Pengikut

Nuffnang

Ahad, 28 November 2010

Zulkifli Noordin

0 ulasan
sumber :-

Zulkifli Noordin


AL QURAN DIPUTAR?

Posted: 28 Nov 2010 08:36 PM PST


(Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal-Ali Imran 190)

Salam 2 all.

Seorang pembahas berbangsa India (dan bergama Hindu mungkin) bernama K.Subramaniam mewakili Angkatan Muda Keadilan semasa berbahas telah membaca makna Ayat 190-191 Surah Ali Imran saperti berikut:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Sememangnya ucapan beliau itu tidak sepenuhnya mengikut terjemahan sebenar Surah Ali Imran 190-191 yang berbunyi saperti berikut:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".

Sebenarnya saya tidak nampak dimana silapnya ucapan K.Subramaniam itu. Malahan pada saya, apa yang beliau kupas itu ada kebenarannya, iaitu ayat tersebut mengajar manusia agar minda kita diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.

Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah menasihatkan K. Subramaniam dan yang masih taksub mengikut Anwar Ibrahim bahawa beliau sepatutnya menggunakan akalnya untuk berfikir bahawa "adakah Anwar benar-benar melakarkan budaya sihat yang tidak songsang atau diluar tabi'i dan tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!?

Pertanyaan yang ingin saya lontarkan kepada Saudara K.Subramaniam ialah, apakah seorang yang sanggup menggadai nama Tuhannya sendiri untuk kepentingan politik, yang sedang berhadapan dengan pertuduhan meliwat Saiful Bukhori seorang kakitangan dia sendiri, dengan dua bekas kakitangannya sendiri Rahimi dan Rasid membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat surat akuan palsu untuk pembelaan Anwar dalam kes liwatnya; tidakkah Anwar sedang melakarkan satu budaya tidak sihat lagi songsang dan diluar tibi'i, dan cara kehidupan yang menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Sebab itu saudara K.Subramaniam, peringatan ALLAH didalam Al Quran didalam surah Ali ayat 190-191 yang saudara rujuk itu sangat relevan untuk mengingatkan saudara supaya menggunakan akal untuk berfikir. Malahan saya beranggapan saudara K. Subramaniam adalah manusia terpilih kerana ALLAH memilih saudara seorang kafir untuk mengingatkan diri saudara dan bangsa Melayu beragama Islam didepan saudara itu supaya menggunakan akal yang diberi untuk melihat dengan jelas bahawa selagi saudara dan rakan-rakan taksub mengikut Anwar, selagi itu saudara sedang menghina akal fikiran yang ALLAH anugerahkan kepada saudara!!

Sebab itu saya menasihatkan saudara K. Subramaniam, bersyukurlah ALLAH masih mahu memberikan saudara peluang dan ruang untuk menggunakan akal saudara untuk mencari cahaya kebenaran. Kerana ada golongan yang walaupun kelihatan Islam tetapi ditutup akal fikiran mereka sehingga bukan sahaja mereka buta terhadap kemungkaran dihadapan mereka, malah mereka mereka menganggap kemungkaran itu sebagai "anugerah yang dihantar ALLAH kepada mereka!!", na'uzubillah min zaaliq!

Sebagaimana kaum musyrik yang melihat awan hitam bergulung didatangkan ALLAH kepada mereka, mereka bersorak gembira menyangka ianya rahmat ALLAH, sedangkan itulah awan la'nat yang akhirnya memusnahkan mereka dan mencampakkan mereka ke azab ALLAH dineraka jahamanam abadan-abada!

Nasihat saya kepada saudara K. Subramaniam, janganlah ulangi kesilapan kaum terdahulu. Gunakanlah aqal yang diberi ALLAH kepada saudara. Kembalilah kepada kebenaran, kembalilah kepada ketuhanan sebenar. Sembahlah ALLAH yang satu, tinggalkan kemungkaran dan serulah manusia kepada kebaikan, dan berimanlah kepada ALLAH. Kelak nanti kamu akan menjadi contoh ikutan manusia! Sebab itu saudara K. Subramaniam, Rasulullah saw, Nabi junjungan mulia utusan ALLAH pembawa rahmat setiap kali waktu fajar sebelum mengerjakan solat Subuh akan membaca ayat tersebut sambil melihat kelangit, untuk mengingatkan diri betapa besarnya anugerah akal fikiran yang ALLAH berikan kepada manusia!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Zulhijjah 1431
29 November 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media hari ini 29.11.2010)

Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam

PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.

Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

MALU DENGAN ISLAM?

Posted: 28 Nov 2010 04:24 AM PST

(Wan Azizah dakwa Anwar dihantar tuhan untuk memimpin Pakatan)

Salam 2 all.

Teman angkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasharuddin Tontawi yang menegaskan bahawa PAS tidak perlu berselindung dan malu untuk menyatakan perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara ini.

Berdasarkan ketegasan itu, teman menasihatkan Ustadz Nasharudin supaya membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri. Ini adalah kerana sudah jelas daripada Perjanjian Persefahaman Dasar Bersama yang telah dipersetujui oleh PAS-PKR-DAP bahawa berdasarkan kehendak dan tuntutan DAP, jika ditakdirkan Pakatan memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan, negara Islam tidak akan didirikan dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.

Kerana terdapat segelintir pak jangoat yang sudah gila kuasa dan mabuk Putrajaya, maka PAS telah diheret untuk bersetuju dengan Pakatan syaitan yang terang-terang menolak Islam. Maka habis rosak segala perjuangan PAS selama ini. Sehingga ada pak jangoat yang sanggup menggadaikan anakbini sebagai cagaran politik, menghalalkan hasil arak & judi, sampai nama ALLAH yang Maha Esa itu pun dibenarkan digunapakai secara syirik oleh kaafirun!! Teman berharap dan berdoa agar Ustadz Nasharudin diberi kekuatan dan istiqamah oleh ALLAH untuk melaksanakan ketegasan beliau itu. Berjuanglah atas nama ALLAH dan kerana ALLAH dan untuk ALLAH menurut acuan ALLAH, insyallah kita akan berjaya, dunia dan akhirat!

Ingatlah pesan ALLAH, "kalau kamu membantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu"; dan jika kamu benar-benar beriman dan bertaqwa "pasti ALLAH akan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan yang kamu sendiri tidak ketahui".

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media hari ini 28.11.2010)

Pas tak perlu apologetik perjuang Islam

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.

Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.

"Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.

"Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.

"Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi," tegasnya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.

Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

"Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita," katanya.

Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.

"Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.

"(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman," katanya.

SHEIKH YUSUF ISLAM

Posted: 28 Nov 2010 03:40 AM PST

(Sheikh Dr. Yusuf sedang menyampaikan tazkirah di Masjid UIA dengan kehadiran ribuan jemaah termasuk teman yang duduk sebelah kanan Sheikh Yusuf)

Salam 2 all.

Alhamdulillah lawatan singkat Sheikh Dr. Yusuf Islam ke Kuala Lumpur (24-27 Nov 2010) telah dapat disempurnakan dengan beberapa program yang diatur khas. Ketibaan Sheikh Yusuf bersama isteri Puan Fawzia Mubarak Ali pada pagi Rabu 17 Zulhijjah 1431/ 24.11.2010 di KLIA disambut oleh YBhg Datuk Yeop Adlan Che Rose (Pengerusi Peace Train Malaysian Chapter), Sdr. Fudzail Mohd. Nor (Pengurus) dan teman sendiri yang diamanahkan menjadi hos lawatan Sheikh Yusuf. Turut sama ialah Sdr Rusdi Shamsudin bertindak sebagai pengiring.

Alhamdulillah Sheikh Yusuf dan isteri telah berkesempatan mengadap YDP Agong Tuanku Mizan dan Permaisuri Tuanku Nur Zahirah pada hari Khamis 25.11.2010. Pertemuan lebih sejam itu membawa satu lembaran baru bagi Sheikh Yusuf dan isteri. Kami baru tahu rupanya lagu "I Look I See" yang terkenal itu dicipta oleh Sheikh Yusuf semasa melawat Trengganu beberapa tahun lepas. Pada sebelah malamnya kami sempat mengadakan rakaman untuk Sheikh Yusuf ditemubual oleh pihak TV3 bagi rancangan MHI yang disiarkan pada pagi Jumaat.

Sheikh Yusuf juga sempat mengadakan kunjungan hormat ke YAB Dato' Sri Najib dan isteri YABhg Datin Sri Rosmah Mansur pada hari Jumaat. Dalam kunjungan di Seri Perdana itu, Sheikh Yusuf dan isteri telah bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama umat Islam.

Sebelum itu Sheikh Yusuf sempat mendirikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah UIA, dan sempat menyampaikan tazkirah ringkas mengenai soal Islam & Keamanan. Teman diamanahkan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dimana teman mengingatkan para jemaah antara lain satu perikan kata-kata Sheikh Yusuf yang sangat bermakna iaitu "manusia tanpa 'ilmu adalah manusia yang sangat berbahaya".

Sheikh Yusuf dan isteri telah berlepas ke Melbourne Australia pada pagi semalam dengan diiringi oleh Datuk Yeop Adlan, Datin Mimi, Sdr. Fudzail, Sdr. Rusdi dan teman sendiri. Kata Sheikh Yusuf dan isteri mereka sangat gembira dan berterimakasih dengan layanan baik dan mesra yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang berada di Kuala Lumpur. Walaupun singkat namun ianya membawa kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Teman bertanya kepada Sheikh Yusuf samada beliau ada memikirkan untuk menjadikan Malaysia tempat tinggalnya. Beliau dan isteri membalas dengan memberi senyuman yang sangat bermakna. Insyallah jika tiada aral kami telah bercadang untuk mengadakan satu Konsert Tribute untuk Sheikh Yusuf di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 November 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran akhbar Berita Harian 27.11.2010)

Konsep keamanan, kedamaian perlu dilihat secara mendalam

KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan yang juga pendakwah antarabangsa, Dr Yusof Islam, berkata konsep keamanan dan kedamaian adalah perkara yang perlu dilihat secara mendalam dan menyeluruh kerana menjadi matlamat kesejahteraan kehidupan manusia.

Sambil merujuk dirinya, bekas penyanyi popular Britain pada 1970-an dan lebih dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam, berkata demi mencari perdamaian, beliau memilih jalan dakwah kerana melaluinya persepsi yang salah terhadap Islam, khususnya yang dilemparkan Barat, dapat diperbetulkan.

"Pandangan serong itu perlu diperbetulkan. Ada lagi yang berpandangan Islam adalah musuh kepada agama lain kerana persepsi salah yang sengaja digembar-gemburkan.
"Justeru, bagi saya dakwah adalah senjata bagi menangkis tohmahan itu. Dakwah juga sebahagian daripada Islam kerana kita mengajak manusia ke arah kebaikan. Mesej Islam adalah benar dan ajarannya cukup harmoni.

"Tetapi apabila berdakwah kita perlu bercakap kepada masyarakat Islam terlebih dulu sebelum mengajak yang lain kerana itu menjadi keutamaan kerana ia akan menggalakkan perkongsian ilmu dan interaksi sesama Muslim," katanya ketika menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dekat sini, semalam.

Yusof bersama isteri, Fauzia Mubarak Ali juga berkesempatan bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, kelmarin, selain turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Putrajaya, semalam.

Terdahulu ketika ditemuramah pada program Malaysia Hari Ini yang disiarkan stesen TV3 pagi semalam, Yusof turut memberikan pandangan beliau mengenai konsep hiburan mengikut perspektif dalam medium dakwah.
Katanya, muzik itu adalah sesuatu yang cukup harmoni dan ia membentuk kedamaian dan keindahan hidup di dunia ini kalau digunakan dengan cara yang betul.

"Ketika ini masyarakat dunia sudah mulai bosan dengan peperangan dan bosan dengan isu politik dan untuk itu nilai muzik yang harmoni perlu ada," katanya.

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Sime Darby paid RM40 millions or only RM4 millions to DBKL for the royalty payment for the Bukit Kiara Land?

Posted: 27 Nov 2010 11:50 PM PST

How about Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) which was occupying a piece of land in Bukit Kiara of about 60 acres which belonging to DBKL for many years?  The said piece of  land has been used by KLGCC for free for many years and it was was only been paid for by Sime [...]

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Sime Darby paid RM40 millions or only RM4 millions to DBKL for the royalty payment for the Bukit Kiara Land?

Posted: 27 Nov 2010 11:50 PM PST

How about Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) which was occupying a piece of land in Bukit Kiara of about 60 acres which belonging to DBKL for many years?  The said piece of  land has been used by KLGCC for free for many years and it was was only been paid for by Sime [...]

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


SIAPA YANG KELUAR SEHINGGA 1300 ORANG?

Posted: 27 Nov 2010 07:40 PM PST






Benarkah sampai 1300 orang PKR hendak keluar parti... suatu kelucuan dikala kesibukan hampir 3000 peserta Kongres Nasional berkampung di Dewan Sivik, Petaling Jaya sejak 26 Nov lepas. Jawapan yang kita semua sedia maklum, Utusan Meloya dan Berita Hairan akan senantiasa mengambil kesempatan untukmelemahkan parti.

Ramai bertanya-tanya tentang cabang Hulu Selangor, siapa jadi ketua Cabang, betulkah ramai hendak keluar parti, ramai ke penyokong Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, bila hendak diadakan Pemilihan semula di cabang dan bermacam-macam lagi tuduhan dan persoalannya.
Yang jelas di cabang Hulu Selangor sekarang memang ternanti-nanti keputusan JPP kepada semua aduan dan soalan yang di berikan kepada jawatankuasa pemilihan pusat itu dan sehingga ke hari ini masih belum menerima jawapannya.
Jika hendak di ceritakan semua keadaan dan tuntutan keadilan, makan meanglah mengambil berhari-hari dan tidak elok di pamerkan ke khalayak ramai demi maruah parti dan sebagainya. Cukup untuk orang Hulu Selangor menghadamkannya dan demi menegakkan keadilan, semua proses mestilah mengikut arus dan kehendak perlembagaan parti yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Harus diambil peringatan bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya dan kepada semua anggota parti, tiada yang lebih baik dari mengikut kehendak arus keadilan yang memang kuat untuk kita bersama dengan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong kita bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal menjelma pada 2011.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

0 ulasan
sumber :-

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang