Sabtu, 27 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Komunisme Tetap diharamkan di Malaysia.

Posted: 27 Aug 2011 04:18 PM PDT

Bermula dengan pengharaman Parti Komunis Malaya oleh Penjajah Inggeris, Malaya Merdeka mengekalkan pengharaman itu.

Parti Komunis Malaya adalah organisasi politik yang tertua di Malaya dengan penyusunan organisasi yang baik dan parti politik pertama yang bangun menentang penjajah, termasuk penjajah Jepun dan penjajah Inggeris.

Apabila parti itu diharamkan oleh Inggeris parti itu mengambil perjuangan bersenjata menentang Inggeris. Semua perutubuhan-pertubuhan politik kiri dan nasionalis di Malaya yang turut diharamkan oleh Inggeris akhirnya tidak mempunyai landasan perjuangan yang kuat, dan akhirnya parti-parti ini bergabung dengan Parti Komunis Malaya untuk menggempur penjajahan Inggeris.

Golongan nasionalis dan kiri ini akhirnya semuanya dilabelkan sebagai komunis dan sebagai komunis mereka dilabelkan sebagai pengganas.

Usaha untuk mendamaikan Parti Komunis Malaya dengan aliran politik tanah air gagal semasa rundingan antara Tunku Abdul Rahman dan David Marshal dengan Chin Peng di Baling kerana syarat-syarat perdamaian itu ialah supaya Parti Komunis diharamkan bergerak di Malaya. Maka perjuangan Parti Komunis melalui senjata tetap diteruskan walaupun akhirnya British menyerahkan kepada Perikatan kemerdekaan Malaya, suatu kemerdekaan yang menidakkan peranan semua pihak yang berjuang menuntutnya.

Komunisme haram dan tetap haram di Malaysia. Malaya/Malaysia mengambil sikap tertutup terhadap komunisme walaupun di Britain sendiri wujud pelbagai bentuk Parti Komunis seperti Parti Komunis England, Parti Komunis Marxis-Leninis, Parti Komunis Trotsky dan pelabagai Parti Komunis lagi.

Di Malaya, semua parti-parti kiri dianggap komunis dan keanggotaan parti-parti itu ditangkap dibawah ISA dan dikurung bertahun-tahun. Diantara yang menjadi mangsanya adalah pimpinan dan keanggotaan Parti Boroh Malaya dan Parti Rakyat Malaya. Parti Boroh Malaya akhirnya diharamkan oleh Kerajaan Perikatan, dan hampir keseluruhan pimpinan Parti Rakyat Malaya diISAkan.

Prestasi parti kiri di Malaya iaitu gabungan Parti Boroh Malaya dan Parti Rakyat Malaya adalah tinggi. Parti gabungan itu berjaya memenangi puluhan kerusi Parlimen dan berpulu-puluh lagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Gabungan itu mencatatkan kejayaan yang besar apabila memenangi banyak kerusi diperingkat Kerajaan Tempatan. Bandaraya Pulau Pinang dan Perbandaran Melaka terletak dibawah pentadbiran Fron Sosialis (gabungan Parti Rakyat dan Parti Boroh).

Perikatan yang dalam ketakutan berhadapan dengan pengundi Bandar terpaksa mengadakan satu Suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Athinahapan yang mengesyorkan pilihanraya peringkat Kerajaan Tempatan diharamkan dan ahli-ahli Majlis dilantik daripada kalangan pemimpin Perikatan dan pemimpin-pemimpin pembangkang dinafikan menjadi ahli majlis.

Ada juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Rakyat yang kukuh dan kuat dilucutkan kerakyatannya.

Demikian sekali fobia Perikatan terhadap apa juga yang mereka terhidu walaupun dengan hiduan yang palsu terhadap kehadiran komunis didalam politik tanah air.

Sebagai ideologi, komunisme memperjuangkan dasar bahawa dari seseorang sumbangannya mengikut kemampuannya kepada seseorang mengikut keperluannya. Jika seseorang itu adalah seorang doktor, maka dia sumbanglah kemampuan sebagai seorang doktor tetapi dia membawa pulang mengikut keperluannya. Kalau dia mempunyai hanya sekadar seorang isteri dan dua orang anak maka sekadar itulah juga keperluannya. Seseorang boroh menyumbangkan tenaganya, tetapi kalau dia mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak, maka dia membawa pulang mengikut keperluan itu.

Sehingga kini belum tercetus di mana-mana lagi masyarakat komunis. Masyarakat komunis adalah masyarakat tanpa kelas, satu untuk semua dan semua untuk satu, total equality. Ini adalah masyarakat Utopia yang boleh wujud hanya sebagai teori tetapi sukar wujud secara amalinya.

Berbeza dengan masyarakat sosialis. Masyarakat sosialis mendasar bahawa dari seseorang itu mengikut kemampuannya dan kepada seseorang mengikut sumbangannya; masyarakat sosialis bukanlah masyarakat tanpa kelas (classless society), ia tetap masyarakat yang mempunyai lapisan-lapisan kepentingan didalam masyarakat, ia adalah class society.

Pendapatan penduduknya mengikut sumbangan masing-masing. Hanya didalam masyarakat sosialis menolak bentuk penindasan, samada penindasan individu keatas individu atau penindasan golongan keatas golongan.

Kedua-dua fahaman sosialis atau komunis menolak sistem kapitalis, suatu sistem dimana sekumpulan kecil yang menguasai modal dan kekayaan menggunakan modal dan tenaga manusia untuk kepentingan kaum modal, suatu sistem yang tidak adil dimana pengumpulan harta kekayaan adalah ditangan segelintir manusia dan golongan majoriti rakyat membanting tulang untuk kehidupan.

Di Negara Barat komunisme telah dapat dilenturkan dengan Negara-Negara itu mewujudkan sistem Negara Berkebajikan dengan memberikan khidmat percuma kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kedudukan orang-orang yang tidak bekerja serta orang-orang tua.

Satu gerakan lagi ialah penubuhan parti-parti sosial-demokratik seperti Parti Buruh di England dimana parti itu berpijak dari dasar sosialisme tetapi mengkompromikan sosialisme itu dengan dasar kapitalisme. Banyak negeri-negeri di Eropah dikuasai oleh Parti-Parti Sosialis yang diberikan berbagai nama.

Negara-negara Eropah Timur yang pada satu ketika dulu diperintah oleh Parti-Parti Komunis telah menolak komunisme dan mengambil dasar demokrasi.

Begitu juga dengan Negara-Negara Asia Tengah termasuk banyak Negara-Negara umat Islam telah menolak Parti Komunis.

Negara terbesar di dunia yang mengamalkan sistem sosialis dibawah pemerintahan Parti Komunis adalah China. Rakan-rakan komunis yang lain termasuklah Vietnam, Laos, Korea Utara dan Cuba.

Negara-Negara di Amerika Latin banyak yang sudah memilih secara demokrasi pemerintahan dibawah parti-parti Sosialis dengan kefahaman mengikut keperluan tempatan.

Di Malaysia, parti DAP adalah sebuah parti social-democratic dan menjadi anggota kepada badan Sosialis Antarabangsa seperti juga parti PAP di Singapura. Parti Sosialis Malaysia memperjuangkan fahaman sosialis, ia bukan parti komunis tetapi memperjuangkan pemerintahan yang memberikan kekuasaan kepada rakyat; pemimpin utama kepada parti itu adalah Dr. Nasir dan parti ini adalah serpihan daripada Parti Rakyat Malaya, dan merupakan parti ulung pada hari ini memperjuangkan sosialisme di Malaysia dan kini sedang mendapat sokongan khususnya dari masyarakat Bandar.

Adapun komunisme tetap haram dan diharamkan di Malaysia, hanya dilemanya Parti UMNO mengujudkan hubungan intim dengan Parti Komunis China dan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China semakin ditingkatkan melepasi batasan ketakutan kepada fahaman komunis.

Apa pun fahaman komunis di Malaysia tetap haram!

Racialism adalah satu penyakit

Posted: 27 Aug 2011 12:00 AM PDT

Racialism adalah satu penyakit. Penyakit ini berpunca dari perasaan tekanan rendah diri. Dan untuk menyatakan kehebatan diri, maka ia akan memandang orang lain dengan penuh perasaan benci dan cemburu.

Orang yang diserang penyakit ini boleh mengambil inisiatif mengumpulkan kumpulan atau puaknya sendiri menekankan satu idea untuk dikongsikan seolah-olah idea itulah yang terbaik, dan semua pandangan dan pegangan orang lain tidak memuaskan kehendaknya.

Dalam bahasa asing, penyakit ini dipanggil "inferiority complex" dan complex ini berlawanan dengan "superiority complex" satu jenis penyakit lagi bahawa hanya dia dan kumpulan dia sahaja yang terbaik dan memandang rendah kepada pegangan dan pandangan orang lain atau kumpulan lain.

Sesetengah kamus menyatakan "complex" itu ada hubung kait dengan penyakit emosi apabila seseorang itu mempunyai sikap yang sangat teruja secara melampau mengenai sesuatu atau seseorang itu mempunyai fikiran yang melampau keatas sesuatu perkara.

Di dalam sesebuah Negara bermasyarakat majmuk, pemikiran yang rasional ialah untuk mencari kesefahaman di kalangan semua kaum untuk kesejahteraan Negara.

Tetapi tidak dapat dielakkan bahawa institusi Negara biasanya memihak kepada kelas yang diwakili oleh kuasa. Didalam Negara kapitalis semua institusi Negara itu memihak kepada sistem politik kapitalis maka apa juga institusi yang wujud seperti Demokrasi, Kehakiman, Undang-Undang, Perkhidmatan Awam, dan apa juga Institusi yang ditubuhkan adalah untuk menjaga kapitalisme; dibawah kuasa sistem politik sosialis pula, institusi yang uujud adalah untuk menjaga kepentingan kaum pekerja, petani, nelayan, dan kakitangan kerajaan yang berpangkat sederhana dan rendah, seperti tentera dan polis sesuai dengan sistem itu memperjuangkan hak rakyat biasa, maka institusi yang ujud Demokrasi, Parlimen, Undang-Undang, Perkhidmatan Awam dan lain-lain memihak kepada keselesaan orang awam.

Penentangan terhadap kapitalisme atau sosialisme tidak didatangkan dari golongan racialis tetapi golongan politik yang bertentangan ideologi; hanya dibawah sistem kapitalis, rakyat biasa digunakan sebagai alat kerana golongan kapitalis itu sendiri bukanlah golongan yang besar di dalam sesuatu Negara.

Perkauman boleh menentang semua sistem politik yang ada. Golongan perkauman ini tidak nampak langsung kebaikan yang didatangkan oleh masyarakat kapitalis atau sosialis, yang dia nampak hanya berbentuk perkauman.

Semangat memperjuangkan hak kaum tidaklah sama dengan semangat perkauman. Memperjuangkan hak kaum kadang-kadang dilakukan juga oleh kaum yang lain yang bersimpati dengan kaum yang ketinggalan didalam masyarakat, seperti smangat memperjuangkan hak Orang Asal juga diperjuangkan oleh kumpulan atau kaum lain yang insaf dan sedar.

Semangat perkauman atau racialism menentang sesuatu agenda semata-mata atas dasar kaum, dan tidak mengambil kira samada dasar itu baik untuk Negara.

Lebih bahaya lagi apabila semangat perkauman ini menjadi semangat racism, iaitu satu bentuk nasionalis sempit, seperti yang ditiupkan oleh Nazi di Jerman, atau Fascist di Italy. Nasionalis sempit ini merasakan bahawa kaumnya, dan hanya kaumnya sahaja, yang berhak memerintah, mentadbir, memiliki kekayaan dan orang lain tidak ada tempat, sehinggakan puak-puak Nazi merasakan bahawa di mana sahaja ada orang Jerman di Eropah, maka Negara itu mesti ditakluki dan diperintah oleh Orang Jerman walaupun penduduk Jerman di Negara-Negara itu hanyalah segelintir.

Di England telah juga berlaku fenomena "skinhead", dibelasahnya semua orang lain, orang Asia, dan orang Afrika, dikatakan kehadiran mereka itulah yang menyebabkan orang kulit putih menderita, tanpa melihat kepada sistem politik Negara itu yang lebih memihak kepada golongan orang kaya.

Di Malaysia, gejala ini sedang ditimbulkan oleh puak-puak tertentu. Puak-puak itu memandang semuanya dari perspektif kaum. Langsung tidak melihat dari perspektif politik kenapa sesetengah kaum di Negara ini tidak maju dan kenapa sesetengah golongan menjadi kaya-raya mendadak.

Gejala perkauman ini amatlah bahaya. Pembendungannya bukanlah dengan kata-kata dan ucapan perangsang supaya diujudkan perpaduan atau diatas alasan 1Malaysia yang tidak berpijak kepada realiti.

Ada pun golongan terbesar dari rakyat Negara ini berada didalam keadaan yang susah, susah untuk hidup, susah untuk mendapatkan tanah, susah untuk pendidikan, susah untuk mendapatkan khidmat kesihatan yang berkualiti, dan hidup hanya dengan habis bulan datang bulan dengan pendapatan yang sentiasa tidak mencukupi; sedangkan Negara ini sangat kaya, dan sedangkan segelintir daripada penduduk Negara ini menjadi kaya-raya yang melampau khususnya mereka yang berkaitan dengan pemegang-pemegang tampuk kuasa.

Maka untuk mengelakkan semangat perkauman itu hendaklah dijalankan satu sistem pemerintahan dimana harta kekayaan Negara ini digunakan untuk kepentingan dan maslahah rakyat umum agar Negara ini menjadi Negara yang berkebajikan dan rakyat tidak menjadi melarat kerana tidak mempunyai kemampuan.

Apabila majoriti rakyat ini terbela dan mereka merasakan Negara ini sudah berlaku adil kepada mereka, semangat yang ingin ditiupkan oleh golongan Oportunis yang mengambil dalam bentuk perkauman akan dengan sendirinya dapat dipadamkan.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted: 27 Aug 2011 02:41 AM PDT

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jangan Halang Kaum Lain Jika Bantu Umat Islam

Posted: 27 Aug 2011 01:29 AM PDT

Video Ihsan Malaysiakini

The Malaysian Insider

Umat Islam tidak harus menghalang kaum lain daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana menjadi kewajiban kepada semua bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak harus menghalang mereka… sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Gereja minta agar mereka diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Awal bulan ini, Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu satu majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ekoran aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan Muslim.

Semalam, Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Hasan, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, penubuhan unit itu diwujudkan berikutan masalah umat Islam terutamanya berhubung "dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

"Orang-orang Islam yang dihimpit oleh kesusahan dan kesempitan hidup didapati terdedah kepada risiko meggadaikan akidah mereka demi menyambung kehidupan yang lebih baik bersama ahli keluarga.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri, badan-badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini," katanya.

Bagaimanapun Anwar (gambar), yang juga Ketua Pembangkang berkata, usaha untuk memudahkan penggunaan wang zakat tidak seharusnya dilihat sebagai reaksi kepada usaha pihak Kristian yang banyak diperkatakan.

"Kita ada saluran, kita ada sumber. Lakukan sahaja," katanya lagi.

Beliau juga berkata, zakat negeri seharusnya diurus dengan telus bagi memastikan bantuan bagi golongan miskin sampai di tangan mereka yang memerlukan berbanding kerugian berbilion ringgit ekoran rasuah dalam sistem pentadbiran.

Pakatan Alternative Budget Looking at ‘Floor Wage’

Posted: 27 Aug 2011 12:11 AM PDT

Malaysiakini

The Pakatan working committee on the 2012 alternative budget announced today that it is looking to introduce a “floor wage” concept.

Speaking to reporters after the committee’s weekly meeting, the coalition’s de facto leader Anwar Ibrahim said that this is different from minimum wage, which keeps wages “stuck” at a certain level.

“We say floor wage to avoid confusion. What we need is to enhance the income of workers, and not to have it stuck as what is termed as minimum wage,” he said, after the meeting which involved trade unions and economists.
Anwar (left) added that, however, it cannot be done in isolation and should be carried out concurrently with policies to cut corruption and raise efficiency, particularly in the government sector and government-linked companies.

“We regret that even GLCs like Proton and Perodua pay basic wages of below the poverty line at RM650 a month.

“With alternative policy to reduce corruption, raise efficiency, no corruption and the lowering of costs through proper tender and renegotiation of unfair deals like highway tolls, we hope to have more savings and increased revenue…allowing us to be able to assist workers with a better and fairer deal,” he said.

Adding to this, working committee member and PKR vice president Tian Chua said that what Pakatan aims to have are annual productivity and income targets, to gradually solve the conundrum of suppressed wages.

“Minimum wage is only a tool because there is no level playing field for workers,” said the Batu MP.

Shifting low-skilled industry abroad

Among the measures considered, said committee member and PAS-Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad is following the footsteps of Singapore by shifting low value low wage industry outside Malaysia.

“Our critique of the situation is the over-reliance on low skill foreign workers. This is the bottle neck stopping the country from breaking away from shackle of low wages.

“We cannot address this with the existence of foreign workers, who not only compete with locals for jobs but also come in every two years at the same level of wages,” he said.

DAP representative and Klang MP Charles Santiago added that all this would require comprehensive labour market reform, which among others would address issues like outsourcing which exposes workers to abuse.

The Pakatan working committee on the alternative budget meets weekly, and intends to unveil its alternative budget before the October tabling of the 2013 Federal Budget in Parliament.

Pemohon Taraf Penduduk Tetap Dikesan Pula Didalam Daftar Pemilih SPR

Posted: 26 Aug 2011 11:58 PM PDT

Malaysiakini

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat “kecuaian teknikal”.

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


3 Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai berjumpa 3 jam dengan YDP MPSPK Ahli majlis diminta henti boikot

Posted: 27 Aug 2011 02:24 AM PDT