Pengikut

Nuffnang

Selasa, 19 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Inilah kisahku di Rumah Panjang Tatau

Posted: 18 Apr 2011 04:05 PM PDT

Sebelum penerbangan ke Sarawak, saya beri masa untuk dua orang cucu saya, ini Annuar Syakir
Dan ini Aina Syazrin
Team kami dari Kuala Krau, Ramlee Idup (kanan), Suhaimi Said, Rosli Yassin (2 dari kiri) dan Khalid di belakang
Team Kuala Krau: Hendon Jaafar (kanan), Kamariah (kiri) dan saya kanan di belakang, Team kerja di Tatau, isteri Ekok (antara Hendon dan Kamariah), Nasar (Koordinator) dan Ekok (pemandu)
6 orang team dari Kuala Krau (duduk depan: Hendon Jaafar, Suhaimi Said), Khalid (kanan, barisan kedua, Ramlee kiri), Kamariah berdiri. Kennedy, diantara Khalid dan Ramli pemandu team Kuala Krau untuk kawasan Melayu Jepak.
Rosli Yassin (duduk kanan) anggota team Kuala Krau.
Di Markas di Sibiew
Kamariah, Khalid dan Rosli di kawasan pasar, dengar-dengarnya minum air kelapa
Inilah kisah di Rumah Panjang, semua kini berdiri untuk laungkan Reformasi 3 kali dan kesemua gambar-gambar di bawah ini mengisahkan gerak kerja Team Kuala Krau di Rumah-Rumah Panjang Tatau dalam DUN Jepak (Tatau itu sendiri terletak didalam DUN Kakus)








Hendon (kiri) dan Kamariah bergambar di kawasan pelancungan Batu Katak (selepas bertugas di Rumah Panjang)
Apa kurangnya dengan Batin Malaysia ini, di Rumah Panjang dia diberikan jolokan sebagai Tuai Rumah. "Nama Berita?" itulah yang dia tahu dan dijawab "Manieh", oh tidak, ada lagi Agi Idup Agi Ngalaban.
Kamariah posing nak tunjuk kepada suaminya nanti, katanya.
Inilah Rumah Panjang yang sudah usang, iaitu Rumah Pilai.
Memberi Ceramah
Tekun Mendengar!

Keadaan usang!
Nasar berbaju Hijau
Reformasi! Inilah ingatan yang saya tinggalkan disetiap Rumah Panjang, bergema Reformasi disetiap Rumah Panjang!
Reformasi!
Ceramah lagi. Saya berceramah antara 20 hingga 30 minit disetiap Rumah Panjang, dengan isu yang mendekati penghuni Rumah Panjang, isu tanah NCR, isu air bersih yang sudah 48 tahun tidak diberikan, isu bayaran elektrik yang tinggi, isu kesihatan dan pendidikan kepada keluarga Iban (isu antarabangsa bahkan isu nasional tidak menarik undi).




Yang tua, yang muda melaungkan Reformasi!
Nasar berucap dalam Bahasa Iban.
Tekun mendengar ceramah!





Kanak-kanak Iban.

Ceramah lagi.

Reformasi! Inilah suasana kempen saya di Rumah Panjang.
Reformasi!
Mereka mahu berubah, tetapi mereka bukanlah penyokong PKR yang tegar, tetapi mereka boleh mengundi PKR kesemuanya jika pada hari mengundi nanti ada secukup kenderaan boleh mengangkut mereka, namun, BN menurunkan satu fleet kenderaan. Pun begitu, majoriti pengundi disini mengundi PKR (199 PKR, 171 BN)

Nasar bersemangat betul memberikan ucapan. Lihatlah semua poster BN. Di Rumah-Rumah Panjang ini tidak ada bendera PKR, poster ataupun banner. Entahlah, saya kurang faham sikap pengurusan yang merasakan banner, poster dan bendera tidak mustahak!




Oleh kerana PKR tidak ada bendera, poster dan banner, maka kami terpaksalah lahirkan perjuangan didalam bentuk ceramah dan edaran kesetiap kompartmen Rumah Panjang

====

Penat lelah yang telah dicurahkan untuk 20 Rumah Panjang di Tatau dalam DUN Jepak terasa terobat apabila undi yang dipungut oleh PKR di Pusat Mengundi Rumah Dingun mengatasi undi yang diperolehi BN.

PKR memperolehi 199 undi berbanding BN 171 undi, manakala SNP 74 undi dan Bebas lambang Ikan 3 undi dan Bebas lambang Rumah 2 undi dengan 7 undi rosak. Juml;ah pengundi 706 dan yang keluar mengundi 456 undi.

Saya bertugas di Rumah-Rumah Panjang itu mulai 11hb April. Team bekerja saya adalah Hendon Jaafar dan Kamariah (dari Kuala Krau) dan Nasar selaku Koordinator dan Etok selaku pemandu.

Saya bertekad bahawa walaupun didalam keadaan serba kekurangan kerana kami tidak ada bendera, poster dan banner yang mencukupi, saya mahu kawasan jagaan saya ini memberikan undi yang besar kepada PKR.

Kami dibekalkan dengan hanya 5 poster untuk setiap Rumah Panjang, maka Hendon dan Kamariah bertugas memasang poster itu di celah-celah poster, banner dan bendera BN yang mengambil hampir keseluruhan kawasan di luar dan didalam Rumah Panjang, dan mereka juga pergi ke setiap kompartmen didalam Rumah Panjang itu untuk menyampaikan Risalah serta menjemput penghuni-penghuninya untuk mendengar penerangan dari PKR.

Saya bertugas sebagai penceramah, dan saya berucap diantara 20 hingga 30 minit disetiap Rumah Panjang dengan membawakan isu yang menyentuh kehidupan masyarakat Iban iaitu berhubung dengan isu tanah NCR yang dirampas oleh pimpinan BN dan kroni-kroni mereka. Isu ketiadaan bekalan air bersih, dan bayaran bil elektrik yang begitu tinggi, serta isu persekolahan dan kesihatan juga disentuh.

Saya pastikan agar kehadiran saya disetiap Rumah Panjang itu dapat memberikan kesedaran dan dapat diingati oleh penghuni-penghuninya tentang perjuangan yang berpanjangan. Maka saya perkenalkan Laungan Reformasi untuk dilaungkan bersama dengan penghuni-penghuni Rumah Panjang. Laungan itu menaikkan semangat bukan sahaja dikalangan pengundi-pengundi bahkan juga dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak khususnya terus melaungkan Reformasi walaupun kami sudah jauh meninggalkan kawasan Rumah Panjang itu.

Ucapan saya diikuti oleh ucapan Nasar, seorang koordinator kaum Iban, yang benar-benar bersemangat memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat Iban.

Saya gembira bahawa Tempat Mengundi Rumah Dingun ini memberikan undi yang lebih kepada PKR, maka tercapailah hasrat saya didalam kempen ini.

2 lagi kawasan mengundi yang memberikan kelebihan kepada PKR adalah di SK Ulu Segan (182 PKR dan 130 BN), terima kasih kepada Team Kuala Krau - Rosli, Ramli dan Khalid yang membuat 2 kali sentuhan disana; dan SK Sg Setiam dengan 91 undi untuk PKR dan 81 undi untuk BN.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang