Isnin, 6 September 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


MP PKR sokong Azmin tanding Timbalan Presiden

Posted: 06 Sep 2010 01:45 AM PDT

PETALING JAYA, 6 Sept: Dua Puluh Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai timbalan presiden parti.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Turut menyatakan sokongan sama, beberapa senator PKR yang juga disenaraikan dalam kenyataan itu.

Mereka mendakwa sokongan kepada Azmin yang juga Naib Presiden PKR sekarang ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengorbanan yang dilakukannya sepanjang berada dalam parti.

Sehubungan itu, Azmin diyakini mampu bergandingan dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berjaya memperkemas dan memperteguh parti menuju ke mercu kecemerlangan.

YB Azmin Ali merupakan tokoh kanan yang telah melalui pelbagai cabaran getir, termasuk diaibkan ahli keluarganya, dalam mengharungi gerakan massa reformasi rakyat.

"Dalam keghairahan pemimpin seangkatan meninggalkan perjuangan mengejar kebendaan dan jawatan, beliau tetap istiqamah, tabah dan pasrah meneruskan agenda membela rakyat," kata Kamarul ketika membacakan kenyataan itu.

Azmin bagaimanapun belum menyatakan secara rasmi bahawa beliau mahu bertanding untuk jawatan tersebut memandangkan panyandang kini, Senator Syed Hussein Ali belum menyatakan untuk melepaskan jawatan tersebut.

Mereka turut menyokong calon jawatan naib presiden di kalangan ahli parlimen yang berhasrat untuk mendapatkan jawatan tersebut pada pemilihan parti 2010 ini.

"Kami juga ingin memberi sokongan kepada tokoh lain yang telah membuktikan komitmen dan kemampuan mereka memikul tanggungjawab yang juga telah meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut," katanya.

Justeru, akar umbi parti diseru untuk emmebri sokongan kepada semua ahli Parlimen yang bertanding dalam apa-apa jawatan di semua peringkat.

Turut hadir dalam sidang media itu, Zuraida Kamaruddin (Ampang), S Manikavasagam (Kapar) and Low Goh Burne (Kelana Jaya).

Kamarul turut berkata, pengumuman sokongan terhadap Azmin itu tidak bermaksud mereka menghalang individu lain yang berhasrat untuk bertanding jawatan sama.

"Kita tidak menghalang hak sesiapa untuk bertanding. Cuma kita menyarankan suara daripada ahli Parimen bahawa kita bersetuju beliau (Azmin) bertanding," kata beliau.

Pemilihan PKR akan berlangsung di antara 17 September hingga 21 November ini yang melibatkan 218 cabang dan lebih 400 ribu anggota parti.


Sumber: Harakah Daily

Sembelih korban: Saya masih waras- Guan Eng

Posted: 06 Sep 2010 01:44 AM PDT

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.


Sumber: Harakah Daily

Agihan: BN rompak hasil negara untuk suku sakat

Posted: 06 Sep 2010 01:43 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 6 Sept: Prinsip agihan dan sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah jauh berbeza dengan apa yang menjadi amalan dalam pelaksanaan Kerajaan Pusat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris keluarga warga emas yang telah meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta kepimpinan kerajaan negeri.

Anwar juga menyifatkan perbezaan dalam pelaksanaan sistem pemerintahan adalah begitu ketara antara pimpinan PR dan BN.

"Kita dalam PR tidak merompak hasil negara dan mengagihkan hasil rompakan kepada suku-sakat. Dalam PR juga kita tidak amalkan mengambil hak orang lain seperti yang diamalkan dalam BN serta agihkan sebagai sumbangan.

"Kelainan yang ada pada PR ini akan membawa banyak perbezaan yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

"Mereka yang miskin harus diberi keutamaan dalam pembelaan. Nasib mereka ini mesti diperjuangkan. Selagi pembelaan yang sewajarnya tidak diberikan maka yang miskin akan tetap miskin, manakala yang kaya akan terus menambah kekayaan," ujarnya lagi.

Tambah Anwar lagi, keadilan yang hendak ditegakkan boleh dilaksanakan sekiranya sikap angkuh dan bongkak tidak menjadi amalan dalam kepimpinan.

Dalam PR hasil yang diperolehi adalah melalui amalan perbelanjaan berjimat cermat dan bukannya melalui rompakan hasil negara dan diagihkan sebagai sumbangan kepada masyarakat miskin yang memerlukan pembelaan.

Oleh kerana kelainan yang ada pada PR, katanya maka nasib masyarakat di Pulau Pinang telah berjaya dibela oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi penghargaan kepada 107,625 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM100 setiap orang.

Sejajar dengan itu kerajaan negeri juga telah mula memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap waris apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia.

Sehingga 24 Ogos 2010, seramai 776 waris warga emas yang meninggal dunia telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapat sumbangan sebagai menampung kos urusan pengebumian.


Sumber: Harakah Daily

Kenyataan Khir cetek pengetahuan

Posted: 06 Sep 2010 01:35 AM PDT


Kenyataan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar membuktikan ketidakupayaan beliau dan cetek ilmu pengetahuan, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau berkata, kenyataannya itu menunjukkan Dr Khir tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan.

Menurutnya, ia tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang lemah diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar sebelum ini.

"Ketika Tan Sri Abdul Khalid (berkhidmat) di PNB dan Guthrie, beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya dalam syarikat berkaitan Kerajaan Negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, Dr Khir berkemungkinan tidak sedar sekiranya seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan.

"Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya, seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.

"Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri.

"Menteri Besar bercadang merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil Kerajaan Negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri.

"Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.

"Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu," katanya.

Katanya, sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, PR percaya rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam GLC.

"UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi yang diamalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya mengingatkan rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. .

Sinar Harian 4 September menyiarkan kenyataan Faekah berhubung rasa terkejut Khalid apabila ditawarkan insentif RM100 ribu daripada sebuah GLC Kerajaan Negeri. Khir pula menyifatkan keengganan Khalid sebagai sengaja menunjuk baik. – SINAR HARIAN

Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Patut Dipersalahkan, Kata Mahfuz

Posted: 06 Sep 2010 01:31 AM PDT


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan TV3 sempena Hari Raya tahun ini yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ini berdasarkan kepada jawapan bertulis Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor pada sidang Dewan Negara 2004.

Dalam jawapan itu, Shaziman menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem untuk memastikan semua bahan siaran ditapis sebelum disiar TV swasta.

TV3 sejak Khamis lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, selain menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman Buddha.

Mengikut beberapa blog, iklan ini meminjam konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan amalan kesamarataaan agama di Malaysia.

Dalam hal ini, Mahfuz menyalahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana terlalu memberi tumpuan kepada pemantauan di internet hingga mengabai bahan siaran TV3.

Mahfuz yakin Rais mungkin tidak memantau bahan siaran dalam TV3 kerana terlalu percayakan media arus perdana ini

Beliau yakin jika iklan sedemikian disiar media alternatif, Rais Yatim dan pimpinan Umno pasti akan melenting dan bertindak pantas serta tegas.

"Jelas membuktikan pemimpin Umno menilai sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik mereka," kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas.

Iklan terbitan Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang menggunakan teknik janaan pengimejan komputer, dihentikan selepas lima kali siaran.

Selepas ditegur untuk tempoh tertentu, TV3 akhirnya memohon maaf.


Sumber: TVSelangor

Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan

Posted: 06 Sep 2010 01:30 AM PDT


Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.

Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.

Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.

"Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak" kata Anwar.

Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.

Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak

"Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita" kata Anwar.

Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.

Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.

Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.

Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.

Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.

Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.


Sumber: TVSelangor

Pimpinan Umno-BN Gagal Tunjuk Contoh Akhlak Mulia

Posted: 06 Sep 2010 01:22 AM PDT


PERMATANG PAUH 6 Ogos - Pemimpin Umno-Barisan Nasional gagal menunjukkan tauladan serta model yang baik untuk menjadi ikutan rakyat dari segi akhlak, moral mahupun memenuhi tuntutan syarak dan agama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengambil contoh isteri pimpinan Umno yang kebanyakannya tidak menutup aurat hatta apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan.

Bagaimanapun Umno dilihat begitu pantas menyerang pimpinan Pakatan Rakyat yang bukan Islam apabila mereka berkunjung ke masjid atau surau dengan tujuan untuk mendekati masyarakat Islam.

"Bagi mereka ini jika pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam tidak menurut tuntutan agama seperti menutup aurat, ia tidak menjadi isu kepada mereka. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang bukan Islam ia menjadi heboh dan diperbesarkan.

"Dalam Islam akhlak dan peribadi ini adalah menjadi keutamaan. Apabila kita mahu orang lain mencontohi Islam yang adil kepada semua, maka pemimpin itu sendiri mesti membuktikan bahawa kepimpinan mereka juga adil. Isteri-isteri mereka juga perlu menutup aurat.

"Apabila isteri pemimpin Islam masuk dalam masjid mereka menutup aurat. Apabila yang bukan Islam melihat akhlak yang ditunjukkan itu akan menjadi contoh kepada mereka. Namun begitu contoh ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan pemimpin yang sering menyalahkan orang lain," tegas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan 100 ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim anjuran JKKK Kubang Semang dan Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh di perkarangan Masjid Kubang Semang semalam.

Tambah beliau, Islam memberi keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan ideologi, ras serta keturunan ataupun pangkat dan kedudukan seseorang.

Anwar turut membidas sesetengah pihak yang mempolitikkan isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka sambil mengatakan sesetengah pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak menunjukkan sikap pro aktif yang boleh dijadikan tauladan kepada masyarakat.

Katanya lagi jika rasuah tidak mahu dibiarkan berleluasa, maka pemimpin harus menunjukkan contoh bahawa budaya rasuah itu adalah haram dan tidak patut menjadi amalan.

"Jika ini menjadi satu keutamaan, maka pasti rasuah dan korupsi yang mencemarkan imej negara dan pemimpin tidak akan menjadi satu perdebatan yang memalukan," tambah beliau lagi.

Turut sama dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.


Sumber: Suara Keadilan

Golongan Bencikan Sikap Kesederhanaan Guna Keganasan Sebagai Strategi Politik

Posted: 06 Sep 2010 01:21 AM PDT


SHAH ALAM 6 Sept - Kumpulan yang pesimistik terhadap usaha mewujudkan hubungan harmoni antara umat Islam dan dunia Barat atas landasan prinsip kesederhanaan cuba menguasai perdebatan dengan mengapi-apikan sentimen anti-Amerikanisme dan anti-Semitisme di samping menggunakan tindakan keganasan keterlaluan sebagai strategi politik.

Berkongsi pandangan sebagai penulis undangan di dalam Wall Street Journal, antara akhbar yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka yang meragui dan bersifat sinis telah mencemuh bahawa pencarian kepada Muslim yang berwatak sederhana dalam abad ke-21 tidak ubah seperti mencari 'Holy Grail'.

"Kumpulan tersebut berhujah bahawa serangan pengganas, pengeboman berani mati dan seruan Jihad kepada umat Islam 'untuk bangkit menentang penindasan Barat' begitu meluas, kata Anwar dalam tulisan beliau bertajuk "The Ball Is In Our Court" yang disiarkan pada 1 September lalu.

Anwar merupakan antara lima intelektual terkemuka antarabangsa yang dijemput oleh Wall Street Journal untuk memberikan pandangan berhubung isu kontroversi cadangan pembinaan pusat budaya Islam dan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia di Manhattan, New York.

Artikel beliau adalah yang pertama disiarkan akhbar itu daripada beberapa siri artikel lain oleh penulis termasuk Bernard Lewis, Ed Husain, Reuel Marc Gerecht, Tawfik Hamid and Akbar Ahmed.

"Bagi membuktikan kejayaan, mereka menggunakan peristiwa 9/11 sebagai pengajaran kepada pihak yang dikatakan musuh Islam, lantas perbuatan pengecut itu bukan sahaja telah mengakibatkan kesan yang besar kepada mereka yang menjadi mangsa malah memberikan tamparan hebat kepada umat Islam lain.

"Mereka ini adalah umat Islam yang menjalani kehidupan seperti orang lain - mencari rezeki, membina keluarga, menyambut majlis bersama dan juga mendoakan untuk keselamatan serta keamanan. Mereka adalah orang Islam yang tidak pernah terlintas untuk membawa pisau lipat bersama mereka apatah lagi bahan letupan untuk memusnahkan bangunan. Mereka ini jelas bersama kita dalam masyarakat, kalaulah hanya kita mampu menyingkat selubung yang menutupi mereka oleh golongan dalam bayangan yang berjket penuh dengan bom dan bernekad kepada kebinasaan.

"Mereka ini adalah majoriti orang Islam yang tidak berbeza dengan Kristian sederhana, Yahudi mahupun penganut agama lain di mana identiti mereka telah tenggelamkan oleh kejadian yang di luar kawalan.

"Kesimpulannya umat Islam digambarkan secara keseluruhan sebagai tidak bertoleransi, anti-demokratik, mundur dan tidak boleh wujud bersama-sama masyarakat lain dalam dunia moden. Ada yang mengatakan hanya wujud satu penyelesaian iaitu buang kepercayaan dan tradisi anda dan menerima pluralisme serta kemodenan," tulis Anwar dalam artikel tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu seterusnya menyimpulkan bahawa terdapat kelemahan dan kesilapan dengan penyelesaian sedemikian kerana majoriti besar umat Islam melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada tamadun yang mewarisi tradisi sains, falsafah dan kepercayaan yang menempatkan kepentingan terhadap kesucian kehidupan manusia.

Tambah Anwar lagi, ratusan juta umat Islam menolak semua bentuk fanatisme dan berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.

Justeru, Anwar menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berusaha dengan lebih gigih daripada hanya bercakap mengenai warisan budaya dan intelektual mereka di samping mendahului mereka yang menolak keganasan dan kekejaman.

"Pihak sebenar yang menjadi penghalang kemajuan dan keamanan dalam dunia Islam adalah mereka yang bertindak sebagai penindas dan rejim yang opresif, lalu mereka inilah yang perlu mendengar gegaran kutukan sebulat suara kita. Tindakan seterusnya aadalah keputusan kita," kata beliau lahi.


Sumber: Suara Keadilan

TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia

Posted: 06 Sep 2010 01:20 AM PDT


SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.

Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat, Nasrudin Hassan At Tantawi berkata iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.

"Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.

"Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut," tegas Nasrudin kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Malah lebih mengejutkan, beliau mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.

"Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?

"Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.

"Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia," tegas Nasrudin lagi.

Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.

Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.

Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.

Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.

Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.

"TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.

"Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu," jelas Nasrudin panjang lebar.

Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS akan menyampaikan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan TV3 dan Kementerian hari ini.


Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Tarik Subsidi Rakyat Tapi Belanja RM900 Juta Untuk Kakitangan Awam

Posted: 06 Sep 2010 01:19 AM PDT


SHAH ALAM 6 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoal tindakan kerajaan memberi bonus hari raya sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam dan juga pesara yang melibatkan kos melebihi RM900 juta tetapi pada masa yang sama menarik balik subsidi daripada rakyat untuk menjimatkan RM750 juta.

Beliau berkata penarikan subsidi ke atas lima barangan asas baru-baru ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan tersebut.

"Saya sokong pemberian bonus tersebut kerana ia membantu keupayaan rakyat berbelanja tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya serta perlu dijelaskan oleh kerajaan ialah apakah rasionalnya kerajaan mengumumkan penjimatan sehingga RM750 juta dengan menarik subsidi daripada seluruh rakyat tetapi mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM900 juta hanya untuk segelintir kakitangan awam dan pesara sahaja.

"Bagi saya ini satu tindakan yang tidak masuk akal, hak seluruh rakyat Malaysia yang berada di kampung, golongan berpendapatan rendah serta bukan kakitangan awam ditarik balik tetapi kepada sekelompok kecil kakitangan awam diberikan sumbangan dengan nilai yang begitu besar.

"Ini sesuatu yang pelik dan tidak logik yang berlaku dalam pentadbiran sekarang. Kalau kerajaan kata ingin berjimat sehingga terpaksa menarik balik subsidi tetapi pada masa yang sama memberi bonus hari raya yang melebihi nilai subsidi yang ditarik, jadi di manakah istilah jimat dari seorang Perdana Menteri," jelas Khalid pada sidang media dipejabat beliau baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan sebelum ini memberi alasan tindakan menarik balik subsidi atas alasan sistem subsidi didapati tidak efektif kerana golongan kaya juga mendapat manfaat daripada subsidi tersebut.

Justeru itu kerajaan berpendapat sebanyak RM750 juta boleh dijimatkan setahun jika subsidi tersebut ditarik.

"Alasan kerajaan tarik subsidi adalah kerana terdapat golongan kaya yang menerima manfaat daripada subsidi tersebut dan kerajaan berpendapat ini tidak adil tetapi apa yang berlaku pemberian bonus ini juga dapat dinikmati oleh mereka yang berpangkat tinggi juga serta mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi.

"Jadi apakah alasan kerajaan menarik balik yang selamanya dinikmati oleh rakyat semua golongan tanpa mengira tahap pendapatan bulanan tetapi sekarang membelanjakan lebih RM900 juta hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Jadi di sini timbul ketidak adilan dalam pentadbiran kerajaan yang berbangga dengan konsep rakyat didahulukan.

"Tindakan penarikan subsidi RM750 juta menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh semua peringkat masyarakat. Bonus raya RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat termasuk pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik subsidi daripada orang susah untuk bagi untuk bagi bonus berjumlah RM900 juta lebih," tegas beliau lagi.

Khalid berpendapat tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Razak lebih kepada perasaan takut kepada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam pemberian bonus Aidilfitri.


Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pasar Baru Untuk Penduduk Seri Muda

Posted: 06 Sep 2010 01:28 AM PDT

Demi kemudahan penduduk sekitar Sri Muda, Kerajaan Selangor akan menggantikan pasar Sri Muda yang uzur  kepada premis baru yang infrastukturnya lebih lengkap.

Mengikut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, tender bagi membina pasar baru itu akan dikeluarkan Majlis Perbandaran Shah Alam atau MBSA, Januari tahun depan.

Xavier berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak pasar Sri Muda, Shah Alam, bertujuan melihat gambaran sebenar masalah di pasar berkenaan.

Hadir sama ketika lawatan ke Pasar Seri Muda Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie.

Xavier berkata lawatan untuk lihat pasar lama tersebut rentetan dari aduan tentangnya. Walaupun ia bukan perkara baru tetapi telah 20 tahun tetapi kedudukan pasar tersebut yang sememangnya uzur dan tidak memuaskan tetapi memandangkan ianya keperluan  rakyat, makan pembinaan satu pasar baru dan moden serta bersih telah dipersetujui.

Xavier bimbang keuzuran pasar itu akan membawa kepada masalah kebersihan dan mengundang wabak penyakit berjangkit.

Masalahnya bukan sahaja sebab pentadbiran tidak dijaga tetapi saya ingat orang-orang yang datang dan buat meniaga disini pun perlu amik perhatian masalah ini kalau kita nak atasi kena semua pihak beri kerjasama untuk atasi masalah ini.

"Adun Sri Muda telah bekerja keras untuk dapatkan tanda-tanda tempat ini akan dimajukan dan bangunan baru akan dibangunkan di atas tanah kerajaan telah diputuskan sebagai pasar baru" kata beliau lagi.

Mengikut Xavier, tender  pembinaan pasar itu akan dibuka MBSA  seawal  Januari tahun depan.


Sumber: TVSelangor

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


SEJARAH BERULANG!!

Posted: 06 Sep 2010 02:57 AM PDT

Salam 2 all.

Teman macam tak percaya pulak bila membaca lapuran media menyebut bahawa Ahli-Ahli Parlimen PKR membuat kenyataan memberikan sokongan penuh kepada YB Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan tidak lama lagi.

Bukannya tak percaya apa, tapi teman teringat peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 1993 apabila semua Menteri Besar UMNO membuat kenyataan menyokong Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Maka berkuburlah Pak Gafar Baba menangis tak berlagu!

Hari ini skrip yang sama berulang. Bapak borek, anaknya rintik dong! Teman ingat nak kena baca balik buku "SHIT" tulisan Dato' Shahnon Ahmad @ Pak Shahnon, Sasterawan Negara.

Apapun, kata orang Melayu, dah terang bersuluh pula. Lagu sama, skrip sama..cuma watak dan pelakon sahaja yang berbeza. Teman ucapkan sayonara kepada Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan segala mereka yang berangan nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sejarah adalah guru yang terbaik, dan nasihat saya kepada Zaid dan yang sewaktu dengannya, belajarlah daripada sejarah Pak Gafar. Lebih baik kita pegi Zoo Negara "ziarah kekawan berpose" disana lagi bagus :))

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010

########################################

MALAYSIAKINI
06 Sept 2010 11.32am

Ahli Parlimen, Senator PKR ikrar sokong Azmin

Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka. Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.
Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti. Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi. Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).
Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden. Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

TALQIN BUAT ZAID!!

Posted: 06 Sep 2010 01:14 AM PDT

Salam 2 all.

Zaid Ibrahim hari ini membuat kenyataan terbuka kekecewaan beliau dengan politiking melampau didalam PKR. Beliau mendakwa ada kemungkinan beliau akan "dikuburkan saperti Pak Gafar Baba"! Bak kata beliau, "12 bulan lepas saya di arak macam hero, hari ini saya dituduh sebagai pengacau!!" (sila baca lapuran penuh kenyataan beliau dibawah).

Dan semua itu kerana Zaid mengumumkan niat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dan saya cukup yakin dengan pengumuman itu, mereka sudah mula membaca talqin buat Zaid!

Saya tidak mahu komen panjang. Pertama Zaid perlu ingat apa yang dia sendiri lakukan semasa konspirasi nak memecat saya dari menjadi Ahli Parlimen PKR tidak lama dahulu.

Dan apabila saya menuntut Jawatankuasa Disiplin yang hendak membicarakan saya hendaklah terdiri dari ahli yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, Zaid langsung tidak membuat pendirian apa-apa. Sebaliknya PKR membariskan panel yang majoritinya bukan Islam (dua aktivis Kristian & seorang Hindu) untuk membicarakan saya. Apabila saya enggan mengiktiraf panel tersebut, saya dipecat atas alasan ingkar dan enggan mengiktiraf panel tersebut. Dimana Zaid pada masa itu?!

Saya berharap Zaid akan dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa budaya politiking kotor dan jijik yang didakwa dilakukan oleh UMNO/BN sebenarnya subur mekar didalam PKR. Kerana kebanyakan mereka sebenarnya adalah "ketul-ketul shit" yang ditendang daripada jamban UMNO (meminjam kata-kata Pak Shahnon Ahmad didalam buku "SHIT"). Zaid kena ingat, bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO pun dia kalah, inikan nak bertanding jawatan dalam parti yang UMNO pun tak mau!!

Saya cadangkan kepada Zaid kalau benar beliau mahu lakukan perubahan, sertai PAS. Saya cukup yakin PAS boleh menerima orang saperti Zaid. Kerana sejarah membuktikan Rasulullah saw sendiri pernah menerima orang saperti Saidina 'Umar r.a, Saidina Amr bin Asr r.a, Saidina Ikrimah Abu Jahal r.a dan lain-lain. Zaid perlu sedar bahawa PAS adalah parti yang benar-benar ikhlas mahu melakukan perubahan kearah kebaikan, iaitu kearah Islam.

Cuma segelintir dikalangan mereka berada dalam sedikit kekeliruan sekarang kerana terpengaruh dengan dakyah golongan Anwarinas dan yang sewaktu dengannya yang berkiblatkan orang lain sebagai pemimpin dengan gendang palsu ke Putrajaya. Orang saperti Zaid boleh menyedarkan PAS daripada "mimpi indah" mereka dalam persekongkolan dengan PR. Orang saperti Zaid boleh menceritakan kepada PAS tangan kotor mana yang "menguburkan Pak Gafar Baba", sebagaimana mereka sekarang cuba "menguburkan" Zaid!!

Sekiranya Zaid mahu kembali kepada perjuangan Islam yang sebenarnya, dan berubah menjadi seorang pejuang Islam, saya yakin Zaid boleh menjadi saperti Saidina 'Umar r.a atau Saidina Ikrimah r.a kepada perjuangan Rasulullah.

Semoga Zaid bertemu jalan kembali kepada perjuangan Islam. Dan kepada para ulama' dan pendakwah didalam PAS, cubalah jinak-jinakkan Zaid kepada perjuangan Islam sebenarnya. Tinggalkanlah persekongkolan dengan para kafir harbi yang akan merosakkan PAS kepada perjuangan Islam yang hakiki.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010

*********************************************

MALAYSIAKINI.COM

Saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?
06 Sept 210 7.10am

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".

Dalam satu kenyataannya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini". "Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Zaid yang mengumumkan semalam hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bimbang selepas pemilihan parti nanti, beliau akan ditimpa nasib seperti yang dialami Tun Ghafar Baba pada 1993.

"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.

Katanya, jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi timbalan perdana menteri waktu itu.

"Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk," tegas Zaid.

Berikutan adalah kenyataan penuh Zaid: Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Kesetiaan saya juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan. Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah. Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali. Saya dengar Presiden Wan Azizah juga akan diminta berundur. Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya. Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu. Saya akan huraikan semasa berkempen nanti. Memang saya tidak setia membuta tuli. Saya menganggotai sebuah organsasi politik yang demokratik, sebuah parti yang terbuka untuk dikritik; bukan sebuah "cult organsation" yang sentiasa mendewakan pemimpin agung mereka. Saya sokong pemimpin yang benar dan bijak, dan saya sanggah pemimpin yang berpura-pura. Kalaulah ini bererti saya tidak setia saya rela dihukum oleh ahli-ahli nanti.

Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk. Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan

Posted: 06 Sep 2010 12:05 AM PDT

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.

Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.

Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.

"Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak" kata Anwar.

Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.

Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak

"Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita" kata Anwar.

Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.

Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.

Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.

Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.

Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.

Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Saya masih waras- Guan Eng

Posted: 06 Sep 2010 07:55 AM PDT

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


SEKITAR PENAMAAN CALUN CABANG HULU SELANGOR (5 SEPT 2010 SABTU 8PG-7 MLM)

Posted: 06 Sep 2010 02:32 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mini Las Vegas di Senawang, N.Sembilan ?

Posted: 05 Sep 2010 03:25 PM PDT








Bulan Ramadhan ke, tak bulan Ramadhan ke pekan Senawang, N.Sembilan dari dulu, kini dan harapnya tidak selamanya meriah dengan maksiat yang menghina umat Islam yang lalu lalang iaitu judi "Halal" ( agaknya Halal sebab berlesen ). Boleh dikatakan penguatkuasaan jabatan agama di N.Sembilan ini lemah, tak tahulah , mungkin kurang anggota penguatkuasa dan kelengkapan. Dan sekarang ini Senawang makin dimeriahkan dengan maksiat judi "Haram" (Haram sebab tak ada lesen agaknya).

Sebelah kedai serbaneka 7-11 didapati sebuah kedai baru, dulu kedai RM2. Kedai ini cermin gelap, ada pintu kecil satu. Lagaknya macam kedai kafe siber yang tak ikut peraturan PBT, ada yang kata kedai Jackpot (bukan kedai teh tarik susu cap teko) tapi mungkin kedai judi ? Betul ke tidak, itu sepatutnya pihak polis dan PBT terutama MPS kenalah prihatin. Pihak Jabatan Agama pun kena prihatin.

Senawang ni majority orang Melayu, tapi kedai judi "Halal" dan kedai judi "Haram" nampaknya tumbuh macam cendawan. Tak tahulah bala apa bulan Ramadhan yang orang Senawang ni harapkan dengan maksiat di depan mata ini.

Pihak akhbar pun jangan buat tak tahu je, cubalah risik-risik sikit.

Sebelum ini pun disyaki kedai judi internet di Taman Matahari Height pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/pusat-judi-internet-di-matahari-height.html

Dan di Taman Tasik Jaya pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/03/nak-tengok-tempat-melayu-senawang.html