Rabu, 30 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pertembungan Warga Felda dengan Najib-Isa Samad

Posted: 30 Nov 2011 07:40 PM PST

Tidak dapat dibendung lagi pertembungan secara besar-besaran sedang berlaku diantara Warga Felda dan bos-bos politik mereka, Najib-Isa Samad.

Sejak Isa Samad dilantik Pengerusi Felda, beliau telah merancang tindakan-tindakan yang memanggil sengketa dengan Warga Pentadbiran Felda. Semasa Pengerusi KPF berada di Mekah, Isa Samad telah menggulingkan pengerusi itu dengan diri beliau sendiri menjadi Pengerusi KPF yang baru walaupun tidak sah dari sudut undang-undang dan beliau sendiri bukan seorang ahli KPF yang sah yang sah.

Usaha Isa Samad untuk menyenaraikan Felda Global Ventures, sebuah anak syarikat Felda yang menanggung kerugian besar didalam pelabaruan luar Negara, menempah kerugian besar kepada Warga Felda samada kepada Peneroka-Peneroka, Kakitangan Felda dan kepada Felda secara keseluruhannya.

Warga Felda yang terdiri daripada peneroka-peneroka dan kakitangan Felda bangkit menentang Isa Samad.

Terbaru adalah penentangan yang diajukan oleh Ketua-Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang memberikan katadua kepada Dato Seri Najib Tun Razak samada mengekalkan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda atau berhadapan dengan peneroka-peneroka Felda didalam PRU-13.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Sdr Mazlan Aliman telah memimpin Jawatankuasanya dengan membuat laporan Polis terhadap Isa Samad supaya Isa disiasat kerana mengeluarkan kata-kata biadab terhadap Sdr Shamsudin Othman, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan.

Tidak pernah berlaku sebelum ini suatu pertembungan diantara Ketua-Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dengan bos-bos politik mereka kerana mereka adalah juga tenaga yang menghidupkan sokongan peneroka-peneroka Felda menyokong UMNO. Bahagiana wanita dari kumpulan mereka yang dikenali sebagai GPW berdiri teguh dibelakang Sdr Shamsudin Othman yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak Sham ddidalam seruan kepada Najib Tun Razak supaya Isa Samad dikeluarkan dari menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF dan jika Isa Samad dikekalkan, maka signal yang mereka sampaikan bahawa Najib dan UMNO tidak lagi memerlukan sokongan dari masyarakat peneroka Felda.

Presiden ANAK, Sdr Mazlan Aliman dan saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR telah mengadakan pertembuan ringkas semasa berada di pentas ceramah yang sama di Felda Pasir Raja pada 29hb November 2011 dan membuat keputusan bahawa kedua-dua organisasi itu sanggup memberikan laluan kepada Shamsudin Othman untuk bertanding didalam Pilihanraya akan datang untuk membuktikan bahawa PKR dan PAS menyokong pendirian yang diambil oleh Ketua-Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan GPW yang dipimpin oleh Sdr Shamsudin Othman.

Sementara itu Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan membukukan didalam Buku Kecil JANJI PALONG untuk diedarkan kepada seluruh masyarakat peneroka dan generasi baru Felda diseluruh Negara.

Kongres Nasional Bergambar - 25.11.11 - 27.11.11

Posted: 30 Nov 2011 03:43 PM PST



























































Diukirkan secara bergambar peristiwa-peristiwa semasa berlangsungnya Kongres Tahunan KEADILAN di Pulai Spring, Johor dari 25hb November 2011 hingga 27hb November 2011.

Ukiran ini adalah dari kacamata kamera yang ada ditangan Kak Hendon (Hendon Jaafar), perwakilan dari Kuala Krau, dan sudah tentu sudut yang diambilnya banyak tertumpu kepada kegiatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi menghidupkan suasana sekitar Kongres.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal mempunyai kounternya sendiri di tempat pendaftaran untuk perwakilan dan pemerhati.

Pemimpin-pemimpin Pusat, Negeri dan Cabang mendatangi kounter ini dan setiap yang melawati kounter Biro ini akan dibekal dengan dua dokumen iaitu Janji Palong dan Penyenaraian Felda Global Ventures.

Wakil-wakil dari Cabang-Cabang khususnya dari Cabang-Cabang yang mempunyai Rancangan-Rancangan Felda seperti Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Perak dan lain-lain mengambil didalam jumlah naskhah yang banyak untuk mereka buat edaran di kawasan masing-masing.

Bertugas di kounter Biro ini adalah semua Jawatankuasa Biro ini secara bergilir-gilir, dan waktu yang paling meriah adalah apabila Man Kadir (Pak Jabit) kerana semua perwakilan dan pemerhati meminati dengan kelakar dan telatah beliau apatah lagi kerana mereka mengenali Pak Jabit sebagai pelakon.

Sdr Rebin Birham, Sdr Wak Rabidin, Sdr Rosni, Sdr Hamsi, Sdr Roslan, Sdr Zabidie, Sdr Haji Baharudin, Sdr Yusof dan lain-lain Anggota Jawatankuasa Biro mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada setiap yang melawati kounter itu perjuangan Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Saya cukup gembira dengan sikap kebertanggungjawaban daripada setiap Jawatankuasa Biro.

Pada 26hb November 2011 Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan Sidang Media dihadapan media dalam dan luar Negara. Anggota Jawatankuasa Biro dengan ditemani oleh Sdr Dato Chua Jui Meng, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor merangkap Naib Presiden PKR Pusat dan Sdr Rafizi Ramli.

Diakhir sidang media itu, seramai 170 orang peneroka-peneroka daripada Kemahang Barat dan Kemahang Timur menyerahkan Borang Warant to Act kepada Sdr T. Kumar selaku Peguam dan Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal menandakan bahawa mereka akan menyaman Felda kerana sekian lama peratusan perahan KPG buah sawit mereka telah dimanipulasi oleh Felda menyebabkan kerugian yang begitu besar kepada pendapatan mereka.

Sdr Bob Manolan, seorang lagi Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah diberikan kesempatan berucap dan beliau telah menggunakan kesempatan itu bagi mendedahkan isu yang dihadapi oleh Orang Asal berhubung dengan tanah mereka.

Seorang lagi Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal iaitu Puan Siti Khalijah binti Haji Mohamad yang dijadualkan berucap di Kongres tidak dapat menghadiri Kongres kerana dimasukkan ke Hospital kerana keracunan makanan, dan kami Jawatankuasa Biro sempat menziarahi beliau apabila dikeluarkan dari Hospital pada 27hb November 2011 di kediamannya di Taman Rinting. Keadaannya semasa itu masih lagi tidak stabil, beliau masih tidak dapat bercakap dan tidak menyentuh apa-apa makanan.

Semalam saya mendapat berita dari beliau bahawa beliau sudah boleh bangun tetapi masih tidak boleh menyentuh sebarang makanan. Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal mendoakan agar beliau sembuh segera dan dapat kembali bersama-sama Biro bagi menjalankan tugas yang menanti di Rancangan-Rancangan Felda.

Selepas Kongres, saya kekal di Negeri Johor hingga 30hb November 2011 kerana menyempurnakan jadual ceramah dan dialog yang telah diaturkan di Felda Sg Sibol, Felda Pasir Raja dan Felda Kemahang 3, dan akan turun semula ke Negeri Johor pada 8hb Disember dan 12hb dan 13hb Disember bersama-sama dengan JK Biro bagi membantu kawasan-kawasan kritikal didalam Rancangan-Rancangan Felda.

Saya dan Kak Hendon kembali ke Temerloh minggalkan Kulai jam lebihkurang 4.00 petang dan sampai di rumah jam lebihkurang 11.30 malam.