Selasa, 1 Mac 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Media ramal DUN Sarawak dibubar 19 Mac, undi 9 April

Posted: 01 Mar 2011 10:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 2 Mac — Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.

Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, "sebarang tarikh sebelum Julai mungkin."

"Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN "sudah bersedia untuk bertarung."

"Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia," katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

"Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan," katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

"Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan," katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

"Sudah... sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.


Sumber: The Malaysian Insider

Tipu: Bukti Umno jadi kuda tunggangan MCA

Posted: 01 Mar 2011 10:51 PM PST


KUALA LUMPUR, 2 Mac: Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.

"Dakwaan ke atas (Tan Sri) Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas (Tun) Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?

"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.

Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.

"Dalam kes Kong Choy, nampak lebih jelas lagi trend terkini Umno yang menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) atas semua kelemahan parti itu.

"Asal ada kelemahan dan kesalahan Umno, Abdullah dipersalahkan.

"Memang benar Abdullah Perdana Menteri ketika Kong Choy didakwa menipu. Tetapi Najib sebagai timbalannya ketika itu dan para menteri Umno lain buat apa?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Kalau Najib dan para menteri Umno lain menyatakan mereka tidak tahu Abdullah ditipu, mereka tidak bertanggungjawab kerana membiarkan Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bertindak sesuka hatinya, kata Mahfuz.

Kalau mereka tahu dan membiarkan Abdullah ditipu, katanya lagi, mereka sebenarnya bersyubhat melakukan penipuan.

"Yang jelas, sama ada yang menipu atau ditipu, kedua-kedua pihak tidak layak memerintah negara ini. Yang menipu jahat dan yang kena tipu pula bodoh dan jahat.

"Yang ditipu juga jahat kerana tetap gila kuasa walaupun bodoh dan mudah ditipu," kata Mahfuz.

Ketika rakyat di negara-negara lain bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka, beliau menyifatkan amat malang bagi negara ini jika rakyat terus membiarkan orang-orang jahat dan bodoh menjadi pemerintah.

Isnin lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.


Sumber: Harakah Daily

Ahli Umno sertai PAS selepas Najib datang

Posted: 01 Mar 2011 10:41 PM PST


TEMERLOH: 2 Mac: Tanah rancangan Felda yang disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai kubu kuat mereka di Kerdau akhirnya berjaya ditembusi oleh PAS setelah kempen pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau memasuki hari ketiga.

Semalam, seramai 12 ahli Umno dari Felda Jengka 25 bertindak keluar parti untuk menyertai PAS.

Lebih menarik, tindakan ahli-ahli Umno termasuk bekas Ketua Cawangan Umno Felda Jengka 25 itu menyertai PAS dibuat selepas dua hari Perdana Menteri mengadakan lawatan ke situ dengan mengumumkan projek pembangunan berjumlah jutaan ringgit.

Ahli-ahli Umno itu dikatakan kecewa dengan Najib ketika berkunjung ke Jengka yang disifatkan tidak serius mahu membantu masyarakat peneroka.

Satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan sempena kemasukan tersebut di rumah bekas Ketua Cawangan Umno itu sendiri, Muzammil Alif yang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muzammil merupakan pengasas Umno di Jengka 25 dan menjawat jawatan ketua cawangan di situ selama 15 tahun. Beliau juga merupakan pembantu kepada bekas Adun Sanggang, Allahyarham Datuk Abdullah Kia.

Perkembangan tersebut dianggap satu kejayaan besar pada PAS ekoran Jengka 25 sebelum ini merupakan rancangan Felda paling sukar ditembusi oleh PAS dalam DUN)Kerdau berbanding Felda Jengka 22 dan jengka 23 yang turut terletak dalam Dun tersebut.

"Ini satu tamparan hebat kepada Umno dan Najib yang baru sahaja datang ke Jengka 25, Kami harap penyertaan mereka akan mengukuhkan lagi perjuangan PAS di situ," kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media pagi tadi.

Di Kerdau, peti undi Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menjadi tumpuan kepada PAS dan Umno yang bertanding dalam PRK di situ berikutan ketiga-tiga peti undi itu mewakili sebahagian besar dari seluruh pengundi di Kerdau yang berjumlah 8,451 orang.

Sepanjang PRK ini, Umno dikatakan mengawal dengan ketat para pengundi di ketiga-tiga tanah rancangan Felda itu daripada ditemui para perayu undi PAS termasuk meletakkan seorang pengurus Felda di setiap blok rumah peneroka untuk memantau perkembangan setiap masa.


Sumber: Harakah Daily

1Israel, 1Malaysia kebetulan, sindir Anwar

Posted: 01 Mar 2011 10:39 PM PST

JASIN, 2 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.


Sumber: Harakah Daily


Umno: Untuk rakyat membazir, perut sendiri OK

Posted: 01 Mar 2011 10:25 PM PST


KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menafikan menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk Pilihan raya Kecil Kerdau pada 26 Februari lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tuduhan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkara itu sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

"Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti (PAS, PKR dan DAP) supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja," jelasnya.

Tambahnya, tuduhan Naib Presiden Umno itu membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Jelasnya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul.

"Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno," katanya.

Katanya, kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan Umno.

Mereka, ujarnya menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.

Menurutnya lagi, tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini.

"Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju.

"Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka," katanya lagi.

Justeru, PAS ingin mengingatkan Zahid sebelum membuat tuduhan hendaklah menyelidik dahulu.

"Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau," ujarnya.


Sumber: Harakah Daily

Umno-BN Bawa Masuk Pengundi Pos Besar-Besaran Di Perak

Posted: 01 Mar 2011 10:21 PM PST

cmk

YB Chan Ming Kai, Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN UMNO di Perak pada tahun 2010 dalam Sidang Media Mingguan parti pada 1 Mac 2011.

Contohnya, di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

YB Ming Kai juga menjangkakan UMNO akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sg. Rapat.

Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos.

YB Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

UNDI POS MASUK KELUAR DI PERAK 2010

CONTOH KAWASAN DUN

DUN MASUK KELUAR

PANGKOR +5669 -368

KAMUNTING +1102 -146

TEMENGGOR +690 -38

PENGKALAN HULU +506 -117

CHENDERIANG +255 -31

SUNGAI RAPAT +248 -31


Sumber: Suara Keadilan

Merlimau terus dicemari angkara khianat

Posted: 01 Mar 2011 10:20 PM PST

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONE
Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

NONE
Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONE
Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

NONE
Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.


Sumber: Malaysiakini

PAS dakwa Felda Plantation organisasi haram

Posted: 01 Mar 2011 10:18 PM PST

Penampilan pertama kali NGO PAS dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau - Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - menggemparkan apabila mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

damansara memo to kpm 210206 mazlan aliman
Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, perkara itu disebut dalam Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1).

"Adakah perdana menteri membaca hansard parlimen bertarikh 27 April 1960 dan apa isi ucapan bapa beliau ketika membentangkan penggubalan Akta GSA 1960?

"Adakah perdana menteri tahu bahawa Felda Plantation adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA yang mana status pemilikan hanya (untuk) individu (seksyen 7(2)) dan koperasi (seksyen 11(1) sahaja?" katanya.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor membuat dakwaan itu dalam sidang media harian PAS di markas induk parti itu di Kerdau pagi ini.


Sumber: Malaysiakini

Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN

Posted: 01 Mar 2011 10:13 PM PST

Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

NONE
"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orangMelayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin.

Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

NONE
Manakala bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad - ketika berkempen di Permatang Pasir pada hari Isnin - pula berpesan: "Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali."

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik," kata beliau yang juga pengerusi Felda.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

NONE
Manakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.


Sumber: Malaysiakini

Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri

Posted: 01 Mar 2011 10:09 PM PST

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

kamaruddin jaafar kamaruddin jaffar
Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan."

NONE
Chan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.


Sumber: Malaysiakini

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Lebih 300 Hadiri Program Penempatan Pekerjaan di DUN Sri Andalas

Posted: 28 Feb 2011 12:40 AM PST

Sentosa, 27 Februari 2011 - Lebih 300 orang dari sekitar DUN Sri Andalas telah menghadiri program penempatan pekerjaan yang diuruskan oleh The Malaysian Hindu Sangam.

Pada hari tersebut sebanyak 7 buah syarikat daripada pelbagai sektor industri mengambil bahagian menawarkan pekerjaan kepada para hadirin.

Orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat pekerjaan daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian serta ditemuduga pada program yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang. 

YB Dr Xavier Jayakumar berharap lebih banyak program seperti ini dapat diadakan bagi membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.










Dr Xavier Tegaskan Kepentingan Mammogram, 42 Wanita dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan

Posted: 27 Feb 2011 11:15 PM PST

Klang, 27 Februari 2011 Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sangat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat di negeri ini. Staitstik menunjukkan bahawa wanita berumur 35 tahun ke atas  berisiko untuk mendapat penyakit kanser payudara. Kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram bagi wanita pada masa kini amat tinggi, manakala perkhidmatan pemeriksaan tersebut di hospital-hospital kerajaan juga adalah amat terhad.

Mamogram ialah pemiriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Di DUN Sri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar sangat bimbang kerana ramai wanita tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan mammogram. YB Dr Xavier menegaskan kepentingan wanita berusia 35 tahun keatas untuk menjalani pemeriksaan ini.

Menyedari kepentingan pemeriksaan mammogram, DUN Sri Andalas telah memulakan sesi pertama pemeriksaan pada 27 Disember 2010. Pada sesi tersebut, seramai 36 orang wanita telah dibawa dengan bas ke Forest Medical Group Hospital di Kepong yang dikoordinasi oleh Puan Devi. Lapan daripada mereka kemudiannya dipanggil semula untuk menjalani ultra-sound pada 2 Februari 2011 dan daripada lapan yang pergi, seorang kini menjalani rawatan. Puan Irusamah a/p Marimuthu sangat bersyukur kerana telah didiagnos awal dan berterima kasih kepada Dr Xavier dan Kerajaan Negeri Selangor. 


Sesi kedua kemudiannya telah pergi mendapatkan pemeriksaan pada 27 Januari yang lepas.

Pada hari ini, seramai 42 orang wanita menjalani pemeriksaaan. Perjumpaan telah dibuat pada pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran di pejabat DUN Sri Andalas dan Dr Xavier sempat hadir mengikuti perkembangan sebelum kesemua peserta bertolak. 

Pada sesi kali ini En Tamilmaran (016-2008737) adalah koordinator dan Puan Vickneswary dan Puan Liza bertindak memimpini para peserta. Makanan tengahari turut diberi dan bas kemudiannya membawa pulang kesemua peserta pada pukul 2.30 petang.






Program Bantuan Yuran Bas Sekolah dan Pemberian Basikal DUN Sri Andalas

Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST

Sentosa, 27 Februari 2011 - Seramai sepuluh orang pelajar berbilang bangsa telah menerima bantuan basikal bagi memudahkan mereka ke sekolah.

Pada program tersebut, pemberian basikal telah diserahkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di Dewan MPK Sentosa, Klang.

Di DUN Sri Andalas sejak awal tahun ini, peruntukkan telah dibuat bagi membiayai 61 orang pelajar dari keluarga miskin, 31 daripadanya dari keluarga ibu tunggal manakala 10 yang lainnya dari keluarga ibubapa yang mengalami masalah kesihatan.

Bagi setiap keluarga ini, ada anak-anak yang menerima pembiayaan yuran bas sekolah manakala anak-anak yang lebih dewasa dan belajar di sekolah menengah diberikan basikal. 


Dengan lebih RM38,000 diperuntukkan setiap tahun di DUN Sri Andalas untuk pembiayaan yuran bas sekolah dan pemberian basikal, Dr Xavier berharap beban kos yang ditanggung oleh keluarga miskin dan kurang mampu dapat dikurangkan.





Melawat Pasar Pagi Penghulu Abu Bakar, Jalan Sungai Jati

Posted: 27 Feb 2011 10:00 PM PST

Klang, 26 Februari 2011 - Seperti kebiasaannya, pagi hari Sabtu merupakan masa YB Dr Xavier Jayakumar turun padang melawat sekitar DUN Sri Andalas sambil bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang ramai.

Pada pagi ini, YB Dr Xavier melawat pasar pagi Penghulu Abu Bakar di Jalan Sungai Jati, Klang. Turut bersama-sama beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang, PS Rajoo dan dari PAS Kota Raja, Encik Azmi. 

Lawatan seperti ini memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berjumpa YB Dr Xavier di pejabat untuk menceritakan masalah dan mendapatkan pandangan serta bantuan. Orang ramai turut diedarkan borang dan pamplet mengenai Skim TAWAS dan MUES oleh Encik PS Rajoo serta petugas-petugasnya.

Dalam pada beramah mesra bersama orang ramai, Dr Xavier turut menyerah dan mengedarkan akhbar Selangor Kini dan Selangor Times yang merupakan sumber maklumat sebenar tentang program-program yang dijalankan di sekitar negeri Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.