Sabtu, 4 September 2010

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Justice for TBH-2! Part 1 … a truthful, damning comment or what?

Posted: 04 Sep 2010 04:34 AM PDT

The truth is the truth. One can try desperately to spin or divert but it’s to no avail. Slowly but surely it will find its way out of the wood work. Because the ground is shifting and a groundswell building up. Daddy and Anak can continue to pretend their innocence and ignore the voice of [...]

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Justice for TBH-2! Part 1 … a truthful, damning comment or what?

Posted: 04 Sep 2010 04:34 AM PDT

The truth is the truth. One can try desperately to spin or divert but it’s to no avail. Slowly but surely it will find its way out of the wood work. Because the ground is shifting and a groundswell building up. Daddy and Anak can continue to pretend their innocence and ignore the voice of [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Raya PAS N.Sembilan 2 Okt dan 25 Sep

Posted: 03 Sep 2010 03:45 PM PDT




JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR NS
YB Ean Yong Ting Sin , ADUN Lukut / Tim Peng. DAP NS
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13015, Batu 3, Jln Kuala Pilah, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Usrah Gabungan PAS Gedung Lalang, Ampangan

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Rakyat Tanggung Kos Bonus Raya

Posted: 04 Sep 2010 02:50 AM PDT

(sumber dari www.suarapakatan.wordpress.com)

Tindakan kerajaan memberi bonus hari raya berjumlah RM935 juta, dengan setiap kakitangan awan dan juga persara mendapat RM500 seorang adalah amat di alu-alukan malah ia adalah satu usaha yang baik agar mereka dapat menampung beban perbelanjaan pada musim perayaan kali ini.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah pemberian bonus tersebut diambil dari hak seluruh rakyat negara ini tidak kira apa juga latar belakang pendapatan mereka. Ini jelas serta tidak boleh dipertikaikan lagi apabila kerajaan sebelum ini mengumumkan untuk mensasarkan penjimatan perbelanjaan sehingga RM750 juta melalui penarikan subsidi tetapi kerajaan menggunakan jumlah tersebut untuk diberikan kepada setiap kakitangan awam dan juga persara.

Persoalan yang menarik adalah tanggapan rakyat bahawa mereka sebenarnya yang telah menampung segala kos pemberian bonus hari raya tersebut bukan datang dari peti simpanan kerajaan, perkara ini jelas apabila hak mereka sebelum ini telah diambil balik oleh kerajaan melalui penarikan subsidi sebelum. Rakyat terus terbeban dengan kos kenaikan harga barang keperluan hanya kerana sikap kerajaan yang mementingkan agenda politik mereka.

Jadi atas soal apakah yang perlu dibanggakan oleh kerajaan dengan pengumuman tersebut, mungkin dari awal lagi sudah ada perancangan untuk menggunakan wang rakyat dari semua lapisan serta kedudukan melalui penarikan subsidi itu kemudian disalurkan kepada kelompok kecil kakitangan awam yang berpangkat besar melalui istilah bonus hari raya.

Jelas tindakan ini menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak serius untuk mengutamakan rakyat yang berada dibawah malah sikap sedemikian menunjukkan kerajaan hanya mengambil berat kakitangan awam, dan ini pasti bagi mengambil hati mereka agar tidak timbul perasaan ketidak puashatian kakitangan awam terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Sendaloka Perdana Menteri dengan nilai RM500 kepada setiap rakyat menunjukkan kerajaan perihatian dalam soal kebajikan tetapi hakikat yang sebenar rakyat yang menanggung kos tersebut. Saya tegaskan di sini dalam soal kerajaan ingin mencari populariti demi kepentingan politik mereka jangan jadikan rakyat sebagai hamba yang boleh ditekan sedemikian rupa.

Satu yang tidak rasional apabila umumkan mahu penjimatan maka subsidi ditarik tetapi umumkan pemberian bonus dengan jumlah angka yang lebih besar dari penarikan subsidi, dimana penjimatan yang sebenarnya.

Saya bukan menghalang pemberian bonus tersebut tetapi kerajaan perlu melihat dari sudut yang lebih luas siapakan yang perlu dibantu rakyat yang miskin tanpa pendapatan tetap ataupun mereka yang berpangkat serta mempunyai pendapatan bulan yang mencecah ribuan ringgit.

Apa yang ingin ditekankan lagi adalah kerajaan lebih suka menarik hak rakyat atas dasar penjimatan segera tetapi suka melakukan pembaziran yang begitu besar demi kepentingan peribadi dan juga politik.

Pemberian bonus hari raya adalah satu yang wajar tetapi bukan mengambil dari hak seluruh rakyat Malaysia, kerajaan perlu mengambil pendekatan segera dalam dalam soal ketirisan agar wang rakyat tidak lagi menjadi mangsa setiap kali tibanya musim perayaan ataupun pemberian bonus akhir tahun.