Sabtu, 27 November 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Wan Azizah Gesa Pemimpin Bersatu Memikul Amanah

Posted: 27 Nov 2010 05:50 PM PST

Dari Tv Selangor

Semua pemimpin yang baru terpilih digesa memikul amanah besar yang disandarkan dengan semangat perjuangan tanpa membedakan kedudukan, kepentingan dan kabilah diri sendiri.

Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil menegaskan tanggungjawab kepimpinan parti adalah amat berat dengan sumber yang terhad justeru setiap ahli perlu digembeling dan diperkasakan tanpa mengira kelompok dan kabilah.

Wan Azizah, dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di Shah Alam hari ini menasihati semua pemimpn

yang baru terpiih supaya mengutamakan kepentingan parti lebih dari sebarang prinsip dan kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, pasukan kepimpinan baru wajar menyemarakkan roh muafakat sesama mereka supaya ia boleh dijadikan teladan yang positif di kalangan ahli biasa dalam parti.

“Sesunguhnya tiada siapa diantara kia yang sempurna. Justeru, bersamalah memperkasakan sillatulrahim dan perhubungan yang ada. Sehubungan ini, setiap cabang dan ranting perlu diperkasakan dengan membanyakkan program-program yang dapat meningkatkan keprihatinan rakyat dan semangat kerja berpasukan. ‘TEAM: Together Everyone Achieve More’.

“Bersamalah semarakkan ruh muafakat sesama kita supaya ia menjadi teladan setiap ahli di peringkat bawahan. Ia juga akan melonjakkan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada parti kita yang dicintai ini,” katanya.

Wan Azizah juga mahu barisan kepimpinan baru yang menang supaya jangan lupa kepadda jasa dan pengorbanan calon-calon yang kalah dalam pemilihan majlis pimpinan yang baru berakhir.

Menurutnya, mereka juga telah memberikan sumbangan besar dalam mengangkat martabat parti ke mercu yang lebih tinggi.

“Mereka sebenarnya telah memberi jasa besar melibatkan diri bertanding dan membuatkan anda menang. Justeru siapa jua yang dianggap pemenang perlulah menghargai rakan-rakan lain yang dianggap kalah. Ayuh mari kita berkongsi bersama-sama kemenangan itu. Tanpa mengira siapa, kesemua kita perlu memiliki psikologi menang dalam menghadapi PRU 13 akan datang,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kongres:”Kemerdekaan Yang Sebenar Ialah Rakyat Menjadi …Hakim!”,

Posted: 27 Nov 2010 05:41 PM PST

Dari Merdeka Review

Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,”Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua…”

Wan Khazim Wan Din, “Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? ”

Soalan ini biarpun dirasai “kasar” sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, “Kita jangan jadi…jadi apa? (balas Anjing!)

Sebelum ini, beberapa orang perwakilan yang berucap dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden, menyeru agar perwakilan bangkit mempertahankan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang diserang oleh musuh dalam media cetak mahupun di ruang internet.

Kalah pilihan raya bukan kalah dalam perjuangan

Wan Khazim pernah terlibat dalam API (Angkatan Pemuda Insaf), yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Malaya. Beliau secara berseloroh mendakwa rakan seperjuangannya dalam API telah “padam” (meninggal dunia), dan tinggal beliau seorang kini. Malah, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali adalah antara rakan seperjuangannya selepas wadah API diharamkan.

Pejuang politik ini tidak mengakur, kononnya “tidak pernah kalah lima kali bertanding”, kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah semasa berlaga. Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari perjuangan menegaskan, “Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah dalam perjuangan!”

Wan Khazim mengakui dirinya sudah tua sebermulanya, dan tidak larat untuk berucap dengan semangat yang berkobar-kobar seperti anak muda. Wakil Selangor, Noorhana Anuar yang menjadi pembahas kedua sebelum ini, berapi-api ketika menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun, Wan Khazim mengambil kesempatan untuk mencuit anak muda, tanpa menyebut nama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor. Beliau menyindir orang muda biarpun berdebar-debar ucapannya, “berbakul-bakul sumpahnya”, namun mereka jugalah orang yang cabut dari perjuangan.

Wan Khazim juga membidas UMNO yang “menerima kemerdekaan” dari tangan penjajah Bristish. Untuk Wan Khazim, “Kemerdekaan yang sebenar ialah rakyat menjadi …hakim!”, walaupun perwakilan di bawah pentas menyahut dengan “tuan”.

Menjunjung Reformasi Membela Rakyat

Posted: 27 Nov 2010 01:48 AM PST

Ucapan Dasar Presiden

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Presiden,
Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN )
Kongres Nasional Tahunan ke-7 2010
Petaling Jaya, Selangor.

Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Kali Ke Tujuh pada tahun ini. Pada Kongres ke enam yang lalu, kita bertandang di Kota Bharu. Kali ini, kitamerasa cukup bertuah kerana kita diterima pula sebagai tetamu Selangor Darul Ehsanpula.

Perhimpunan kali ini, adalah bagaikan kembalinya semula kita ke pengkalan.Selepas melalui pelbagai pertempuran di pelbagai medan, kita berkumpul kembali di sini,memperkemas dan mempersiap diri menghadapi pertempuran baru yang akanmendatang.

Kita rakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Negeri Selangor di bawahkepimpinan YAB Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana sudi menerima kitadi sini. Alhamdulillah, beliau telah berjaya mengangkat martabat negeri, membuatpelbagai perubahan dan penambahbaikan pengurusan, memberi keselesaan kepadarakyat dan seterusnya berjaya mempertahankan Negeri ini ditangan Pakatan Rakyatsehingga ke hari ini. Paling utama, Selangor adalah kubu utama Parti Keadilan Rakyat.Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih.

MENITI KEMATANGAN PERJUANGAN2

.Usia Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) masih muda. Ia baru sahaja meraikanulangtahun ke 12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999. Namun, dalam usia semuda ini,kita telahpun mencapai banyak kejayaan yang diluar dari kebiasaan. Bersama-sama
——————————————————————————–
Page 2
dengan Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikanmajoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu. Dalam usia semuda ini, kitatelah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik. Maka itu, usahlahkita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan,kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah. Perjuanganmembela rakyat perlu terus membara.3.Sesungguhnya, di tahap ini, kita masih berada di peringkat awal dalam kelokpembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dankematangan. Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap'learning curve' adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kitaperlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan. Kemudiannya, segera terusmelangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan. Inilah yang dinamakan"sunnanul kaun" atau "the law of nature". Jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidakperlu dijadikan kesalan. Tidak perlu kita menjadi pesimis melulu hingga melupakanhakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.4.Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasibrakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara. Justeru, reformasi danperubahan dimulakan dalam diri kita dahulu. Martabat setiap ahli diangkat tinggi.Setiap ahli diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan. Makakita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisankepimpinan. Tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya. Malah kita memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengandemokrasi. Keadilan bergerak cergas menyuburkan demokrasi. Disebaliknya, UMNOdan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi. Seluruh agensi danaparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.Pelbagai aktamenyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan. Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskanpenindasan dan kezaliman kepada rakyat.5.Alhamdulillah, demi memenuhi tekad merealitikan demokrasi dalam Parti, kita barusahaja selesai mengadakan pemilihan kepimpinan Parti di peringkat Cabang dan Pusat.Sesungguhnya, perlu kita akui bahawa umumnya pemilihan tersebut telah mencapai matlamatnya. Lebih 70,000 orang ahli parti telah melibatkan diri dan keluar mengundi.Percubaan pertama ini sudah pastilah ada kelemahannya. Terpulang kepada kita untukmenafsirkan. Adakah kelemahan itu sebagai kegagalan atau peluang. Jika kita tidak
——————————————————————————–
Page 3
berani memikirkannya secara positif, sehingga bila kita boleh berkembang dan maju kehadapan? Lebih baik melakukan sesuatu yang tidak sempurna dari tidak berbuat apa-apayang sudah pasti tidak cacat. (Better to do something imperfectly than to do nothing perfectly, Robert H Schuller). Sekian lama kita mahukan demokrasi sebenar, maka kita perlumulakan dengan diri kita dahulu (You must be the change you want to see in the world, MahatmaGhandi).6.Pemilihan ini telah meningkatkan kematangan kita dalam amalan demokrasi. Ahli-ahli KEADILAN telah mempamerkan keupayaan menilai, membicarakan dan memilihbarisan kepimpinan yang sesuai. Kita semua telah berjaya melalui pelbagai ujian dancabaran psikologikal – mental, fizikal, emosional dan rohaniah. Untuk itu saya inginmerakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada anda semua di semuaperingkat dan lapisan.BERSAMA KONGSI KEMENANGAN7.Dengan kejayaan ini, marilah bersama kita menginsafi suatu hakikat. Sesungguhnya,tiada siapa yang kalah. Kesemua kita adalah pemenang. Saya ulangi: Kesemua kita adalahpemenang. Yes, we all are the winners!!! We all are the winners!!! Yang tewas adalah musuh-musuh kita. Merekalah sebenarnya yang gagal. Yes, they are the losers!!! Terbukti merekalahyang gagal melaksanakan demokrasi sebenar dalam parti mereka sendiri. Mereka jugatelah gagal untuk melihat parti kita gagal melaksanakannya. Mereka harus berasa maludengan diri.8.Bagi mereka yang dianggap menang perlu bersama menginsafi bahawa kepimpinanadalah merupakan suatu amanah. Kepimpinan adalah taklif (tanggungjawab) bukantasyrif (kemuliaan). Kegagalan melaksanakan amanah akan menatijahkan hukuman yangamat berat di sisi Tuhan. Sehubungan ini, Nabi Muhammad SAW pernah menasihatkanseorang sahabat, Abu Dzar Al-Ghiffari:"Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan danpenyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yangmenjadi tuntutannya". (Hadis riwayat Muslim).
——————————————————————————–
Page 4
Baginda juga pernah bersabda:"Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat." Ditanya kepada baginda,"Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?" Rasulullah bersabda: "Apabilaamanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!"9.Hakikatnya, rakan-rakan kita yang dianggap tidak menang juga telah memberikansumbangan besar dalam mengangkat martabat parti kita ke mercu lebih tinggi. Merekasebenarnya telah memberi jasa besar melibatkan diri bertanding dan membuatkan andamenang. Justeru, siapa jua yang di anggap pemenang perlulah menghargai rakan-rakanlain yang dianggap kalah. Ayuh, mari kita bersama-sama berkongsi kemenangan itu.Tanpa mengira siapa, kesemua kita perlu memiliki psikologi pemenang dalammenghadapi PRU 13 akan datang.MENJANA SAF PERJUANGANSaudara-Saudari yang dikasihi sekalian,10.Proses pemilihan telahpun selesai. Tanpa kecuali, tiada siapa di antara kita yang dapatmengelak diri dari amanah besar bersama mengemudi parti ini dalam menghadapi PRU13 akan datang. Posisi dan peranan kita mungkin berbeda. Namun, natijah kita perlusehala. Tanggungjawab kita amat berat, sumber yang ada pula amat terhad. Lantaran itu,kesemua pemimpin yang telah dipilih di setiap peringkat perlu memanfaatkan setiapsumber yang kita miliki. Potensi setiap ahli perlu digembeling dan diperkasakan tanpamengira kelompok dan kabilah. Kepentingan Parti perlu lebih diutamakan berbandingdengan kabilah dan diri sendiri. Jangan biarkan apa yang ada di kendong keciciran danyang dikejar belum tentu dapat. Jagalah dan perihatinlah kepada setiap ahli dan rakan di sekeliling kita. Merekalah saudara seperjuangan kita. Terimalah mereka semua seadanyauntuk dibaja, dipupuk dan dikembangkan.11.Sesungguhnya, tiada siapa antara kita yang sempurna.Justeru bersamalahmemperkasakan silaturrahim dan perhubungan yang ada. Sehubungan ini, setiapcabang dan ranting perlu diperkasakan dengan memperbanyakkan program-program yang dapat meningkatkan keprihatinan rakyat dan semangat kerja berpasukan. "TEAM: Together Everyone Achieve More." Bersamalah semarakkan ruh muafakat sesama kita supayaia menjadi teladan setiap ahli di peringkat bawahan. Ia juga akan melonjakkan keyakinandan penghormatan rakyat kepada parti kita yang dicintai ini.
——————————————————————————–
Page 5
12.Dikesempatan ini juga, kita perlu memberikan penghargaan dan merakamkan terimakasih kita kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang diketuai Dr. Molly Cheahdengan dibantu oleh seluruh pasukan tenaga jenteranya, atas kerja keras dan kejayaanmenguruskan agenda besar menjayakan demokrasi dalam parti kita ini. Kita juga inginmerakamkan penghargaan yang sama kepada Sekretariat Pengurusan yang diketuai Setiausaha Agung Sdra Saifuddin Nasution, bersama para pembantu beliau, yang turutmemberikan dokongan dalam melaksanakan misi ini. Mata yang memandang sudahtentu tidak seberat bahu yang memikul.13.Dalam melaksanakan proses pemilihan ini, memang banyak juga aduan dan rungutantelah diterima. Ada yang berpandangan bahawa siapa yang menang tidak penting. Apayang lebih penting adalah proses pemilihan yang adil. Wujud juga persepsi bahawa JPPtidak bertindak pantas terhadap rungutan yang kukuh. Semua pandangan seperti, kitasedia menerimanya secara terbuka. Kita juga bersedia sebarang maklumbalas dancadangan penambahbaikan. Bagi kes yang jelas dengan bukti yang nyata, kita telahpunbertindak melakukan siasatan. Sudah pasti ini semua akan memakan masa. Kita jugatidak boleh menghukum sesiapa hanya melalui tuduhan-tuduhan yang lemah asasnya.Kita yang memperjuangkan keadilan perlu juga berlaku adil dalam menghukum rakan-rakan kita sendiri.14.Oleh itu, andai ada sebarang ketidakpuasan, gunakan saluran Parti untuk dileraikan.Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkankelemahan kita. Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala (Bapak Muhammad Natsir). Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut janganputus dan tepung jangan berselerak. Sesungguhnya, setiap diri kita tidak penting. Parti ini adalah lebih penting. Parti ini adalah sandaran seluruh rakyat segala lapisan yangmemerlukan pembelaan. Kita tidak rela sama sekali melihat Parti ini lemah dan hancur.Andai terdapat sebarang bukti kukuh terdapat amalan yang melanggar dasar danperaturan, tanpa mengira waima siapa, kita akan bertindak tegas.IDEALISME DAN TERAS PERJUANGAN15.Setiap orang di antara kita wajar menyemak, melihat kembali helaian sejarah parti ini yang berdiri atas pengorbanan, keringat dan air mata rakyat. Parti ini "parti rakyat".KEADILAN mempunyai asas-asas perjuangan yang jelas. Tujuh belas asas perjuangan
——————————————————————————–
Page 6
kita, adalah amat mulia dan keramat. Siapa jua yang ingin menganggotai parti ini perlumemahami dan menghayati idealism perjuangan kita ini. Jika belum lagi, kita takut nafasperjuangan kita dalam Parti ini akan menjadi pendek. Hanya dengan sedikit dugaan dancabaran, kita bakal kecundang dan tersungkur di tengah jalan.16.12 tahun yang silam, semasa KeAdilan ditubuhkan, musuh sering memperlekeh kita.Kata mereka: "KEADILAN, parti berbilang kaum (multi-racial party) takkan berjaya…"Apa yang terjadi kini adalah sebaliknya. Ternyata hari ini, KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum yang digeruni. Sesungguhnya, sedari mula kita amat percayakepelbagaian adalah suatu keindahan dan kekuatan. Kita percaya bahawa kepelbagaian ituadalah suatu rahmat dan gambaran kebesaran Tuhan. Anugerah besar Tuhan ini tidakboleh sama sekali disesiakan. Maka itu, fahaman dan amalan ala-penjajah yangmengamalkan sistem pecah dan perintah melalui agama dan perkauman perludilenyapkan dari bumi tercinta ini. Kita juga pernah dilabel sebagai parti nyamuk.Ternyata hari ini kita bagaikan sarang tebuan yang mampu menyerang dan menyengat.Mungkin kerana amat gementar, pemimpin mereka melaungkan kata-kata akanmempertahan Putrajaya walaupun dengan darah dan nyawa.17.Hakikatnya, dalam mengamalkan demokrasi, mereka telah tercicir jauh di belakang.Maka, untuk menutup kelemahan, maka diwujudkan dasar keanggotaan terus, demi menyaingi dasar kepelbagaian kaum kita. Kita sebenarnya sedang mendepani zamandengan idea-idea politik baru. Mereka mencela kita didepan serta cemburu dan dendam kesumat di belakang. Maka itulah, kita hari ini diserang setiap waktu dan saat. Kalaulahkita ini memang benar-benar lemah seperti yang digembar-gemburkan, apa perlunya kitadipedulikan? Percayalah, mereka menyerang kerana KEADILAN ini adalah sebuahparti yang kuat dan gagah membelah lautan politik negara.TONGGAK REFORMASI RAKYATSaudara-saudari yang dikasihi,18.Mereka amat menyedari bahawa KEADILAN dan pemimpin utamanya Saudara AnwarIbrahim adalah faktor ancaman paling membahayakan kedudukan dan survival mereka.Dalam sejarah politik tanah air, tidak pernah wujud pemimpin dan parti lain yang dapatmenggugat mereka separah hari ini, melainkan KEADILAN dan Saudara AnwarIbrahim. Maka itu, mereka sentiasa berusaha mencari jalan tanpa henti bagaimana Parti
——————————————————————————–
Page 7
kita dan Pakatan Rakyat dapat dihancurkan. Mereka pernah cuba melaga-lagakan parapemimpin Parti kita dan rakan-rakan kita PAS dan DAP. Setakat ini, mereka ternyatatelah gagal. Malah, gabungan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. PakatanRakyat wujud sebagai pembangkang terkuat dalam sejarah politik negara sehingga hari ini.Kemuncak muafakat pakatan ini adalah kejayaan mengemukakan dasar bersamapada 19 Disember 2009 yang ditandatangani bersama oleh pimpinan-pimpinan utamaketiga-tiga Parti yang berkaitan. Sejak dari itu, Pakatan Rakyat tidak mampu digugat lagi dan terus meluncur ke hadapan. Inilah yang cukup menggerunkan musuh kita.19.Selepas ternyata gagal dan kecewa untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, merekakembali kepada strategi lama mereka iaitu dengan meneruskan percubaan untukmelumpuhkan parti kita ini. Mereka pernah berjaya dengan strategi ini untuk menyekatreformasi rakyat pada tahun 1998.Mereka percaya bahawa cara mudah untukmembunuh KEADILAN adalah dengan melangsungkan fitnah dan serangan terhadapPenasihat Parti, Saudara Anwar Ibrahim.20.Serangan-serangan mutakhir terhadap Saudara Anwar Ibrahim dari segi sahsiah dankerjaya politik menampakkkan satu usaha bersepadu dibawah naungan satu dalang.Faktor Saudara Anwar Ibrahim menjadikan mereka merasa cukup derita dan sengsarahingga dihinggapi kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang tidak menentu.Hakikatnya, mereka amat takut akan kehilangan segala kuasa dan rahsia penyelewengandan salah guna kuasa yang tersorok bakal terbuka.21.Jelaslah kesemuanya itu adalah kerana kewibaan kepimpinan DSAI yang terserlah sejakzaman remajanya lagi. Beliau sentiasa dikenali sentiasa bersifat amanah, tegas danberani. Beliau juga tidak mementingkan diri dan sentiasa istiqamah (consistent) membelarakyat termiskin (mustad'afin). Ketrampilan kepimpinan beliau juga amat disenangi kesemua lapisan rakyat merentasi kaum, agama, dan budaya. Lebih jauh ketokohanbeliau telah diterima dengan cukup baik di peringkat antarabangsa sejak seusia mudabeliau lebih 4 dekad yang lalu. Justeru, dalam ketika Negara kita sedang berhadapandengan krisis keyakinan kepimpinan dan imej Negara yang terus menjunam, makakepimpinan beliau terus diperlukan.22.Apa yang tidak pernah di alami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul,disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara. Sejak merdeka, tidak pernah ada tokohnegara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami
——————————————————————————–
Page 8
Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersamakita. Apakah rahsia sebenar hingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapansaya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang di anugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. Jika beliau insanbiasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dangelora yang berlalu.23.September 1998 memang menjadi titik hitam kepada keluarga saya. Namun,Alhamdulillah di sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia telah bangkit menghulurkan tangan,memberikan dokongan. Itulah titik peralihan cerah susur galur politik negara. Lebam mata Saudara Anwar, menjadi simbol terbukanya mata rakyat Malaysia dengancengkaman dan kezaliman penguasa. Pukulan ganas yang mencederakan Saudara Anwar,telah menyentak anak-anak muda negara. Sengsara saya dan anak-anak, diganti dengankegembiraan melihat lahirnya satu gerakan rakyat yang berterusan mendepani perjuangan mengangkat maruah bangsa dan negara.24.Makanya, terbentuklah gerakan reformasi yang menyatukan pelbagai kaum, anutan,daerah, fahaman dan latar pengalaman. Kita disatukan oleh keinginan menyelamatkannegara dan keazaman mengembalikan maruah rakyat. Apabila parti ini ditubuhkansebagai wadah perjuangan itu, ada yang bersama di dalam, tetapi ramai juga yangberjuang di luar. KEADILAN juga didokong oleh pelbagai NGO dan para bloggersyang turut terlibat membantu berjuang menurut cara masing-masing. Hakikatnya parti ini lahir dari gerakan reformasi rakyat dan relevan kita berkait langsung dengan rohreformasi rakyat.25.Justeru, simbolisme KEADILAN dan gerakan reformasi adalah umpama akrabnyaSaudara Anwar dengan gerakan rakyat. Beliau bukan sahaja pemimpin kita di dalam KEADILAN, yang lebih penting beliau adalah pimpinan yang diangkat oleh rakyat baikdi dalam KEADILAN, PAS, DAP hatta tidak berparti sekalipun.26.Marilah bersama kita sedari bahawa KEADILAN ini bukanlah sebuah parti politik biasa;yang perjalanan dan urusannya hanyalah milik anggota rasminya sahaja. KEADILAN adalah milik dan simbol gerakan reformasi.Maka, sebagai seorang anggotaKEADILAN kita harus menyedari simbolik ini. Setiap rakyat yang inginkan perubahandan mahukan pembelaan memberikan perhatian kepada KEADILAN. Justeru, kita perluberhati-hati dalam segala langkah dan kata. Jika kita silap percaturan dan rakyat
——————————————————————————–
Page 9
mendapat persepsi yang mengecewakan, dokongan dan sokongan mereka mungkin akanhambar dan beralih. Ini perlu menjadi perhatian serius kita bersama.BANGSA BERMARUAHSaudara-saudari sidang Kongres sekalian,27.Saya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan adasatu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai "tuan". Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telahmenghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi "tuan"dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dankebajikannya kepada insan lain). Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanyaakan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah merekatermasuk kepada orang Melayu.28.Sebenarnya, dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjagamaruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenakbeberapa ungkapan pantun klasik di bawah:a.Tenang-tenang air lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi baik rasa nak junjungb.Kapal belayar dari ArakanAmbil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpanMati saya kerana budi
——————————————————————————–
Page 10
c.Jika belayar ke tanah AcehSinggah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasihHendaklah baik bicara budid.Bunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudie.Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasaf.Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang jugag.Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orangh.Tuan Puteri membeli ginsengSinggah di pasar mencari kariJangan ikut budaya samsengKelak menyesal di kemudian hari29.Justeru itu, konsep "Ketuanan Melayu" ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anakkita membesar dengan visi "Bangsa Bermaruah" atau "Melayu Bermaruah". "KetuananMelayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasauntuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka
——————————————————————————–
Page 11
adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatanlagi.30.Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai.Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangatmenyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budayakehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera,hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompokpaling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiapempat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tigakeluarga itu adalah keluarga Melayu.31.Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan OrangAsli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapatperhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedhaifan hidup mereka bagai sengaja dirancanguntuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan.Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjaminkepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjaminkerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalahOrang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 PerlembagaanPersekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawaksahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawabuntuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita.32.Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO bukan berjuang untukmembela orang Melayu. Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semuaorang Melayu dan seluruh rakyat.
——————————————————————————–
Page 12
KEADILAN PENYELESAI ISU SURVIVAL MELAYU & ISLAM33.UMNO yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya kini semakin terdesak dan terancam. Sokongan orangMelayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orangbukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat. 34.Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negaraMalaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dangagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Perlaksanaan undang-undangkerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka. CaraUMNO mengendalikan isu penggunaan kalimah Allah begitu menjelikkan hinggamenjadi bahan jenaka masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Judi sukan yangjelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya danmenjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. UMNO tidak pernahmempedulikan kedudukan hukum qazaf. Mahkamah syari'ah dipersendakan mengikutkehendak pemimpin politik mereka. 35.UMNO ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. UMNO ditolakhasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri. Perjuangan parapemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asasperjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Amalanrasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkanmerupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumbernegara di mana jua akan diperah, di 'faraid' dan dikhianati semahunya dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pulasedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan. Ekonomi negara menguncup teruk dan para pelabur menjauhkan diri dari kita. 36.Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Lantaran itu, demi survival diri, tanpasegan silu politik Michevelli yang dianuti selama ini dimanfaatkan. Maka, isu survival orang Melayu dan agama Islam dikumandangkan sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. UMNO sengaja menjadikan rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan masyarakat majmuk menjadi keliru, bimbang dan cemas. Keadaan kritikal ini menjadikan rakyat merasa terancam, semangat toleransi menjadi 'fragile' dan akhirnya
——————————————————————————–
Page 13
melarat kepada krisis dan ketegangan agama dan kaum yang berpanjangan. Fenomenaseperti inilah yang mengupayakan UMNO masih mampu meneruskan nafasnya sehinggake hari ini. 37.Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan sertasaling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapatkita fahami dari firman Allah yang bermaksud:"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…" (Ali-Imran: 103)38.Isu survival Melayu dan agama Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jikakita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dankemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysiaberasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbukadan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebihkreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpamengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yangmurni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam danmelihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakatbukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, UMNO telah menjadikan segalaberunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. 39.Bagi kita Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakatmajmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasamake arah Negara yang makmur dan aman damai. Islam yang sebenar mengajar umatnyaagar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain.40.Oleh yang demikian, kita menyeru kepada seluruh orang Melayu, umat Islam danmasyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak katikkan oleh UMNOdengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika Negara
——————————————————————————–
Page 14
diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kita juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agardapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas serta tidak keliru dengan dakwaanmereka. Jelas terbukti bahawa Umno BN telahpun mengkhianati mereka di masa silam. Apakah yang dapat menjamin mereka tidak akan berlaku curang lagi di masa hadapanjika amanah kuasa terus diberikan kepada mereka? 41.Menyedari hal di atas, kita melihat bahawa Parti ini perlu menyediakan kerangkatindakan konkrit bagaimana persoalan kebimbangan mengenai kedudukan dan survival rakyat Malaysia dalam konteks pelbagai agama dan kaum ini dapat ditangani secarameyakinkan. Agenda tindakan ini perlulah direalitikan secepat mungkin. Kita mahumelihat agenda konkrit para usahawan kita bersama-sama membangunkan kumpulanusahawan muda baru tanpa mengenal batas agama dan perkauman. Kita mahu melihatpara doktor memberikan khidmat rawatan percuma di kampong-kampung baru dankampong tradisi yang dhaif dan miskin tanpa mengambil kira kedudukan agama dankaum seseorang. Marilah bersama kita buktikan kepada seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, bahawa pendekatan KEADILAN dan Pakatan Rakyatlah benar-benar mampu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat majmuk di Malaysia ini secaramenyeluruh dan total ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera. Semoga kongreskita dapat mencari formula yang benar-benar kontrit untuk direalitikan bersama. DASAR PENDIDIKAN UNTUK RAKYATSaudara-saudari yang dihormati sekalian,42.Adalah suatu kenyataan bahawa dasar pendidikan negara kini sedang berada dalam situasi krisis dan memerlukan perhatian serius dan tindakan jitu oleh kesemua pihak.Mutu pendidikan negara di segenap peringkat dan bidang sedang mengalami kemerosotan yang teruk. Akta Universiti dan Kolej telah mengongkong kebebasanberfikir dan akademik para pendidik dan pelajarnya. IPT negara terkeluar dari kumpulanIPT terbaik dunia. Manifestasi dari krisis di atas adalah berleluasanya kemacetanpemikiran, kebejatan moral, kemerosotan keselamatan sosial, kerapuhan perpaduan dantahap kemiskinan yang tinggi.
——————————————————————————–
Page 15
43.Kegagalan pendidikan negara telah telah menghasilkan pelbagai gejala buruk yangsedang membarah – peningkatan kadar jenayah, amalan rasuah, politik wang, pecahamanah, perlanggaran hak asasi manusia, ketidakadilan di dalam sistem kehakiman,keruntuhan akhlak remaja, kebanjiran pelacur-pelacur asing, gejala aids dan dadah..44.Tahap pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara kita jauh ketinggalan jikadibandingkan dengan jiran-jiran kita yang telah melangkah jauh kehadapan seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Cina dan India.Keadaan ini adalahmanifestasi dari kegagalan sistem pendidikan negara melahirkan generasi dan masyarakatyang dapat memacu pembangunan ekonomi negara. Ranking universiti-universiti di Malaysia yang jatuh teruk mengakibatkan moral kakitangannya merosot dan mutupelajar yang dilahirkan juga tidak berupaya menghadapi cabaran masa depan.45.Di samping itu, kita melihat berleluasanya ketidakadilan pengagihan pendidikan. Hanyamereka yang berpengaruh dan kaya sahaja yang mampu mendapat pendidikan berkualiti.Sebahagian besar rakyat miskin terbiar dan sekadar menerima kualiti pendidikanpinggiran. Melebarnya jurang pendidikan di intitusi pendidikan awam dan swasta. Ini memberi kesan memberi kesan buruk sampingan seperti kerapuhan perpaduan antarapelbagai kaum dan agama. Bagi rakyat Sabah dan Sarawak, meskipun mereka telah lebih45 tahun merdeka bersama Malaysia, rakyatnya masih masih jauh tercicir dari segi pendidikan terutama di luar bandar dan kawasan pendalaman.46.Kita merasa bimbang, melihat Bahasa Melayu gagal dilaksanakan sebagai bahasapengantar utama dan sekaligus sebagai bahasa ilmu dan perpaduan dalam membangunkan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik dan kaum. Isu dasarPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)masih belum selesai hingga ke hari ini. Meskipun dasar tersebut akan diubah, namunkesan yang dialami amat buruk dan bakal memerlukan kos pemulihan yang amat tinggi.47.Sewajarnya pihak berkewajipan menerimapakai prinsip utama bahawa pendidikanbukanlah pelajaran. Pendidikan bukan sekadar proses memindah ilmu (transfer), tetapi lebih utama lagi ialah proses membentuk atau membina (transform) insan dan masyarakatumumnya kearah kesempurnaan. Namun demikian prinsip yang sedia wujud ini telahtidak dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, penukaran nama KementerianPendidikan untuk digantikan dengan Kementerian Pelajaran adalah merupakan kesilapanbesar negara dalam bidang pendidikan.Falsafah Pendidikan Negara, telah jelasmeletakkan asas pembangunan manusia berasaskan prinsip pembangunan JERI –
——————————————————————————–
Page 16
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek. Namun, perlaksanaan pendidikan negara tidakmenampakkan secara tegas mengenai prinsip ini.48.Polisi pendidikan negara dilihat sentiasa berubah apabila menterinya bertukar. Merekadilihat seakan tidak memahami falsafah dan dasar pendidikan yang telah diasaskan lebihawal. Malah seolah-olah menyanggah apa yang dilaksanakan oleh dasar sebelumnya.Umpamanya, dasar-dasar pendidikan yang dibuat Menteri pada 1996 lebih banyakmerobek dasar-dasar pendidikan bersepadu berasaskan falsafah pendidikan negara yangdiasaskan oleh Menteri sebelumnya. Perubahan-perubahan dasar pendidikan berlakutanpa kajian menyeluruh dan mendalam dan tidak pula merujuk mereka yang benar-benar pakar dalam bidang pendidikan. Inilah yang berlaku semasa dasar PPSMI dibuat.49.KEADILAN telah bermuafakat dan beriltizam bagi menjadikan PENDIDIKAN sebagai satu wahana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KEADILAN bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan,menyuburkan kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh wargaMalaysia terutama bagi golongan yang terpinggir dan miskin. Menegaskan bahawapendidikan merupakan tanggungjawab asasi negara dan perlu diberikan perhatian utamadan tanpa toleransi oleh kerajaan yang memerintah.50.Kita juga perlu mengkaji semula pelaksanaan dan perancangan dasar pendidikan,meneroka mekanisme baru serta mengemukakan cadangan tindakan demi mencapai sistem pendidikan bersepadu yang bermutu, adil lagi demokratis serta agar harapan barudalam bidang pendidikan dapat diperkukuh semula. Kesemua pihak perlumengembalikan semula roh Falsafah Pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1986.AMANAH MEMBELA RAKYATSaudara-saudari sekalian,51.Kita berkumpul pada hari ini di dalam kongres yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13, kalau desas-desus yang kuat bertiup itu benar. Apa pun, kita tidak punya pilihankecuali untuk bersiap sedia secukupnya kerana kita memikul amanah besar untukmembela rakyat. Kalau ada yang pernah luka, hilangkanlah parutnya. Kalau ada yangsedikit tercalar, gilaplah supaya semangat juang kembali tinggi untuk berdepan denganmusuh. Yang menang memikul tanggungjawab memimpin, yang kalah bersiap sedia
——————————————————————————–
Page 17
merempuh musuh; bak kata pepatah biduk lalu kimbang bertaut. Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga.52.Amanah membela rakyat dan mengangkat martabat negara adalah lebih besar dari parutatau calar kita. Apatah lagi, dalam suasana rakyat di bawah yang terus ditindas dengankemelut sara hidup yang tinggi. Pemerintah Pusat tidak pernah jemu dengan rancanganekonomi bersaiz mega dan ungkapan-ungkapan yang memukau. Mulanya dengan NEM,kemudian beralih kepada ETP, lantas jadi pula EPP. Jutaan wang rakyat dibazirkan untukmembayar entah berapa ramai juru runding untuk memilih huruf-huruf besar ini, tetapi kesannya kepada rakyat kecil sekali.53.Para perancang ekonomi mereka seperti terpisah dari realiti keperitan hidup di bawah.Sedang mereka tenggelam dalam impian membina bangunan tinggi 100 tingkat di bilikmesyuarat mereka, rakyat miskin di bandar-bandar dan di desa terlantar lara tidakmampu memiliki sebuah rumah. Bukan sahaja jumlah rumah kos rendah atau mampumilik tidak mencukupi, kalau pun permohonan mereka diterima, mereka berdepan puladengan masalah mendapatkan pembiayaan akibat syarat-syarat yang terlalu ketat.54.Mereka bercakap tentang lonjakan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi; tetapi pelaburan asing terus merudum dan mereka berpura-pura tidak perlukan pelaburanasing untuk memacu ekonomi. Kita baru saja menyaksikan kemasukan pelaburanlangsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilionpada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009. Ini merupakan kemasukanFDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatatkemasukan FDI RM1.54 billion. World Investment Report 2010 baru-baru ini turutmelaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI sertapeningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelaburdalam pengurusan ekonomi negara kita.55.Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami aliran masuk pelaburanyang negative (negative inflow). Meskipun Thailand bergelumang dengan pelbagai kacaubilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010, ekonomi Thailand dijangka tumbuhpada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6peratus. Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.
——————————————————————————–
Page 18
56.Pertumbuhan ekonomi jiran kita Indonesia kekal 6 peratus. Ia adalah lebih baikberbanding Malaysia yang meskipun dijangka mencapai 7 peratus, namun ia adalahpertumbuhan ekonomi negara selepas penguncupan. Kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia FDI negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauhmeninggalkan Malaysia. Lebih membimbangkan kita, laporan terbaru Bank of Americadan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukanpelaburan asing berbanding dengan China.Para perwakilan yang dihormati,57.Kita perlu terus meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai matlamatterulung dalam perancangan ekonomi negeri-negeri yang kita kuasai. Hatta, pendekatanmerakyatkan ekonomi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat perlu dijunjung menjadi dasar-dasar teras dalam kerangka ekonomi kita. Isu-isu pokok yang kini membelenggurakyat seperti isu perumahan dan peluang pekerjaan perlu dirungkai oleh Keadilan danPakatan Rakyat. Malaysia memerlukan proses reformasi yang radikal untukmenyelesaikan segera permasalahan rakyat terbanyak, bukannya transformasi kosmetikyang tenggelam di sebalik kempen-kempen public relations yang mahal.58.Dalam kesempatan ini, saya mahu mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepadaYAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang tabah membela rakyatmelalui konsep Merakyatkan Ekonomi yang telah menjadi trademark KEADILAN.Istilah "merakyatkan" ini cukup besar pengaruhnya, sehinggakan Kerajaan Terengganudi bawah lawan kita senyap-senyap menciplak istilah ini untuk dipaparkan di papan tandadi seluruh negeri.59.Amanah kita untuk membela rakyat dengan mengembalikan hak mereka dan meletakkankesejahteraan mereka sebagai matlamat keramat adalah amanah yang besar. Amanah ini memerlukan persiapan kita; baik dari segi keupayaan kita mendengar masalah mereka,kebolehan kita menterjemahkan dasar-dasar yang berkesan untuk menyelesaikan masalahmereka; dan ketabahan kita melakukan perubahan demi rakyat walaupun berdepandengan tentangan. Oleh itu saya mengingatkan para perwakilan untuk menumpukansepenuh perhatian mencari inovasi baru untuk membela rakyat terutamanya dalam bidang ekonomi, supaya kita dapat menyelamatkan negara dan rakyat dari terusketinggalan berbanding jiran-jiran.
——————————————————————————–
Page 19
MENDOKONG ASPIRASI PAKATAN RAKYAT60.Di penghujung pembicaraan saya di sini, izinkan saya untuk mengulangi iltizam kitauntuk kukuh berdiri bersama-bersama rakan-rakan kita di dalam gabungan PakatanRakyat untuk menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluarbangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. KEADILAN bersamarakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat telah berikrar untuk bersama-sama menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.61.Dasar yang telah diputuskan bersama ini telah dibina berasaskan kepatuhan kepadaPerlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan. Kita yakin, ia adalahagenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyatdan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatupadu.62.Maka itu, demi manfaat dan garis pandungan perbincangan di dalam kongres ini, sayaperturunkan kembali garis kasar muafakat Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama para pemimpin utamanya, pada 19 Disember 2009 yang lalu. Sebahagianperbincangannya, telahpun saya sentuh dalam ucapan saya di atas. 24 Dasar UtamaPakatan Rakyat yang ingin saya ketengahkan adalah seperti berikut:a.Mengukuhkan demokrasi telus dan tulen berasaskan perlembagaan.b.Menjaga keutuhan doktrin pemisahan kuasa & integriti kerajaan.c.Mewujudkan Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil.d.Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil e.Memacu Ekonomi Kemahiran Tinggi.f.Mengurus Ekonomi Demokratik dan Telus.g.Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negerih.Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluani.Menjaga Kebajikan dan Kesejahteraan Tenaga Kerja.j.Jaringan Perlindungan Sosial Yang Berkesan.
——————————————————————————–
Page 20
k.Dasar Perumahan Satu Keluarga, Satu Rumah.l.Memperkasa Sistem Prasarana dan Kemudahan Awamm.Pengurusan Alam Sekitar Yang Lebih Terancang.n.Mengukuhkan Perpaduan dan Keadilan Sosial.o.Mempertahan Agama Islam dan kebebasan beragama setiap rakyat.p.Sistem Pendidikan Mapan, Bermutu, Terjamin dan Adil.q.Keadilan Untuk Golongan Wanita & Institusi Keluarga.r.Pembelaan Hak Untuk Golongan Muda.s.Jaminan Perlindungan Keselamatan Setiap Rakyat.t.Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Untuk Rakyat.u.Sosio-Budaya Nasional Cernaan Masyarakat Majmuk.v.Hubungan Persekutuan-Negeri Yang Lebih Adil.w.Perjanjian Malaysia 1963 Asas Hubungan Persekutuan – Sabah/Sarawak.x.Dasar Luar Negara Yang Lebih Dominan & Berkesan.PENUTUPSaudara-saudari yang dihormati,1.Sesungguhnya, perjuangan kita bersama KeAdilan ini sungguh mulia di sisi Agama dankemanusiaan yang universal. Halatuju perjuangan kita dan jelas dan nyata.Kitaberjuang atas keinginan kita melihat Malaysia Baru yang rakyatnya yang terdiri dari masyarakat yang majmuk ini, hidup atas dasar persaudaraan yang utuh, aman, harmoni,makmur dan sejahtera. Kita bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan yangkita bina berasaskan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati kita semua.2.Berdasarkan visi di atas, kita mengajak seluruh rakyat Malaysia turut bersama memberi dokongan dan bersama kita mencipta muafakat baru yang berteraskan keadilan untuksemua berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukanuntuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanyadengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.
——————————————————————————–
Page 21
3.Sebagai parti yang dihidupkan oleh ruh dan semangat reformasi, kongres seperti ini merupakan kesempatan yang terbaik terbaik untuk barisan pimpinan di atas, mendengarnada suara dan denyut nadi ahli-ahli kita dari peringkat akar umbi. Kongres ini jugamerupakan wacana keemasan untuk kita menyatukan hati, muhasabah diri, mencari muafakat, menguatkan iltizam dan akhir sekali, membulatkan tekad untuk kekal dalam perjuangan. Semoga kita dapat berbicara dan berbahas secara intelektual, membina danmatang.4.Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Agong dan Sekretariat keranaberjaya menganjurkan kongres pada kali ini dengan baiknya. Terima kasih kepada MPN Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang sudi menerima dan meraikan kehadirankita di Negeri yang maju dan indah permai ini. Juga terima kasih kita kepada siapa juayang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kongres ini.Semoga usaha kita semua diberkati Allah jua.Selamat bersidang.

Terima kasih.Sekian, wassalamualaikum wbth.

Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,Parti Keadilan Rakyat
27 November 2010

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Posted: 27 Nov 2010 02:00 AM PST

JANGAN LEBIH DARI UMNO???

Posted: 27 Nov 2010 01:45 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat

Posted: 26 Nov 2010 05:59 PM PST

Rupa-rupanya selama ini pantai peranginan Port Dickson adalah merupakan tempat pusat pembuangan abu mayat dari rumah pembakaran mayat. Agak-agaknyalahkan dah berapa banyak air abu mayat yang telah ditelan oleh pengunjung pantai Port Dickson sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu sehingga kini dan akan datang ? Berapa banyak pula abu mayat yang telah dibuang di pantai peranginan ini, ratusan, ribuan, puluhan ribuan, ratusan ribuan ? Sanggupkah lagi kita dan anak-anak kita mandi di pantai Port Dickson lagi ?

Saturday November 27, 2010
Ash scattering ban revoked
By SARBAN SINGH
newsdesk@thestar.com.my

PORT DICKSON: The Port Dickson Municipal Council (MPPD) has rescinded a directive that families can only scatter 100gm of the remains of their cremated dead at a secluded spot at a stretch of beach near here.

State Environment, Human Re­­sources, Plantation Affairs and Public Complaints Committee chairman Datuk V.S. Mogan said the state government had directed the MPPD to revoke the decision, announced just two days ago.

"The MPPD has been told to rescind the order. Families who wish to scatter the ashes of their dead kin can do so at a Hindu temple on KM1.6 Jalan Pantai," he said.

Many quarters had criticised the MPPD for its unilateral decision, which they said mocked the beliefs of some communities.

Yesterday, The Star reported that the MPPD had implemented the ruling apparently to reduce sea pollution and to maintain cleanliness.

The council said the Kuil Sri Maha Mariamman management was also asked to have a weighing scale at all times to ensure only 100gm of ash was scattered into the sea. The council did not say how or where the relatives could dispose of the remaining ashes.

Those caught performing the ceremony elsewhere in PD would be slapped with a RM250 compound.

It is common for families from as far as Selangor and Malacca to perform the scattering of ashes in Port Dickson as part of their final rites.

The Kuil Sri Maha Mariamman temple committee was notified of the ruling a day after StarMetro had highlighted the plight of residents who had asked the MPPD and the state authorities to help them build a crematorium.

Mogan, who is also state MIC chairman, however, advised the families of the deceased not to throw pots and other prayer items into the sea.

He said the MPPD had received complaints from beach goers of such items being dumped indiscriminately by the beach.

Residents had complained of the deplorable conditions at an open air crematorium in an oil palm estate in Jalan Sua Betong here.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F11%2F27%2Fnation%2F7514173

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Wanita KEADILAN Mahu Jawatan Ketua Umum Diwujudkan Untuk Anwar

Posted: 26 Nov 2010 09:34 AM PST

SYED HUSIN JADI TIMBALAN KETUA UMUM?

Posted: 26 Nov 2010 08:25 AM PST

KEDAH online

KEDAH online


Posted: 26 Nov 2010 06:37 AM PST