Selasa, 10 Ogos 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Polis, JPJ tiada hak hukum mangsa saman ekor

Posted: 10 Aug 2010 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai hak serta kuasa menghukum mangsa saman ekor, tegas pasukan guaman, badan bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Zulhazmi Shariff, salah seorang anggotanya menegaskan bahawa polis trafik sebenarnya antaranya mengeluarkan saman dan notis salah laku trafik.

Manakala tanggungjawab JPJ, menurut beliau, antaranya adalah memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sama ada milikan persendirian atau perniagaan.

"Polis dan JPJ tidak ada kuasa untuk menghukum pesalah trafik, hanya mahkamah boleh menghukum mangsa saman ekor selepas dibuktikan bersalah," ujarnya malam tadi di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Beliau yang juga pengamal undang-undang sivil berkata, syor kerajaan menyenaraihitamkan serta menghalang mereka yang terbabit dari memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan prinsip keadilan hak serta hak asasi manusia.

Ini kerana, katanya, prinsip umum undang-undang memberitahu bahawa 'seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah'.

Berpijak pada prinsip tersebut, ujarnya, kaedah perlaksanaan saman ekor yang disyorkan, iaitu seseorang boleh dianggap bersalah walaupun tidak dibuktikan bersalah adalah sesuatu yang bertentangan dengan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A), Akta Pengangkutan Jalan 1997 sendiri.

Lanjutan itu, beliau berkata, mereka yang menerima notis saman ekor tidak perlu membayar sebarang kompaun atau denda kerana beban membuktikan kesalahan mereka yang terbabit di mahkamah sepatutnya dilakukan oleh JPJ dan polis trafik.

Tambahnya lagi, mereka yang disaman berdasarkan CCTV trafik atau notis saman yang ditinggalkan pada kenderaan sebenarnya adalah tidak sah.

Ini kerana, katanya tidak ada peruntukan Akta Pengangkutan Jalan, 1987 membolehkan pihak berwajib memeras kompaun atau denda dari mereka yang terbabit.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, pihak berwajib tidak berani mengheret lebih 2.5 juta pemilik kenderaan yang disenaraihitamkan ke mahkamah.

Ini kerana, katanya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri tidak yakin bahawa kaedah saman ekor apabila merujuk ketetapan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawaka & Anor (2009) .

"Kalau tindakan ini (saman ekor), kenapa mereka tidak mengheret kesemua kira-kira sejuta lebih mangsa saman ekor ini ke mahkamah?"

"Apa yang saya nak tegaskan di sini, sama ada Najib, (Datuk) Abdul Aziz Yusof (Ketua Trafik Pasukan Polis Bukit Aman) atau (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) sendiri tidak mempunyai hujah perundangan untuk mengheret mangsa-mangsa ini," tegasnya sambil menganggap saman ekor mencabul 'hak terhadap harta' (kenderaan) sebagaimana dijamin oleh Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Harakah Daily

Suaram ragui KDN pantau kesihatan, rawatan OKT

Posted: 10 Aug 2010 04:11 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) amat meragui kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan semua orang kena tahan (OKT) dipantau dari segi kesihatan serta mendapat rawatan kesihatan sekiranya diperlukan.

Suaram turut mengutuk keras Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia di atas kematian Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, dalam Mahkamah Majistret 2, Kuantan, Pahang semasa dalam tahanan polis.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata, pihaknya mengutuk pihak polis yang bertugas langsung tidak menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan OKT dalam keadaan yang sihat dan baik seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap(L.N.3289/1958)(4) semasa di lokap Mahkamah Majistret 2, Kuantan.

Wan Khairul Azizi yang berasal dari Felda Bukit Goh dan telah ditahan di Penjara Penor sejak 12 Mei 2010 atas tuduhan berkaitan dadah mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 7 Ogos lalu, orang kena tahan (OKT) tersebut telah hadir di Mahkamah Majistret 2, Kuantan untuk sebutan kesnya dalam keadaan badan yang amat lemah.

Tidak lama setelah berada di mahkamah, beliau telah rebah dan meninggal dunia.

"Suaram ingin membangkitkan beberapa persoalanan berhubung perkara ini," ujar Heng Lung dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya di manakah pegawai polis yang bertugas ketika mangsa OKT dalam keadaan amat lemah; dan kedua, mengapa pengawai polis enggan mengambil tindakan kecemasan yang sewajarnya ketika diminta oleh ahli keluarganya.

Beliau berkata, Suaram melahirkan kekecewaan terhadap kualiti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Penjara Malaysia.

Katanya, mengikut kenyataan ahli keluarga mangsa, pihak pengawai penjara juga tidak memaklumkan keadaan kesihatan OKT kepada mereka sebelum itu.

Ini, ujarnya menunjukkan pihak penjara tidak memberi penjagaan yang sepatutnya seperti yang termaktub di dalam Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan Peraturan-peraturan Seksyen (234), (235) dan (236).

"Kes kematian dalam tahanan ini bukan yang pertama. Mengikut Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat sebanyak 141 orang yang mati dalam tahanan sejak tahun 2000.

Sehubungan itu, katanya Suaram menyeru agar kerajaan segera melaksanakan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil.

Di samping, ujarnya tindakan tatatertib hendaklah segera diambil terhadap pengawai polis dan penjara yang terlibat selain meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap kualiti PDRM dan juga Jabatan Penjara serta menghentikan penyalahgunaan institusi negara terutama PDRM untuk menindas hak-hak rakyat.

Sumber: Harakah Daily

Kontraktor Hospital Shah Alam diberi amaran baru

Posted: 10 Aug 2010 04:10 AM PDT

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan satu lagi amaran bertulis kepada Sunshine Fleet Sdn Bhd - kontraktor utama projek Hospital Shah Alam yang masih di belakang jadual.

Malaysiakini diberi sesalinan surat yang dialamatkan ke Sunshine Fleet, sebuah firma yang dikaitkan dengan keluarga kerabat diraja Selangor. Ia berikutan surat bertarikh 15 Julai lalu yang mendakwa berlaku 'kelewatan yang serius' dalam projek berkenaan.

Surat dengan tajuk 'Amaran kemungkiran kontraktor' itu bertarikh 26 Julai.

JKR menggambarkan pembinaan di tapak itu sebagai "amat kritikal dan serius". Ia ditadatangani oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Mohamed Amin Kasim.

Antara intipati surat itu ialah projek berkenaan hanya siap 26.1 peratus sedangkan mengikut jadual ia sepatutnya siap pada tahap 29.7 peratus ketika surat itu dikeluarkan.

"Aktiviti kerja di tapak telah terhenti dan bilangan pekerja adalah amat kurang dengan ketara berbanding bulan-bulan lalu sebelum ini. Pada 26 Julai, hanya terdapat 41 orang pekerja di tapak di mana sepatutnya adalah lebih kurang 700 pekerja," kata JKR.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan Sunshine Fleet untuk meneruskan kerja serta menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh agar projek itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

JKR juga menuntut firma itu menjelaskan mengapa perjalanan kerja telah tergantung serta menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi serta tindakan yang diambil bagi mengatasinya.

"Sekiranya, tuan gagal mematuhi perkara itu, pejabat ini akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan syarat-syarat kontrak," kata JKR.

Berdasarkan peraturan lazim yang ditandatangani dengan JKR, perkara berkenaan boleh menyebabkan perjanjian yang ditandatangani terbatal dan projek hospital itu ditenderkan semula kepada mereka yang berminat.

Projek bernilai RM482 million itu telah dibelenggui pelbagai masalah termasuk pergeseran antara Sunshine Fleet dengan sub-kontraktor asalnya Isyoda (M) Sdn Bhd berhubung perkara 'membabitkan wang'.

Keadaan itu menyaksikan projek berkenaan disub-kontrakkan kepada GM Healtchcare Sdn Bhd, yang juga kemudiannya menghadapi masalah kewangan dengan kontraktor utamanya.

Masalah berkenaan kemudiannya diheret ke mahkamah dan menyebabkan projek itu terhenti.

Malah, Sunshine Fleet juga meminta JKR menghentikan segala bayaran atas kerja-kerja yang telah disiapkan dan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua bayaran kepada pihak-pihak yang terbabit dibekukan.

Sumber: Malaysiakini

Dua Bulan Selepas Kejadian, Peguam Negara Temui 'Bukti Baru'

Posted: 10 Aug 2010 04:06 AM PDT


Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh Beng Hock selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang Teoh, yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu.

Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos.

Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di

tingkat 14 bangunan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.

Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang simati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi.

Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan.

Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas.

Menurutnya pemeriksa dokumen menyediakan laporan mereka, dan ia kemudiannya ditimbang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang tidak yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina.

Tambahan pula, nota itu ditemui selepas dua bulan kematian Teoh dan ini akan menimbulkan syak wasangka tentang ketulenan dan penemuannya.

"Setelah mempertimbangkan faktor-faktor ini, Tan Sri Abdul Gani berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan," kata kenyataan itu dipetik Bernama,

Katanya terdahulu pejabat itu diberi penjelasan oleh pegawai penyiasat berkenaan bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes

bunuh diri.

"Berikutan itu, Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan biarlah ia diputuskan oleh

koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut pejabat itu merasakan bahawa tidak ada penyekatan atau penyembunyian bukti, dan keputusan untuk tidak menawarkan nota itu pada awalnya dibuat berdasarkan laporan pemeriksan dokumen serta penemuan nota yang boleh menimbulkan syak wasangka.

"Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan dokumen sebagai bukti hanya apabila pejabat itu telah berpuas hati tiada lagi kemusykilan," katanya.


Sumber: TVSelangor

Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana

Posted: 10 Aug 2010 04:04 AM PDT


SHAH ALAM 10 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Ahmad Maslan Ajak Dialog Tapi Kecut Bila Tiba Masa

Posted: 10 Aug 2010 04:03 AM PDT


SEREMBAN 10 Ogos - Kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi jawapan berhubung jemputan berdialog mengenai isu Felda oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sepatutnya berlangsung semalam di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak membuktikan sikap pengecut pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Mazlan menyifatkan sikap membisu Ahmad itu seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia mengenai Felda agar tidak diketahui rakyat.

"Sehingga sekarang saya tidak menerima apa-apa jawapan dari timbalan menteri terbabit, mengikut surat yang saya berikan kepadanya 9 Ogos merupakan sesi dialog antara saya dengan beliau berkaitan isu yang telah ditimbulkan terhadap Felda.

"Bagi saya Ahmad adalah seorang timbalan menteri yang pengecut serta takut untuk berhadapan dengan rakyat bagi memjelaskan serta menafikan segala persoalan yang timbul. Beliau sepatutnya tampil menyatakan yang benar terhadap isu Felda jika selama ini beliau mengatakan Felda ini tidak akan bankrap.

"Selain itu saya lihat ada sesuatu yang cuba beliau sembunyikan daripada pengetahuan umum, mungkin penyelewengan itu betul jadi kita perlukan kepastian darinya. Kenapa perlu kita berdiam dalam keadaan ini, rakyat menunggu jawapan dari beliau.

"Sebelum ini beliau menolak pelawaan saya untuk berdebat ketika saya bertemunya di parlimen, setelah perbincangan dibuat beliau mencadangkan agar dialog diadakan. Setelah meneliti dan mengambil pendapat daripada jawatankuasa Anak saya menerima untuk berdialog tetapi secara terbuka, dan surat telah saya berikan kepadanya melalui faks, pos juga serahan tangan di pejabatnya tetapi sehingga sekarang tiada sebarang jawap diterima," kata Mazlan semasa bersama peneroka Felda Serting di Mahkamah Tinggi Seremban 2 semalam.

Tambah beliau lagi tindakan yang diambil oleh Ahmad itu menimbulkan seribu pertanyaan dari rakyat.

"Rakyat sekarang membuat andaian bahawa apa yang berlaku di dalam Felda itu mungkin tepat, kalau ia tidak benar kenapa timbalan menteri tidak mahu mengadakan dialog secara terbuka bagi memberi penjelasan setiap soalan yang akan dikemukakan.

"Kenyataan Ahmad yang memberitahu Felda membayar cukai itu adalah tidak tepat, sepatutnya pengumuman itu dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau pengumuman dilakukan oleh LHDN baru jelas pembayaran tersebut tetapi kenyataan Ahmad kita belum pasti sama ada benar atau tidak," tegas beliau.

Dalam penjelasan dalam Dewan Rakyat, Ahmad memberitahu kemerosotan tunai Felda kononnya diguna untuk kebajikan peneroka.

Menurutnya, RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka dan RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

Sumber: Suara Keadilan

Keputusan Gugur Kes Fitnah II 16 Ogos

Posted: 10 Aug 2010 04:02 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Ogos depan bagi memutuskan sama ada untuk menggugurkan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan permohonan pihak pembelaan yang mahu kes tersebut dibuang atas alasan kepincangan yang berlaku akibat dakwaan hubungan romantis Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya tidak dapat menentukan keputusan permohonan pengguguran kes tersebut hari ini, kerana memerlukan masa untuk meneliti hujahan kedua-dua belah pihak. Oleh yang demikian, mahkamah menetapkan Isnin depan bagi membuat keputusan tersebut," kata beliau dalam penghakimannya.

Perbicaraan disambung semula pagi ini bagi mendengar hujahan balas pasukan pembelaan bagi menentukan sama ada untuk membenarkan permohonan bagi mengenepikan kes Fitnah II ke atas Anwar.

Semalam, Mohamad Zabidin menolak dua permohonan pasukan pembelaan.

Pertama ialah bagi membenarkan mahkamah untuk membawa Farah dan Saiful sebagai saksi manakala permohonan tambahan adalah bagi membawa seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria berhubung kes poligami yang kini dibicara di mahkamah syariah.

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dalam jawapan terhadap hujahan pendakwaa mendakwa kredibiliti dan kewibawaan pasukan pendakwaan tercemar, berikutan Timbalan Pendakwa Raya itu dengan kesalahan.

"Sekiranya seseorang itu didakwa atas kesalahan syariah atau pun jenayah, maka kredibilitinya tidak boleh lagi dipertahankan dan dia tidak dibenarkan untuk menandatangani afidavit," hujah Karpal.

Mohd Hanafiah didakwa kerana melakukan kesalahan berkaitan poligami, apabila cuba untuk mengesahkan perkahwinan keduanya di Kota Bharu, Kelantan selepas berkahwin di negara Thailand.

Kredibilitinya dipersoalkan memandangkan Mohd Hanafiah adalah antara dua orang selain daripada DSP Jude Blacious Pereira yang menandatangai afidavit bagi pihak pendakwaan untuk mengenepikan permohonan pasukan peguam bela menggugurkan pertuduhan.

Peguam pembantu, Sankara Nair pula menjelaskan, kredibiliti Mohd Hanafiah Zakaria dipersoalkan, berhubung kelayakannya untuk menandatangani dan mengesahkan afidavit bagi menggugurkan kes berkenaan, sedangkan beliau sendiri boleh dipertikaikan.

"Kalau seseorang hendak tanda tangan afidavit, dia mestilah orang yang boleh dipercayai dan ada kredibilti. Tetapi dalam kes Hanafiah, beliau sendiri boleh dipertikaikan. Jadi, kalau dikatakan kita yang melengah-lengahkan perjalanan kes, siapa sebenarnya yang melengahkan perjalanan perbicaraan, dan siapa sebenarnya yang melakukan hubungan-hubungan itu?" soal Sankara.

Sumber: Suara Keadilan

Protes Lancar Kempen Penerangan Kenaikan Harga Barangan Ke Seluruh Negara

Posted: 10 Aug 2010 04:01 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barangan (Protes) melancarkan kempen Selamatkan Rakyat - Bantah Harga Barang Naik yang bermula semalam bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barangan termasuk harga minyak melalui edaran risalah di seluruh negara.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, kempen penerangan akan menjurus kepada kesedaran terhadap kesan kenaikan harga barangan keperluan dan langkah kerajaan mengurangkan subsidi barangan.

"Kenaikan ini walaupun bunyinya kecil, tapi kesannya kepada rakyat cukup besar kepada rakyat. Kalau gaji mereka RM700 bererti mereka terpaksa memerlukan lebih banyak wang untuk tampung kehidupan. Dan kita merasakan perkara ini adalah tidak adil," kata beliau pada sidang media di tapak pasar malam di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata risalah tersebut mengandungi fakta dan penerangan yang perlu diketahui orang ramai.

Edaran itu akan dilakukan dalam siri yang sama di beberapa tempat di seluruh negara dan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan.

Pada masa yang sama katanya, Protes akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 14 Oktober depan dalam minggu pertama sesi Parlimen akan datang.

"Kita akan lihat respon daripada pimpinan negara, seandainya mereka tak hiraukan bantahan rakyat ini, maka sebaik sidang Parlimen kita akan teruskan perhimpunan besar-besaran untuk membantah kenaikan harga ini, di Kuala Lumpur," ujarnya.

Ketua Aangkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berkata, rakyat akan diberitahu mengenai langkah kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi kepada rakyat dan mempersoalkan subsidi yang diberikan kepada syarikat kroni Umno-Barisan Nasional.

Sebanyak RM74 bilion kononnya subsidi diberi kepada rakyat, namun yang sampai kepada rakyat hanya sebanyak RM13 bilion dan itu pun dalam bentuk subsidi bahan makanan sementara RM42 bilion untuk kesihatan dan pendidikan.

"Kita ingin tegaskan di sini dalam tanggungjawab kerajaan memastikan kesihatan dan mutu pendidikan rakyat dijaga. Kalau RM42 bilion itu pun mereka mahu sekat, apa gunanya mereka menjadi kerajaan," katanya sambil menambah subsidi kepada rakyat tidak perlu dipotong sekiranya tiada ketirisan dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Sementara itu Presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim, berkata di sebalik memikirkan kebajikan rakyat dan golongan berpendapatan rendah, kerajaan katanya lebih mengutamakan syarikat kroni dan golongan kaya.

"Tetapi Yang miskin ditekan lagi. Kami mahu memberitahu rakyat negara kita mengalami masalah yang paling teruk di mana jika tak dijaga sepertimana yang dikatakan, pada 2020 Malaysia bukan menjadi negara maju tetapi negara bankrap," kata beliau.

Wakil mahasiwa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzudin Helimi. Setiausaha Agung Jemaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Mohd Nor, dan wakil Jerit, Y Kohila turut memberi ucapan mengecam langkah kerajaan menurunkan subsidi sedangkan berlaku ketirisan dan pembaziran termasuk pemberian subsidi kepada syarikat penjana tenaga bebas (IPP) bernilai berbilion ringgit.

Pelancaran dan edaran risalah itu disertai pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan wakil persatuan mahasiswa termasuk Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud,

Sementara itu, polis menahan tiga aktivis sebelum program edaran risalah itu dijalankan.

Mereka ialah Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip, Ahli Jawatankuasa AMK Batu, Farez Kama dan Penyelaras Suaram, Tan Moon Hui.

Sumber: Suara Keadilan

Muhyiddin Jadi Batu Api Cuba Lagakan PAS-DAP

Posted: 10 Aug 2010 04:00 AM PDT


SHAH ALAM 10 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dianggap sebagai batu api kerana cuba melaga-lagakan PAS dan DAP berikutan tindakan Umno yang menyerang secara terbuka terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mencadangkan supaya diskaun Bumiputera berkaitan pembelian hartanah mewah dimansuhkan dan disalurkan kepada golongan miskin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pada dasarnya beoiau bersetuju dengan pendapat Tony yang berhujah atas asas diskaun tersebut tidak harus diberikan kerana pembeli rumah mewah sememangnya sudah kaya.

"Pada dasarnya memang tidak ada pertikaian dalam isu ini tetapi malangnya kita ada satu Timbalan Perdana Menteri yang suka nak jadi batu api yang suka melaga-lagakan kenyataan Tony Pua dan juga Datuk Seri Tok Guru Haji Abdul Hadi.

"Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi Awang) pula menimbulkan persoalan hak istimewa orang Melayu dan keperluan hak untuk membantu orang Melayu yang masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi dan sebagainya," jelas beliau dalam sidang media di pejabatnya di sini petang semalam.

Beliau turut mencadangkan isu yang sepatutnya dibincangkan ialah pemberian diskaun kepada golongan yang berpendapatan lebih tinggi untuk rumah harga di bawah RM500,000 dan bangunan komersil di bawah nilai RM2 juta.

"Maknanya diskaun itu masih ada tapi tak dapat kepada pembeli sebaliknya digunakan untuk memungkinkan orang yang tak kaya membeli rumah dalam lingkungan harga RM100,000 atau RM200,000, bukannya mendapat diskaun tujuh peratus.

"Jadi sekarang kita boleh guna diskaun tujuh peratus untuk rumah berharga RM500,000, jumlah itu kita kira supaya mungkin rumah yang murah sikit itu boleh diberi diskaun 10 peratus.

"Diskaun yang diperolehi oleh orang kaya itu adalah lima kali ganda diskaun yang diperolehi orang miskin.

"Dari sudut itu ianya tidak adil, apa yang kita cadangkan ambil diskaun itu dan bantu orang miskin. Dengan cara itu kita tidak menolong orang yang kaya dan pada masa sama kita menentukan bahawa diskaun atau subsidi itu digunakan untuk membantu orang yang miskin.

"Dengan cara itu juga tidak menafikan bantuan kepada orang Melayu ataupun kaum bumiputera," jelas Khalid lagi.

Tambah beliau, pendekatan itu boleh digunakan untuk menangani persoalan prinsip antara PAS dan DAP dalam soal tersebut.

"Saya rasa kalau pendekatan dan kaedah ini digunakan maka tidak ada pertikaian di antara PAS dan DAP dalam persoalan ini dan saya rasa pada dasarnya memang tidak ada.

"Sedangkan prinsip yang hendak dikemukakan ialah satu prinsip yang saya rasa patut difikirkan bersama," kata Khalid lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Khalid Tuntut Hishammuddin Jelas Kenapa Label Aminulrasyid Penjenayah

Posted: 10 Aug 2010 03:59 AM PDT


SHAH ALAM 10 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menuntut untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama ibu kepada remaja yang mati ditembak polis, Aminurasyid Amzah dalam masa terdekat bagi meminta menteri itu memberi penjelasan berhubung tuduhan beliau dan pihak polis bahawa pelajar tingkatan dua itu adalah penjenayah.

Khalid berkata, sehingga kini pemimpin Umno-Barisan Nasional langsung tidak memberikan pembelaan sewajarnya kepada mangsa dan keluarganya malah tuduhan tersebut tidak ditarik balik apatah lagi memohon maaf di atas perbuatan pihak polis.

"Saya dah tunggu beberapa bulan dan memberikan peluang kepada pemimpin Umno untuk membuat pembelaan tetapi mereka gagal," kata beliau pada sidang media di pejabatnya petang semalam.

Menurut Khalid, lebih menjengkelkan apabila pimpinan tertinggi Umno-BN tidak memperdulikan pembelaan yang sepatutnya diberikan kepada keluarga mangsa meskipun mengetahui latar belakang ibu mangsa, Norsiah Mohammad yang pernah bergiat dalam politik parti itu.

"Ibu Aminulrasyid adalah bekas Ahli Jawatankuasa Cawangan Seksyen 9 Wanita Umno. Bila anaknya meninggal, rumahnya dilawati oleh (Datuk Seri) Noh Omar - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, (Datuk Ahmad) Nawawi (Md Zin) - Ketua Umno Bahagian Shah Alam dan (Datuk) Salamon Selamat - bekas Datuk Bandar Shah Alam tetapi pembelaan tidak dibuat," tegas beliau lagi.

Tambahnya, Umno-BN juga sanggup memperkudakan anggota bawahan parti bagi kepentingan pemimpin walhal pada hakikatnya apabila mereka berhadapan situasi kritikal, sudah pasti pemimpin Umno-BN tidak akan membela mereka.

"Sudahlah anaknya mati ditembak, dituduh pula penjenayah, kemudian tak mahu tarik balik dan sampai ke hari ini tidak sanggup meminta maaf dan ini semua adalah kenyataan tidak berhati perut.

"Jadi saya minta dia (Hishamuddin) berikan satu tarikh dalam bulan puasa ini untuk saya bertemu dengannya dan saya minta dia cakap terus kepada ibu Aminulrasyid kenapa dia pertahankan tuduhan bahawa Aminulrasyid itu penjenayah sampai ke hari ini.

"Sepatutnya ini dilakukan oleh Noh Omar, Nawawi dan Salamon sedangkan mereka kenal ibu Aminulrasyid, mereka tahu dia bukan penjenayah tetapi mereka tak sanggup memberikan pembelaan kerana mereka tak sanggup melawan arahan ketua mereka.

"Saya akan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin meminta bertemu dengan dia bersama dengan ibu Aminulrasyid dan kalau dia sanggup dulu bertemu dengan penunjuk perasaan kepala lembu dan memberikan mereka layanan VIP, saya harap dia akan sanggup bertemu dengan saya dan ibu mangsa dan saya mahu dia cakap kepada ibu Aminulrasyid kenapa dia dan pihak polis tuduh anaknya penjenayah," tegas Khalid.

Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Norsiah semasa pertemuan mereka di majlis Makan Malam Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram) Sabtu lalu.

Khalid menyifatkan kes kematian Aminulrasyid sebagai satu kezaliman yang tidak wajar dan perbicaraan yang dijalankan bukan untuk menuntut keadilan buat remaja itu.

"Perbicaraan yang diadakan adalah mahu menentukan sama ada anggota polis itu mengikut peraturan atau tidak tetapi bukan menentukan Aminulrasyid penjenayah atau tidak?," tegas Khalid.

Sumber: Suara Keadilan

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda Bankrap? Amanah yang diselewedngkan...ANAK

Posted: 10 Aug 2010 01:40 AM PDT

Sdr Mazlan Aliman, dikirinya Haji Suhaimi Said, dan 2 dari kanannya Sdr Sivarasa Rasiah
===


Felda Bankrap?


Amanah yang diselewengkan

Rintihan yang dikesampinkan

Warisan yang dipunahkan


Harimau Mati Meninggalkan Belang

Peneroka Mati Dilonggokkan Hutan


Menteri yang diamanahkan menerajui Felda telah membentuk kroni, jika dahulu Felda berada di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah, kini ia dikuasai oleh Perdana Menteri sepenuhnya. "Sendawa" kekenyanganlah mereka meratah hasil titik peluh golongan bawahan yang lemah. Tanah 10 ekar dimajukan, tuan tanah "diperhambakan", hasilnya diniagakan. Dasar korporat membawa petaka, Felda bertukar menjadi BANK yang menawarkan pelbagai skim dengan kadar faedah yang tinggi dan tanah kebun dijadikan cagaran. Matlamat asalnya nak tolong, nampak keuntungan tinggi menggunung kini menjadi "Along!"


Mulai tahun 1990, pembukaan penempatan baru untuk peneroka telah dihentikan. Ia diambil alih oleh Felda Plantation Sdn Bhd, anak syarikat Felda yang berkonsepkan estet. Peserta yang kebanyakannya adalah anak peneroka hanyalah buruh yang diupah sedangkan kebajikan mereka tidak terbela. Kerajaan Negeri beri tanah manakala Felda mengaut keuntungan berlipat ganda. Felda sudah bertukar menjadi sebuah entiti perniagaan dan bukan lagi institusi kerajaan yang memberikan perkhidmatandan bantu kepada rakyat.


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 15hb Julai 2010 bersama bukti yang didakwa menunjukkan adanya cubaan menutup penyelewengan Felda. Presiden ANAK, Mazlan Aliman, berkata antara bukti yang dikemukakan adalah penyelewengan skim Bantuan Tanam Semula Risda/MPOB, sistem grading di kilang kelapa sawit, dakwaan salah urus di Felda Sungai Buaya, Gedangsa, Cahaya Baru dan Lurah Bilut. ANAK menampilkan dokumen yang mendakwa wujudnya penyelewengan wang peneroka yang mana sebelum ini telah memfailkan hampir lapan puluh laporan Polis di Temerloh, Kota Tinggi, Bera, Trolak, Segamat dan lain-lain. ANAK mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat mengenai isu-isu Felda. Mazlan berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad Maslan berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan "Felda Bankrap". Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu". "Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di Felda," katanya. Sebaliknya Datuk Ahmad Maslan menawarkan dialog. Demi untuk mengharapkan penyelesaian dan tidak dianggap angkuh maka ANAK bersetuju dengan tawaran tersebut tetapi dengan syarat ianya mestilah diadakan secara terbuka supaya lebih ramai warga Felda boleh terlibat sama. Tabung tanam semula, perumahan generasi kedua, potongan bulanan yang tidak munasabah, diskriminasi bantuan, gejala sosial yang berleluasa, pengurusan Technoplant yang lemah adalah antara isu-isu yang ingin dibangkitkan. Jika pihak Kerajaan masih berdolak-dalik bermakna adalah sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan umum.


(Dipetik dari risalah yang diterbitkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)).

766 Peneroka Felda Serting dan Raja Alias saman Felda RM200 juta

Posted: 09 Aug 2010 11:18 PM PDT

Sdr Karim, Plaintif Utama mewakili 776 Peneroka Serting dan Raja Alias yang memfailkan saman RM200 juta terhadap Felda kerana penipuan perahan buah sawit sejak 15 tahun lalu (9.8.10) di Mahkamah Tinggi Seremban
Peguam Sivarasa Rasiah mewakili 766 Peneroka

Sdr Rebin Birham dari Biro Hal Ehwal Felda PKR Pusat memberikan kenyataan
Sdr Sivarasa menerangkan kepada media Penyata Tuntutan terhadap Felda
Sdr Karim, Plaintiff, menunjukkan kepada Media Penyata Tuntutan


200 lebih peneroka-peneroka Felda Serting berkumpul di perkarangan Mahkamah Tinggi Seremban

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda Parti Keadilan Rakyat (ditengah-tengah)
Pihak Media mengerumuni Sdr Sivarasa untuk mengemukakan persoalan

Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
dan Jawatankuasanya turut hadir memberi sokongan kepada peneroka-peneroka Felda Serting
Sdr Mazlan Aliman

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Perasmian Perpustakaan Komuniti di PJS 4

Posted: 09 Aug 2010 10:06 PM PDT

Pada 31 Julai saya telah merasmikan perpustakaan komuniti di PJS4. Perpustakaan ini melibatkan kerjasama di antara Pejabat ADUN, MBPJ dan Perbadanan Perpustakaan Selangor.

Saya mengharapkan penubuhan perpustakaan ini akan digunakan peluang sepenuhnya oleh penduduk di DUN Taman Medan terutamanya golongan muda, menghabiskan masa dengan aktiviti membaca.

Saya memberi ucapan perasmian

Antara kanak-kanak yang hadir memeriahkan majlis

Saya memulakan aktiviti peminjaman buku

Rak buku yang terdapat di perpustakaan komuniti


AMK KEDAH

AMK KEDAH


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Posted: 10 Aug 2010 10:53 AM PDT