Ahad, 25 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


PEMUDA UMNO TENGGARA TERSUNGKUR SEBELUM BERDEBAT

Posted: 25 Jul 2010 05:28 AM PDT

Debat "Isu Felda" dengan tajuk "Benarkah Peneroka Tertipu" sepatutnya berlangsung semalam (jam 9.00mlm) antara Ketua Pemuda Umno Tenggara (Halim Jalil) dan Wakil Pakatan Rakyat (Che'gu Bard), namun wakil Pemuda umno/Ketua Pemuda Umno Tenggara tidak muncul tiba hingga ke akhir. Cabaran dari Sdr. Halim terus disambut oleh Pemuda Pakatan Rakyat dan surat cabaran segera dihantar kepada beliau melalui serahan tangan.
Kegagalan Sdr.Halim hadir dalam debat tersebut ternyata mengecewakan ratusan peneroka yang hadir pada malam tersebut yang ingin mengetahui apakah hujah dari pimpinan Umno untuk menafikan bahawa sebenarnya Peneroka Felda telah lama ditipu dan tertipu. Kegagalan Ketua Pemuda Umno Tenggara hadir dalam debat tersebut juga memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya "TAKUT" untuk berdepan dengan kebenaran apatah lagi jika hujah2 dari Pemuda Umno dengan mudah ditangkis oleh wakil Pakatan Rakyat di hadapan peneroka felda sendiri.
Debat malam tadi sebenarnya bukan mencari siapa salah siapa benar, namun ianya ingin merungkai dan memperjelaskan kepada peneroka isu sebenar yang berlaku agar mereka tidak dipolitikan atau menjadi mangsa kepada pihak tertentu. Pemuda Umno yang takut berdepan dengan kebenaran, memilih untuk tidak hadir dan mungkin Sdr Halim telah diberikan kata dua oleh pihak tertentu agar tidak hadir dalam debat tersebut bagi mengelakkan segala pembohongan oleh pihak kerajaan dan felda terbongkar.
Menurut sumber dalaman Umno Tenggara bahawa Sdr Halim aakan dikenakan tindakan disiplin oleh J/kuasa Tatatertib Umno atas cabaran debat ini.
Mungkin penyokong Umno merasakan ketidakadilan berlaku apabila Pakatan Rakyat menampilkan Che'gu Bard iaitu Majlis Pimpinan PKR Pusat manakala Pemuda Umno Tenggara menampilkan Sdr.Halim Jalil iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara sebagai wakil Umno, namun Pemuda Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja termasuk Ahmad Maslan atau Najib sendiri. Persoalannya... beranikah mereka?????

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Gabungan Persatuan Melayu Desak Mansuh PLKN

Posted: 24 Jul 2010 03:39 PM PDT


Program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial. Tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih. Program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.


*******************************
Pemenang gesa mansuh PLKN
Harian Metro 24 Julai 2010

GEORGETOWN: "Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuhkan kerana dipercayai gagal mencapai objektifnya," kata Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yussof Latiff, semalam.

Pemenang bersama 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa kerajaan memansuhkan PLKN kerana didapati gagal mencapai objektif sejak diperkenalkan pada 2003.

Beliau berkata, setiap tahun apabila senarai pelatih PLKN dikeluarkan dalam media, ibu bapa dan pelajar takut serta kurang yakin menghantar anak mereka mengikuti program itu kerana tahap keselamatan kurang memuaskan di kem.

Menurutnya, ada ibu bapa pernah memintanya memberi surat sokongan dengan pelbagai alasan supaya anak mereka dikecualikan menyertai program itu berikutan kes kematian, rogol, penyakit berjangkit dan buli. "Kami percaya pelaksanaan program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial, contohnya, remaja bermasalah yang mengikuti program ini lebih berani untuk terbabit dengan gejala sosial seperti Mat Rempit," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih dan sewajarnya wang berjumlah RM500 juta itu disalurkan kepada persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang terbukti keberkesanannya dalam membentuk jati diri positif dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemenanggesamansuhPLKN/Article