat in hindsight.

Mahathir was also single-handedly responsible for the 1986-1987 recession in Malaysia which ended in Umno being declared unlawful by a Judge, who obviously favoured him. Judge Harun Hashim could have ruled that the votes from the 30 illegal branches should not be taken into consideration and, accordingly, handed the 1987 Umno presidency to Tengku Razaleigh. The rest is history.

Gambling without compunction, losing billions of the people’s money

The recession of 1986-1987, one entirely of Mahathir's own making within five years of him becoming Prime Minister, was driven by two of his policies viz austerity drive; and bersih, cekap and amanah – clean, efficient, trustworthy – administration. The clean, efficient and trustworthy theme threw up the explosive BMF Scandal in Hong Kong. Those familiar with the case know it is linked to Mahathir as Bank Bumiputra reported to the Prime Minister's Department and not the Finance Minister or Bank Negara.

Bank Negara lost RM15 billion playing with fire in the foreign exchange market until warned by the US Government to pull out. Mahathir directed this attempt to make free money in the foreign exchange market and the Bank Negara underling who carried out his hare-brained directive is today a Federal Cabinet Minister in the Najib Government. His name is Nor Mohamed Yakcop.

Not content with big-time forex gambling, Mahathir the incorrigible casino king also attempted to corner the International Tin Market in London, losing billions of EPF money in the 1985 Maminco scandal.

The dip in Government spending, thanks to the hare-brained austerity drive, coupled with a dip in foreign investments following the Buy British Last Policy, and the racist anti-Malaysian Chinese Look East Policy were all enough to drive the last nail into Mahathir's coffin until Harun Hashim saved him.

Economic mismanagement

Mahathir's economic mismanagement was the theme of the 1987 campaign that Razaleigh and Musa Hitam, Deputy Prime Minister, ran to oust him from power.

Mahathir came close to being trounced. But during the break for Friday prayers and a break in the counting of votes for the Umno presidency, legend has it that RM 4.5 million was withdrawn from the Hong Kong and Shanghai Bank to buy up the votes of the remaining delegates. In addition, people posing as Special Branch officers allegedly "kidnapped" Najib and held him hostage until he gave the signal to his father's and uncle's supporters to vote for Mahathir instead of Razaleigh as he had earlier pledged.

Mahathir's two closest economic advisors during the dark economic days of 1987 were former MIC President S Samy Vellu and Daim Zainuddin who went on to replace Razaleigh as Umno Treasurer and Finance Minister.

Samy advised savings through the downsizing of the government workforce, and increase in revenues, through the corporatisation and privatization of various government departments. The result was that the government workforce fell from one million to below 800,000. But today, the civil service has topped the 1.2 million mark, a 50 per cent jump on the 800,000, and still bloating.

Daim's contribution was an accounting of the old Umno assets and to supervise the implementation of the creation of as many Malay paper millionaires as possible to keep company with the number of Chinese millionaires in the country. In the end, it was easy come, easy go. All these so-called Daim’s Boys have gone bankrupt and those that survived were bailed out in 1998 by Danaharta and other Special Purpose Vehicles (SPVs).

Carnage and lies continue

Today, the state and federal GLC – government-linked companies – are being shamelessly touted to the masses as Malay companies and not state-owned vehicles which is what they are in reality. This is another legacy of Mahathir's hare-brained economic policies. If you don't achieve anything, just lie and keep lying until people believe you.

Daim could never give Mahathir a proper accounting of the old Umno assets and was soon bundled out of the Federal Cabinet. Some reports suggest that Daim was unceremoniously "sacked" after being threatened with detention under the Internal Security Act (ISA) and also being under "house arrest".

Mahathir became Finance Minister, a practice followed by his successors Abdullah Ahmad Badawi and Najib.

The economic carnage continues. The lying continues.

One proof: Neighbouring Thailand could afford to announce a minimum wage of RM 1,500.00 per month recently for all sectors of the economy.

Human Resources Minister S Subramaniam, always so full of himself, earlier this month announced that Malaysia's minimum wage would be between RM 700 per month and RM 1,200.00 per month implemented on a sector by sector basis. In short some sectors would get RM 700.00 per month while other sectors would, at the same time get RM 1,200.00 per month. He made no reference to other countries.

This is a result of Mahathir's economic legacies based on the theory "don't share the cake", "beggar thy neighbour", "heads I win, tails you lose".

Publicly, Mahathir always talked about win-win partnerships, smart partnerships, and prosper thy neighbour. Mahathir, ignoramus in economics, has never learnt lessons.

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


KANTOI! GAMBAR GAY FILIPINA DIGUNA UNTUK FITNAH ADAM ADLI

Posted: 25 Dec 2011 06:10 AM PST

TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.


Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.



Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"