Ahad, 1 Ogos 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Tun Ling boleh tidur selesa — Zaid Ibrahim

Posted: 01 Aug 2010 03:20 AM PDT


1 OGOS — Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.

Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri — seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan — telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.

Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh).

Kononnya, Tun Ling telah menipu Kabinet, kerana perjanjian yang telah difahamkan adalah bahawa RM25 skp itu termasuklah faedah yang dikenakan. Namun, Ling telah meminta kelulusan Kabinet untuk membeli tanah itu pada kadar RM25 skp DAN juga membayar faedah 7.5 peratus yang dipersetujui.

Sebenarnya, Tun Ling tahu bagaimana mengatasi pertuduhan ini dengan mudah sekali. Sebab itulah dia nampak tersenyum dan relaks sahaja.

Saya berasa sedih kerana skandal melibatkan wang rakyat ribu juta ini dimain-mainkan oleh kerajaan.

Saya ingin menujukan beberapa soalan mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka menteri yang senior, dan malah, Najib berpangkat timbalan menteri pada masa itu.

Jadi, jawab lah.

Pertama: Projek ini diluluskan di bawah pentadbiran Tun Mahathir pada tahun 2002 atas kepercayaan yang ianya boleh untung besar tanpa duit kerajaan (self financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan Kerajaan. Senario yang kini wujud adalah satu bebanan kepada rakyat yang dianggarkan mencecah RM12 ribu juta - bagaimanakah situasi sebegini berlaku?

Kedua: Kabinet pada awalnya meminta tanah 1,000 ekar itu diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kos RM10.16 skp. Adakah patut tanah itu dibeli dengan harga RM25 skp jauh dari harga pasaran, termasuklah caveat dan cagaran?

Ketiga: Surat Sokongan (letters of support) oleh Tun Ling dan bekas timbalan presiden MCA Chan Kong Choy untuk kontraktor KDSB yang dikeluarkan tanpa kebenaran ataupun kelulusan Kementerian Kewangan. Bahkan Peguam Negara juga tidak terlepas butiran ini. Mengapakah Kabinet telah memberi kelulusan secara retrospektif terhadap perkara ini dan meluluskan kos dan perbelanjaan projek tersebut yang kini melambung kepada RM4.6 ribu juta?

Kalaulah sudah dihalalkan segala kepincangan, legal violations, cost overruns dan memberikan kelulusan untuk projek tersebut, mengapakah harga sebenar tanah tersebut masih tidak diketahui?

Mustahil Kabinet tidak tahu yang pembayaran tanah itu adalah secara beransur (deferred payment) selama 15 tahun. Takkan menteri-menteri yang pintar tak sedar bahawa bila ada deferred payment, faedah tentu akan dikenakan?

Mustahil harga tanah sebenar tidak boleh dinilai, dan mustahil laporan Valuation Department tidak dikembarkan dalam Kertas Kabinet PKFZ!

Pada pendapat saya, Tun Ling boleh tidur selesa dan tidak perlu kecewa walaupun Chan Kong Choy tidak dituduh.

Tun Ling pun tidak sihat, jadi mesti banyak berehat; tetapi peguam peguam beliau sudah tentu bersedia.

Agaknya, ini akan jadi seperti kes Perwaja lagi wahai rakyat! — zaiduntukrakyat.com

Ibrahim Ali, KJ Tiba-Tiba Senada, Mahu Perkauman Jadi Teras Sistem Politik

Posted: 01 Aug 2010 03:17 AM PDT


Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali menegaskan bahawa perkauman akan kekal sebagai teras politik dominan mengatasi jalur fahaman liberal mahupun agama.

Beliau berkata, kerajaan yang terbentuk bertanggungjawab memastikan etnik pelbagai budaya dan agama tidak menjejaskan sistem status quo.

"Politik Malaysia masih perlu disusun mengikut acuan perkauman," kata beliau pada sidang kemuncak pelajar Malaysia keempat di ibu negara sebentar tadi.

Ibrahim menambah, politik Malaysia unik kerana parti-parti jalur perkauman bersatu dalam entiti kukuh iaitu Barisan Nasional dan menegaskan BN adalah satu-satunya gagasan yang mampu memerintah dengan cekap serta memastikan negara kekal aman.

"Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa politik ideologi di Malaysia tidak akan dan tidak mampu mengatasi politik perkauman," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata realiti hubungan kaum hari ini tidak memungkinkan Malaysia bergerak ke arah sistem teras politik yang merentasi warna kulit dan agama.

"Saya tidak mengatakan yang kita tidak boleh bergerak ke arah politik baru tetapi realiti hari ini masih menghalang," katanya dan menambah, usaha pembentukan satu negara bangsa sukar kerana ramai masih enggan melepaskan tuntutan perkauman masing-masing.

"Misalannya isu pendidikan. Masyarakat Cina dan India pasti membantah aliran ibunda dihapus dengan berkata itu hak istimewa yang dijanjikan kepada mereka. Maka orang Melayu juga akan membalas dengan berkata, perlembagaan juga menjanjikan hak tertentu kepada kami," katanya.

Sumber: TVSelangor

Kebiadapan Polis Terhadap Rakyat Percepatkan Kejatuhan Umno-BN

Posted: 01 Aug 2010 03:15 AM PDT


RENGIT 1 Ogos - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng menganggap Malaysia sebagai sebuah negara polis, apabila bertindak ganas dengan memukul dan menahan dengan kasar orang ramai termasuk peniaga semasa program ceramah anjuran KEADILAN di Markas PAS Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, di sini semalam.

Chua berkata tindakan tidak demokratik pihal polis hanya membuka mata dam menyedarkan lagi rakyat khususnya di Johor bahawa Umno-Barisan Nasional perlu ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Peristiwa ini menunjukkan dengan jelas bahawa, rakyat telah faham yang Umno dan Barisan Nasional di Johor sudah takut dan putus asa sehingga terpaksa menyalahgunakan institusi polis untuk menghalang proses politik dan demokrasi di negara ini.

"Ini akan menambah keazaman dan keinginan kita untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN di Johor dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini adalah program pertama saya di Johor selepas dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Memang benar seperti apa yang pernah dikatakan, halangan akan dikenakan kepada mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional seperti saya dan Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Jadi kata Tun Dr Mahathir, 'Malaysia Negara Polis' satu ketika dulu, memang benar," komen Chua kepada Suara Keadilan ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Rengit untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan semalam.

Turut hadir beberapa pemimpin KEADILAN termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan, Latheefa Koya, Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan tokoh parti serta peguam, Hassan Karim.

Dalam serbuan yang dilakukan pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas lokasi ceramah di Rengit semalam, seramai tujuh orang ditahan iaitu, Shukri Yusof, 32, Khairul Nurrashid, 26, Sheikh Hussin Abdullah, 43, Radzi Kasim, Ahmad Ariff, 29, Raden NohKamaruzzaman, 22, dan Mohd Hussin Ismail, 19.

Mereka dilepaskan kira-kira pada pukul 4 pagi selepas mendapat jaminan lisan daripada pihak polis.

Tiga daripada mereka yang ditahan iaitu Shukri Yusof, Khairul Nurrashid, Sheikh Hussin Abdullah diminta untuk kembali ke Balai Polis Rengit pada 1 September depan untuk diambil keterangan manakala empat yang lain dikehendaki ke balai polis yang sama pada 13 September.

Sementara itu Ahmad Ariff dan Raden Noh Kamaruzzaman mendakwa mereka telah dikasari oleh anggota FRU yang dikatakan memukul dan memijak mereka sehingga menyebabkan kecederaan.

Kedua mereka dijangkakan akan membuat laporan polis pada hari ini.

Seorang petugas Unit Amal berkata pihak polis dan FRU turut merampas peralatan audio seperti mikrofom dan sistem pembesar suara selain merosakkan beberapa peralatan elektrik dalam tindakan serbuan mereka.

FRU turut melepaskan sejenis gas yang menyebabkan mereka pedih mata dan sakit dada.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Azlan Ishak mendesak pihak polis memberikan penjelasan berkenaan kekasaran yang dilakukan terhadap orang ramai dalam program malam tadi.

Beliau menganggap tindakan tersebut menyalahi jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan yang membenarkan orang ramai untuk berhimpun dan berekspresi.

"Kita bercadang untuk failkan perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Perbuatan (menyerbu) ini menyalahi undang-undang.

"Program ini diadakan di dalam premis persendirian dan kita telah patuhi. Permit yang dipohon sebenarnya telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), namun ditarik semula atas tekanan politik. Inikah negara demokrasi?" tanya Azlan.

Sumber: Suara Keadilan

Anggota FRU, Polis Surai Ceramah Anwar Di Rengit

Posted: 01 Aug 2010 03:14 AM PDT


BATU PAHAT 1 OGOS - Aktiviti politik Pakatan Rakyat untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Johor bertukar menjadi ganas semalam apabila lebih 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) serta anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.

Tindakan yang didalangi Umno-BN itu dilihat sebagai langkah terdesak menghalang sokongan rakyat Johor kepada pakatan Rakyat yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Anwar sepatutnya berucap di Kampung Sungai Tongkang, Rengit sejurus selesai Majlis Makan Malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di sebuah restoran di sini malam tadi.

Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audio dan menghalau penyokong daripada tapak ceramah.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah.

Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.

"Keadaan agak tegang dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam.

Beberapa pepimpin KEADILAN berada di kawasan ceramah ketika serbuan termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan, Latheefa Koya.

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor, Ahmad Anwar Asyraf melaporkan anggota polis dan FRU serta anggota polis yang berpakaian preman dilihat mula berkumpul di sekitar Markas PAS Cawangan Sungai Tongkang semenjak petang semalam.

Mereka turut meletakkan pita dan kon keselamatan sepanjang lebih satu kilometer bagi menghalang orang ramai meletakkan kenderaan dan menghadiri program ceramah yang dianjurkan.

Turut kelihatan juga sebuah trak pemancut air yang diletakkan berhampiran dengan tapak ceramah.

"Kira-kira 4,000 orang telah berhimpun dan gangguan tersebut bermula sebaik selepas doa selamat dibacakan," kata Ahmad.

Latheefa Koya dan Hassan Karim dilihat bergegas ke lokasi ceramah untuk membantu penganjur dan melepaskan mereka yang ditahan.

Dalam serbuan itu yang dibuat kira-kira pukul 12.30 pagi polis menahan tujuh lelaki.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Sementara itu mereka yang ditahan telah dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi dengan jaminan bon oleh lima penjamin.

Tiga daripada mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 13 Ogos depan manakala empat lagi pada 1 September di mahkamah yang sama.

Dua daripada yang ditangkap bercadang membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa telah dipukul anggota keselamatan.

Stor markas PAS Batu Pahat juga dikatakan telah dipecah masuk dan barang dirampas.


Sumber: Suara Keadilan

Bajet Tambahan RM80 Juta Kerana Umno-BN Gagal Urus Tadbir Perak

Posted: 01 Aug 2010 03:13 AM PDT


KUALA KANGSAR 1 Ogos - Pentadbiran pincang Umno-Barisan Nasional di Perak menyebabkan sebanyak RM80 juta dana awam terpaksa dikorbankan sebagai bajet tambahan yang akan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri 3 Ogos nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub berkata Umno-BN tidak mampu menjana serta membangun ekonomi negeri Perak setelah melakukan rampasan kuasa tidak berperlembagaan awal 2009 lalu.

"Sudah sampai masanya untuk kita keluarkan Umno-Barisan Nasional dari negeri Perak ini, pentadbiran mereka bukan membawa kebaikkan malah semakin teruk lagi bila ada usaha untuk kemukakan perbelanjaan tambahan sebanyak RM80 juta pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri nanti," dedah beliau semasa berucap pada majlis jamuan makam malam anjuran Cabang Bagan Serai di Dewan Beng Sean Seah, Bagan Serai Jumaat lalu.

Mustaffa menyeru rakyat Perak agar sedar mengenai kepincangan pentadbiran Umno-BN di Perak kerana permintaan belanjawan tambahan menandakan parti itu tidak mampu membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih terjamin dan makmur.

"Apa yang Umno-BN Perak buat sehingga memerlukan penambahan peruntukkan sebanyak RM80 juta? Bila kita tanya mereka hanya menjelaskan peruntukkan tersebut untuk perkhidmatan tanpa memberi penjelasan yang khusus. Bagi saya rakyat perlu sedar daripada sekarang, pentadbiran mereka jelas ada kepincangan dalam soal urusan kewangan negeri.

"Kita tahu sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, tidak pernah ada penambahan peruntukan malah mendapat lebih dalam pendapatan negeri tetapi di bawah Umno-BN bukan sahaja pendapatan negeri berkurangan malah meminta peruntukkan tambahan pula. BN tidak tahu mentadbir negeri ini untuk memperkayakan negeri, kita perlu bertindak memperkukuhkan kekuatan parti untuk mengambil balik Perak daripada pentadbiran yang teruk ini.

"Kita bukan sahaja perlu selamatkan Malaysia, kita juga perlu selamatkan Perak daripada pentadbiran bodoh Umno-BN. Umno-BN mensasarkan Malaysia bankrap pada 2019 tetapi Umno-BN Perak meletakkan negeri ini bankrap lebih cepat, silap tadbir sebelum pilihan raya umum ke-13 Perak akan bankrap.

"Kalau kita biarkan ini berlaku maka seluruh generasi dan rakyat negara ini akan terseksa disebabkan oleh sikap Umno-BN yang angkuh dan sombong," tegas beliau.

Beliau mahu seluruh kaum di Perak bersatu dan mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain supaya negeri Perak akan terus makmur dan maju di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kelak selepas PRU-13

"Pakatan Rakyat adalah parti untuk semua kaum dan saya menyeru setiap kaum di negeri ini menjalinkan kerjasama yang baik, saya mahu wujud persefahaman antara kaum kerana tanpa kerjasama usaha kita untuk merampas serta mentadbir negeri ini dengan baik akan menjadi sukar.

"Kita perlu tengok apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, yang mengutmakan kebajikan rakyat seperti pemberian air percuma dan juga skim kematian untuk semua kaum. Selangor mendahului negeri di bawah pemerintahan BN dalam soal demikian. Dengan urus tadbir yang baik Pakatan Rakyat Selangor mampu menunaikan tanggungjawab yang diberikan," ujar beliau lagi.

Mustaffa berkata rakyat Perak perlu melakukan perubahan pada PRU-13 supaya negeri ini tidak lagi disalah gunakan oleh pemimpin rakus Umno-BN.

Di ceramah perdana di Markas PAS Bukit Chandan Kuala Kangsar pula Mustaffa meminta rakyat mengambil langkah berani seperti yang dilakukan oleh rakyat Sibu pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

"Seluruh rakyat Perak perlu melihat keberanian yang dilakukan oleh rakyat Sibu, mereka sudah serik dan mahukan perubahan. Walaupun BN datang dengan segala janji tetapi ketetapan hati mereka tidak berubah, apa yang pasti kebencian mereka kepada BN sudah tidak boleh ditawar menawar.

"Sekarang Sibu menjadi pemangkin kepada perubahan politik di Sarawak mahupun Sabah. Jadi inilah yang kita mahukan di Perak, kita terima apa juga yang Umno-BN beri tetapi setiap undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

"Saya pasti Perak akan lebih selamat berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

HRW Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwar Segera

Posted: 01 Aug 2010 03:12 AM PDT


SHAH ALAM 1 Ogos - Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) berkata pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyerahkan dokumen dan bahan bukti berkaitan kes tersebut kepada pasukan pembelaan sebelum prosiding bersambung Isnin depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lepas HRW menegaskan tindakan daripada pihak pendakwa raya adalah perlu bagi menjamin perbicaraan tersebut berjalan secara dil dan telus.

Sambil membidas undang-undang warisan era kolonial yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan, badan antarabangsa yang dihormati itu berkata tokoh politik yang disegani itu juga berhadapan disekat daripada bertanding di dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara sehari atau didenda RM2,000.

"Sifat asas perbicaraan yang adil memerlukan pihak pendakwa raya menyerahkan dokumen dan bukti supaya Anwar mampu mempertahankan diri beliau.

"Malangnya pihak pendakwa raya di Malaysia telah tidak berlaku adil kepada Anwar dengan menafikannya dokumen penting yang diperlukan oleh pasukan pembelaan beliau," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.

Ujar HWR lagi, kerajaan Malaysia masih belum menunaikan janji yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata, 'hak pengadu dan yang tertuduh akan dihormati dalam perbicaraan Anwar'.

Kenyataan itu menambah sejak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahn pada 16 Julai 2008, kes tersebut telah mempamerkan beberapa keputusan pihak mahkamah yang menafikan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti setiap kali permohonan dibuat.

"Mahkamah telah menafikan skses kepada senarai saksi pihak pendakwa raya dan kenyataan mereka yang dicatat termasuk kenyataan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Mahkamah juga telah menyekat akses kepada rakaman video keselamatan daripada kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

"Anwar juga terus dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan dan catatan lain, laporan, material dan juga spesimen berkaitan pemerikasaan perubatan ke atas Saiful oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dilakukan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas dakwaan liwat berlaku," tegas HRW lagi.

Badan itu berkata Anwar terus dinafikan untuk mendapatkan laporan penuh perubatan Saiful, dokumen berkenaan kelayakan doktor dan pengalaman mereka, dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan serangan seksual.

"Pakar forensik yang dipanggil oleh pihak pembelaan mengadu beliau tidak mampu membantu dalam sesi soal balas terhadap tiga doktor HKL sekiranya tidak dibekalkan dengan bahan-bahan bukti tersebut," kata HRW.

Dalam perkembangan mutakhir, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Ogos untuk mendengar rayuan terhadap permohonan untuk mendapatkan akses kepada laporan perubatan, beberapa hari selepas tiga doktor HKL dijadual disoalbalas oleh pihak pembelaan.

HRW berkata amalan biasa di Malaysia ialah pihak pendakwa raya akan membekalkan semua bahan bukti dan dokumen kepada pihak pembelaan semasa tempoh pra perbicaraan.

Dalam kes yang melibatkan Anwar, mahkamah memutuskan pihak pembelaan dibenarkan membuat permohonan tersebut semasa prosiding sedang berjalan.

Walau bagaimanapun ketika perbicaraan bermula pada 2 Februari lalu, pihak pembelaan telah membuat permohonan berkaitan namum mahkamah memutuskan ia terhalang oleh keputusan sebelumnya ketika pra perbicaraan.

Akibatnya satu-satu sumber maklumat yang mampu diperolehi pihak pembelaan ialah keterangan yang diberikan oleh saksi pihak pendakwa raya dalam mahkamah.

"Pasukan peguam Anwar terpaksa membela anak guam mereka dengan satu tangan diikat dibelakang.

"Dengan menafikan bahan bukti yang kritikal dalam kes ini, tindakan mahkamah dan pendakwa raya ini akan hanya menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam perbicaraan ini dan seterusnya membuktikan dakwaan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik," kata Robertson.

HRW berkata prosiding dilihat bercanggah dengan Seksyen 51A, satu pindaan yang dibuat pada Mac 2006 untuk membuka ruang yang lebih luas bagi pihak pembelaan untuk mendapatkan bahan bukti dalam sesuatu perbicaraan.

Seksyen ini mempunyai peruntukan bahawa pihak pendakwa raya seharusnya membekalkan "apa-apa" dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti dan juga kenyataan fakta yang menyebelahi pihak pembelaan kecuali yang bertentangan dengan kepentingan awam.

"Kerajaan Malaysia meminta masyarakat antarabangsa menghormati sistem demokrasi dan komitmennya terhadap prinsip negara hukum tetapi terdapat perbezaan besar antara retorik semata-mata dan realiti.

"Sekiranya kerajaan ikhlas untuk menjamin perbicaraan yang adil maka amat perlu pihak pendakwa raya menyerahkan semua dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan dengan segera," tegas Robertson lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Perbicaraan Fitnah II Diteruskan Isnin Walaupun Pincang

Posted: 01 Aug 2010 03:11 AM PDT


SHAH ALAM 1 Ogos - Perbicaraan penuh kontroversi Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung esok 2 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan penafian dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan.

Dalam satu kenyataan media semalam, Biro Antarabangsa KEADILAN menyatakan ramai pemerhati dan pemimpin dunia merasakan pertuduhan ke atas Anwar langsung tidak berasas dan berbaur politik tetapi pihak berkuasa mahu meneruskan juga perbicaraan ini.

Menurut Biro Antarabangsa, perbicaraan ini merupakan hanya satu pengulangan siri perbicaraan yang amat memalukan yang terpaksa ditempuhi oleh Anwar pada tahun 1998 hingga 1999, di mana perbicaraan itu telah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun.

"Setakat ini, pihak pembelaan telah dinafikan pelbagai bukti dan laporan melalui keputusan mahkamah yang berat sebelah, dan ini telah memberikan rintangan yang cukup besar kepada pihak pembelaan untuk membina satu pertahanan yang kukuh.

"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang didakwa terlibat di dalam sekuel kali ini, sebelumnya telah didedahkan memainkan peranan penting memalsukan bukti terhadap Anwar dalam perbicaraan tahun 1998-99," kata kenyataan itu.

Lebih memalukan, satu skandal baru telah didedahkan oleh blogger terkemuka, Raja Petra Kamarudin apabila Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif, didakwa terlibat dalam hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, individu yang bukan sahaja mendakwa Anwar malah merupakan saksi utama perbicaraan ini.

Pihak pendakwa raya pula telah mengugurkan Farah daripada kes ini sejurus skandal selepas ini didedahkan.

"Perbicaraan ini perlu dilihat sebagai satu bahagian daripada serangan terancang terhadap Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang rapat dengan beliau. Tidak dinafikan bahawa serangan kerajaan Umno-BN yang cukup menyeluruh sejak tahun lalu telah memberikan satu kesan yang cukup dalam.

"Ini termasuklah cubaan berkali-kali memburukkan nama Anwar melalui media aliran perdana yang di bawah kawalan Umno-BN, dan serangan bertubi-tubi Umno-BN ke atas beberapa kerajaan negeri Pakatan, terutamanya Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kebanggaan KEADILAN.

"Tindakan Umno-BN dapat dilihat melalui tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah berkali-kali menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

"Tidak cukup dengan itu, kerajaan Umno-BN melangkah setapak lagi dengan tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar rasmi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket. Kini, permit akhbar PAS, Harakah telah diperbaharui tetapi terpaksa mematuhi beberapa syarat berat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri," jelas Biro Antarabangsa lagi.

Perbicaraan Anwar dijangka diteruskan hingga hujung bulan Ogos.

Sumber: Suara Keadilan

FDI Menjunam 81 Peratus Malapetaka Bagi Malaysia

Posted: 01 Aug 2010 03:09 AM PDT


BAGAN SERAI 1 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemerosotan sebanyak 81 peratus pelaburan terus asing (FDI) adalah satu malapetaka kepada Malaysia dan hanya dengan menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kelak barulah ekonomi negara serta keyakinan pelabur dapat dipulih sepenuhnya.

Anwar seterusnya memberi amaran sekiranya fenomena ini tidak ditangani segera negara akan mengalami kejatuhan ekonomi yang lebih teruk dalam masa akan datang.

"Malapetaka telah menimpa negara ini kerana pelaburan asing telah merosot sebanyak 81 peratus dan ini tidak pernah berlaku, tanpa tindakan segera oleh kerajaan Malaysia akan menyebabkan negara ini boleh mengalami kemerosotan ekonomi yang lebih teruk.

"Saya ingin katakan analisis serta maklumat daripada pihak berkuasa menyatakan Umno-BN akan tumbang pada PRU-13 nanti dan melalui pemerintahan Pakatan Rakyat saya akan pastikan pemulihan segera berlaku dinegara ini serta keyakinan pelabur luar masuk ke negara ini untuk melabur.

"Kita sayangkan Malaysia maka kita perlu meningkatkan perjuangan yang di bawa, mulai sekarang kerja yang kuat perlu dilakukan. Dikala Umno berada pada satu tahap yang sangat lemah, sehingga mereka ingin menjalinkan hubungan dengan PAS maka kita perlu mengambil peluang ini untuk menumpaskan mereka, tidak perlu ada sikap simpati kerana Umno yang angkuh itu tidak ada perasaaan belas simpati pun kepada rakyat.

"Rakyat perlu bangkit untuk menyokong Pakatan Rakyat, kita jangan lagi menjadi perkasas kepada Umno-BN dan jangan mengundi parti yang menjadi pengkhianat negara. Kerjasama serta jalinan terbaik antara KEADILAN, PAS dan DAP ini perlu diperkuatkan sebaik-baiknya, kita jangan sia-siakan hasrat rakyat yang mahu negara ini selamat daripada genggaman kuku besi Umno-BN.

"Oleh itu kita perlu bersatu untuk hapuskan Umno-BN pada PRU-13 nanti," kata Anwar pada majlis jamuan makan malam di Bagan Serai anjuran Cabang Bagan Serai bersama rakyat Jumaat lalu.

Mengulas tentang skandal PKFZ yang melibatkan dakwaan menipu terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Anwar berkata Umno-BN yang tidak begitu cerdik telah ditipu oleh Liong Sik sebanyak dua kali dan apabila DAP menjelaskan bukti penglibatan bekas Presiden MCA itu, Umno menuduh parti itu membuat fitnah.

"Sekarang jelas kes PKFZ siapa yang kena tipu dan siapa fitnah, kita lihat bagaimana berakhirnya kes tersebut, biasanya kes yang berprofil tinggi akan hilang begitu sahaja. Saya harap mahkamah yang adil dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan, pengadilan dilakukan tanpa mengira siapa mereka," tegas Anwar lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


HRW Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwar Segera

Posted: 01 Aug 2010 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 1 Ogos - Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) berkata pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyerahkan dokumen dan bahan bukti berkaitan kes tersebut kepada pasukan pembelaan sebelum prosiding bersambung Isnin depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lepas HRW menegaskan tindakan daripada pihak pendakwa raya adalah perlu bagi menjamin perbicaraan tersebut berjalan secara dil dan telus.

Sambil membidas undang-undang warisan era kolonial yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan, badan antarabangsa yang dihormati itu berkata tokoh politik yang disegani itu juga berhadapan disekat daripada bertanding di dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara sehari atau didenda RM2,000.


"Sifat asas perbicaraan yang adil memerlukan pihak pendakwa raya menyerahkan dokumen dan bukti supaya Anwar mampu mempertahankan diri beliau.

"Malangnya pihak pendakwa raya di Malaysia telah tidak berlaku adil kepada Anwar dengan menafikannya dokumen penting yang diperlukan oleh pasukan  pembelaan beliau," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.

Ujar HWR lagi, kerajaan Malaysia masih belum menunaikan janji yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata, 'hak pengadu dan yang tertuduh akan dihormati dalam perbicaraan Anwar'.

Kenyataan itu menambah sejak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahn pada 16 Julai 2008, kes tersebut telah mempamerkan beberapa keputusan pihak mahkamah yang menafikan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti setiap kali permohonan dibuat.

"Mahkamah telah menafikan skses kepada senarai saksi pihak pendakwa raya dan kenyataan mereka yang dicatat termasuk kenyataan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Mahkamah juga telah menyekat akses kepada rakaman video keselamatan daripada kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

"Anwar juga terus dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan dan catatan lain, laporan, material dan juga spesimen berkaitan pemerikasaan perubatan ke atas Saiful oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dilakukan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas dakwaan liwat berlaku," tegas HRW lagi.

Badan itu berkata Anwar terus dinafikan untuk mendapatkan laporan penuh perubatan Saiful, dokumen berkenaan kelayakan doktor dan pengalaman mereka, dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan serangan seksual.

"Pakar forensik yang dipanggil oleh pihak pembelaan mengadu beliau tidak mampu membantu dalam sesi soal balas terhadap tiga doktor HKL sekiranya tidak dibekalkan dengan bahan-bahan bukti tersebut," kata HRW.

Dalam perkembangan mutakhir, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Ogos untuk mendengar rayuan terhadap permohonan untuk mendapatkan akses kepada laporan perubatan, beberapa hari selepas tiga doktor HKL dijadual disoalbalas oleh pihak pembelaan.

HRW berkata amalan biasa di Malaysia ialah pihak pendakwa raya akan membekalkan semua bahan bukti dan dokumen kepada pihak pembelaan semasa tempoh pra perbicaraan.

Dalam kes yang melibatkan Anwar, mahkamah memutuskan pihak pembelaan dibenarkan membuat permohonan tersebut semasa prosiding sedang berjalan.

Walau bagaimanapun ketika perbicaraan bermula pada 2 Februari lalu, pihak pembelaan telah membuat permohonan berkaitan namum mahkamah memutuskan ia terhalang oleh keputusan sebelumnya ketika pra perbicaraan.

Akibatnya satu-satu sumber maklumat yang mampu diperolehi pihak pembelaan ialah keterangan yang diberikan oleh saksi pihak pendakwa raya dalam mahkamah. 

"Pasukan peguam Anwar terpaksa membela anak guam mereka dengan satu tangan diikat dibelakang.

"Dengan menafikan bahan bukti yang kritikal dalam kes ini, tindakan mahkamah dan pendakwa raya ini akan hanya menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam perbicaraan ini dan seterusnya membuktikan dakwaan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik," kata Robertson.

HRW berkata prosiding dilihat bercanggah dengan Seksyen 51A, satu pindaan yang dibuat pada Mac 2006 untuk membuka ruang yang lebih luas bagi pihak pembelaan untuk mendapatkan bahan bukti dalam sesuatu perbicaraan. 

Seksyen ini mempunyai peruntukan bahawa pihak pendakwa raya seharusnya membekalkan "apa-apa" dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti dan juga kenyataan fakta yang menyebelahi pihak pembelaan kecuali yang bertentangan dengan kepentingan awam.

"Kerajaan Malaysia meminta masyarakat antarabangsa menghormati sistem demokrasi dan komitmennya terhadap prinsip negara hukum tetapi terdapat perbezaan besar antara retorik semata-mata dan realiti.

"Sekiranya kerajaan ikhlas untuk menjamin perbicaraan yang adil maka amat perlu pihak pendakwa raya menyerahkan semua dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan dengan segera," tegas Robertson lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


WAMAKARU WAMAKARALLAH

Posted: 01 Aug 2010 02:56 AM PDT

Salam 2 all.

Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH dengan berakhirnya upacara syirik sambutan Hari Pahlawan yang telah berpuluh tahun kita amalkan dihadapan Tugu Negara.

Sebagai anak didik penjajah barat yang taat dan patuh, bangsa Melayu telah lama mengamalkan amalan syirik ini tanpa soal. Namun alhamdulillah para mufti dan ulama daripada Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat fatwa mensyirikkan amalan bertafakkur di Tugu Negara ini.

Malangnya tiada tindakan konkrit di ambil untuk menguatkuasakan fatwa tersebut. Saya turut berusaha untuk menghapuskan amalan syirik tersebut. Selain daripada mengupas masalah ini melalui perbahasan dan soalan Parlimen, saya juga turut mengemukakan usul khusus di Parlimen. Saya turut mengambil tindakan susulan mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu termasuk Menteri dan lain-lain.

Alhamdulillah Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan amalan bertafakkur di Tugu Negara ini berkuatkuasa tahun ini. Dan alhamdulillah dalam sambutan Hari Pahlawan Sabtu lepas (31.07.2010), buat pertama kalinya sambutan Hari Pahlawan dibuat di Dataran Merdeka dengan acara perbarisan ketenteraan dan lain-lain.

Isu ini penting walaupun bagi setengah pihak ianya terlalu kecil. Kerana saya berpegang kepada prinsip bahawa syirik walaupun setitik akan merosakkan seluruh aqidah kita. Sebagaimana nila setitik rosak susu sebelanga.

Walaupun langkah ini kecil, tetapi bagi saya "it is a small step for us, but a big leap for Islam" didalam negara ini. Memang banyak lagi perkara syirik dan mungkar yang masih berlaku dalam negara ini, namun kita buat apa yang terdaya. ALLAH tidak membebankan kita lebih daripada yang kita mampu.

Kita mesti terus berusaha menghapuskan apa jua amalan syirik, maksiat dan mungkar yang berlaku dalam negara kita ini. Tidak guna kita menuding jari kepada orang lain, tapi kita tidak berbuat apa-apa selain membuat bising dan memekak saja. Apa yang penting kita mesti berusaha kearah menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah perkara yang mungkar. Dan kita mesti beriman dengan ALLAH. Jika itu kita laksanakan, kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan ALLAH.

Semoga ALLAH memberkati segala usaha yang dibuat demi mencari keredhaan ALLAH. Dan semoga ALLAH mengampunkan kita semua insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
20 Sya'ban 1431
01 Ogos 2010

ITU LAH UNDANG-UNDANG ISLAM

Posted: 31 Jul 2010 11:13 PM PDT

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan kenyataan "mursyidul am" DAP Karpal Singh semalam yang mendesak supaya perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati!

Yang membuat saya tertarik kerana Karpal Singh adalah orang yang paling kuat menentang hukuman mati. Malah itu antara sebab utama beliau menentang perlaksanaan hukum Islam.

Namun sekarang beliau pula meminta hukuman mati dikenakan terhadap perogol kanak-kanak. Saya sejak dahulu sehingga sekarang berpendapat bahawa perogol sepatutnya dikenakan hukuman bunuh, kerana itulah ketetapan hukum ALLAH. Malahan sepatutnya kita wajib melaksanakan undang-undang jinayat Islam.

Saya cukup konsisten dengan tuntutan ini. Bagi yang mengikuti siri ceramah dan perjuangan saya, itulah pendirian saya. Samada semasa menjadi peguam, semasa bersama dengan PAS, semasa menjadi Ahli Parlimen PKR, setelah menjadi MP Bebas, sehinggalah sekarang. Malahan saya telah pun mengemukakan usul agar Jadual 9 Senarai II Perembagaan dan Akta Mahkamah Syariah (Hukuman & Perlaksanaan) dipinda untuk membenarkan hudud, qisas dan ta'zir serta sistem perundangan jinayat Islam dilaksanakan. Dan ini kita boleh lakukan tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

Malangnya Ahli Parlimen Islam seramai 132 orang tidak boleh nak barsatu suara untuk melaksanakannya. UMNO takutkan MCA/ MIC, PAS terlalu menjaga hati DAP. PKR sana tidak sini pun tidak. Akhirnya walaupun dianugerah ALLAH dengan suara majoriti dalam Parlimen, tapi umat Islam menjadi bangsa paling penakut untuk melaksanakan undang-undang dia sendiri. Semuanya gara-gara terlalu berpolitik, nak menjaga perasaan kafir, tetapi keredhaan ALLAH diketepikan.

Buat pengetahuan Karpal dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau desak itu sebenarnya adalah sama dengan undang-undang-undang jinayat Islam - apa yang dipanggil hudud, qisas dan ta'zir.

Sebenarnya kalau hukum Islam saperti hudud, qisas dan ta'zir dilaksanakan, sudah pasti para perogol, yang disabit dengan kesalahan dengan sahih menurut perundangan Islam, akan dihukum bunuh.

Bukan itu sahaja, kalau undang-undang itu dilaksanakan sepenuhnya, insyallah negara ini pasti aman. Bukan kerana kebijaksanaan kita melaksanakan undang-undang, tetapi kerana ketaatan kita mematuhi perintah ALLAH, maka ALLAH akan jamin keamanan dan keselamatan tersebut. Tugas melaksanakan hukum tanggungjawab kita, keamanan dan keselamatan adalah anugerah ALLAH kepada ketaatan kita.

Sebab itu nasihat saya kepada Karpal, janganlah menolak hukum Islam tanpa usul periksa. Sebaliknya kajilah kebaikan dan keberkesanannya. Islam itu sendiri bermakna aman sejahtera, dan penerimaan kepada Islam itu insyallah akan pasti membawa kepada keamanaan dan kesejahteraan kerana itulah janji ALLAH, Tuhan seluruh manusia termasuk kaum Punjabi saperti Karpal.

Dan seruan saya kepada Karpal dan yang sewaktu dengannya, masuklah Islam. Seandainya kamu kembali kepada Islam, kamu akan menjadi manusia yang hebat sebagaimana sejarah Islam membuktikan pejuang-pejuang hebat saperti 'Umar ibnul Khattab, Khalid Al Walid, Ikrimah Abu Jahal dan ramai lagi. Mereka yang hebat semasa jahiliahnya muncul sebagai singa setelah kembali kepada Islam. Lagipun perkataan "Singh" itu sendiri bermaksud "singa"! Saya mendoakan moga ALLAH membuka hati kamu Karpal kepada Islam.

Insyallah dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
20 Sya'ban 1431
01 Ogos 2010

#########################

Karpal cadang perogol kanak-kanak dihukum mati
Kuala Lumpur 31 Julai 2010

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


VIDEO RAKAMAN "PERISTIWA 31 JULAI 2010 DI SUNGAI TONGKANG, RENGIT"

Posted: 01 Aug 2010 01:49 AM PDT

LAGI GAMBAR PENCEROBOHAN POLIS KE MARKAZ PAS SUNGAI TONGKANG, RENGIT

Posted: 01 Aug 2010 01:33 AM PDT
























Ceramah yang diadakan didalam dewan diatas tanah milik penuh PAS telah diceroboh oleh pihak Polis dan FRU dengan alasan "Kami menurut arahan"... Bila ditanya arahan siapa.. mereka "bungkam" dan diam seribu bahasa... Mengapa begitu..????

"KAMI TERIMA ARAHAN".. ALASAN MENGGAGALKAN CERAMAH DS ANWAR IBRAHIM DI BATU PAHAT

Posted: 31 Jul 2010 10:43 PM PDT

(31 Julai 2010) - Kehadiran DS Anwar Ibrahim nyata menggerunkan pimpinan Umno/BN. Masakan tidak, apabila pihak Polis dan FRU dikerah untuk menggagalkan program Ceramah Perdana DS Anwar di Markaz Tarbiyah PAS Sungai Tongkang,Rengit, Batu Pahat malam tadi. Ratusan anggota Polis dan puluhan FRU serta beberapa buah trak meriam air FRU berkampung di markaz tersebut. Kehadiran ratusan anggota polis dan FRU nyata memeranjatkan orang kampung yang hadir dengan harapan dapat bertemu dengan DS Anwar namun tindakan ganas polis dan FRU telah mengecewakan mereka bahkan ada sesetengah penduduk begitu marah dengan tindakan yang tidak beradab tersebut.

Ketika Sdr. Khairul Faizi yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis ingin memulakan majlis, pihak polis telah menyerbu pentas dan memaklumkan bahawa kehadiran orang ramai telah mengganggu lalulintas. Pihak polis meminta agar kerjasama agar orang ramai masuk ke dalam dewan. Sdr. Khairul Faizi dan Ketua Srikandi PKR, S. Aisyah telah meminta semua hadirin untuk masuk ke dalam dewan jika mahu ceramah itu diteruskkan dan hadirin telah memberi kerjasama yang baik. Melihat orang ramai memberi kerjasama dan mula memenuhi dewan tersebut, pihak polis telah bertindak sebaliknya. Mereka bertegas mahu ceramah tersebut diberhentikan.

Pada ketika itu, FRU dan anggota polis bertindak menghalau orang ramai yang berada didalam dewan supaya keluar. Suasana menjadi hinggar binggar. Orang2 tua turut dikasari dan ditolak secara kasar membuatkan orang ramai marah. Puluhan anggota FRU masuk lagi dan mereka menakut-nakutkan orang ramai sehinggakan ada yang terkejut dengan kehadiran mereka bertempiaran lari.

Keadaan tenang seketika selepas itu, namun tindakan 2 anggota Polis ingin merampas banner dan bendera parti telah membangkitkan semula kemarahan orang ramai yang mula menjerit dan pada ketika itulah tangkapan dibuat. 3 orang telah ditangkap.
Penulis bersama Cik Lateffa Koya (Peguam/Ketua Penerangan PKR) serta Tn. Hj. Hassan Karim (Peguam) agak lewat sampai disebabkan ditahan oleh pihak Polis di persimpangan Pt. Botak dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Penulis kemudian meletakkan kereta dibahu jalan dan berjalan kaki kira2 500 meter ke tempat ceramah.

Setiba disana kami terus masuk dan bertemu dengan OCPD Polis Batu Pahat dan berbincang namun beliau bertegas untuk tidak membenarkan ceramah diteruskan. Kami akur dan permintaan kami ingin bertemu dengan mereka2 yang ditahan oleh pihak polis. Tidak lama kemudian, Datuk Chua Jui Meng tiba di markaz tersebut. Kehadiran Datuk Chua Jui Meng telah menaikan semula semangat penyokong2 dan mula melaungkan "Reformasi" dan "Hidup Rakyat". Suasana "panas" semula. Cik Lateffa dan Tn. Hj Hassan Karim mengiringi Datuk Chua Jui Meng untuk bertemu dengan OCPD Batu Pahat.

Kami (Saya, Datuk Chua Jui Meng, Hj. Hassan Karim dan Cik Lateffa Koya) pergi ke Balai Polis Rengit untuk bertemu dengan mereka2 yang ditahan tadi dan mengadakan sedikit perbincangan dengan Polis. Setelah berbincang, akhirnya 3 orang yang ditahan tadi telah dibebaskan kira2 jam 1.30 pagi dan penulis turut menjamin salah seorang dari mereka yang ditahan. Dalam proses menjamin mereka, kami diberitahu oleh pegawai polis bahawa ada lagi tangkapan yang membabitkan 4 orang. Pada ketika ini puluhan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun dihadapan Balai Polis Rengit dan tidak berganjak walaupun jam sudah melewati 2.30 pagi. Penulis bersama Cik Lateffa dan Hj. Hassan Karim cuba berunding dengan Pegawai Polis bertugas dan setelah proses jaminan selesai, 4 orang yang ditahan tadi dibebaskan.

Namun begitu, orang ramai telah melihat betapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PKR, YB Syed Hussin dan Datuk Chua Jui Meng sanggup bersengkang mata sehingga jam 3.30 pagi untuk bersama-sama ratusan rakyat berhimpun didepan Balai Polis Rengit menanti mereka2 yang ditahan dibebaskan. Kesanggupan YB Syed Hussin Ali dan Datuk Chua Jui Meng bersama-sama penyokong Pakatan Rakyat memperlihatkan bahawa inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat. Susah senang bersama rakyat. Mungkin ketika itu ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sudah lena dibuai mimpi namun sikap YB Syed Hussin Ali, Datuk Chua Jui Meng, Cik Lateffa Koya, Sdr. Hassan Karim, Sdr. Khairul Faizi (PAS), Pak Habib, Sdr Zabidie Abbas dan beberapa pimpinan PKR, PAS dan DAP yang lain, sanggup menanti teman2 yang ditahan oleh polis sehingga dibebaskan boleh dijadikan contoh bahawa disaat mereka yang ditahan memerlukan keperihatinan dan sokongan moral dari kalangan pemimpin. Inilah gambaran yang cukup baik umpama "berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan perkara seumpama ini tidakmungkin dapat dilihat dalam perjuangan Umno/BN. Bagi Datuk Chua Jui Meng, mungkin inilah pengalaman pertama beliau berhadapan dengan situasi sebegini dan pengalaman ini amat berguna untuk beliau hayati. Inilah risiko seorang pejuang yang mahu menegakkan keadilan dibumi Malaysia ini.

"KALAU TAKUT DENGAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN"