Khamis, 14 April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Video Lucah : Kami Tahu Siapa Pelaku Tapi Tak Boleh Umumkan, Kata Polis

Posted: 14 Apr 2011 01:55 AM PDT


KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi tampil mendakwa polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video itu tetapi menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," kata Ismail pada sidang media hari ini.

Ditanya sama ada polis mengenal pasti wanita dalam video 21 minit itu, beliau berkata "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dengan video seks".

Tan Sri Ismail turut enggan mendedahkan sekiranya polis sudah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke (tidak), yang penting ialah kesahihan,"katanya.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih bertumpu di dalam negara. Siasatan dijangka diselesaikan minggu depan, kata beliau.

Dua minggu lalu, Ismail berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa video itu adalah tulen namun, seperti hari ini, tidak menyatakan siapa pelakunya.

Tiga Datuk T yang menayangkan video itu kepada media terpilih dan pada 21 Mac lalu mendakwa pelaku berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menolak fitnah itu dan membuat laporan polis pada keesokan hari bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Beliau juga mendedahkan dalang video itu sebagai bekas Ketua Menteri Melaka Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan pemimpin Umno dari Kedah Shuib Lazim yang juga bekas bendahari Perkasa.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen sebelum mengakui mereka mendalangi penayangan video itu.

Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan video itu sebagai satu lagi fitnah Umno untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.


Sumber: TVSNEWS

Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya

Posted: 14 Apr 2011 01:50 AM PDT


SHAH ALAM 14 APRIL : Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

" Ya memangkan nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalampilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa ini?,"soal Yusmadi.

Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimanapun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.

" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.

Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.

" Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat.

" Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah didapati bersalah,"jelas Yusmadi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun 2008.

Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.

Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya.

" Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif," kata Yusmadi.

"Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.

Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.



Sumber: TVSNEWS

Pakatan dakwa wang mula ditaburkan...

Posted: 14 Apr 2011 01:40 AM PDT

Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.

NONE
Bukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.

Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.

"Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi," katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.

NONE
"Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu."

Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang).

Pembelian undi sudah mula

Pakatan juga mendakwa di banyak kerusi 'panas' di kawasan luar bandar pembelian undi sudah berlaku.

NONE
Di Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1,000 to RM2,000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.

Selain politik wang, PKR juga mendakwa mereka bergelut memeriksa daftar pemilih kerana percaya lebih separuh daripada pengundi kawasan itu dipindahhkan dari tempat pengundian mereka.

NONE
Dakwa Paul lagi, terdapat risalah menyatakan Baru membuat untung besar dengan menjadi peguam kepada penduduk kampung yang menghadapai masalah dengan tanah adat (NCR) masing-masing.

BN juga dilihat bertali-arus menyerang kawasan berkenaan dengan ramai tokoh heavyweight mereka seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat kawasan itu hari ini.

Sampaikan cek

Paul bagaimanapun percaya, Baru yang bertanding kali ketiga mempunyai kelebihan kali ini berikutan "kempen awalnya"

Suriyati Abdullah pkr Balingian mukah jubilant crowd
"Kami bermula amat awal untuk mendidik pengundi. Saya yakin kami mendapat sokongan 60 peratus pengundi," kata Paul lagi.

Di Belaga, sokongan pada BN didakwa mula kukuh apabila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk James Masing menyampaikan cek dan hakmilik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka.

Bagaimanapun, aktivis setempat dan penulis blog Wing Miku mendakwa, BN masih mempunyai masalah ekoran pampasan yang diberikan didakwa hanya separuh daripada apa yang dijanjikan manakala hak miliknya pula hanya selama 60 tahun.

NONE
Sungai Asap ialah tempat penempatan semula untuk penduduk yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun sebelum ini.

Di Beting Maro - kerusi paling berpotensi dimenangi PAS - parti Islam itu masih risau terhadap 'pembelian' undi yang didakwa melanda sejak beberapa hari lalu.

RM200 satu pintu

"Ada di satu tempat, RM200 diberi untuk satu pintu. Jadi, ada yang turut minta jumlah yang sama daripada PAS untuk menukar undi. Saya tidak beri. Ini rasuah.

NONE
"Saya tanya, hari ini dia beli RM200, esok dia ambil tanah harga RM2 juta. Kamu hendak RM200 atau mahu pertahan tanah?" kata seorang petugas PAS, Jamaludin Ishak.

Menurutnya lagi, PAS setakat ini yakin akan memenangi 10 peratus undi Iban manakala undi Melayu, peluang masih terbuka untuk kedua-dua pihak bertanding.

Sementara itu, di Saribas pula, selain berterusan turunnya tokoh heavyweight BN, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.

NONE
"Kita harap, sebagai counter attack, kita boleh bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di malam terakhir. Bukan lama, 30 minit sudah cukup (untuk pertahan sokongan)," kata pengarah pilihan raya PKR Saribas Abang Kassim Abang Bujang.

Menurutnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar dijadual berada di Saribas untuk berkempen di saat-saat akhir.

Setakat ini, Abang Kassim menambah, PKR berada hanya sedikit di depan dengan kedudukan 51-49.



Sumber: Malaysiakini

PAS solat hajat seluruh negara malam ini

Posted: 14 Apr 2011 01:30 AM PDT

PAS mengarahkan semua ahlinya di seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, laporHarakadaily.

pas muktamar 130610 idris ahmad
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu jalan yang terbaik supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon dan petugas mereka di negeri itu.

"Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Alhamdulillah, petugas PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak," katanya.

Sebelum ini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Hadi Awang telah mengarahkan semua ahli supaya menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.

Idris dalam kenyataannya berkata semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.

"Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya," tulisnya.


Sumber: Malaysiakini

BN jadikan Baru modal propaganda

Posted: 14 Apr 2011 01:25 AM PDT

Sentimen anti Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Baru Bian sebagai ketua menteri menjadi antara modal terakhir BN bagi menawan hati pengundi Bumi Kenyalang.

Anwar Ibrahim arriving to open Sarawak PKR convention in Batu Kawah, near Kuching. Left is Sarawak PKR chief Baru Bian
Selepas beberapa hari memainkan sentimen Pakatan Rakyat sebagai "parti semenanjung", BN menggunakan media tempatan bagi mengiklankan 'propaganda' mereka, antaranya melalui Utusan Sawarak.

"Jom ubah? Baru Bian jadi ketua. Sik nyesalkah kita kelak! (Tidak menyesalkan kita nanti!)," iklan muka depan dalam akhbar yang popular bagi masyarakat Melayu, Melanau dan Iban itu dipetik.

Pendekatan itu merupakan yang pertama dibuat secara terbuka di dada akhbar selepas sembilan hari tempoh berkempen. Malah, tidak seperti PKR, ceramah dan kempen BN belum dikesan dan dilaporkan memainkan isu itu.

NONE
Bagaimanapun, satu lagi akhbar tempatan Utusan Borneo – pesaing utama Utusan Sarawak – tidak memuatkan iklan itu, sebaliknya memberikan satu muka penuh tentang manifesto BN dan pencapaian gabungan 14 parti komponen itu.

Utusan Sarawak juga mengambil pendekatan 'pelik' apabila memuatkan analisis berhubung masa depan Baru di Sarawak dan surat pembaca menyentuh kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di muka depan.

Kebiasaan akhbar di Malaysia meletakkan ruangan itu di muka surat dalam sahaja ekoran muka depan dianggap terlalu 'mahal'.


'Kau punya CM jaga betul hak kamu'

Artikel berjudul "Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak" mempertikaikan sejauh mana perkara itu akan menjadi realiti berdasarkan rekod PKR "tidak mengotakan janji", antaranya melalui idea pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008.

NONE
Manakala surat pembaca daripada Jitam Antin pula memetik pandangan seorang penduduk Sabah bahawa rakyat Sarawak beruntung memiliki ketua menteri sedia ada.

"Kau punya CM(ketua menteri) jaga betul-betul hak kamu orang Sarawak. Kami di Sabah berlawan sesama sendiri sekarang hilang semuanya. Semuadecision (keputusan) kena refer (rujuk) pergi KL saja," demikian menurut tulisan itu.

Sebelum ini, Pemuda PKR mendakwa isu itu hanya dimainkan di beberapa kawasan majoriti Melayu dan Melanau bagi menakut-nakutkan pengundi di kawasan itu. Bagaimanapun, hanya pengedaran poster Baru Bian dikesan.

NONE
Abdul Taib yang mentadbir Sarawak selama 30 tahun merupakan seorang Melayu/Melanau – antara kelompok minoriti berbanding masyarakat Dayak di negeri itu.

Di pihak PKR pula, isu Baru sebagai bakal ketua menteri memang dijadikan modal kempen mereka, terutamanya di kawasan majoriti Iban.

Cina hilang jawatan penting

Justeru, pendekatan BN hari ini dilihat ditujukan kepada masyarakat Melayu dan Melanau bagi mengekalkan sokongan kelompok itu yang dianggap tidak berganjak padanya.

NONE
Bacaan terkini menunjukkan undi Cina sudah 70 peratus memihak kepada Pakatan manakala undi Iban pula mulai 'goyang' dan berpotensi berubah.

Sementara itu, isu Pakatan sebagai parti semenanjung dan "orang luar" - yang dihangatkan oleh pemimpin penting BN dalam beberapa hari kebelakangan ini - diteruskan di dada-dada akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.

Iklan yang juga di halaman depan itu berbunyi: "CHANGE??? We may 'fight' among ourselves. But together we fight outsiders! And together we protect Sarawak's interest. Vote for state BN by truly Sarawakians."

NONE
(Bermaksud: Perubahan? Kita mungkin 'berjuang' sesama sendiri. Tetapi akan bersama-sama menentang pihak luar. Dan bersatu mempertahankan kepentingan Sarawak. Undilah BN negeri, daripada anak jati Sarawak.)

Manakala ikhlan di akhbar-akhbar Cina pula dilaporkan memberi amaran, sekiranya SUPP tewas teruk, masyarakat itu akan hilang jawatan ketua menteri, menteri dan semua timbalan menteri serta kuasa melantik ketua masyarakat dan datuk bandar di Kuhcing dan Miri.

"Masyarakat Cina akan diketepikan dalam arena politik dan sosial," iklan itu dipetik.


Sumber: Malaysiakini

Dr M ingatkan Taib: Belajar daripada sejarah

Posted: 14 Apr 2011 01:20 AM PDT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 speaking
Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi," katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

NONE
Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.


Sumber: Malaysiakini

DAP tunjuk klip video dakwaan beli undi pos

Posted: 14 Apr 2011 01:15 AM PDT

DAP hari ini mendedahkan dakwaan pembelian undi pos dengan menayangkan klip video yang dirakamkan oleh seorang ejen mengundi DAP, dan mengenalpasti lelaki yang terlibat.

NONE
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sibu, calon DAP DUN Bukit
Assek, Wong Ho Leng mendakwa lelaki dalam klip video itu ialah satu pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Sibu (SMC), bernama Wong.

Ho Leng juga berkata empat orang wanita yang dirakam dalam video itu ialah guru yang ditugaskan sebagai petugas pilihan raya.

"Saya mahu presiden SMC, Tiong Thai; timbalan presiden, Daniel Ngien serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, mereka perlu menjelaskan mengapa seorang pegawai kesihatan boleh berada dalam kawasan larangan.

NONE
"Saya tahu ramai, ramai guru menjual undi mereka, mereka tidak
mengundi sendiri, tetapi mereka tak beran nak cakap mengenainya," tambahnya.

Klip video selama satu minit dan 32 saat itu, dirakamkan semalam antara jam 12 tengahari hingga 1 tengahari di Wisma Sanyan di kawasan anak tangga antara tingkat 21 dan 22 , tempat pengundi pos mengundi pada hari Rabu.



Sumber: Malaysiakini

Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat

Posted: 14 Apr 2011 01:10 AM PDT

Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

NONE
Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.

Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

NONE
Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

dap miri ceramah crowd big shot
Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

jalan-mendu-story-images
Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.


Sumber: malaysiakini

Utusan dan adab songsang cari kebenaran

Posted: 14 Apr 2011 01:05 AM PDT

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

NONEAdab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.

Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

azlanRuntuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

NONESetelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Rejam sampai mati

Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

NONESyor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang "amat rendah moralnya".

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.

Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang "rendah moralnya" mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

NONESebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang editor kanan beberapa media harus perdana sebelum ini dan beliau kini melihat sesuatu berita daripada perspektif berbeza.


Sumber: Malaysiakini

Anwar bawa mesej 'Ubah' ke kawasan terpencil

Posted: 14 Apr 2011 01:00 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihan raya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat BN pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor TV Selangor.

sarawak election pkr ceramah sibu 120411 anwar 03Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pendalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.

Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung, Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabut ini.

"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.

Sambutan menggalakkan

Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.

Dalam ucapannya Anwar turut mengulas "perbalahan" antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala ketua menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.

Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut berbuat demikian.

NONE"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya perdana menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," katanya.

Pagi tadi, Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.

Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.

Anwar sempat mengunjungi pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat.

Ada yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama ketua pembangkang itu

Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.

"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pula jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan.

"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough (sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat," ," kata Anwar.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sarawak Election 2011: Come Home And Vote For Change

Posted: 14 Apr 2011 07:42 PM PDT

Kenyataan Surendran Berhubung Wawancara TV3 Bersama RPK

Posted: 14 Apr 2011 06:41 PM PDT

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan “disapu ke bawah Permaidani”. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N.Surendran
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 01:25 AM PDT

14 April 2011 (Khamis)

5.00 ptg – Pekan Sadong Jaya

6.00 ptg – Pekan Asajaya

7.30 malam – Serian Seafood Garden Restaurant, Bazar Serian

9-00 malam – BDC, Jalan Stampin, Kucing

10.30 malam – Bandar Baru Semariang Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, Kucing

Utusan Dan Adab Songsang Cari Kebenaran

Posted: 13 Apr 2011 09:06 PM PDT

Dari Malaysiakini

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.
Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Rejam sampai mati

Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

Syor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang "amat rendah moralnya".

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.

Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang "rendah moralnya" mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

Sebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.