Khamis, 3 Februari 2011

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir

Posted: 03 Feb 2011 06:31 AM PST

Posted: 03 Feb 2011 06:01 AM PST

21 NGO menolak sekatan internet

Posted: 03 Feb 2011 05:08 AM PST

Takut apa dituduh derhaka?

Posted: 03 Feb 2011 04:57 AM PST

Pakatan hancur jika Anwar terus lindungi Azmin, dakwa Gobala

Posted: 02 Feb 2011 07:23 PM PST

Tun Mahathir sudah 'Mudah lupa'

Posted: 02 Feb 2011 07:17 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Muhyiddin Gagal Lagi sebagai Menteri Pelajaran

Posted: 02 Feb 2011 05:50 PM PST


SAYA adalah bapa kepada seorang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Kayaman, Perlis. Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan kecewa kerana projek tambahan bangunan empat tingkat sekolah itu yang telah terbengkalai sejak tahun 2010 tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib. Projek itu sepatutunya siap pada Mac 2010.

Kisah sebelum ini Muhyiddin Gagal Selesai Isu Sekolah Tumpang di http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html dan Silap Cetak Buku Teks di http://amkns.blogspot.com/2011/01/kementerian-muhyiddin-buat-silap-lagi.html

Projek SK Dato' Kayaman dibiar terbengkalai
Utusan Malaysia 3 Feb 2011


KEADAAN bangunan tambahan SK Dato' Kayaman yang masih terbengkalai pembinannya sehingga kini.
----------------------------------------------

SAYA adalah bapa kepada seorang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Kayaman, Perlis. Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan kecewa kerana projek tambahan bangunan empat tingkat sekolah itu yang telah terbengkalai sejak tahun 2010 tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib. Projek itu sepatutunya siap pada Mac 2010.

Saya tidak pasti apakah masalah yang timbul disebabkan oleh pemilihan pemaju yang tidak dilakukan dengan betul atau pemaju bermasalah. Kalau tidak cukup peruntukan, mustahil projek yang sama boleh diteruskan di tempat lain. Anak-anak kami sudah lebih setahun berada dalam keadaan yang kurang selesa, begitu juga nasib guru-guru.

Banyak bilik khas telah dirobohkan seperti bilik guru, bilik sains, serta beberapa buah bilik darjah untuk membina bangunan baru yang lebih selesa. Namun semuanya bagaikan sebuah mimpi.

Bangunan tambahan yang diharapkan dapat memberi semangat dan sinar baru, dengan siap menurut jadual, kini bagaikan 'gajah putih' yang menyakitkan mata memandang.

Keadaan prasarana sekolah yang tidak selesa dan ruang yang telah mengecil banyak mengundang masalah kepada pengajaran dan pembelajaran serta masalah keselamatan kepada murid dan guru.

Konsep 'Sekolah Selamat' yang sering dilaungkan oleh pihak kementerian rasanya tidak mencapai objektifnya. Anak saya memberitahu, guru-guru merungut mengenai keadaan semak dan ular yang sering muncul di tapak bangunan yang tidak siap.

Saya harap pihak Jabatan Pelajaran Perlis dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau mana-mana pihak yang rasa bertanggungjawab tolong bertindak segera dan turun padang untuk melihat masalah ini. Sampai bila hendak biarkan projek jutaan ringgit ini terbiar dan berlumut.

Jangan biarkan nasib generasi kita tergadai dengan masalah sebegini sedangkan anak-anak dan para guru perlukan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat serta masa depan yang lebih cemerlang.

WARIS PRIHATIN
Perlis
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Apa jadi Jawatankuasa Khas?
Utusan Malaysia 3 Feb 2011

TELAH hampir setahun penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira buat seluruh guru. Namun sehingga kini para guru masih menanti dengan penuh debaran kerana tiada sebarang perkembangan berkaitan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut.

Apa yang para guru ingin tahu ialah apakah metadologi kajian yang akan atau telah digunakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut? Sekiranya melalui kaji selidik, mengapa tiada sebarang borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru? Sekiranya metadologi temubual digunakan, bilakah masanya para guru akan diberi peluang menyatakan masalah mereka?

Atau sekiranya kajian dilakukan menggunakan teknologi terkini, apakah nombor telefon khas atau emel jawatankuasa khas tersebut yang boleh para guru hubungi. Atau adakah jawatankuasa khas tersebut akan menggunakan teknologi paling terkini iaitu kaedah pemerhatian yang digabungkan dengan teknik remote control?

Namun sehingga kini nampaknya tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, sebaliknya yang timbul ialah 'lebih kerja' untuk guru.

Terbaharu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan yang sememangnya bertujuan murni bagi mencungkil potensi pelajar. Namun malangnya pihak pentadbiran sekolah yang mahu cepat menjadi pengetua atau guru besar cemerlang barangkali, terus cuba mengimplementasi 1Murid 1Sukan seolah-olah Sekolah Kebangsaan (SK) adalah sekolah sukan!

Tidak ada satu garis panduan khusus untuk melaksanakannya. Segalanya bergantung kepada pihak pentadbiran sekolah. Mungkin lebih wajar sekiranya waktu pembelajaran sedia ada pada hari-hari tertentu dianjalkan bagi memberi ruang kepada satu atau dua waktu program 1Murid 1Sukan. Malangnya kebanyakan sekolah mengambil tindakan yang paling popular iaitu guru-guru kena datang waktu petang untuk menjayakan 1Murid 1Sukan.

Para guru sebenarnya sudah tidak kisah untuk pulang lewat setiap petang kerana selepas bersukan dan berko-kurikulum dengan murid-murid sehingga lewat petang, guru-guru akan menjadi semakin cergas. Pada sebelah malamnya ramai guru merasa amat bertenaga untuk menyemak buku nota dan buku latihan pelajar.

Anak-anak pula, kebanyakan guru tidak mempunyai anak untuk dididik. Bagi guru yang mempunyai anak pula, anak mereka akan diserahkan pula kepada masyarakat setempat untuk dididik sebagai balasan guru mendidik anak masyarakat pada sebelah siangnya.

Guru-guru amat mengharapkan sesuatu yang positif daripada jawatankuasa khas tersebut agar permasalahan beban kerja guru dapat diselesaikan dan guru kembali menjadi pendidik yang sebenar-benarnya. Permasalahan ini seharusnya diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia membazirkan masa para guru dan merugikan pelajar.

Justeru para guru seluruh negara amat mengharapkan agar satu transformasi dalam profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah, Kedah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Jamuan bersama Dato Dr Haron Din 9 Mac 2011 Seremban

Posted: 02 Feb 2011 02:46 PM PST


MAJLIS MAKAN MALAM
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau
Bersama Dato Dr Haron Din
Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat : Seremban
Turut serta : YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Hj Mohamad Taufek & CheguBard
Kupon : RM50/org

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

Untuk Iklan dalam Buku Cenderamata sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com