Jumaat, 15 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pilihanraya Negeri Sarawak: Pengundian bermula

Posted: 15 Apr 2011 08:27 PM PDT

Laporan Oleh Malaysiakini:

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

NONE
Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
NONE
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
azlan
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi 
berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.


LAPORAN LANGSUNG



12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.
11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."
11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.
Beliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

NONEBeliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara 
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

Sementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.
11.34am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.
"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.
Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.
Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.
"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).
Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.
11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.
Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.
"Berhenti tolak saya, menghormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.
Insiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Dia dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."
11.30am -Sibu - Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Alice Lau mengadu bahawa pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng, melihat bagaimana pengundi memangkah kertas undi mereka.

Beliau mendakwa, insiden tersebut berlaku di SJK Chung Hua - pusat pengundian terbesar dengan seramai 6,000 pengundi.

"Pengundi mengadu kepada ejen pengundian DAP, bahawa Wong See Meng berbuat demikian,"katanya.

"Saya juga menerima aduan ada yang tidak dapat kertas undi mereka dan seorang lelaki membawa enam kad pengenalan, dengan mendakwa dia membantu warga emas untuk mendaftar," katanya kepada Malaysiakini.

Wong See Men kemudian menafikan yang beliau melihat bagaimana orang ramai memangkah kertas undi mereka.

"Sebab saya (buat begitu)... adalah untuk menjaga kebajikan pengundi yang berusia, mana tahu mereka mungkin terjatuh," katanya kepada Malaysiakini.

"Tidak, saya tidak ada sebarang kepentingan," katanya dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Alice Lau juga mengadu kepada Wong See Meng bahawa penyokong SUPP bertugas dalam lingkungan jarak 50 meter.



11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan," kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

NONESekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN). 


11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.


10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

NONEPemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.
10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

NONE

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini

10.40pm: Satok (Kuching)Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:
NONE"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.

"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.

Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

NONE"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.

Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.
"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.
10.05am: Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.



Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong diSMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liongkelihatan merayu undi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.
Bila meminta mengenai peluangnya, Yap kata "50-50". Semuanyabergantung kepada peratusan yang mengundi," katanya kepadaMalaysiakini.


Di siniYap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepadahartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.

Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.
10.02am: Saribas (dekat KuchingSeorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusatoperasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SKDatuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.


"Ia juga bukan satu 'pondok panaskerana mereka mempunyai premismereka sendiri," kata anggota polis tersebut.

Pusat operasi ialah dewan orang ramaiIa juga menyediakan minuman percuma kepada semua pengundi yang datang memeriksabutiran diri mereka di sana.


Bagaimanapun, tukang kempen PKR pula mendakwa pusat operasi itu mengeluarkan keratan kertas yang tertera logo BN kepada pengundiuntuk dibawa masuk ke pusat pengundian, yang menurut mereka adalah dilarang.

10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepasdiberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.
Seorang lagi lelaki bertanya kepada ejen pengundian, ketika menyerahkan kad pengenalannya: "Ada cip pada kad pengenalan, jadi kenapa tak imbas saja, daripada membuatnya secara manual?"
9.55am: Melalui Twitter rasminyaPKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yangtidak mempunyai hak untuk mengundi.
9.54am: Pending (Kuching) Pasukan kempen Dr Sim Kui Hiandilihat sedang berusaha untuk mendapat undi simpati pada saat-saat akhirberdasarkan kemunculan mendadak poster-poster kecil"Save Kui Hian" di sekitar DUN tersebut.
9.50am: Bawang Assan (Sibu) - Penyandang kerusi Bawang Assan, Wong Soon Koh mengundi di sini.
NONE
Bila ditanya oleh wartawan mengenai peluangnya kali ini, Wong 
berkata beliau yakin dapat menewaskan pencabarnya, Alice Lau.


Peratusan keluar mengundi di pusat tersebut adalah menggalakkan, dengan majoritinya golongan warga emas.

Tiong King Sing, 85, yang hampir tidak boleh berjalan dan rabun mata, berkeras untuk datang mengundi.
"Saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.


Disebabkan keadaannya itu, pegawai SPR membenarkan anak saudaranya, memandu membawa Tiong ke dalam perkarangan sekolah.

NONE
9.45am: Miri - BN memasang papan iklan pada saat-saat akhir di 
seluruh bandar lewat malam tadi, menggesa pengundi supaya "mengekalkan timbalan ketua menteri di ".


Mereka merujuk kepada Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusinya di Piasau untuk penggal kelapan. 



9.39am: Beting Maro - PAS yakin mampu memenangi kerui Beting Maro, kata exco pertanian Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi.



"Kini pengundi di Beting Maro tidak boleh lagi dibeli," katanya kepadaMalaysiakini ketika ditemui di sebuah pasar di sebelah SK Pusa.


beting maro voting
Pusa adalah daerah pengundian kedua terbesar dengan lebih 2,600 pengundi selepas Beladin.



Keyakinannya itu disokong dengan kekurangan usaha tukang kempen PBB tukang kempen, yang tidak seorang pun kelihatan di pusat pengundian. Kain rentang PAS memenuhi kawasan tersebut.

Sementara itu, ketua cawangan PBB di situ memberitahu Malaysiakinibuat pertama kalinya, BN mungkin kehilangan Beting Maro.
"Saya rasa PAS akan menang besar. Setiap orang mahukan perubahan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan (untuk mengubahnya)," katanya sambil menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan calon BN untuk kerusi tersebut.

NONE
9.27 am: Bawang Assan (Sibu) - Orang kuat SUPP Wong Soon Koh (berbaju biru) tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua bersama isterinya, Pauline Leong, untuk mengundi.

Wong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertemu dan 
berbual sebentar dekat pintu masuk utama sekolah tersebut.

"Jika anda datang ke Pulau Pinang, saya belanja awak kuey teow gorang," kata Lim. Wong tersenyum sambil berjabat tangan ketua menteri Pulau Pinang itu.
9.26am: Satok (Kuching) - Calon PKR Satok Ahmad Nazib (bawah)
kelihatan sedikit gugup tetapi kemudian tersenyum lebar ketika ditemui wartawan.

NONE
"Saya boleh nampak banyak kegembiraan pada hari pengundian ini. Tiga puluh tahun sudah cukup untuk seorang memerintah," katanya.


Seorang lagi pengundi Muhammad, 35, berkata KM Taib Mahmud di fikirannya ketika dia membuang undi.



"Memang benar kami mahukan perubahan," katanya ketika ditemui.

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.


Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.



Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.



"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang."



Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.

9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONE
Sesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.



Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.



Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.52am: Satok (Kuching) – Seorang pengundi wanita menunjukkan satu slip kepada seorang petugas SPR di luar pintu pagar SK Merpati Jepang.
Slip berkenaan dicetak nama dan nombor kad pengenalannya bersama dengan satu logo BN.
Pegawai berkenaan memasukkan slip berkenaan ke dalam beg wanita tersebut dan berkata, "Jangan tunjukkan (slip ini). Kami cuma perlu tengok IC (awak)."
8.45am: Bawang Assan (Sibu) – Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MP Bukit Bender Liew Chin Tong bersama calon DAP Alice Lau beramah mesra dengan pengundi di SJK Chua Hua – salah sebuah pusat mengundi di Bawang Assan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, beliau yakin akan dapat menang di peti undi berkenaan dan berharap DAP akan mencapai majoriti yang cukup tinggi.
Sejurus selepas itu, seorang pengundi wanita berusia 40-an meluru keluar daripada pusat pengundian berkenaan dan berjabat tangan dengan Lim dan juga Lau.
"Terima kasih banyak-banyak, sekarang tinggalkan kami," kata Wanita itu kepada pemimpin DAP berkenaan.
Bawang Assan merupakan kawasan majoriti Cina (65%) dan selebihnya Iban (30%) dan Melayu-Melanau (5%).
8.35am: Piasau (Miri) – Cuaca baik di Miri, bandar kedua terbesar di Sarawak yang menyaksikan SUPP bertanding bagi mempertahankan tiga kerusi – Piasau, Pujut dan Senadin – kesemuanya di kawasan bandar.
Pemimpin parti itu Dr George Chan membuang undi di SMK St Columba, salah satu pusat pengundian terbesar di DUN Piasau.
Beliau sempat menyatakan "Saya akan undi BN," sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan.
Chan turut bertembung dengan lawannya, Ling Sie Keong dari DAP yang turut melawat pusat pengundian berkenaan. Ling merupakan pengundi berdaftar untuk DUN Lambir, salah satu kawasan di pinggir Miri.
Setelah membuang undi, Chan yang mewakili Piasau sejak 1983 berkata beliau akan menyerahkan kepada penduduk Miri untuk membuat keputusan.
Beliau berdepan dengan sentimen 'anti-Taib' yang kuat merebak di kebanyakan kawasan bandar Sarawak.
Piasai merupakan kerusi majoriti Cina dengan jumlah pengundi bumiputera yang agak besar (65% Cina, 19% Melayu/Melanau dan 13% Iban).
8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.
Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR.
Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini.
8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian.
Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP.
Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari.
PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini.
8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.
Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.
Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.
8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.
Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.
Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.
8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.
Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.
Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.
NONE
8.01am:Betong/Sri Aman– Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.

Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).

8am: Semua pusat pengundian dibuka.

NONE
Pengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.

SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

Tiga Keluarga Hadapi Masalah Kesihatan, Kerosakan Rumah Terima Sumbangan dan Kunjungan Dr Xavier

Posted: 12 Apr 2011 02:00 AM PDT

Kampung Jawa, 12 April – YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk melawat tiga buah keluarga di Kampung Jawa yang mengalami masalah kesihatan dan kerosakan rumah.

Sejak akhir-akhir ini angin kuat dan hujan lebat yang melanda menyebabkan bumbung rumah keluarga ini mengalami kerosakan dan kebocoran. Kerja-kerja membaik pulih perlu dilakukan segera bag membantu keluarga ini.

Dalam lawatan tersebut, Dr Xavier yang diiringi para petugas pejabat DUN Sri Andalas, antaranya Encik Syed Putra dan Encik Satthiya Seelan berbual mesra bersama-sama keluarga-keluarga tersebut bertanyakan masalah dihadapi mereka dan membincangkan bentuk bantuan yang boleh diberikan dan diusahakan kepada mereka selain sumbangan yang diberikan pada hari tersebut.









Sepuluh Lagi Terima Sumbangan Basikal di DUN Sri Andalas

Posted: 12 Apr 2011 01:30 AM PDT

Sri Andalas, 12 April - Seramai sepuluh orang pelajar dari kawasan DUN Sri Andalas telah menerima bantuan sumbangan basikal.

Pemberian sumbangan basikal buat kali kedua dalam tahun ini di DUN Sri Andalas telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Pemberian sumbangan basikal ini adalah sebahagian daripada program membiaya yuran bas sekolah bagi lebih 75 orang pelajar. Disebabkan sambutan yang menggalakkan serta permohonan yang tinggi, Dr Xavier mengambil keputusan untuk membuat sumbangan basikal berbanding yuran bas sekolah kepada pelajar-pelajar yang lebih berusia di sekolah menengah terutamanya pelajar-pelajar lelaki.

Pemberian basikal lebih bermanfaat kerana pelajar-pelajar bukan sahaja boleh menggunakannya untuk berulang-alik ke sekolah pada setiap hari persekolahan  malah dapat menggunakannya untuk aktiviti kokurikulum yang diadakan pada hujung minggu persekolahan. Pemberian basikal juga dilihat memberi manfaat jangka panjang kepada mereka.


Dr Xavier ketika menyampaikan basikal di Asogo,  berpesan kepada semua penerima sumbangan basikal supaya sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dijalan raya serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

AMK KEDAH

AMK KEDAH


PAKATAN MAMPU SEKAT MAJORITI 2/3 BN DI SARAWAK

Posted: 15 Apr 2011 12:05 AM PDT


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pertiga di DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi,

Kempen selama 10 hari akan berakhir pada tengah malam ini dan pemilih akan mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


BN, Taib Diramal Tumbang

Posted: 15 Apr 2011 05:14 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.
Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.

Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.

Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.

Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

The Unending Haunt Of Altantuya

Posted: 15 Apr 2011 05:10 AM PDT

By Kim Quek

14.04.2011

Raja Petra Kamarudin's interview by TV3 last night is undoubtedly a piece of political propaganda aimed at cleansing Prime Minister Najib Razak's taint with the Altantuya murder case ahead of the Sarawak elections two days from now.

Raja Petra's interview was centered on an affidavit he signed on 18the June 2008, in which he claimed he was reliably informed by his informer that Najib's wife Rosmah Mansor was at the scene of the crime, witnessing the blasting of Altantuya's body. Raja Petra now claims that he no longer believes what he believed then.

Let us be very clear on this issue at the very outset. The veracity or otherwise of that affidavit as well as whatever belief or disbelief Raja Petra may have over the Altantuya case does not add or subtract one bit to the dark clouds that have persisted to hound Najib over this murder case.

FAILURE OF INSTITUTIONS

Such negative perceptions of Najib do not arise from so-and-so says this or that. Rather, they have accumulated over Najib's own failure to conduct himself appropriately as well as the overtly protective shield provided by our law-enforcing institutions to keep Najib out of bound to due legal process – to the point of dereliction of duty, bordering on criminal collusion. It is these flagrant institutional failures as well Najib's clumsily evasive conduct that has deepened public suspicion of his involvement.

These instances are too many to enumerate, but we will mention a few to refresh public memory.

Starting with the police, there is no reason whatsoever why the police should have left Najib and his aide-de-camp Musa Safri out of its loop of investigation, when all the three accused were closely linked to Najib and it was Musa who instructed the first two accused to tackle Altantuya.

Police failure was even more glaring when it failed to act on private investigator P. Subramaniam's all three affidavits and video interview by three senior lawyers. The information provided by Bala in these documents not only incriminated Najib (in first affidavit), but also accused Rosmah and Najib's brother Nazim of forcing Bala and his family to flee the country with bribe and threats (recorded in video interview and submitted via the third affidavit). The third affidavit was in reply to Malaysian Anti-Corruption Commission's (MACC) written questions, and submitted in July 2010. There has been no response from MACC, despite written reminders by Bala's lawyer.

What possible reason is there for the police and MACC to remain silent over these serious accusations, backed by factual details, against the Prime Minister and his family? If Najib and family is innocent, wouldn't these law enforcing bodies have sprung to action in the first instance to clear the PM and family of such horrible stigma?

BIZARRE IRREGULARITIES

The scenario in the court is even more bizarre. Revealing and critical evidence exposed in court was quickly smothered, instead of being pursued in the cause of truth and justice. The extra-ordinary part is that the attempt to bury these new evidences was not engendered by one or two parties but by all the three parties acting in concert – prosecutor, defence and judge.

These evidences included the erasure of immigration record of Altantuya and her Mongolian companions, and an alleged photograph of Najib, Altantuya and the third accused having a meal in a restaurant. The former evidence would have yielded important lead to some high power involvement in the case, while the latter would have nailed Najib (if proven) who had repeatedly sworn that he had never known nor met Altantuya.

This grotesque phenomenon of confluence of interest of all the judicial players to suppress new evidence can have only one explanation – Najib must be kept out of this case.

That justice might not have been fully served through the sentencing of the first two accused to death should be obvious, when the court never bothered to probe into the motive of executing the girl – and in such cruel fashion. It is not difficult to fathom why motive of murder was never mentioned in court. The simple answer is: there is none.

The two convicted killers, who were bodyguards to Najib, and trained to execute order rigidly without question, had no motive on their own to kill someone they had never met. And since the third accused, who was accused of instigating the killing, was set free due to lack of evidence, then the remaining question must be: who ordered the killing? Is it conceivable that the bodyguards had killed without order and without motive? Isn’t it to logical to duduce that the mastermind and real culprit may still be lurching somewhere beyong the realm of the court?

It is clear that major questions and swirling doubts over the handling of the case are still unresolved. Until these are satisfactorily answered through a just court and an honourable police force, which can only be brought into existence through a complete change of political leadership, it is naïve to hope for the return of justice to the Altantuya family and the nation. And until such time, Premier Najib Razak cannot expect to be free from the haunt of Altantuya's murder.

Kim Quek

Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?

Posted: 15 Apr 2011 01:18 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008.

Menurut Anwar, pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam akuan bersumpah tidak dijawab oleh Najib.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Raja Petra dalam temu bual bersama Tv3 oleh wartawan dari sebuah syarikat televisyen swasta.

Pengarang Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Tv 3 semalam menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Namun ia hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

” Saya tidak mahu jawab sekarang tentang isu ini. Biar hari ini kita tumpukan sepenuhnya kepada piliharaya Sarawak dan kesedaran baru rakyat Sarawak untuk membuat perubahan.

” Pada 17 hb, mereka (media arus perdana) boleh teruskan serangan peribadi terhadap saya seperti biasa. Tapi hari ini biar kita fokus sepenuhnya kepada Sarawak,” kata Anwar pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuching hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Tv3, RTM dan media milikan Umno-BN boleh ‘mula’ membuat serangan kembali ke atas Anwar tepat pukul 6 petang selepas semua pusat pembuangan undi ditutup esok.

” saya hendak Najib jawab umpamanya akuan bersumpah Bala bahawa beliau mengenali Altantuya pada pameran berlian di Singapura. Saya hendak Najib jelaskan ini,” katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun.

Awas Taktik BN Menjelang Hari Mengundi Esok

Posted: 15 Apr 2011 01:16 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menyogok pengundi atau menggunakan taktik licik lain untuk “membeli” kemenangan pada pilihanraya negeri Sarawak esok.

Anwar berkata Pakatan Rakyat yakin akan memperolehi sokongan pengundi yang menjangkaui sasaran awal namun gagasan itu was-was dengan taktik-taktik kotor BN yang digunakan pada masa-masa lalu untuk mempengaruhi pengundi.

"Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini," Kami berusaha kerja meskipun kami tahu ia adalah satu tugas yang sukar,” Anwar memberitahu pada sidang akhbar di Kuching.

"Jika proses (pilihan raya) adalah bebas dan adil dari peringkat awal lagi, saya tidak ragu-ragu mengenai (peluang itu)… bagaimanapun, kami melawan keseluruhan jentera kerajaan. Kami prihatin dengan perkembangan sepanjang beberapa jam akan datang," katanya lagi.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya iaitu S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng dilarang memasuki Sarawak untuk mengikuti sejauh mana pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.

Selain itu portal berita TVSelangor, Malaysiakini, Sarawak Report dan HarakahDaily digodam untuk mengekang laporan-laporan yang mendedahkan kepincangan Taib dan kerajaan pimpinannya.

Media arus perdana pula diarah untuk tidak menyiarkan ceramah-ceramah pembangkang yang menarik kehadiran tinggi. Sebaliknya tumpuan diberikan untuk mengkitar semula “cerita-cerita lama” bagi menfitnah Anwar yang menerajui kempen Pakatan di Sarawak.

Tv3 contohnya menyiarkan rakaman wawancara dengan blogger Raja Petra Kamaruddin yang mengkritik Anwar. Wawancara itu dirakam dua bulan lalu tetapi hanya disiarkan diambang pilihanraya negeri Sarawak.

Selain itu, Putrajaya mengarahkan kakitangan agensi-agensi persekutuan seperti Kemas, JASA dan Tekun menginap bersama penghuni rumah panjang untuk memberi tekanan kepada mereka supaya mengundi BN.

Pemimpin-pemimpin BN mengakui parti pemerintah yang menguasai 63 daripad 71 kerusi di DUN Sarawak kini berhadapan dengan saingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Keresahan rakyat banyak berpaksi kepada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menghabiskan seminggu berkempen untuk menarik sokongan bagi Taib khususnya di kawasan bandar.

Anwar berkata kehadiran tinggi rakyat Sarawak pada ceramah-ceramah PR tetap konsisten sejak hari pertama kempen dan menempelak dakwaan BN kononnya pengundi memberi sambutan suram kepada pembangkang.

Anwar berkata mesej yang di bawa oleh Najib tidak berkesan untuk mengatasi masalah-masalah parah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.

“Sekarang kita tahu adalah apa yang disebut Najib mengenai tranformasi dan pembangunan Sarawak adalah retorik kerana masalah tanah (rakyat yang dirompak) pun tidak diselesaikan,” tegasnya.

Anwar yang jua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberi ingatan kepada pentadbiran Najib supaya tidak mencemarkan proses pilihanraya aya yang sepatutnya berlangsung secara demokratik.

“Setakat ini, media tidak bebas dan memberi proses demokrasi…saya ingin memberi ingatan: jangan dikhianati amanah (pilihan raya) ini.

“Ada yang mereka (pengundi Sarawak) melebihi kebimbangan dengan asakan-asakan (daripada jentera kerajaan dan Barisan Nasional),” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Markas Operasi di Taman Permatang Jaya dalam Dun Tupong turut mengakui bahawa Barisan Nasional kian cemas.

Beliau menyuarakan rasa yakin bawa lima Dun yang ditandingan PAS akan menerima sokongan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini.

Pakatan Will Go ‘Far Beyond’ Two-Thirds

Posted: 14 Apr 2011 09:08 PM PDT

From Malaysian Insider

With just 12 hours left on the campaign clock, Datuk Seri Anwar Ibrahim has confidently declared that Pakatan Rakyat is now looking beyond denying Barisan Nasional its two-thirds majority and aiming to capture Sarawak.

But the PR de facto leader said the final hours would prove crucial to ensure BN's last-ditched attempt to use money politics and underhanded tactics to steal opposition votes would not succeed.

"We are very optimistic we are going to go far beyond that (denying two-thirds), we are pushing to deny BN its monopoly of the state," he said.

But Anwar stopped short of saying the opposition pact would wrest the hornbill state from BN entirely, reiterating that the alleged deployment of BN agents to buy votes would be hard to stop.

"We are pushing towards that although we know it is still uphill.

"But if the process has been free and fair from the beginning, I have no qualms about that… however, we are fighting against the entire government machinery.

"We are concerned of the development in the next few hours," he said.

Just two days back, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had admitted that retaining its two-thirds majority in the 71-seat state assembly would be a "bonus".

BN's campaign for Sarawak, led by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud for 30 years, thus far has been described by many as lacklustre, heavily bogged down by the anti-Taib stigma and the numerous allegations of corruption and abuse of power.

Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang

Posted: 14 Apr 2011 08:35 PM PDT

Dari Harakah

Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, (gambar) penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".

“Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.

“Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.

“Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.

“Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka,” cerita Thomas Su dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!

Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.