Sabtu, 12 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kereta Yang Sama?

Posted: 12 Nov 2011 04:59 PM PST

Saya masih ingat apabila seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran berkata kepada Tan Sri Khalil Yaacob: "Dato, ceramah yang PAS adakan di Paya Pasir dihadiri oleh lebih kurang 10,000 manusia, teruk kita Dato."

Jawapan Tan Sri Khalil yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Pahang dari UMNO adalah mudah, "Kalau ada masa awak pergi catatkan nombor-nombor kereta yang hadir. Simpan nombor-nombor tu. Bila PAS buat ceramah di Temerloh atau Kuantan, awak pergi lagi dan catat juga nombor-nombor tu. Catat nombor-nombor kereta didalam semua ceramah PAS. Awak akan dapati, kereta-kereta yang sama juga yang hadir di semua ceramah. Jadi, apa kita nak takutkan, orang yang sama yang hadir ceramah mereka. Yang kita susah hati kalau PAS buat ceramah dalam kampong dan semua penduduk kampong keluar mendengar ceramah mereka. Kalau PAS ceramah di Kg Paya Pasir dan yang datang itu dari Jerantut, Lipis, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh bahkan dari Terengganu atau Negeri Sembilan, kita nak takut apa? Yang penting penduduk Paya Pasir tak keluar. Kalau tak yakin, mari kita lihat keputusan Pilihanraya nanti.

Awak tau tak, PAS ni dia cari duit melalui Ceramah dia. Dia boleh kumpul sampai RM10,000.00 dari ceramah besar dia. Itu sahajalah tujuannya, bukan dia nak cari pengaruh."

Bunyinya senang sahaja jawapan Tan Sri Khalil itu, dan sebagai ahli PAS kita pun terasa marah dan terasa terhina juga dengan perkataan-perkataan dia. Tetapi tidakkah itu satu kebenaran?

Kalau nak diikutkan dengan kehadiran begitu ramai didalam ceramah-ceramah PR maka sudah lamalah UMNO/BN itu jatuh terpukang. Tetapi tidak. PR yang masih tidak mampu menembusi kampong-kampong yang tradisinya masih kuat mempertahankan UMNO/BN terutamanya didalam kawasan-kawasan Rancangan Felda.

UMNO masih mampu mengekang perubahan pemikiran orang-orang Melayu di luar bandar dengan imbuhan, ugutan, penipuan, salahguna kuasa, dan orang-orang Melayu luar bandar masih terikat dengan saluran informasi yang dipenuhi oleh pembohongan yang setiap hari disalurkan oleh channel-channel tv dan media citak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian; manakala media alternatif tidak sampai kepada mereka.

Disetiap kampong UMNO mempunyai cawangan-cawangannya. Samada mereka melakukan kerja baik atau buruk mereka mempunyai saluran organisasi. Setiap tahun cawangan-cawangan ini bersidang dan setiap 3 tahun sekali memilih pimpinan melalui proses pemilihan.

Ranting atau cawangan PR pula kebanyakan hidup pada nama sahaja, tidak bergerak mengikut saluran organisasi yang betul, entahkan ada mesyuarat bulanan, atau mesyuarat agung tahunan, dan kadang-kadang jumlah keahliannya hanya sekadar boleh menubuhkan jawatankuasa sahaja.

Kalaupun ada cawangan yang hanya sekadar mempunyai jawatankuasa tetapi terus bergerak menemui penduduk se tempat, se kampong, lama kelamaan tentu juga dapat menembusi penduduk-penduduk itu; tetapi kebanyakannya hanya menunggu apabila Parti mengadakan ceramah besar-besaran untuk mereka turut hadir dan menyumbangkan jumlah wang yang mereka mahu infakkan untuk akhirat.

Lebih baik bagi mereka untuk bercakap sesama sendiri dengan masing-masing mengatakan bahawa: "Kali ini mampuslah UMNO." sedangkan di kampong masing-masing tak seorang pun ahli UMNO yang keluar dari parti itu.

Isu - UMNO sudah kalah dengan semua isu. Dan jika pengurusan isu dikendalikan untuk menembusi minda penduduk, sudah tentu UMNO sukar untuk bertegak. Malangnya isu yang memihak kepada PR ini tidak digunakan sepenuhnya untuk menembusi minda penduduk.

Bagaimanakah isu ini boleh menembusi penduduk. Jentera parti hendaklah bekerja untuk menyampaikan maklumat. Diantara kerja yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk ialah dengan pengedaran isu-isu itu kepada mereka dari rumah ke rumah. Bila hendak dibuat? Kalau boleh setiap hari, tak boleh? 3 hari sekali, tak boleh? Seminggu sekali, tak boleh? 2 minggu sekali, tak boleh? sebulan sekali, tak boleh? Setahun sekali, tak boleh juga? Mimpilah disiang hari!!!!!!

Organisasi parti kena kompak. Mesti ada struktur organisasi yang mampu bergerak, mampu mengadakan mesyuarat bukan sekadar sebulan sekali, tetapi apabila diperlukan, 2 kali, 3 kali atau 4 kali sebulan. Kerja sukarela ini tidak bererti nak kerja, kerja, tak nak kerja tak perlu kerja. Ia hanya menjadi sukarela setakat kita tidak menjadi ahli dan tidak menjadi AJK. Apabila kita menjadi ahli dan menjadi AJK maka kita sudah terikat dengan tanggungjawab, dan mesti laksanakan tangggungjawab itu.

Kemudian kita perlu ada Jentera yang berkesan. Bukan hanya sekadar melantik struktur jentera tetapi jentera itu bukan sahaja tidak bergerak bahkan tak tau pun apakah peranan yang hendak dimainkan.

Tiba-tiba datanglah musim Pilihanraya. Mulalah diantara parti-parti didalam PR membuat cadangan bahawa calon dari parti masing-masing adalah terbaik. Mulalah dicadangkan bahawa kawasan itu adalah kawasan tradisi bagi parti itu walaupun sejak 1955 lagi parti itu tidak pernah menang, dan ahli-ahli parti mulalah mengambil sikap berbelah bagi bahawa "Kalau bukan parti kita yang bertanding, pasti kita kalah" walhal parti itu sudah hampir lebih 10 kali pilihanraya kalah di kawasan yang sama. Itu adalah sikap mementingkan diri dan parti sendiri tanpa memikirkan kepentingan PR yang lebih besar.

Kelemahan yang terdapat kepada PR juga boleh ditengok kepada bakal-bakal calon yang hendak diletakkan didalam Pilihanraya.

Kadang-kadang calon itu menonjolkan juga dikalangan ahli-ahli parti kerana mereka selalu berceramah (dan mendapat upah semasa berceramah, sikap tidak ikhlas didalam perjuangan!), mereka merasakan bahawa populariti mereka sudah melonjak, walhal dikalangan masyarakat umum mereka itu tidak diketahui pun.

Mereka tidak bergaul dengan masyarakat, tidak terlibat dengan kerja-kerja masyarakat, kadang-kadang angkuh dan sombong.

Disebalik segala itu, UMNO/BN mempunyai berbagai jentera yang mereka boleh gunakan selain dari jentera parti seperti jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi-organisasi kampong yang dibiayai melalui bajet kerajaan. UMNO/BN tidak perlu bekerja menggunakan jentera parti, tetapi mereka menggunakan jentera kerajaan. Walaupun ini adalah salah guna kuasa tetapi inilah yang mereka telah gunakan selama ini.

Melalui pelbagai subsidi yang mereka keluarkan mereka boleh ugut penduduk bahawa jika mereka tidak sokong UMNO/BN mereka akan dinafikan pelbagai kemudahan, dan kepada penduduk yang belum mempunyai geran tanah mereka gunakan kesempatan itu untuk menyatakan bahawa kalau mereka menyokong PR geran tanah untuk mereka tidak akan dikeluarkan.

Jahat, UMNO memang jahat. Tetapi itulah sifat UMNO, dan hanya sekadar mengetahui sifat UMNO dan PR tidak melakukan tindakan untuk mengatasi kejahatan itu, maka kejahatan UMNOlah yang akan menang!

Bila PR sebut UBAH, bukan bermakna Ubah kerajaan sahaja. Orang-orang PR mesti berubah. Ubah pemikiran, ubah cara kerja, ubah cara berorganisai, ubah dengan mengadakan jentera yang berkesan, ubah dengan rajin membuat kerja, ubah demi perubahan!

Kalau tidak apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Khalil semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang itu akan terus kekal dan harapan untuk PR memerintah Negara hanya tinggal impian!

Majlis Silaturrahim Generasi Muda Felda berkumpul di Mezeum Alam Shah, Shah Alam

Posted: 12 Nov 2011 08:14 AM PST

Sdr Shamsul Iskandar, Pengerusi Eksekutif Task Force Negeri Selangor merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat merasmikan Majlis Silaturrhim Generasi Muda di Mezeum Alam Shah, Shah Alam - foto 12.11.11
Anak Muda dari Generasi ke-2 Felda dari Felda Palong, Jempol, Sdr Firdause mendeklamasikan Sajak Perjuangan Generasi Muda Felda
Sdr Mohd Saluddin Omar, bekas Wakil Rakyat (UMNO) DUN Kerdau turut hadir di Majlis Silaturrahim tersebut
Kehadiran melebihi 500 orang peserta
Generasi Muda Felda dari Lembah Kelang dan Selangor

Sekali lagi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dengan kerjasama Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor berjaya mengadakan program Silaturrahim bagi mengumpulkan Generasi Muda Felda yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang.

Tujuan majlis ini adalah untuk mengemaskinikan data anak-anak muda Felda dari seluruh Negara yang bermastautin dan bekerja di Lembah Kelang dan menanamkan kesedaran dan keinsafan dikalangan masyarakat mereka betapa keadaan ibu bapa mereka yang masih lagi berjuang untuk melepaskan diri masing-masing dari manipulasi terhadap pendapatan mereka oleh Felda, dan yang terkadang-kadang dijalankan dengan cara yang amat halus sehinggakan peneroka-peneroka tidak menyedari bahawa mereka dibebankan dengan hutang yang sangat besar walhal sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan mereka.

Peneroka-peneroka menghadapi masalah mendapatkan geran tanah setelah menjelaskan bayaran CAC dan BK. Mereka diberikan pendapatan elaun sara hidup bulanan tetapi dikira sebagai hutang. Mereka tidak pernah diberikan Penyata Kira-Kira selama mereka menjadi peneroka Felda tetapi mereka diberikan Penyata Hutang.

Kebun mereka tidak dijaga dengan baik oleh Felda/Felda Technoplant, ada sesetengah kebun mereka tidak ditebang/ditanam melebihi tempoh satu tahun tetapi mereka tidak dibenarkan untuk mengeluarkan hasil yang masih boleh dikeluarkan tetapi mereka diberikan elaun sara hidup yang dikira hutang, menyebabkan hutang mereka dengan Felda bertambah besar.

Mereka dimanipulasi oleh kilang-kilang Felda dengan menetapkan peratusan perahan yang jauh lebih kecil dari yang disahkan oleh Makmal menyebabkan mereka kerugian menghampiri RM3000.00 setiap bulan.

Mereka tidak pernah dibayar mengenai buah kernel dan abu kilang dan minyak keladak, walhal kesemua ini mendatangkan pendapatan yang sepatutnya lumayan untuk peneroka-peneroka.

Inilah perkara-perkara yang ingin disedarkan oleh Majlis Silaturrahim di Shah Alam hari ini untuk generasi muda Felda ini kembali ke kampong masing-masing menemui ibu bapa mereka dan menyedarkan ibu bapa mereka mengenai manipulasi yang dilakukan oleh Felda terhadap ibu bapa mereka dan mengajak ibu bapa mereka menukar senario politik mereka selama ini dengan menyokong Pakatan Rakyat.

Majlis itu juga diterangkan oleh Pengerusi Eksekutif Task Force Felda Selangor bahawa perjuangan untuk membina rumah-rumah bagi Generasi Muda Felda di Hulu Selangor akan menjadi kenyataan didalam tempoh yang terdekat apabila Pelancaran Perumahan untuk mereka akan dilaksanakan oleh Dato Menteri Besar Selangor sebaik sahaja Pelan Perumahan itu disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

The making of Felda and Orang Asal Manifestoes

Posted: 12 Nov 2011 07:42 AM PST

Members of the Central Committee of Biro Masyarakat Felda and Orang Asal Parti Keadilan Rakyat
The Central Committee at work
Suhaimi Said chaired the meeting, on his right is Mr Rebin Birham, the Biro's Secretary


We met today at 10.00 am at Alam Shah, Shah Alam's Muzeum to gather all relevant informations in respect of matters pertaining to the struggles of Felda Settlers and their younger generation, to make an appraisal and to reduce them into a Manifesto to lay our party's struggle in the coming general election.

Similarly, we gathered informations in respect of matters pertaining to the struggles of Orang Asal and to reduce the relevant information into a Manifesto.

The Manifestoes shall be drafted and the Committee will study the Draft before the 18th of November 2011 and the final draft shall be brought to the attention of the party's Central Committee and upon its acceptance shall be launched by Dato Seri Anwar Ibrahim on the 21st day of November 2011 in Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Proham Cadang Parlimen Lantik Pengerusi SPR

Posted: 12 Nov 2011 12:53 AM PST

Malaysiakini

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan supaya pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya – dilantik oleh jawatankuasa parlimen.

Ahli jawatankuasa Proham, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata langkah itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat lebih bebas dan berintegriti.

Malang sekali SPR kini dilihat “terlalu pro-kerajaan dan tidak cukup independen,” katanya ketika bercakap sebagai saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.

Keadaan itu, katanya, berlaku kerana pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dipilih dari kalangan penjawat awam yang telah lama berkhidmat.

Secara intrinsik, para penjawat awam ini tidak akan “mematuk tangan yang memberi,” jelasnya lagi dalam sesi berkenaan hari ini.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Peguam: Dakwaan Hubungan Saiful-Farah Patut Disiasat Badan Bebas

Posted: 12 Nov 2011 12:13 AM PST

Malaysiakini

Dakwaan mengenai hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azalina Latif sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas, kata peguam veteran dan ahli parlimen Karpal Singh.

Karpal (kiri) menegaskan demikian bagi menjawab kenyataan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti “konkrit” terhadap dakwaan tersebut.

Menurut peguam itu, oleh kerana Farah adalah sebahagian daripada Pejabat Peguam Negara, maka siasatan tersebut sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas.

Farah Azlina adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Saiful pula merupakan pengadu dan kes itu.

Karpal berkata logik dan alasan tidak boleh menyokong Pejabat Peguam Negara menyiasat perkara itu dan membebaskan pasangan itu kemudian daripada dakwaan tersebut.

Katanya, dakwaan hubungan sulit antara DPP dan pengadu dalam perbicaraan jenayah memerlukan satu siasatan terbuka, supaya ia menjadi iktibar kepada orang lain pada masa akan datang.

Dan sekiranya hubungan sulit seumpama itu wujud, Karpal berkata implikasinya adalah lebih besar kerana ia akan termasuk kebersalahan jenayah di Mahkamah Syariah.

Katanya, terdapat peruntukan dalam undang-undang Islam untuk ketidaksopanan seumpama itu, termasuk hukuman untuk zina, yang menurutnya, salah satu jenayah yang paling serius dalam undang-undang Islam.

Karpal berkata langkah mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan Liwat II juga menimbulkan persoalan berhubung dakwaan tersebut.

“Kenapa perlu dia dihukum melalui langkah ini jika dia tidak bersalah,” Katanya.

Pada 27 Julai tahun lalu, Farah telah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan selepas muncul dakwaan di Internet yang dia dan Saiful terlibat dalam hubungan romantis.

Anwar kemudiannya mendakwa di mahkamah bahawa Saiful dan Farah masih belum menafikan dakwaan tersebut.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Tony: The truth hurts!

Posted: 11 Nov 2011 04:49 PM PST

Dear Tan Sri Tony Fernandes, I was surprised to learn that you found my posting disgraceful. Regrettably the truth hurts! It was not true that AirAsia or Fly Asian Express Sdn Bhd aka FAX and now known as AirAsia X Sdn Bhd have been OPEN about the issues concerning RAS or any other issues concerning [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


MAMPUKAH UMNO KEDAH SELATAN MENYENGAT KEMBALI

Posted: 12 Nov 2011 03:18 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Learning English the hard way...

Posted: 11 Nov 2011 02:04 PM PST

I was from a Malay school, none in my family spoke English, and it was so difficult the first day I stepped into Abu Bakar Secondary School without any basic knowledge in English.

When we were registered as students, we were from various mediums, some were from Tamil Schools, some from Chinese Schools and while others were from Malay schools. None of us spoke or understood English. So we conversed in Malay, kampong and pasar Malay, with Malay, Chinese or Tamil tones.

I sat near S. Ramasamy. In front of me was M. Munusamay, both of them from one Estate in Mentakab. Behind me was Tan Ah Lek, from Mentakab New Village.

Then came our Headmaster. Mr Sivapakiam, the ever cigar smoker. The whole class would smell his cigar scent, but during those days, smoking is just something acceptable although you smoke in class or school coumpound.

He wished us GOOD MORNING. None of us responded. He went out and took a cane. Then with his loud voice, he said Good Morning. We did not understand what he wanted us to do. He then caned everyone of us, the boys and the girls together.

To my mind, what kind of torture is this. We did nothing wrong yet the teacher caned us. Then we formed a Committee headed by one Osman Panjang. He told us that we wanted to transfer to one Malay class which was taught in a school nearby. We put up a paper and gave to the Headmaster.

Wow..wow..all those who segned the paper got three canes each. He hoarded us to our class, furious. Then for the first time he said in Malay: "Ini sekolah Inggeris, tak boleh cakap Melayu, Cina atau Tamil. Kalau cakap saya denda 10 sen setiap kali saya dengar." We became so scarred.

With all the Englis books that were bought through the school, I wasted not time to read and to refer to dictionary. Finally, I could grasp some simple English word, something like "I" "You" "He" "She" "They" and other words like "I play", "I read" "I eat" "I sleep" then came the words like, "am" "are" "is" "was" "were" and proceeded with I am laying, he is playing, she is playing, they are playing, they were playing and so on and so forth.

With such basic knowledge, I wrote down all the vocabularies in my exercise book, I referred to the dictionary.

In a matter of few weeks, I could converse with my class mates, some simple Englis conversation, like "how are you" "I am fine" "Are you well today" " Have you have your breakfast".

Then came our class teacher, he was assigned to us about one month after we were registered as students. This man is another nasty character. He never came to our class without a cane. But he is one of the most "rajin" (hard working) teacher. He did not speak any other languages except English whether you understood or not.

Monday was always a day to test our understanding of English. All of us, one by one, was called to the front of the class for story telling session.

Our story telling always began with "Once upon a time there lived....." We really had to prepare for the story telling.

We were then in the Form One Remove Class. Our counterparts in the other Form One A, B, and C looked down upon us because they were from English stream. They were promoted to Form 2 buat we were promoted to Form One (from Form One Remove Class).

We were not doing that bad. During our Lower School Certificate Examination, all of us did very well, and most of us were promoted to Form 4A, meaning the top class of the Form Fours (A,B,C).

Some of us now are retired Lecturers from various local Universities, some are accountants, some are engineers, some are school teachers, some are lawyers, but most of us are quite successful in our studies and carriers.

We thanked our Headmaster, Sivapakiam and our class teacher Mr Tay Ah Tee. If we had our way i.e in transferring ourselves from the English Seconday School to the Malay Secondary School, we may not be where we are today.

Pikul Tugas Besar untuk Perjuangan Peneroka Felda dan Orang Asal

Posted: 11 Nov 2011 01:09 PM PST

Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat akan memainkan peranan besar pada hari ini. Pada jam 10.00 pagi ini (12.11.11) kami akan mengumpulkan seramai mungkin aktivis dari akar umbi dari kalangan peneroka-peneroka Felda, Generasi ke-2 dan ke-3 serta aktivis Orang Asal seluruh Negara untuk mengumpulkan segala maklumat mengenai masalah yang mereka hadapi untuk dicanaikan didalam suatu Manifesto perjuangan yang akan menjadi teras perjuangan kepada Parti Keadilan Rakyat.

Pergolakan dan skandal yang dilakukan oleh Orang-Orang Politik didalam pengurusan Felda pada hari ini bukan sahaja boleh menghancurkan Felda itu sendiri tetapi mencalarkan imej dan ekonomi Negara.

Akhir-akhir ini pemimpin-pemimpin Politik yang diletakkan di dalam Felda telah merampas kuasa pengurusan Felda dari kalangan petugas-petugas tetap Felda dan rampasan ini merosakkan pentadbiran Felda.

Jika penyelewengan yang dibawakan oleh pemimpin-pemimpin politik didalam Felda ini tidak dihentikan segera, Felda akan menjadi badan yang gagal, dan ini akan akan menjejaskan ratusan ribu peneroka Felda disamping menghancurkan segala harapan untuk Generasi Muda Felda.

Pemimpin-pemimpin politik yang diletakkan didalam Felda menjurukan tindakan mereka untuk menjadikan Felda bukan lagi memperjuangkan hak dan nasib peneroka-peneroka dan generasi mudah tetapi untuk mencari laba yang besar yang tidak mendatangkan menfaat kepada peneroka-peneroka dan generasi baru Felda.

Disamping itu, Biro ini juga menjemput pimpinan akar umbi dari kalangan Orang Asal bagi membincangkan secara terperinci masalah yang mereka hadapi dan mencanaikan cara-cara untuk mengatasi masalah mereka.

Semua tahu bahawa sejak 54 tahun yang lalu, tanah komunal Orang Asal menjadi semakin sempit, mereka tidak lagi mempunyai kawasan rayau dan tanah adat. Semua Rezab Orang Asli sudah dibatalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan semua kawasan-kawasan hutan yang dulunya dikatakan Rezab Orang Asal kini digazetkan sebagai Rezab Perhilitan dan menjadikan kesalahan jenayah pula kepada Orang Asal yang mencari rezeki di hutan-hutan tersebut.

Perjumpaan pimpinan akar umbi dari kalangan peneroka dan Orang Asal di Muzeum Alam Shah, Shah Alam jam 10.00 pagi ini bakal mencipta sejarah bagi perjuangan Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda dan perjuangan Orang Asal.

Jawatankuasa Khas dari Biro ini akan melengkapkan didalam sebuah Manifesto dasar dan asas perjuangan untuk Peneroka/Generasi Baru Felda dan Orang Asal, dan Manifesto ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim didalam Majlis Pelancaran Manifesto di Felda Palong 6 pada 21hb November 2011 jam 9.00 malam.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bersama-sama Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor akan mengadakan Majlis Silalturrahim dan Dialog bersama-sama Generasi Muda Felda di tempat yang sama, Muzeum Alam Shah, Shah Alam, pada jam 2.00 petang hari ini. Pendaftaran dan Makan Tengah hari disediakan pada jam 1.00 tengah hari.




Suara Keadilan merubah pemikiran Orang UMNO

Posted: 11 Nov 2011 12:30 PM PST

Didalam perjumpaan secara kebetulan dengan 2 orang aktivis PAS dari DUN Luit semalam di sebuah warong berhadapan Masjid Daerah Maran, salah seorang dari mereka menyatakan bahawa beliau membeli 30 naskhah Suara Keadilan dan mengedarkannya kepada bekas rakan-rakannya didalam UMNO, beliau pernah menjadi orang kuat UMNO 20 tahun yang lalu.

Dia mengatakan bahawa isu-isu yang dibawakan didalam Suara Keadilan cukup berkesan dan boleh menukarkan pandangan ahli UMNO untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Ia tidak berkisar atas isu-isu yang lazimnya sangat dogmatik yang kadang-kadang boleh membawa kepada reverse saikologi.

Beliau mencadangkan supaya Pakatan Rakyat tidak lagi terikat dengan hak parti-parti didalamnya menuntut sesuatu kawasan pilihanraya semata-mata kerana sesuatu parti itu secara tradisinya pernah bertanding di kawasan itu; tetapi calon-calon hendaklah yang berwibawa, dikenali dikalangan masyarakat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja masyarakat, dengan tujuan supaya calon itu boleh memenangkan Pakatan Rakyat, tak kira samada calon itu datangnya dari PAS, PKR atau DAP.

Selagi Pakatan Rakyat terikat dengan parti-parti dan tidak menerima Pakatan Rakyat sebagai keluarga yang besar dan bersatu, selagi itulah calon-calon yang diletakkan masih terikat dengan pengaruh yang sedia ada dan katanya pengaruh itu kadang-kadang tidak berupaya melonjakkan prestasi parti dan calon untuk memenangi Pilihanraya itu untuk Pakatan Rakyat.

Beliau mengakui bahawa PAS masih mempunyai halangan dikalangan orang bukan Islam. Apabila isu Hudud dikedepankan, DAP melenting, bahkan mereka dari Kelab Penyokong PAS pun turut tidak senang. Tetapi Alhamdulillah lah, Pakatan Rakyat ada Dato Seri Anwar Ibrahim, yang begitu cermat didalam isu ini, dan dapat membendung perpecahan dari menjadi parah.

Pakatan Rakyat memerlukan parti seperti PKR kerana dapat memainkan peranan yang boleh menjadi penyambung diantara PAS dan DAP, tetapi beliau kurang senang kerana ada kalangan ahli-ahli PAS yang memperkecil-kecilkan PKR seolah-olah PAS boleh hidup bersama DAP tanpa PKR kerana kononnya PAS boleh memberikan undi Melayu kepada DAP dan DAP boleh memberikan undi Cina kepada PAS.

Ini tidak akan berlaku jika tidak wujud peranan yang dimainkan oleh PKR, katanya lagi.

PAS akan menjadi parti yang kuat apabila ia bergabung dengan parti-parti seperti PKR dan dulunya Semangat 46. Apabila ada kerjasama dengan PKR, bukan sahaja PAS mengekalkan Kelantan, boleh tawan Kedah, boleh menang kerusi di Perak dan banyak kerusi di Selangor.

Ini tidak pernah berlaku semasa PAS bersendirian, katanya, dan PAS perlu mengekalkan gabungan Pakatan Rakyat ini jika mahu kekal kuat.

Saya dan Bostamin yang kebetulan terjumpa dengan aktivis PAS ini cukup terperanjat dengan pandangan yang dibawanya.

Saya baru sahaja menunaikan solat asar pada waktu itu didalam perjalanan saya balik ke Temerloh di Masjid Daerah Maran. Kebetulan pula terjumpa dengan Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran.

Sahabat saya dari PAS itu berbincang dengan penuh nada serius. Dia mengajak saya dan Bostamin segera menubuhkan ranting-ranting PKR di DUN Luit kerana hanya dengan hadirnya PKR di DUN Luit, Pakatan Rakyat akan lebih kukuh. Calon tidak semestinya datang dari PKR atau PAS, ia mesti datang dari pakatan bersama Pakatan Rakyat. Suatu pandangan yang saya tidak pernah terjumpa boleh dihemburkan oleh seorang ahli PAS. Suatu pembaharuan!