Selasa, 26 Julai 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


253 orang peneroka lagi sekitar Jengka setuju saman Felda.

Posted: 26 Jul 2011 07:55 AM PDT

PEGUAM SUHAIMI SAID MENERIMA 253 BORANG WARANT TO ACT DARI BOSTAMIN BAKAR MEWAKILI PENEROKA-PENEROKA FELDA JENGKA 6, FELDA JENGKA 5, FELDA JENGKA 11, DAN FELDA JENGKA 3 UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI DARIPADA FELDA KERANA MANIPULASI PERATUSAN PERAHAN KPG OLEH FELDA. DENGAN TAMBAHAN INI MENJADIKAN 964 ORANG PENEROKA-PENEROKA FELDA YANG MENGHANTAR BUAH SAWIT MEREKA KE KILANG FELDA JENGKA 8, JENGKA 3 DAN JENGKA 18 UNTUK MENYAMAN FELDA BERHUBUNG DENGAN PERATUSAN PERAHAN KPG, DAN KERUGIAN KERANA DIKATAKAN MENGHANTAR BUAH MUDA, BUAH MENGKAL DAN TANGKAI PANJANG KE KILANG DAN SETIAP PENEROKA MENUNTUT SEBANYAK RM458,000 BAGI SETIAP SEORANG KERUGIAN YANG MEREKA TANGGUNG SEJAK 15 TAHUN YANG LAMPAU.

BOSTAMIN BAKAR SEDANG MENELITI BORANG-BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI PENEROKA-PENEROKA.
TUAN HAJI HASHIM (KIRI) SEDANG MENGIRA BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI FELDA JENGKA 3 DAN JENGKA 11.



Dato Fauzi Abdul Rahman bermesra dengan penduduk sekitar Felda Bukit Goh Kuantan sebelum menghadiri Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka berhubung dengan masalah perahan KPG di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu dan kawasan sekitar. Majlis diadakan pada jam 1030 pagi di Felda Bukit Goh, Kuantan


PENTADBIRAN FELDA MENJALANKAN UGUTAN:

Pengurus dan pegawai-pegawai dari beberapa Pejabat Felda di sekitar Jengka sedang giat menjalankan kempen mengugut peneroka-peneroka Felda yang memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG oleh kilang-kilang Felda di Jengka 8, Jengka 3 dan Jengka 18.

Peneroka-peneroka yang menghadiri Majlis penyerahan borang Waran Untuk Bertindak iaitu surat kuasa melantik peguam bagi memfailkan saman terhadap Felda mewakili peneroka-peneroka Felda.

Setakat ini sudah terkumpul 964 peneroka-peneroka Felda sekitar kawasan Jengka yang memfailkan saman terhadap Felda. Bilangan itu akan bertambah melebihi 1000 orang apabila tarikh tutup penyertaan iaitu pada minggu ketiga bulan Ogos nanti.

Setiap seorang peneroka menyaman Felda sebanyak RM458,000.00 kerugian yang mereka alami sejak 15 tahun yang lampau kerana manipulasi peratusan perahan yang berlaku di Kilang Jengka 8, Kilang Jengka 3 dan Kilang Jengka 18.

Peratusan perahan yang disahkan oleh Makmal adalah 27% sedangkan peratusan yang diberikan oleh kilang-kilang itu adalah diantara 17% hingga 18% sahaja.

Sejak peneroka-peneroka menjalankan kegiatan mengumpulkan rakan-rakan peneroka untuk menyaman Felda, pihak pengurusan Felda menaikkan peratusan perahan itu kepada lebihkurang 20%-21%.

Walaupun peneroka-peneroka tersebut telah mengemukakan saman terhadap Felda, namun mereka masih membuka pintu rundingan dengan berpegang kepada prinsip bahawa mereka tidak sekali-kali menuntut Hak Felda tetapi hanya menuntut hak mereka yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Peneroka-peneroka memberi amaran kepada pegawai-pegawai Felda yang sedang menjalankan kegiatan mengugut itu supaya memberhentikan tindakan mereka dan mereka telah melantik peguam untuk berdepan dengan pegawai-pegawai Felda tersebut dan jika sekiranya ugutan ini tidak dihentikan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pegawai-pegawai berkenaan.

Ugutan yang dijalankan adalah berbentuk ugutan supaya peneroka-peneroka ini menarik balik tuntutan mereka terhadap Felda.

Diantara ugutan yang digunakan ialah penapian kepada peneroka-peneroka itu keatas bonos tahunan dan "duit raya", namun peneroka-peneroka tidak memperdulikan ugutan ini kerana sejak mereka memulakan tindakan menyaman Felda peratusan perahan KPG mereka telah berjaya dinaikkan dari 18% kepada 21%, dan kenaikan ini sudah melebihi bonos tahunan dan hari raya yang boleh mereka terima.

Beberapa orang peneroka telah diminta menandatangani borang kosong oleh pentadbiran Felda diperingkat Rancangan, dan mereka yang terkeliru dan menandatangani borang kosong itu telah beramai-ramai menghadirkan diri ke Pejabat Felda dan menuntut supaya Borang kosong yang mereka tandatangani itu dikembalikan kepada mereka.

Jika Borang kosong itu terkemudian dari ini akan digunakan untuk memanipulasikan kedudukan peneroka-peneroka tersebut berhubung dengan saman yang mereka kemukakan terhadap Felda mereka tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

.

Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang pd 23hb Julai 2011

Posted: 26 Jul 2011 04:59 AM PDT





Barisan pimpinan PKR Pahang dari kiri: Sdr Siew, Naib Pengerusi 3, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi, Hj Suhaimi Said, Naib Pengerusi 1 dan Sdr Mohd Nor Hassan, Naib Pengerusi 2.

Kursus Jatidiri anjuran Pikom/Selkad dan Biro Masyarkat Felda dan Orang Asal di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Posted: 25 Jul 2011 03:07 PM PDT

Seramai 100 orang petugas-petugas Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal terlibat dengan kursus Jatidiri anjuran PIKOM, SELKAD dan Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal di Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor pada 24/25hb Julai 2011.

































KAMI BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM PADA BILA-BILA MASA