Ahad, 28 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Mohamad Sabu Berani Mengatakan Yang Benar itu Benar

Posted: 28 Aug 2011 07:39 PM PDT

Walaupun saya mengenali Mat Sabu lebih dari 30 tahun, sama-sama dalam perjuangan, sama-sama ditahan dibawah ISA, tetapi dengan pendirian Mat Sabu yang sanggup mengatakan yang benar itu benar, maka saya berpendirian bahawa Mat Sabu adalah Pejuang Sebenar. Dia bukan ahli politik cari makan, dan dia bukan ahli politik sekadar mahukan populariti dan menolak kebenaran.

Memang benar bahawa tayangan-tayang drama didalam TV1, 2 dan 3 mengenai perjuangan kemerdekaan tanah air diambil dari kacamata British (dari kacamata Penjajah), dan diterjemahkan oleh penulis-penulis skrip dan pengarah-pengarah drama yang cari makan yang sanggup memaparkan kepalsuan dari segi sejarah.

Didalam perjuangan menentang Penjajah Inggeris banyak pihak memainkan peranan. Komunis, sosialis, nasionalis, golongan agama, kesatuan sekerja dan badan-badan yang mewakili perguruan memainkan peranan mereka. UMNO diperinngkat awalnya adalah badan yang direstui Inggeris. Ketika mana semua badan-badan pejuang menentang Penjajahan itu diharamkan oleh Inggeris, UMNO disanjung oleh British kerana sikap UMNO yang tidak menentang penjajahan, dan British sangat menyukai UMNO kerana sikapnya sedemikian itu.

Bahkan ada dari kalangan Orang-Orang Melayu atasan pada waktu itu yang terang-terang menentang gerakan Merdeka kononnya: "Macam mana nak Meredeka, buat jarum pun tak boleh", begitulah penghinaan yang dihemburkan kepada gerakan Merdeka pada waktu itu.

Keahlian UMNO pada waktu itu terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan (iaitu pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Penjajah); perjuangan mereka lebih tertumpu kepada tahap perkhidmatan sekil gaji dan perjawatan, dan amat sedikit berbincang dari sudut politik.

Penjajah Inggeris pada waktu itu memang berada didalam keadaan tersepit. Inggeris mendapati bahawa semua tanah jajahannya diseluruh dunia menghadapi tentangan daripada rakyat yang mendesak kemerdekaan. Di sesetengah tanah jajahan itu pula Inggeris berhadapan dengan gerakan gerila, iaitu gerakan bersenjata. Ini sangat melemahkan kedudukan Inggeris.

Sementara itu pula di England sendiri, Penjajah Inggeris berhadapan dengan penentang-penentang Penjajahan terdiri daripada Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang memanjangkan solidariti dengan pejuang-pejuang kemerdekaan di tanah jajahan Inggeris di seluruh dunia.

Memang Inggeris sudah tidak dapat bertahan lama untuk mengekalkan penjajahannya tetapi Penjajah Inggeris tercari-cari golongan yang boleh menerima kemerdekaan dan sementara itu mempertahankan kepentingan Inggeris di tanah-tanah jajahan itu, dan di Malaya pada waktu itu Inggeris menguasai ladang-ladang besar di seluruh pelusuk tanah air.

Inggeris memang takut melepaskan Malaya kepada golongan nasionalis kiri, sosialis atau komunis kerana kumpulan itu sudah bertekad bahawa kemerdekaan bererti kebebasan penuh dan segala harta benda Inggeris di Malaya akan dimiliknegarakan.

UMNO merupakan parti yang ideal yang boleh mempertahankan harta benda Inggeris selepas Merdeka, dan UMNO akan mengujudkan hubungan intim dengan Inggeris.

Oleh kerana itu UMNO yang pro-Inggeris itu bukan sekadar diajak berunding, tetapi disediakan ruang-ruang untuk menerima kemerdekaan yang boleh dikatakan Inggeris keluar dari pintu hadapan dan masuk dari pintu belakang.

Perjuangan rakyat Malaya tetap cekal dan mereka menentang bukan sahaja penjajah Inggeris bahkan juga semua talibarut Penjajah. Bukan semua pegawai atau kakitangan Inggeris itu menyokong Inggeris. Dua nama yang tersohor yang berkhidmat dengan Inggeris termasuklah Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) yang bertugas sebagai Majistret dan pernah juga bertugas sebagai pegawai pentadbir, tetapi keluar dari perjawatan itu untuk sama-sama bergerak didalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sebuah gerakan nasionalis kiri yang menentang Penjajah. Seorang tokoh lagi adalah Usman Awang (Tongkat Waran), beliau bertugas sebagai Polis; tetapi didalam banyak catatan sejarah perjuangan Tongkat Waran membantu pejuang-pejuang kemerdekaan dengan menggunakan kedudukannya didalam Polis.

Tetapi ramai pula pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan pada waktu itu bukan sahaja berkhidmat dengan Penjajah tetapi mengambil pendirian mempertahankan Penjajah, seolah-olah jika tidak ada Penjajah, periuk nasi mereka tidak terancam.

Bukan sedikit berita-berita dari catatan sejarah bahawa tentera-tentera dari ketumbukan Askar Melayu mengelakkan diri dari bertembur dengan pejuang-pejuang kemerdekaan kerana mereka juga mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan disebelah pejuang-pejuang itu kedapatan ramai saudara-mara dan kenalan-kenalan mereka.

Sejarah tetap sejarah. Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan manakala Polis di Bukit Kepong itu adalah talibarut Penjajah, maka samada seseorang bersetuju dengan pegangan politik Mat Indera atau pun tidak, Mat Indera berada disebelah perjuangan menentang Penjajah Inggeris.

Syabas Mat Sabu, dah lama aku kenali kau, tapi hari ini perkenalan kita lebih berprinsip dari dulu.

Apalah sangat duit raya RM200-RM400 yang diberikan kepada Peneroka Felda

Posted: 28 Aug 2011 03:42 PM PDT

Peneroka-peneroka Felda bersyukur kerana diambang menyambut 1 Syawal, mereka diberikan sedikit imbuhan oleh Felda yang dibuat didalam bentuk politik, pemberian wang itu diberikan melalui wakil-wakil rakyat UMNO kononnya Felda dan UMNO sangat perihatin dengan nasib peneroka-peneroka Felda.

Ahli-ahli UMNO menyambut baik pemberian itu seolah-olahnya jika tiada pemberian itu mungkin sambutan Hari Raya tahun ini tidak sempurna.

Kepada peneroka-peneroka yang bebas dari politik UMNO mereka bersyukur kerana mendapat tambahan kepada pendapatan mereka tetapi mereka tidaklah mengharapkan sangat imbuhan sebanyak RM200-RM400 itu kerana pendapatan bulanan mereka adalah jauh lebih besar dari imbuhan itu.

Peneroka-peneroka UMNO kebanyakannya menyerahkan ladang mereka untuk ditanam semula oleh Felda; selepas lebihkurang 8 tahun mereka akan diberikan penyata hutang sehingga RM95,000.00.

Adapun, mereka itu tidak diberikan sebarang pendapatan daripada hasil ladang mereka; yang diberikan kepada mereka hanyalah pinjaman elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 yang dikira hutang. Berapa kah sebenarnya pendapatan bulanan mereka? Mereka tidak pernah tahu, yang mereka tahu adalah RM1500.00 elaun sara hidup yang dikira hutang; dan mereka juga tahu bahawa mereka berhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00.

Didalam tempoh mereka menerima elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 (gross), peneroka-peneroka yang menjalankan urusan sendiri terhadap ladang mereka memperolehi pendapatan yang lumayan sehingga RM7000.00 sebulan, dan jika penjagaan pokok sawit mereka dijaga dengan lebih rapi seperti pembajaan yang cukup, pendapatan mereka boleh meningkat melebihi RM10,000.00 sebulan dan mereka tidak menanggung sebarang hutang.

Maka bagi mereka ini apalah sangat imbuhan sebanyak RM200-RM400 yang begitu dipolitikkan oleh UMNO itu. Walaubagaimana pun, mereka tetap menerima juga imbuhan itu kerana itu menjadi hak mereka.

Jika seseorang peneroka Felda yang sepatutnya memperolehi RM7000.00 setiap bulan tetapi hanya diberikan pinjaman elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 maka cubalah bayangkan betapa banyaknya Felda mengambil daripada setiap peneroka setiap bulan. Setidak-tidaknya Felda gagal membayar kepada peneroka-peneroka yang ladang mereka diuruskan oleh Felda sebanyak RM5000.00 sebulan; maka dalam satu tahun Felda terhutang dengan peneroka-peneroka ini sebanyak RM60,000.00; maka apalah sangat wang RM200-RM400 yang diimbuhkan oleh Felda untuk menyambut hari raya? Dalam tempoh 5 tahun selepas ladang mengeluarkan hasil, Felda terhutang dengan peneroka sebanyak RM300,000.00.

Tetapi pendapatan peneroka Felda telah dimanipulasikan sehingga menunjukkan bahawa dalam tempoh itu mereka pulak yang terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00 dan terus meningkat.

Nasib peneroka-peneroka itu perlu mendapat pembelaan. Walaupun mereka tidak sedar bahawa pendapatan dan hutang mereka telah dimanipulasi menjadi tanggungan dan bebanan kepada mereka yang sedar untuk memperjuangkan nasib golongan itu.

Kadang-kala orang yang dizalimi itu tidak sedar mereka dizalimi kerana kezaliman itu sudah menjadi biasa dan lumrah sehinggakan mereka merasakan apa yang berlaku sudah cukup memuaskan sehinggalah mereka tahu bahawa sesungguhnya rakan-rakan mereka yang menguruskan ladang sendiri memperolehi pendapatan yang begitu besar.

Mereka sama-sama peneroka, tetapi kenapa pendapatan mereka kecil sedangkan sepatutnya mereka boleh dapat lebih besar.

Maka disitulah letaknya peranan golongan sedar untuk memperjuangkan nasib peneroka-peneroka ini, dan didalam perjuangan itu, janganlah mengambil kira bahawa peneroka-peneroka yang dimanipulasikan pendapatan itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Perjuangan kita tidak mengambil kira pegangan politik seseorang itu, mereka telah dimanipulasi, dan kita perlu mendatangkan kesedaran kepada mereka.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Posted: 28 Aug 2011 02:34 PM PDT

Saya mewakili Keluarga dan Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Felda dari seluruh Negara.

Tahun 2011 ini mengumpulkan banyak kemenangan kepada perjuangan peneroka Felda dan Orang Asal; suatu lonjakan perjuangan yang tidak pernah berlaku di tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun inilah kita dapat menyaksikan Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Baru bangun dan menuntut apa yang hak kepada mereka; peneroka-peneroka yang mampu berlumba-lumba mengambil-alih urusan ladang mereka daripada Felda memandangkan Felda tidak mengambil kira pendapatan yang boleh didapati dari hasil ladang mereka.

Selepas 3 tahun ditanam semula sepatutnya Felda tidak lagi membayar elaun sara hidup RM1500.00 kepada peneroka dan elaun itu tidak dikira pendapatan tetapi dikira sebagai hutang. Sepatutnya setelah ladang peneroka mengeluarkan hasil, Felda hendaklah membayar kepada peneroka pendapatan sebenar daripada ladang mereka dengan ditolak hutang diatas kadar bulanan yang munasabah.

Penanam sawit boleh mendapat sekurang-kurangnya RM2500.00 sebulan semasa pokok sawit mereka belum matang; tetapi apabila pokok mereka sudah matang, pendapatan mereka boleh mencecah lebih dari RM7,000.00 sebulan; maka apa yang patut dibayar oleh Felda kepada peneroka-peneroka itu ialah RM7,000.00 setiap bulan dengan ditolak hutang kepada Felda; maka pendapatan peneroka Felda tidaklah jatuh dibawah paras RM5000.00 sebulan.

Sehingga kini Felda masih gagal mengeluarkan Kunci Kira-Kira pendapatan dan tanggungan setiap peneroka; apa yang dibuat oleh Felda hanyalah sekadar mengeluarkan Penyata Hutang setiap peneroka; dan Peneroka merasa amat berat untuk menerima kerana hanya dalam tempoh 8 tahun, iaitu 5 tahun setelah ladang mereka mengeluarkan hasil, mereka terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00 sedangkan Felda gagal menyatakan berapakah sebenarnya pendapatan mereka.

Biro Masyarakat Felda telah menjalankan kempen sejak 19 hari yang lalu agar Hutang Peneroka Felda dimansuhkan memandangkan bahawa pendapatan peneroka adalah jauh lebih tinggi daripada hutang mereka.

Didalam tahun ini juga peneroka-peneroka telah memberanikan diri untuk menyaman Felda bagi menuntut hak mereka.

Selain daripada kes-kes yang sudah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Seremban yang semuanya memberi kemenangan kepada peneroka-peneroka yang menuntut tersebut; peneroka-peneroka juga mengemukakan saman-saman baru terhadap Felda seperti saman yang dikemukakan oleh peneroka Serting 1 dan 2 di Mahkamah Tinggi Seremban untuk menuntut peratusan perahan KPG yang dimanipulasikan oleh Felda.

Di Jengka Pahang 1000 orang peneroka memfailkan saman terhadap Felda diatas isu yang sama.

Peneroka-peneroka di Negeri Johor sedang mengumpulkan jumlah peneroka untuk mengemukakan saman diantara lain diatas sebab-sebab berikut:

(a) Mereka tidak dikeluarkan geran bagi ladang dan tanah kampong mereka walaupun sudah bertahun-tahun mereka menyelesaikan bayaran BK dan CAC.

(b) Mereka tidak puas hati dengan bayaran yang mereka terima kerana Felda memberikan peratusan perahan KPG yang jauh lebih rendah daripada perahan sebenar;

(c) Mereka mahu menyaman Felda dan Felda Technoplant kerana ladang-ladang mereka yang sudah ditebang tetapi tidak ditanam semula; dan tanam semula yang tidak sempurna;

(d) Mereka menyaman Felda kerana Felda enggan/engkar mengeluarkan Kunci Kira-Kira pendapatan dan tanggungan mereka sehingga setiap daripada mereka menanggung hutang yang begitu besar.

Biro ini menyambut baik semangat setiakawan daripada ahli-ahli UMNO yang turut serta mahu mengambil tindakan terhadap Felda.

Di Negeri Sembilan, beberapa ranting baru PKR telah ditubuhkan di beberapa buah rancangan Felda dari kalangan ahli-ahli UMNO kerana mereka tidak puas hati dengan tindakan Felda dan tidak mendapat pembelaan daripada UMNO. Begitu juga telah ditubuhkan ranting-ranting baru di beberapa buah rancangan Felda di Negeri Johor.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah membuat beberapa jelajah "lawatan kerja" ke beberapa buah Negeri termasuk Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak.

Lawatan kerja ke Negeri Sembilan sudah masuk kepada siri ke-4, manakala ke Negeri Johor siri ke-2, ke Pahang (khususnya Pahang Timur dan Bentong) siri-1, ke Perak siri-1 dan Selangor beberapa siri.

Selepas Ramadhan ini, Biro ini akan mengadakan lawatan kerja ke Negeri-Negeri dan dimulakan dengan Negeri Pahang dari 10hb September hingga 16hb September dengan mengadakan siri ceramah dan dialog ke 84 tempat di Rancangan-Rancangan Felda dan penempatan Orang Asal. Beberapa buah ranting baru akan ditubuhkan di Negeri Pahang termasuk di perkampongan Orang Asal didalam lawatan ini. Seramai lebih kurang 35 orang tenaga penceramah PKR terlibat dengan ceramah dan dialog didalam siri lawatan ke Negeri Pahang ini.

Selepas Negeri Pahang, Biro akan meneruskan siri lawatan ke Negeri Perak dan Selangor, dan jika masa masih mengizinkan sebelum Pilihanraya Umum, lawatan kerja ini akan diteruskan untuk Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dari segi perjuangan Orang Asal pula, Biro ini telah menerima rumusan yang diperolehi daripada Forum Dasar Tanah yang diadakan di Seremban. Orang Asal menolak dasar tanah yang ditetapkan oleh Akta 134 dan mereka akan mengadakan Demonstrasi sekali lagi ke Putrajaya jika dasar dibawah Akta 134 itu dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Orang Asal menuntut supaya tanah komunal mereka, iaitu tanah adat, tanah rayau, tanah ladang, tanah kampong, tanah kubur dan tanah untuk kemudahan awam bagi mereka diwartakan dengan suatu Warta yang tidak boleh dicabuli, dan tanah yang diwartakan itu tidak boleh diceroboh. Didalam kawasan warta itu jika ada mana-mana Orang Asal yang mahukan geran tanah, mereka boleh membuat permohonan.

Kempen untuk menerapkan dasar yang dituntut oleh Orang Asal ini telah dijalankan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan pelancaran pengiktirafan tanah Orang Asal telah pun dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman di Dewan Sekolah Al-Mukmin Temerloh dengan kehadiran lebih dari 100 orang pemimpin-pemimpin akar umbi Orang Asal dari seluruh Negeri Pahang.

Perjuangan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal mempunyai asas yang kukuh dan mendapat sambutan daripada Peneroka-Peneroka Felda dan Orang Asal.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu Biro ini untuk menjayakan programnya sepanjang tahun, dan semoga boleh membawa kepada kejayaan-kejayaan yang lebih tinggi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat.