Selasa, 25 Januari 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Kopi Panas Goreng Pisang

Posted: 25 Jan 2011 03:29 AM PST

Soi Lek Makin Melalut

DETIK demi detik sebelum tibanya 30 Januari Chua Soi Lek makin melalut dan mengarut. Apakah lalutan ini menunjukkan parti pimpinanya semakin dijauhi oleh masyarakat Cina dan dia sendiri semakin terdesak? Ada kemumgkinan!

Chua Soi Lek percaya dengan melalut dan menimbulkan hal-hal yang sudah jelas dan basi diperkatakan beliau yakin MCA akan kembali disokong oleh masyarakat Cina. Kalau tidak, dia tidak terus melalu dan cuba 'membakar' dirinya dengan kertas surat khabar.

Permerhatian Soi Lek dalam hal ini tidak jelas. Mata politiknya tidak setajam mata musang atau kelawar di malam hari. Beliau kabur dan gagal membaca selera orang Cina. Mungkin atas kegagalan itu maka semakin hari sokongan Cina kepada MCA semakin mengecil, sebaliknya sokongan kepada DAP semakin mengembang. Buktinya walaupun digugat dari belakang dan depan DAP bertambah mantap.

Untuk menjaga kuasa dan kekuatan parti, tidak salah bagi Soi Lek memikirkan apa saja strategi dan perang saraf. Beliau kena buktikan bahawa kepimpinanya dapat membawa perubahan dan menyakinkan orang Cina. Kalau tidak dia akan hanyut dua tahun lagi. Tetapi soalnya apakah tindakannya kini menimbulkan isu-isu lama, termausk terus menyentuh sensitiviti orang Melayu, MCA akan bangkit menjadi parti sekutu UBN yang kuat?

Terbaru Soi Lek mengatakan dia akan terus membangkitkan isu negara Islam Pas. Biarlah timbalan perdana menteri, Muhyiddin telah menasihtinya agar berhenti dari membangkitkan isu Islam, tetapi dia tidak peduli. Kedegilan Soi Lek menunjukkan kesamsengan politik beliau dalam MCA. Apakah itu satu percubaan atau hakikatnya orang Cina suka kepada redikal Cina?

Ada sebab kalau Muhyiddin meminta menghentikan Soi Lek berbuat demikian. Tindakan itu walaupun menyeronokkan orang Cina tetapi ia boleh mengecil hati orang Melayu dalam Umno dan orang Islam lain. Muhyiddin melihat tidak wajar kalau Soi Lek menimbulkan isu-isu soal agama yang mana ia sangat sentimental dan tidak menguntungkan Umno sendiri.

Apakah bila Soi Lek degil bermakna dia mempunyai politik tersembunyi. Ada rahsia bawah bantal. Beliau sengaja mahukan orang Melayu menjauhi Umno yang didampingi oleh pemimpin Cina sepertinya. Matlamatnya nanti ialah Umno kalah dan Pakatan Rakyat akan menang? Apakah begitu. Soi Lek merasakan harapan orang Cina ada melalui DAP? Begitukah. Kalau benar ini bermakna Soi Lek telah bermain 'kong kalikong' dengan Umno yang kini juga bergantung hayat dengan MCA.

Kalau dia ikhlas mahukan Umno menang dia akan berhenti memainkan isu Islam. Soi Lek tidak akan membangkitkan isu negara Islam dalam suasana seperti diTenang di mana lebih 40 peratus ada pengundi Melayu. Orang Melayu akan seronok dan terhibur dengan Pas kerana Pas ingin melaksana Islam, bukankah Islam itu agama orang Melayu? Hanya Melayu yang murtad atau Melayu munafik saja tidak sukakah kepada Islam?

Saya katakan ini bila Soi Lek hendak membangkitkan agenda Islam Pas, dia tidak faham politik. Dia baru menemui politik. Kalau dia faham dia tidak akan mebangkitkan perkara itu. Soal isu negara Islam dalam Pas sudah khalas! Sudah banyak buku-buku mengenai Islam termasuk buku hudud dihapuskan atau pun disimpan oleh Pas sendiri.

Apakah perkembangan ini tidak diikuti dengan baik oleh Soi Lek atau beliau sengaja sebenarnya? Semua orang memerlukan teropong berkuasa tinggi untuk meningitai apa yang ada di hari Soi Lek. [ttdi.3:00 pm 25/01/11]

Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/

PERATUSAN KEMAJUAN KEMPEN DI TENANG

Posted: 25 Jan 2011 02:59 AM PST

Salam

Kecenderungan dan Minat Rakyat
PAS/PR 63% BN/UMNO 37%

Penerangan dan kesahihan berita penerangan
PAS/PR 73% BN/UMNO 27%

Popularity calon
PAS/PR 87% BN/UMNO 13%

Semangat dan kelincahan calon
PAS/PR 71% BN/UMNO 29%

Kebersihan Minda calon
PAS/PR 69% BN/UMNO 31%

Kelancaran bertutur
PAS/PR 70% BN/UMNO 30%

Mesra Rakyat
PAS/PR 78% BN/UMNO 22%


Itu kajian yang baru Pak Karamu terima hasil kaji selidik dari seorang pensyarah pusat pengajian tinggi, namun apa juga keputusan setakat ini maka PAS/PR akan memenagi pilihanraya kecil kali imi, apa yang ditakuti ialah disa'at akhir pada malam mengundi, andainya ada taburan ehsan (rasuah) maka keputusan mungkin berubah

Sumber: http://abnnasution.blogspot.com/

Analisis Malaysiakini: Pusingan dua - BN jaring gol sendiri, PAS jerit goooooool!

Posted: 24 Jan 2011 09:17 PM PST

Pertembungan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang umpama perlawanan 'Merseyside Derby' antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Barnabeau, Madrid, Sepanyol untuk perlawanan penentuan kejuaraan La Liga. Bagi peminat setia kedua-dua pasukan itu, pertemuan itu adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia pasukan, apatah lagi Real Madrid bermain di hadapan penyokong sendiri, ulas Abdul Rahim Sabri dari Malaysiakini.

Kedua-dua pasukan membarisi kesebelasan utama yang mantap dari bintang-bintang handalan dari segenap posisi sama ada serangan, tengah dan pertahanan serta penjaga gol bertaraf dunia.Bagi Real Madrid, siapa yang tidak kenal seperti Higuan, Karim Benzema, Christiano Ronaldo, Gucci sehingga Iker Casillas. Manakala bagi Barcelona mereka menurunkan bintang seperti David Villa, Lionel Messi, Xavi Henandez, Carlos Puyol sehingga Victor Valdez.

Maka BN, diumpamakan Real Madrid yang turun dengan kesebelasan yang mantap, apatah mempunyai kelebihan bertarung mempertahankan di kubu kuat, Tenang. BN mempertaruhkan Mohd Azahar Ibrahim, seorang bekas penolong pegawai daerah dan bekas bendahari Pemuda Umno Labis. Manakala PAS diibaratkan Barcelona yang turun sebagai 'pasukan underdog' apatah lagi berdepan dengan ribuan penyokong lawan. Oleh itu PAS menobatkan bekas guru cemerlang dan ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat.

Kelebihan tuan rumah

Pada adat kata, selalunya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan, tetapi ia juga harus berwaspada dengan taktikal pihak lawan. Dengan mengetepikan andaian "bermain di atas padang tidak sama rata", pilihan raya kecil Tenang dilihat penting bagi kedua-dua parti khususnya kepada BN yang mahu mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak dahulu lagi.

Manakala PAS dan Pakatan Rakyat juga mahu memenangi kerusi berkenaan bagi menambah suara pembangkang di DUN Johor seterusnya membuktikan momentum 'tsunami politik' pilihan raya umum 2008 masih lagi kuat selepas menang sembilan daripada 13 pilihan raya kecil.

Jika begitu, umumnya dalam situasi sebegini, perlawanan antara BN dan PAS bukan pertembungan angka atau jumlah kemenangan, tetapi pertembungan strategi, taktikal dan corak permainan ketika berdepan dengan lawan masing-masing yang sama-sama handal. Dalam separuh masa pertama, serangan BN terhadap PAS - beberapa hari sebelum penamaan calon - melalui jentera bahagian sayap kanan, MCA yang cuba merobek-robek pertahanan PAS melalui satu serangan - isu negara Islam.

Malah serangan tersebut, mendapat turut mendapat 'restu' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan "ada baiknya" masyarakat Cina dingatkan dengan perkara tersebut kerana PAS tidak meminda perlembagaan mereka berhubung perkara tersebut.

PAS memintas

Bagaimanapun, serangan itu dapat dipatahkan setelah pertahanan PAS 'merapati' isu berkenaan dan berjaya 'memintasnya' dengan sekadar berkata "itu isu lama" yang dibangkitkan semula, bahkan ia tidak memberi kesan kepada pengundi terutama kaum Cina.

Penat dengan serangan yang tidak menjadi-jadi, BN menukar strategi dan taktikal dengan melancarkan serangan dari arah kiri melalui isu calon PAS - yang mesra dipanggil Cikgu Mala - melalui isu bahawa beliau enggan bersalaman dengan lelaki. Serangan itu juga dimulakan sekali lagi oleh Chua Soi Lek melalui 'satu hantaran lintang' ke sebelah kiri yang disambut oleh rakan lain - Gerakan.

Bagaimanapun, PAS berjaya mematahkan serangan tersebut dengan 'bertahan' dan sekali sekala melancarkan serangan balas dengan berkata perkara tersebut adalah prisip agama dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam dengan lelaki. Mungkin strategi bertahan - buat masa ini - adalah yang terbaik di samping mungkin berbekal kata-kata azimat: "Istiqamah baru datangnya karamah".

Serangan yang bertali arus itu, gagal membuahkan hasil sehingga mendapat liputan meluasoleh media. Kebuntuan mencari gol, menyebabkan pengurus pasukan bangun dari tempat duduk bangku simpanan. Kehadiran Timbalan Muhyiddin Yassin dalam 'walkabout' semalam bertemu masyarakat dan pengundi di DUN Tenang yang mahu "taktik dan strategi" mengenai isu bersalam ini dihentikan.

Teguran Muhyiddin

Sebaliknya, beliau menegaskan masih terdapat perkara lain yang harus ditumpukan "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan" kepada rakyat. "BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu. Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Teguran itu dilihat bukan sahaja kepada MCA tetapi kepada kepada parti komponen yang berada dalam gabungan BN. Pemerhati politik melihat teguran Muhyiddin itu sebagai serangan dari PAS untuk mendapatkan gol di minit-minit akhir perlawanan separuh masa kedua. Teguran itu juga diumpamakan satu rembatan kencang 'ala Lionel Messi', melencong dan terkena pertahanan sendiri, lalu meniti masuk ke gawang sendiri.

Kedudukan berubah, 1 - 0, dan PAS menjerit "goool"! tanda kegirangan dengan jaringan itu kerana hasil bertahan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas berjaya membuahkan hasil, tanpa 'bekerja keras' - buat masa ini.

Rebut peluang

Persoalannya sekarang ialah, berpeluangkah BN bangkit dengan strategi, taktikal dan mengubah corak pemainan yang masuk kepada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan walaupun tempoh berkempen masih lagi berbaki lima hari lagi. Atau mampukah PAS menggunakan peluang ini sekadar bermain bertahan sehingga tamat perlawanan, walaupun barang diingat BN mampu membuat serangan balas dalam permainan berbaki lima minit - masa kecederaan.

Apa sahaja boleh berlaku dalam masa lima minit, seperti mana berlaku dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 antara Manchester United dan Bayern Munich. Bayern Munich mendahului hingga akhir perlawanan, tetapi akhirnya kecundang kepada Manchester setelah Teddy Sheringham dan Ole Gunaar Solksjear - masing-masing menjaringkan gol pada minit kecederaan.

Sumber: http://sanggahtoksago.blogspot.com/

PRK Tenang - Jangan Cari Video Ini Di RTM Atau TV3.. Mampus Tak Jumpa

Posted: 24 Jan 2011 08:45 PM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Posted: 24 Jan 2011 11:11 PM PST


          Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya menjuarai Badminton Terbuka Malaysia 2011 pada ahad.Semoga Datuk Lee Chong Wei terus menharumkan nama negara dengan kemenangan demi kemenangan.

         Pada perlawan akhir itu,Datuk Lee Chong Wei telah menundukkan Taufik Hidayat pemain dari Indonesia dengan  21-8,21-17.Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit sahaja untuk menundukkan Taufik sebelum beliau dinobatkan Juara Terbuka Malaysia buat kali ke-7.