Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran
- Kematian Baharudin: Keluarga tunggu laporan
- PAS: 900 adu untuk saman polis
- BERSIH: PAS mahu demo sekali lagi jika...
- 2 lagi pemimpin PAS ditahan polis
- 9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan
- Polis tahan 10 wakil Pakatan lawat Jeyakumar di IJN
- Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang
- 'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar'
Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran Posted: 12 Jul 2011 01:45 AM PDT Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi. ![]() Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital. Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan. Sumber: Malaysiakini |
Kematian Baharudin: Keluarga tunggu laporan Posted: 12 Jul 2011 01:40 AM PDT Rosni Malan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rosni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Setiawangsa hari ini.
Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, yang masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal. Rosni juga tertanya-tanya sama ada kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan yang disertai Allahyarham Baharudin di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada petang Sabtu lalu. "Jadi saya masih tidak tahu (Baharudin) meninggal dunia sebab kena gas atau apa. Saya tak tahu sama ada dia kena kejar polis.
Dilaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu setelah terjatuh di bangunan Avenue K di Jalan Ampang. Keganasan polis Kematian Allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu. Menteri dalam negeri setakat ini enggan mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk dakwaan bahawa Baharuddin – yang didakwa meninggal dunia selepas ditangkap polis semasa perhimpunan itu – dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.
Katanya lagi, sebab kematian akibat penyakit jantung seperti yang dinyatakan polis itu hanyalah berdasarkan laporan bedah siasat awal selepas mangsa dibawa ke HKL. HKL hanya menjalankan bedah siasat ke atas jenazah suaminya antara jam 11 malam hingga 3 pagi selepas itu, kata Rosni lagi. ![]() Perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas di HKL ketika beliau hadir untuk mendapatkan laporan tersebut hari ini. "Tapi ini kes berprofil tinggi, jadi saya sangat tertunggu-tunggu laporan itu," katanya lagi ketika dihubungi petang ini. Sumber: Malaysiakini |
PAS: 900 adu untuk saman polis Posted: 12 Jul 2011 01:35 AM PDT Seramai 900 peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu sudah mengadu kepada PAS bagi diteliti sama ada mereka boleh menyaman pihak berkuasa yang didakwa bertindak tidak wajar menyuraikan mereka. ![]() "Kita sekarang dalam proses mengumpulkan bukti, termasuk rakaman video, gambar dan saksi-saksi yang juga menjado mangsa," katanya. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zamri berkata, jabatan itu kini membuka tiga talian hotlineselama 24 jam bagi mengumpulkan aduan pihak terlibat. Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa anggota jawatankuasa dan wakil rakyat parti Islam itu. Menurut Ahmad Zamri, sebagai langkah awal, mereka dijadual melaporkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini. ![]() Sementara itu, Mohamad (kiri) berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman polis yang didakwa menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya dengan melanggarnya dengan kenderaan Land Rover. "Petang ini mungkin saya buat repot (polis)... Saya serahkan pada peguam saya Hanipa Maidin untuk uruskannya," jelas Mohamad yang akan menjalani pembedahan pada lutut kanannya di sebuah hospital swasta di Shah Alam Jumaat ini. Beliau hari ini dilihat masih berkerusi roda akibat koyakan pada ligamen lutut kanannya. Sumber: Malaysiakini |
BERSIH: PAS mahu demo sekali lagi jika... Posted: 12 Jul 2011 01:30 AM PDT PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat. ![]() "SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi. "Tentang lapan tuntutan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya. Ditanya sama ada PAS berhasrat menganjurkan perhimpunan itu sendiri sekiranya BERSIH tidak berminat, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dengan gabungan 62 NGO itu dari masa ke semasa. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad berkata, pihaknya tiada masalah menerima kekalahan sekiranya pilihan raya dapat berlangsung dengan adil dan bersih. Sabtu 'hari kuning' "Kalau BN hendak menang, menanglah... Yang kita tidak mahu (adalah) penipuan," kata penceramah popular yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu. ![]() Ditanya tentang pemakaian baju itu yang masih dilarang pihak polis, sambil tersenyum Mohamad berkata: "(Ia) haram pada Umno, bukan haram dari segi undang-undang." Turut hadir dalam sidang media itu, tiga jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, terdapat beberapa tuntutan BERSIH yang boleh dilaksanakan dengan segera tanpa perlu bertangguh. "(Sistem) biometrik ini tidak tahu lagi bila. Sekarang ini bagi celup jarilah dahulu (dalam dakwat kekal). Itu boleh buat serta-merta," katanya. Sumber: Malaysiakini |
2 lagi pemimpin PAS ditahan polis Posted: 12 Jul 2011 01:25 AM PDT Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu. Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB. ![]() Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran berdekatan balai polis itu ketika PAS negeri mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH. "Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara. "Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," katanya. Baju BERSIH masih dilarang Ketika tangkapan dibuat, beliau dan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed sedang bercakap kepada pemberita; manakala Zaaba dan Rosli hanya berdiri di belakang mereka. Tangkapan kedua-dua pemimpin akar umbi parti Islam itu dipercayai yang kedua dan ketiga selepas Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan di Kota Kinabalu kelmarin. ![]() "Mereka kata, tidak ada penarikan balik (terhadap) larangan itu dibuat dan memakai baju BERSIh masi salah," kata Mazlan. Beliau juga mengambil kesempatan menyelar tangkapan ketika sidang media masih berlangsung yang didakwanya "biadap" dan tidak menghormati majlis. "Perkara ini tidak beretika," katanya lagi. Kira-kira 10 penyokong PAS dan peguam mereka masih menunggu di balai polis berkenaan sehingga kedua-dua yang ditahan dibebaskan, tambah Mazlan. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan polis berhubung penahan itu. Bagaimanapun, mereka dipercayai disiasat bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram. Sumber: Malaysiakini |
9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan Posted: 12 Jul 2011 01:20 AM PDT Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri? Remehkan kecederaan Bertukar ganas Aparatus polis Terima tamparan Justin Bieber lebih berhak Patahkan BERSIH Rakyat dihukum Sumber: Malaysiakini |
Polis tahan 10 wakil Pakatan lawat Jeyakumar di IJN Posted: 12 Jul 2011 01:15 AM PDT Polis menahan sembilan ahli parlimen dan senator Pakatan Rakyat daripada melawat ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang kini terlantar di Pusat Jantung Negara (IJN) ketika di bawah tahanan Ordinan Darurat. Mereka yang ditahan itu adalah - M Manogaran (Teluk Intan), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Tian Chua (Batu), R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Pantai Dalam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Fong Po Kuan (Batu Gajah) - dan senator S Ramakrishnan. ![]() Atas permintaan pemimpin Pakatan, doktor itu berkata beliau akan cuba berunding dengan polis bagi mendapatkan kebenaran berkenaan. Ahli parlimen dari Parti Sosialis Malysia (PSM) dibawa ke IJN pada Sabtu lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari selepas mengadu sakit dada. Menurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan, - Jeyakumar disoal-siasat oleh lima anggota polis semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan tekanan mental. Polis membenarkan kakaknya melawat ahli parlimen itu Ahad lalu. Ini kali kedua aktivis sosial dan politik itu dibawa bagi mendapatkan rawatan perubatan setelah beliau bersama 29 ahli PSM yang lain ditangkap pada 26 Jun ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu 'Udah La Tu... Bersaralah' . Sumber: Malaysiakini |
Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang Posted: 12 Jul 2011 01:05 AM PDT Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam. Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0. "Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," katanya. Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Sumber: Malaysiakini |
'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar' Posted: 12 Jul 2011 01:00 AM PDT Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak. ![]() ![]() ![]() Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |