Ahad, 21 Ogos 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menghadiri Majlis Perayaan Tahunan Kuil Muthu Mariamman

Posted: 21 Aug 2011 12:04 AM PDT

Pada 12 Ogos 2011 yang lepas, perayaan tahunan telah diadakan di Kuil Muthu Mariamman yang terletak di Batu 3 1/2 Jalan Kampung Jawa, Klang.

Perayaan yang diadakan itu mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di kawasan tersebut walaupun hujan turun renyai-renyai.

ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar hadir bersama isterinya, Puan Sheila Devaraj memenuhi jemputan ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Dr Xavier mrnyentuh agar keutamaan harus diberikan pada masa sembahyang, khususnya kepada kanak-kanak dan muda-mudi supaya dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang negatif.

Sumbangan sebanyak RM5,000 telah diberikan kepada pihak kuil. Beliau juga meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa kuil mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak kuil.

















Menghadiri Upacara Perayaan Thiruvilleku Poojai di Taman Sentosa

Posted: 20 Aug 2011 02:00 AM PDT

Upacara perayaan Thiruvilleku Poojai telah diadakan pada 12 Ogos 2011 yang lepas di Kuil Raja Rajeswari Taman Sentosa, Klang.

Upacara perayaan ini diadakan pada bulan Ogos dan mengikut kalendar Tamil pada bulan Aadi dan pada hari Jumaat akhir minggu keempat setiap tahun.

Upacara ini dilakukan khasnya kepada golongan wanita dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Sentosa.

YB Dr Xavier Jayakumar, selaku ADUN Seri Andalas dan isterinya, Puan Sheila Devaraj telah memenuhi jemputan khas ke upacara yang diadakan.


Upacara perasmian disempurnakan dengan menyalakan kuthuvilleku oleh Dr Xavier dan isteri.









Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Laksana PRU & Abai Peranan PSC, Bersih 3.0 Jawapan Kepada Najib

Posted: 21 Aug 2011 05:16 PM PDT

Keadilan Daily

Jika Parlimen dibubar tanpa menunggu hasil penambahbaikan pilihan raya dari Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), Bersih 3.0 adalah jawapan terbaik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Apa gunanya PSC bersidang, kemudian tiba-tiba Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 warga emas, asnaf dan ibu tunggal di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, dalam program dua hari sempena Ramadan.

Azmin berkata, Bersih 3.0 perlu diadakan jika kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus berdolak dalik mengenai usaha reformasi pilihan raya.

"PRU ke-13 hanya boleh diadakan selepas PSC selesai mengemukakan cadangan mereka mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Menyifatkan penubuhan PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR, Azmin berkata, hal itu boleh berlaku kerana Najib kenal dengan sifat pembohongnya.

"Saya ulangi, PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR  kerana menodai kedaulatan negara melalui daftar pemilih dan sistem pilihan raya yang kotor," katanya.

Najib sebelum ini dilapor berkata, PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat PSC.

PSC terdiri daripada wakil dari BN, Pakatan Rakyat dan Bebas tetapi perikatan parti pemerintah masih mendominasi jawatankuasa berkenaan.

Ia ditubuhkan rentetan lapan tuntutan Bersih selain pendedahan media mengenai manipulasi pilihan raya melalui daftar pengundi yang terbukti diseleweng pihak tertentu.

Pilih Perdana Menteri Mengikut Perlembagaan

Posted: 21 Aug 2011 01:21 AM PDT

Oleh Aspan Alias

'Semakin hari semakin lemah'. Begitulah pandangan orang ramai terhadap kepimpinan hari ini. Kalau dahulu kta beranggapan yang Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling lemah, tetapi rupa-rupanya pandangan itu samasekali meleset. Dengan keadaan sebegini jika pimpinan masih mengambil pengganti dengan cara konvensyen iaitu siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen ini menyumbang banyak masalah kepada negara kerana pimpinan UMNO akhir-akhir ini sudah tidak mampu lagi untuk mengekalkan kredibiliti sebagai parti yang unggul untuk dijadikan sebagai badan siasah yang mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Bagi saya kita perlu memilih Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara, iaitu Perdana Menteri dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan di dalam Dewan Parlimen itu. Dengan cara ini maka risiko rakyat mendapat pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan berkurangan.

Jika pucuk pimpinan UMNO itu dipegang oleh seorang pemimpin yang terlalu di ragui oleh rakyat maka negara akan menjadi kacau bilau politiknya. Keadaan sekarang sudah berlainan. Dulu UMNO dipimpin oleh mereka yang mengutamakan negara tetapi sekarang UMNO di pimpin oleh mereka yang mahu jadi ketua kepada negara walaupun tidak berkepimpinan. Seorang ketua tidak semestinya mempunyai kepimpinan.

UMNO sudah tidak mungkin mampu untuk memilih kepimpinan yang betul kerana sistem pemilihan secara delegasi itu masih diamalkan. Dengan bercambahnya kegiatan rasuah politik sekarang ini maka, hanya mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang besar sahaja yang akan menjadi pemimpin. Pendeknya UMNO tidak lagi mampu untuk mempersembahkan kepada rakyat pimpinan yang benar-benar berkepimpinan.

Mereka yang jujur dan berkepimpinan yang sepatutnya di persembahkan kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin yang berkepimpinan hanya duduk di tepian dan inilah masalah yang paling rumit dan sukar untuk di perbaiki. Yang hendak kita selamatkan ialah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum ini.

Bagi pandangan yang bertanggungjawab pemilihan Perdana Menteri melalui pemilihan di Dewan Parlimen itu lah yang paling sesuai untuk masa dan generasi sekarang. Hanya yang perlu di lakukan ialah untuk memilih di kalangan ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam untuk di tonjolkan dan dan disokong oleh Dewan Rakyat itu, tidak kira dari parti apa sekali pun.

Pandangan ini jangan di anggap sebagai pandangan di luar kotak. Ianya ada termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidak ada parti dalam negara ini samada di dalam BN atau pembangkang yang menolak kenyataan yang negara ini mesti di pimpin oleh seorang Melayu tetapi Melayu itu biarlah Melayu yang berwibawa dan di hormati serta diterima oleh semua kaum dan pihak. PAS mengakui yang pimpinan negara kita mesti di kalangan Melayu dan beragama Islam. DAP pun begitu. DAP tidak mahu mencuba untuk mengambil tempat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Besar kecuali di dua buah negeri-negeri 'Straits Settlement' iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

DAP mengakui serta menerima yang negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu mesti diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif Melayu yang beragama Islam. Ini jelas tetapi pihak yang memerintah tidak mahu memberikan gambaran yang sebenarnya ini kerana permainan politik untuk mengelirukan pandangan ramai terhadap isu ini.

Cara konvensyen ini hanya boleh di teruskan jika UMNO berjaya mencari seorang pemimpin yang dihormati ramai. Memenangi kerusi Presiden UMNO itu hanya merupakan pilihan ahli-ahli UMNO tetapi dia bukan pilihan orang ramai. Sebenarnya pemilihan itu bukannya pemilihan ahli-ahli UMNO yang ramai pada hakikatnya tetapi hanya pemilihan dari delegasi seramai 3 ribu orang sahaja.

Masakan pilihan 3 ribu manusia Melayu yang menjadi delegasi dalam pemilihan itu merupakan satu representasi bagi 29 juta rakyat negara?

Yang 3 ribu orang itu pun selalunya dikongkong oleh permainan politik wang dan kuasa yang sangat merbahaya kepada masa depan politik dan kesetabilan negara. Ramai di antara delegasi itu memilih pada siapa yang membayar mereka. Itu sebabnya ramai di antara perwakilan itu boleh membeli kereta baru dan menyelesaikan masalah hutang rumah dan sebagainya.

Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO tidak memilih pemimpin yang berkemampuan tetapi yang memilih pada siapa yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang banyak dan bertimbun. Selagi isu ini tidak dibereskan selagi itulah negara tidak akan dapat pemimpin yang sebenarnya.

Kita terpaksa memilih seorang Perdana Menteri 'beyond the domain of political parties'. Kita perlukan pembaharuan yang drastik semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keluhuran sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita.

Apabila kita orang Melayu gagal untuk mencari kepimpinan ianya merupakan satu kegagalan yang sengaja di cari-cari oleh kita semua kerana kita tunduk kepada wang dan kuasa yang telah memecahkan rakyat dan negara kita ini.

Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita.

Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk menjadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan.

Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India.

Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Tony says NO to aerobridges, MAHB & Khazanah say YES Sir!

Posted: 21 Aug 2011 04:05 AM PDT

Tony can now order MAHB, indirectly Khazanah Nasional Sdn Bhd, what to do. As can be seen in the case of KLIA-2 where the original plan was to build aerobridges for the convenience of the passengers including disabled person (OKU). When Tony snapped his fingers and say no to aerobridges, Tan Sri Bashir of MAHB [...]

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


NAJIB - PILIHANRAYA UMUM BOLEH DIADAKAN BILA-BILA MASA

Posted: 20 Aug 2011 09:17 PM PDT

Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Rais berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.
Beliau (gambar) berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.
"Jadi dengan perubahan ini... kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa pilihan raya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing," katanya dipetik Bernama Online.
Ahli Parlimen Jelebu ini berkata, berkata jentera pilihan raya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.
Semalam Najib menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.
"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya

s

s


Program Semarak Ramadhan/Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari

Posted: 20 Aug 2011 03:09 PM PDT


1. Ziarah Masjid dan Surau – Menziarahi Masjid dan Surau sekitar Batu Caves,   merupakan program lumrah YB Amirudin pada bulan Ramadhan untuk lebih mesra dan mendekati masyarakat
Tarikh : Dari 6 Ogos/ Ramadhan sehingga 24 Ogos / Ramadhan
Mari Berbuka Bersama Saudara Kita– YB Amirudin bersama pimpinan setempat meluang masa menziarahi rumah terpilih untuk berbuka bersama dengan tujuan meringankan beban mereka yang memerlukan
Kampung Nakhoda – 7 Ogos / Ramadhan
Kampung Selayang Baru – 14 Ogos / Ramadhan
Kampung Baru – 16 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Tua – 18 Ogos / Ramadhan
Kampung Wira Damai – 19 Ogos / Ramadhan
Kampung Laksamana – 23 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Kertas – 24 Ogos / Ramadhan


3. Ziarah Pasar Ramadhan – melawat pasar Ramadhan sekitar Batu Caves sambil mengedarkan kurma untuk pengunjung jadikan juadah berbuka puasa
Pasar Ramadhan Kg Nakhoda / Kg Laksamana – 7 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
Pasar Ramadhan Taman Batu Caves – 16 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
Pasar Ramadhan Selayang Baru – 14 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
4. Qiamulail bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji - Qiamulail bagi menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan dipandu oleh Ustaz  Zamri.
Masjid Amaniah –  22 Ogos (3.30 pg)
Masjid Jamiatus Solahiah Sg Tua – 23 Ogos 2011 (3.30 pg)
Masjid Nakhoda – 25 Ogos 2011 (3.30 pg)
5. Sumbangan Kasih Aidilfitri - YB Amirudin Shari & YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan  kepada mereka yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri
21 Ogos 2011 / 21 Ramadhan – Masjid Jamek Kampung Nakhoda

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Eidul Fitri YB.Azmin Ali & YB.Amirudin Shari

Posted: 20 Aug 2011 03:06 PM PDT

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Eidul Fitri YB.Azmin Ali , AP Gombak dan YB.Amirudin Shari, Adun Batu Caves akan diadakan mengikut ketentuan seperti Berikut :-

Tarikh   :   21 Ogos 2011
Masa    :    5 Petang
Tempat :   Masjid Jamek Kg.Nakhoda, Batu Caves

Semua pihak dialu-alukan turut serta memeriahkan lagi program ini. Majlis akan di ikuti dengan iftar bersama penerima-penerima sumbangan.

JOM SHOPPING 1 & 2 PERINGKAT DUN BATU CAVES

Posted: 20 Aug 2011 02:56 PM PDT

Sekitar 80 warga emas di DUN Batu Caves telah dibawa menyertai Program Jom Shopping di Giant Batu Caves pada 15 & 19 ogos yang lalu. Rata-rata mereka telah menyatakan kesyukuran dan kegembiraan diatas inisitif kerajaan PR Negeri Selangor mebawa mereka membeli belah bagi menghargai warga emas.








Ziarah Pasar Ramadhan Selayang Baru & Kg.Nakhoda

Posted: 20 Aug 2011 02:46 PM PDT














Sekitar Program Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari ( 2 )

Posted: 20 Aug 2011 02:34 PM PDT

Iftar di Surau An-Nur Taman Jasa, Solat Isyak & tarawikh di Masjid At-Taqwa Selayang Baru dan Tazkirah Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji di Masjid Kg.Nakhoda.











Sekitar Program Ihya Ramadhan YB.Amirudin Shari 7 Ramadhan - 20 Ramadhan 1432H

Posted: 20 Aug 2011 02:16 PM PDT


Berbuka puasa bersama keluarga berpendapatan rendah di Kg.Nakhoda, Kg. Selayang Baru, Kampung Baru dan Kampung Sungai Tua.Turut menjayakan program ini ialah Wanita dan AMK Cabang Gombak yang turut menyumbang barangan dapur dan hamper. YB.Amirudin turut ditemani oleh isteri beliau Puan Masdiana dan anak-anak.