Ahad, 14 Ogos 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


SPR Dianggap Lebih Umno Dari Umno

Posted: 14 Aug 2011 07:18 PM PDT

Harakah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada pada hari ini tidak mendapat kepercayaan awam, bahkan dalam tindak tanduk mereka dianggap 'lebih Umno' daripada 'Umno'.

Bahkan keadaan itu, mengikut dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk' Wan Abdul Rahim Abdullah (gambar) menyebabkan SPR sangat memalukan oleh kerana 'tidak mendapat kepercayaan awam'.

"Dan ini bercanggah dengan Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah masa melantiknya itu memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya 'yang mendapat kepercayaan aswam'.

"SPR yang ada pada hari ini memang 'tidak mendapat kepercayaan awam' apabila ianya selalu dipertikaikan, selalu membuat hujah-hujah dan penjelasan yang berat sebelah, yang memang rakyat tidak memberikan kepercayaan kepada SPR," ujarnya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan menarik perhatian kepada contoh (amalan) yang berlaku pada negara luar termasuk di India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan Hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

"Dan mereka itu dari sudut disiplin kerjanya tidak tertakluk patuh kepada kerajaan oleh kerana mereka bukan dari ‘goverment serving’.

"Dan kuasa yang diberikan kepada SPR di sana ialah sehinggakan mereka itu menjadi 'kerajaan sementara', apabila Parlimen mereka dibubarkan dan parti yang berkempen, maka yang menjadi 'kerajaan sementara' itu ialah SPR.

"Jadi begitu hebat tugas dan tanggungjawab serta kepercayaan rakyatnya kepada SPR.

"Dan kalau dibandingkan dengan Malaysia ini, memang jauh ketinggalan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Make Colek Ahli Parlimen Kota Bharu bersama Bloggers dan Facebookers di pekarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu, (Berek 12) di sini malam tadi.

Turut hadir dan menjadi 'fasilitator' mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei yang juga aktivis facebooker 'Umno Tumpas'.

Majlis dihadiri lebih 100 orang bloggers dan facebookers. Turut hadir ahli Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK).

Wan Rahim mengulas perkembangan terbaru politik negara membabitkan SPR di mana kepimpinan PAS Pusat mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR agar meletakkan jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugasnya.

Ini ekoran pendedahan ketirisan yang berlaku dalam daftar pemilih yang tidak bersih di samping kegagalan mempertahankan SPR sebagai badan bebas sebagai mana desakan dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Wan Rahim menyeru kepada ahli-ahli SPR supaya kembali kepada Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Dan membuat suatu anjakan bahawa mereka perlu menjalankan tugas dengan lebih telus, bertanggungjawab dan tidak memihak serta paling penting bagi 'mendapat kepercayaan awam'," katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Barang Naik (Spoof Menggunakan Lagu Kanda Dinda Dendangan Monoloque Dan Atilia)

Posted: 14 Aug 2011 05:57 PM PDT

Dari Laman: Demi Rakyat

Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Berada Di Mahkamah Tinggi Jalan Duta

Posted: 14 Aug 2011 02:21 AM PDT

Esok jam 9.00 pagi,Isnin,15 Ogos 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di Tingkat 5,Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menyambung perbicaraan kes fitnah 2.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Memahami Naluri Orang Muda

Posted: 13 Aug 2011 11:31 PM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


PENGGUNAAN KUPON TEKSI

Posted: 14 Aug 2011 11:06 AM PDT

SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan undang-undang yang membenarkan syarikat teksi yang membuka kaunter jualan baucer dan mengenakan tambahan 10 peratus ats tambang penumpang. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkataan 'baucer' yang [...]

BILANGAN PENJAWAT AWAM HINGGA MAC 2011

Posted: 14 Jun 2011 11:06 AM PDT

SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada Mac [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

Posted: 14 Aug 2011 07:51 AM PDT

Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan juga hujan.

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510