Rabu, 7 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mesyuarat Pimpinan PAS-PKR Negeri Pahang

Posted: 07 Jul 2010 12:16 AM PDT

Alhamdulillah, selesai sudah round pertama perjumpaan diantara pimpinan PAS dan KEADILAN Negeri Pahang bagi membincangkan kerjasama diantara kedua-dua parti itu di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Pahang di Temerloh.
Banyak perkara yang telah dapat diselesaikan termasuk perkara-perkara bersabit Pilihanraya Umum akan datang, gerakkerja yang disatukan dan termasuk juga pembentukan struktur organisasi yang akan juga diselaraskan dengan DAP.
Mesyuarat itu bersetuju menubuhkan sekretariat bersama dan penggembelingan tenaga diantara PAS, PKR dan DAP.
Penyatuan gerak kerja ini akan mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang diperingkat Negeri Pahang.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya

Posted: 07 Jul 2010 06:42 AM PDT

Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini membidas kerajaan kerana membelanjakan terlalu banyak wang rakyat bagi dua projek 'gajah putih' di Putrajaya.

"(Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru) tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad)," katanya di lobi parlimen.

"Perangkaan...menunjukkan purata 20 pengunjung yang melawat Astaka Morocco setiap hari, jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan."

Menjawap soalan Liew di Dewan Rakyat, sebelum itu, Timbalan Menteri, Wilayah persekutuan, Datuk M Saravanan berkata Astaka Morocco dibina pada kos RM20 juta dan RM250,000 dipibelanjakan setiap tahun untuk penyelenggaraannnya.

Ini termasuk 'pembersihan khas' untuk kolam dan juga tulisan khas yang dipamerkan di dinding serta ukirannya di pintu. Tahun lalu, 8,500 melawat monumen berkenaan.

Saravanan berkata Monumen Alaf Baru yang dirasmikan pada 2003, pula menelan perbelanjaan RM21 juta untuk dibina dan kos penyelengaraannya pula adalah RM93,000 setiap tahun.

Bagaimanapun kementerian tidak mengetahui jumlah pengunjung ke monumen itu kerana ia terletak di kawasan yang terbuka.

Menurut Saravanan, kedua-dua monumen berkenaan dibina bagi menarik orang ramai mengunjungi Putrajaya manakala Monumen Alaf Baru dikatakan mempunyai nilai sejarah.

"Memandangkan kedua-dua monumen itu telah dibina, adalah lebih baik ia dijadikan tempat untuk rakyat. Sebagai contoh, artis boleh mempamerkan seni dan bakatnya di sini. Sekarang ini, tempat ini dibiarkan kosong," katanya.

Liew juga menggesa kerajaan supaya berunding semula dengan Putrajaya Holdings, yang sekarang ini menyaksikan kerajaan terpaksa membayar RM1 bilion setiap tahun untuk bayaran sewa premis berkenaan.

"Ini hampir 0.5 peratus daripada bajet tahunan yang digunakan hanya untuk sewa, tidak termasuk penyelenggaraan, hanya kerana bagi memenuhi fantasi seseorang," katanya.

As
taka Morocco, terletak di Taman Botani dan dibina bagi melambangkan keutuhan dipllomatik antara Malaysia dan Maghribi, khususnya berhubung rakyat dan kebudayaan kedua-dua negara.

Manakala Monumen Alaf Baru setinggi 68meter terletak di Precinct 2, Putrajaya. Rekabentuknya diambil daripada bunga raya dan melambangkan sejarah negara bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Sumber: Malaysiakini

Tolak Usul Tidak Jejas Penerbitan Suara Keadilan

Posted: 07 Jul 2010 06:29 AM PDT


KUALA LUMPUR 7 Jul - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menolak usul untuk membahaskan isu penggantungan permit penerbitan Suara Keadilan dalam kamarnya atas alasan Kementerian Dalam Negeri masih lagi dalam peringkat pertimbangan berhubung isu tersebut.

Usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Dewan Rakyat pada Isnin lalu membantah tindakan KDN tersebut serta mendesak Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein segera mengarahkan agar permit tersebut diperbaharui.

Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Suara Keadilan telah membuat permohonan untuk memperbaharui permit sejak bulan Mac 2010.

Beliau mempersoalkan mengapa pihak KDN mengambil masa yang terlalu lama untuk memproses permohonan tersebut.

"Jangan salahkan kami, kita telah mengikuti segala prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita merasakan pihak kementerian mempunyai mala fide, berniat jahat terhadap Suara Keadilan maka jangan dibebankan kepada KEADILAN," ujar Azmin.

Beliau dalam pada itu menegaskan lidah rasmi parti itu akan tetap diterbitkan seperti biasa.

Sumber: Suara Keadilan

Pakatan Rakyat Kecam Tindakan Polis Buru Raja Petra

Posted: 06 Jul 2010 11:45 PM PDT


Tindakan polis untuk memburu individu yang melindungi blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin dikecam pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka sebaliknya menganggap polis dan kerajaan Umno Barisan Nasional sebagai punca Raja Petra meninggalkan negara ini berikutan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA selain faktor campur tangan dalam institusi mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger, Raja Petra Kamaruddin akan didakwa atas alasan menyembunyikan penjenayah.

Memetik laporan Bernama, polis akan memanggil ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra yang menulis rencana menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Buat masa ini Raja Petra terpaksa bersembunyi di negara lain atas sebab beliau dijangkakan akan dikenakan tindakan ISA dan tidak akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkaman terbuka dan kalau begitu, beliau berhak untuk lari daripada negara kita supaya beliau tidak diambil tindakan yang langsung tidak berasan dan ideal," katanya.

Tony Phua kesal kerana pendedahan yang dibawa Raja Petra melalui blog beliau tidak disiasat sebaliknya kerajaan Umno BN lebih berminat kepada siapa yang menanggung sara hidup Raja Petra.

"Kita rasa siapa yang berikan tekanan kepada dia, siapa yang berikan wang tanggungan kepada dia, itu bukan masalah yang tidak berkaitan langsung dengan kes yang sebenar Raja Petra berada di negara lain dan juga di Malaysia.

"Selama ini apa yang didesak oleh Raja Petr a adalah kerajaan enggan membawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kerajaan ke satu mahkamah terbuka untuk satu kes yang seimbang dan telus," katanya.

Beliau menyatakan tiada siapa yang menyembunyikan Raja Petra sepertimana yang digembar-gembur media arus perdana kawalan Umno BN.

"Tiada siapa-siapa yang sembunyikan Raja Petra, terpulang kepada polislah, bagi saya tiada siapa-siapa yang sembunyikan Raja Petra, Raja Petra seorang yang berdikari dan dia tahu jaga diri beliau, kerana dia tahu undang-undang , jadi terpulang kepada tindakan yang bakal diambil dan semua tahu yang Raja Petra sedang berada di luar negara," katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hairan kerana pendedahan Raja Petra yang berkait rapat dengan kes pembunuhan dan penyalahgunaan kuasa, terbiar begitu sahaja tetapi mengadakan pertemuan dengan blogger ini, pula menjadi suatu kesalahan.

"Saya rasa ini sangat luar biasa oleh kerana tentu bukan satu kesalahan untuk berjumpa Raja Petra khasnya apabila belum apa-apa lagi dikenakan apa-apa kesalahan dan kalau apa-apa kesalahan pun bukan kesalahan untuk berjumpa seseorang tetapi saya rasa ini adalah tindakan yang berlebihan dan tidak membantu kepercayaan orang ramai," katanya.

Sumber: TVSelangor

Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap

Posted: 06 Jul 2010 11:40 PM PDT


Perdana Menteri Najib Razak berdolak dalih sekali lagi apabila secara mengejut membayangkan kemungkinan kerajaan membenarkan semula judi sukan bertapak di negara ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa jika kerajaan meluluskan judi sukan, lesen berkenaan akan diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, kerana syarikat itu diberi kelulusan itu sebelum ini.

Jawapan Najib itu menguatkan desas-desus bahawa Umno-BN hanya menangguhkan pemberian lesen untuk judi sukan selepas membatalkan kelulusan itu akibat tekanan masyarakat umumnya dan gagasan pakatan rakyat.

Ini pengumuman Najib pada 26 Jun lalu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno

Tidak sampai dua minggu kemudian, Perdana Menteri mengubah rentaknya. Ini pendirian terbaru beliau mengenai judi sukan, sebagaimana yang dibacakan oleh ahli parlimen pokok sena Mahfuz Omar.

"Untuk makluman YB, kerajaan belum lagi mengeluarkan apa-apa lesen bagi pertaruhan bola sepak dunia 2010, oleh demikian isu anggaran berkaitan hasil yang dikutip daripada pertaruhan ini tidak timbul walaubagaimanapun kerajaan menawarkan pengeluaran semula lesen pada Ascot Sport Sdn.Bhd untuk mengendalikan pertaruhan bookie tidak termasuk pertandingan bola sepak piala dunia," katanya.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu.

"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka," ini jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Jawapan bertulis Perdana Menteri itu dengan sendirinya bermakna ruang masih terbuka untuk judi sukan menjadi kenyataan di Malaysia.

"Maknanya isu piala dunia ini tidak timbul soalnya sekarang ialah yang diberikan bukan piala dunia, dan maknanya selepas ini apa kemungkinan pertandingan lain seperti English Premier, Argentina, isunya sekarang adakah kerajaan akan tetap memberikan lesen kepada Ascot Sport yang selain daripada piala dunia," katanya.

Alasan yang diberikan oleh Najib untuk terus menimbang membenarkan judi sukan ialah Malaysia mungkin hilang punca pendapatan jika ia tidak berbuat demikian.

"Jawapan kepada saya semalam ialah jawapan bertulis bahawa dipertegaskan oleh Menteri Kewangan kita, jadi soal yang timbul di sini ialah apa sebenarnya soal pendirian kerajaan ini. Oleh yang demikian isu berkaitan anggaran hasil yang dijangka dikutip pendapatan negara, oleh kerana pertaruhan bookie tanpa lesen, kerajaan nampaknya akan kehilangan pendapatan apabila pertaruhan beralih ke negara-negara asing yang membenarkan pertaruhan berkenaan," katanya.

Mahfuz berkata jawapan Najib itu juga seolah-olah untuk menjaga hati vincent Tan dan Ascot Sports.

"Oleh sebab itu kita lihat di sini, kerajaan menawarkan semula lesen itu untuk Ascot Spot bagi mengendalikan lesen untuk piala dunia kerana syarikat ini pernah diberi kelulusan judi untuk menjalankan aktiviti tersebut," katanya.

Sumber: TVSelangor

PERSB Yakin Kerajaan Negeri Taib Tumbang Pada Pilihan Raya Negeri

Posted: 06 Jul 2010 11:30 PM PDT


SHAH ALAM 7 Julai - Parti Ekonomi Rakyat Bersatu (PERSB), sebuah parti politik baru di Sarawak berikrar menumbangkan kerajaan zalim PBB-Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Parti pembangkang itu turut mengumumkan akan meletakkan calon di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu dan 31 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, satu sidang media mengenai perancangan parti itu akan diadakan pada 10 Julai di sebuah hotel di Kuching.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Setiausaha PERSB, Mohammad Noh Bakri berkata, penubuhan parti itu yang disertai golongan berpendidikan tinggi dan kalangan tokoh profesional, bertitik tolak daripada kezaliman kerajaan pimpinan Abdul Taib yang melakukan pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman kepada masyarakat pribumi di negeri itu.

"Rakyat Sarawak sudah lama menderita, tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh, tanah nenek moyang mereka ditindas. Apa yang kamu lihat (dari laporan media) hanya lah luaran. Di kawasan Hulu pedalaman, mereka-mereka ini masih tak mendapat kemudahan infrastruktur dan tanah mereka dirampas oleh kerajaan.

"Anak-anak Orang Hulu merasa diri mereka teraniaya. Apabila mereka telah berjaya dan mendapat pendidikan, mereka tubuh satu parti politik dan mereka mahukan hak untuk mentadbir negeri ini," ujarnya.

Tambah beliau, apa yang akan disaksikan pada sidang media parti itu Sabtu ini sebagai kejutan dan 'sesuatu yang bakal menggerunkan' kerajaan pimpinan Abdul Taib.

"Parti ini adalah kebangkitan anak kelahiran Sarawak. Apabila penubuhan parti ini berjaya dihidu kerajaan Sarawak, mereka merasa cukup gerun dengan PERSB," tambah beliau.

Menurut Mohammad Noh, PERSB akan bertanding atas tiket calon bebas pada pilihan raya negeri akan datang selepas permohonan mereka ditolak pendaftar pertubuhan (ROS) sebanyak dua kali pada Januari dan April lalu.

Tegasnya, beliau yakin kerajaan BN pimpinan Abdul Taib akan tumbang pada pilihan raya akan datang dan untuk itu parti itu sedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya ditawar berbuat demikian.

"Kita bersifat terbuka. Kita tidak akan tolak sekiranya mereka (Pakatan Rakyat) datang kepada kita. Apa yang pasti kita memang tidak akan bekerjasama dengan musuh (PBB-BN)," jelasnya lagi.

Menurutnya, separuh dari pemimpin dan calon pilihan raya merupakan muka-muka baru dalam politik dan merupakan anak jati kelahiran Sarawak yang berasal dari pendalaman manakala selebihnya adalah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Tegas Mohammad Noh, rakyat Malaysia terutama di Semenanjung tidak mendapat gambaran sebenar pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan kerajaan pimpinan Taib Mahmud terhadap masyarakat pribumi di Sarawak.

"Tidak dapat digambarkan kezaliman (pimpinan Abdul Taib). Kita rakyat Sarawak, kita tahu bagaimana menderitanya rakyat Sarawak selama ini. Sebab itu kita tubuh parti ini kerana kita nak betul-betul rakyat Sarawak kami yakin kita akan tadbir negeri ini dengan lebih baik," katanya yang menyifatkan bawah pentadbiran Abdul Taib lebih kejam dari pemerintahan apartheid di Afrika Selatan pada satu ketika dahulu.

Katanya, parti itu telah bertapak selama tiga tahun di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan membantu membiayai kegiatan ekonomi penduduk kawasan pedalaman.

Projek tanaman Jarak, sebuah projek tanaman untuk biodiesel di kawasan hulu pedalaman negeri itu telah banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan Hulu Sarawak.

"Setiap kali pilihan raya rakyat Sarawak telah digula-gulakan untuk mengundi BN dengan bayaran RM10 seorang. Tetapi kini mereka sudah mendapat pendapatan lebih RM1,000 sebulan dengan usaha kami," jelas beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad Cam Secara Tergesa-gesa

Posted: 06 Jul 2010 11:25 PM PDT


SHAH ALAM 7 Jul - Peguam Azzamudin Omar, rakan kepada Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang mati ditembak polis 27 April lalu kesal dengan tindakan polis yang memanggil anak guam membuat
kawad cam secara tergesa-gesa di Ibupejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam petang semalam.

Farhana Abdul Halim yang mewakili Azzamudin dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Monaliza Mokhtar yang ditemui media bersama Azzamudin di perkarangan ibupejabat polis berkata pihaknya hanya
diberitahu secara tiba-tiba dan kawad cam telah pun dijalankan.

"Kita sangat tidak berpuas hati kerana Azzamudin dipanggil dalam waktu yang singkat tanpa sempat memaklumkan kepada peguam.

"Azzamudin telah dimarahi oleh salah seorang pegawai polis untuk mempercepatkan proses kawad cam itu malahan beliau dibuat seperti seorang pesalah.

"Cara mereka mengadakan kawad cam itu adalah amat tidak profesional langsung dan beliau ditakut-takutkan dengan cara yang sangat tidak beretika," ujar Farhana.

Katanya lagi, pihaknya sememangnya menjangkakan Azzamudin tidak akan dapat mengecam kerana kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang amat pantas dan gelap,

Kata Farhana sudah tentu keadaan ini menyukarkan Azzamudin untuk membuat pengecaman sama ada polis yang memukulnya itu berpakaian seragam atau tidak.

"Kawad cam ini adalah daripada laporan polis pada 26 Mei lalu yang mana Azzamudin membuat laporan berhubung beliau dipukul semasa arwah Aminulrasyid mati ditembak polis.

"Proses itu dijalankan oleh pegawai polis, ASP Shanmugam daripada Ibupejabat Polis Bukit Aman,"

Dalam pada itu, bapa Azzamudin, Omar yang juga merupakan pegawai polis dari ibu pejabat polis yang sama melarang anaknya menemui media selepas kawad cam itu dengan alasan tidak mahu media memainkan isu tersebut kerana beliau baru sahaja 'selesa' untuk bekerja.

Sumber: Suara Keadilan

Musa Berlagak Hero Sebelum Pencen

Posted: 06 Jul 2010 11:20 PM PDT


SHAH ALAM 7 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berusaha menonjolkan dirinya sebagai hero menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional dengan secara tiba-tiba membangkitkan isu Jemaah
Islamiah dan terbaru isu usaha menangkap penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin yang dikehendaki oleh pihak polis.

Tindakan 'mengambil hati' Umno-BN dilihat sebagai membantu misi mengalih perhatian rakyat terhadap isu kritikal seperti penglibatan Apco Worldwide dalam soal keselamatan negara, skandal komisyen
dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan juga beberapa rancangan pengambilan tanah serta soal lesen judi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kesal dengan tindakan Musa dan menyifatkan pendedahan yang dibuat KPN tersebut kepada media seumpama mencari populariti demi memenuhi kepentingan dirinya.

"Saya yakin benar bahawa dia bermain politik dalam isu ini, jika tidak kenapa dengan tiba-tiba menjadikan dirinya sebagai orang penting dengan mengetengahkan isu tersebut semata-mata bagi menyambung semula kontraknya sebagai KPN yang dijangka berakhir pada September tahun ini.

"Oleh yang demikian dia terpaksa cari isu untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau juga menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan BN berdepan dengan banyak isu besar termasuk pembelian kapal selam Scorpene, lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik
Yahudi di negara ini, Apco.

"Sehingga sekarang perkara tersebut tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan untuk diambil tindakan. Bagi menutup isu tersebut, kerajaan menggunakan isu yang baru tentang pergerakan yang berada di negara ini selain bertindak menakut-nakutkan rakyat.

"Kita lihat kerajaan sekarang sedang melakukan usaha mengalih perhatian umum kepada isu yang telah dikeluarkan oleh KPN berkenaan dengan isu JI.

"Umno-BN cuba mengalihkan isu yang telah kita dedahkan dahulu berkaitan penglibatan Apco, lesen judi mahupun penyerahan aset negara kepada negara luar dan juga soal pengambilan tanah daripada
terus menjadi perhatian umum.

"Kita juga berpendirian sikap pelampau tidak boleh dibiarkan dan diambil tindakan tegas, tetapi isu yang besar itu janganlah dibiarkan perlu diselesaikan segera bukan dengan menggunakan cara mengalihkan pandangan rakyat.

"Kalau benar-benar sepertimana yang didakwa Musa, kenapa sehingga sekarang tiada tangkapan yang dibuat pihaknya," tegas beliau lagi.

Johari juga berharap fokus perlu ditumpukan kepada soal keselamatan sementara soal JI perlu diselesaikan oleh pihak polis dan bukan menggunakan cara pendedahan awam tentang kumpulan tersebut agar rakyat berasa takut dengan situasi yang berlaku di dalam negara ini.

Sebelum itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa pada 14 Jun lalu menyatakan kumpulan JI sedang berusaha untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka.

Ekoran kenyataan itu, pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Selain itu beliau menambah kumpulan terbabit merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara.

Dalam kenyataan yang sana, Musa juga berkata pemantauan akan dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti sebarang ceramah atas faktor keselamatan negara.

Sumber: Suara Keadilan

KDN Main Tarik Tali Dengan Suara Keadilan

Posted: 06 Jul 2010 11:15 PM PDT



SHAH ALAM 7 Julai - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penebitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dianggap seperti bermain tarik tali berhubung arahan kementerian yang meminta akhbar itu menjawab tiga surat teguran yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN , Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Suara Keadilan berkata dalam pertemuan beliau secara tidak dirancang semalam dengan Setiausaha Bahagian Kawalan
Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad menanyakan kepada beliau alasan tidak membalas tiga surat teguran yang dihantar kementerian awal tahun ini.

Selaku peguam Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata Suara Keadilan telah pun memberi jawapan mengenai tiga surat terbabit pada 29 Jun sementara jawapan kepada surat tunjuk sebab pada 30 Jun
lalu.

Bagaimanapun KDN dalam surat kepada Suara Keadilan bertarikh 2 Julai 2010 masih belum hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Dia (Zaitun) tanya saya semalam bila Suara Keadilan nak serah tiga jawapan surat tunjuk sebab seperti yang diminta.

"Saya nyatakan padanya, kita (Suara Keadilan) telahpun menghantar surat jawapan berhubung perkara itu.

"Dia tak berpuas hati dengan jawapan yang kita berikan sedangkan kita mempunyai alasan kukuh kenapa kita berbuat demikian.

"Kemudian, saya jelaskan pada beliau bagaimana kita nak jawap surat-surat tersebut sedangkan sehingga kini pejabat Suara Keadilan masih belum menerima dokumen berkenaan.

"Firma guaman saya telahpun menghantar surat tersebut kepada KDN, jadi mereka mempunyai alamat lengkap pejabat Suara Keadilan. Ini menunjukkan kementerian sengaja melengah-lengahkan malah cuba bermain tarik tali dengan kita," jelas beliau.

Menurut Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib parti mahupun pihak akhbar tidak mempunyai rekod menerima ketiga-tiga surat teguran yang dimaksudkan KDN.

"Kami harap KDN faks kepada kami salinan surat terbabit, selagi kami tidak ada dalam simpanan bagaimana kami mahu memberi penjelasan," katanya.

Pada 28 Jun lalu, KDN memberi surat tunjuk sebab kepada Suara Keadilan berhubung aktikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan di muka hadapan dalam keluaran 22-29 Jun lalu.

KDN juga telah menggantung permit penerbitan akhbar ini berkuatkuasa 1 Julai lalu kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan akhbar tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di Selangor

Posted: 06 Jul 2010 11:10 PM PDT


SHAH ALAM 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah didalangi agenda politik Umno-Barisan Nasional yang semakin panas punggung ekoran usaha tegas kerajaan negeri membanteras aktiviti dan penyelewengan pengeluaran pasir oleh pihak terbabit sejak lebih 20 tahun dahulu.

Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam.

"Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini.

"Saya di panggil SPRM untuk mengambil keterangan saya atas fitnah oleh seseorang yang cuba mengaitkan saya dengan aktiviti mencuri pasir melibatkan sebuah syarikat bernama MNT Construction Enterprise yang saya sendiri tidak tahu mengenainya dan tidak kenal siapa mereka ini (dibelakang syarikat terbabit)," tegas beliau lagi.

Suhaimi menjelaskan telah menjadi prinsip beliau dan semua ADUN Pakatan Rakyat bahawa tiada seorang pun akan terlibat sama sekali dalam aktiviti haram, bahkan beliau menentang kuat aktiviti mencuri pasir yang amat berleluasa semasa pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Tambah beliau gejala ini semakin terkawal di bawah pengendalian dan pengawasan kerajaan negeri Pakatan Selangor, walaupun masih terdapat sedikit kelemahan.

"Cengkaman KEADILAN ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang terlibat hingga terpaksa mencari alternatif dengan mendakwa kami pula yang terlibat dalam kegiatan haram ini.

"Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebagai pemangkin kepada usaha mengurangkan kecurian pasir oleh mereka yang tamak. Aktiviti mencuri pasir juga amat berleluasa di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kegiatan itu tidak disiasat menyeluruh kerana negeri itu adalah di bawah cengkaman Umno-BN," jelas Suhaimi.

Menurut beliau lagi, aktiviti ini berleluasa di bawah kerajaan Umno-BN tetapi dilindungi oleh pimpinan mereka.

Beliau memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan.

Suhaimi juga menegaskan percubaan kali ini adalah kesinambungan serangan siri terbaru Umno-BN yang memperalatkan agensi seperti SPRM untuk mencemarkan maruah kerajaan negeri Selangor dan mencalar imej beliau sebagai seorang ADUN Pakatan Rakyat yang memegang teguh prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

"Ini adalah satu propaganda politik dan jelas mempunyai tujuan 'mala fide' atau berniat jahat untuk mencemar Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kami akan menentang usaha jahat ini dengan mendedahkan lebih banyak pembohongan Umno-BN dan menelanjangkan siapa sebenarnya yang melindungi aktiviti pengeluaran pasir haram di sungai dan tanah kerajaan negeri satu ketika dahulu.

"Kita minta SPRM siasat mereka tanpa memilih bulu dan akhirnya, kebenaran pasti akan terbukti. Serangan ini tidak sama sekali akan melemahkan semangat saya dan rakan rakan untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran," tambah beliau.

Beliau serta ADUN Batu Caves Amirudin Shari di panggil SPRM Khamis lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah. Suhaimi dipanggil semula ke SPRM Isnin lepas.

Sumber: Suara Keadilan

Dasar Umno-BN Jadikan Warga Sabah Minoriti Di Bumi Sendiri

Posted: 06 Jul 2010 11:05 PM PDT


PETALING JAYA 7 Julai - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sejak menyertai gagasan Malaysia 47 tahun lalu Sabah telah menjadi negeri termiskin di Malaysia kerana dasar pilih kasih dan diskriminasi pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan rakyat negeri itu menjadi kaum minoriti di negeri sendiri.

Malah Sabah dinafikan hampir kesemua janji pembangunan seperti kemudahan infrastruktur, jalanraya, bekalan elektrik, sistem perpaipan dan kemudahan komunikasi seperti jalur lebar.

Ketika berucap pada forum 'Kemelaratan Warga Sabah Di Lembah Klang' Ahad lalu, Kit Siang berkata sekiranya titik permulaan usaha mengatasi masalah ini tidak dilakukan Sabah bersama Sarawak dikhuatiri akan kekal dalam keadaan yang sedia ada untuk tempoh yang lama.

Hakikat ini tambah beliau dapat dilihat kebenarannya melalui kenyatan pimpinan Umno-BN yang bangga dengan Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' kuasa politik mereka.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur menegaskan forum yang diadakan akan menjadi titik permulaan untuk memperdengar rintihan kesusahan dan keperitan hidup warga Sabah di Lembah Kelang dan di Sabah khususnya.

"Sejak penubuhan Malaysia 47 tahun lalu hingga kini adakah semua harapan dan keperluan rakyat Sabah telah ditunaikan ataupun tidak dengan penubuhan Malaysia?

"Kenapa tidak? Ada sebabnya, antaranya dahulu pada tahun 1963, warga Sabah hanya 400,000 dan rakyat Sabah tidak menyangkakan populasi tiba-tiba boleh meningkat dari 400,000 kepada lebih 3 juta pada tahun 2009, seolah-olah warga Sabah adalah 'super producers'.

"Saya juga mendapat tahu ada kajian dijalankan yang mengatakan warga pribumi Sabah kini sudah menjadi kaum minoriti, bukan lagi majoriti akibat pembanjiran warga asing. Rakyat pribumi menjadi warga asing di tanah sendiri" tegas Kit Siang.

Jelas beliau, 47 tahun dahulu semasa penubuhan Malaysia, rakyat Sabah tidak perlu berhijrah ke Semenanjung Malaysia kerana kekayaan sumber asli di Sabah tetapi kerajaan Umno-BN takut warga Semenanjung pula akan berhijrah ke Sabah kerana tertarik dengan kehidupan di Sabah maka mereka telah mewujudkan sekatan imigresen.

"Tetapi kini, anak-anak Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk cari pekerjaan semata-mata mahu mencari makan? Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, sesuatu yang amat tidak kena berlaku.

"Kalau Sabah dan Sarawak tidak menyokong Umno-BN pada pilihan raya umum dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sudah menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Ketua Pembangkang.

"Kita dapat lihat Putrajaya tidak memandang serius peranan yang telah dimainkan oleh Sabah dan Sarawak. Memang benarlah kerajaan Umno-BN ada memberikan jawatan penting kepada warga Sabah dan Sarawak seperti Speaker parlimen adalah warga Sabah. Mana ada Speaker pernah dilantik daripada rakyat Sarawak? Timbalan Speaker pula dari Sarawak. Satu dari Sabah, satu dari Sarawak," kata beliau lagi.

Tambahnya, untuk rakyat biasa Sabah dan Sarawak pula, tiada apa-apa keistimewaan yang diberi dan keadaan inilah yang perlu diubah di segi aspek keseimbangan kuasa di Malaysia.

"Apa yang mustahak ialah kita perlu membawa suara rakyat Sabah mengenai masalah mereka, kita perlu menyampaikan mesej ini kepada warga Sabah jika kita mahu menyelesaikkan masalah pokok, khasnya warga Sabah mempunyai tempat yang sewajar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat Sabah dan warga lain adalah setara di bawah Pakatan Rakyat dan itu yang penting, jika tidak, keadilan tidak akan dapat dicapai," ulas Kit Siang.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberitahu peserta forum bahawa daripada jawapan yang diberi di parlimen, industri perkilangan di Selangor masih memerlukan lebih 20,000 pekerja di mana gaji purata pekerja kilang adalah RM1,000.

"Ada juga syarikat yang menawarkan lebih daripada itu semata-mata untuk menarik minat pekerja tempatan. Kita juga tahu ada sebuah syarikat yang memerlukan seorang jurutera yang baru habis belajar dan tanpa pengalaman, dengan gaji permulaan RM2,500 tetapi itu pun sukar diisi.

"Inilah keadaan Selangor pada masa ini di mana rakyat tempatan mula memilih kerja hingga syarikat terpaksa mencari pekerja asing," jelas Theresa.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah pula berkata PAS sedar akan masalah yang dihadapi oleh warga Sabah di kawasan Kota Raja dan beliau sentiasa menghulurkan bantuan sedaya mungkin.

"PAS percayakan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita dapat lihat dengan jelas ini merupakan satu polisi yang dikawal oleh kerajaan Umno-BN," kata beliau lagi.

Jelas Dr Siti, pembanjiran warga asing yang melanda Sabah menyebabkan peluang pekerjaan dimonopoli oleh warga asing dan keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia hinggakan anak tempatan tidak mampu menyaingi gaji rendah yang diberi kepada warga asing ini.

"Syarikat swasta dengan alasan tiada peruntukan akan menawarkan gaji begitu rendah di mana anak tempatan akan kerugian dan menggunakan peluang ini untuk mengambil warga asing. Bagaimana kita boleh bersaing dengan mereka yang sanggup bekerja untuk gaji murah?

"Inilah petunjuk kerakusan Umno-BN membuat polisi yang membebankan rakyat dengan alasan mahu meningkatkan ekonomi tetapi kebajikan rakyat diabaikan," tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

KPDNHEP Digesa Lindungi Kepentingan Pengguna

Posted: 06 Jul 2010 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 Julai - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lebih menumpukan perhatian pada kaedah memelihara kepentingan pengguna.

Ini berikutan kaedah pelaksanaan tribunal telah menafikan hak pengguna untuk membawa peguam apabila berhadapan satu-satu tuntutan pengguna dibuat sehingga dihadap ke muka pengadilan.

"Dalam tribunal ini, apa yang berlaku adalah pengguna tidak dibenarkan membawa peguam ketika pendengaran dilakukan.

"Manakala presiden tribunal pula akan membuat keputusan dengan menjadi sekadar orang tengah apabila satu-satu tuntutan pengguna dibuat.

"Akibatnya, kes-kes penganiayaan pengguna seperti kes Abdul Aziz Abdul Ghani vs Nazakia, bernombor TTPM-WB(B)1095-2004 seringkali menimpa pengguna," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Merujuk kes tersebut, Johari berkata, ketua tribunal pada dua sesi pendengaran pertama kes itu memutuskan bahawa Abdul Aziz dibenarkan menuntut RM2,000 dan kemudiannya dikurangkan pada RM1,500 dari Naza Kia kerana syarikat pengedar itu tidak hadir dalam pendengaran tersebut.

Menurut beliau, Naza Kia kemudiannya membawa kes tersebut ke mahkamah demi mempertahan kepentingan korporat mereka.

Akhirnya, hakim pula memutuskan Abdul Aziz membayar lebih RM10,000 sebagai menanggung kos mahkamah dan sebagainya.

Melihat pada kes tersebut, Johari menyifatkan akta yang sedia ada langsung tidak melindungi pengguna.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata pengguna di negara ini seolah-olah tidak dilindungi oleh satu akta yang khusus.

Beliau juga khuatir kerana Akta Perlindungan Pengguna yang sedang dibahaskan sejak sebulan yang lalu masih tidak memperlihatkan komitmen kerajaan untuk melindungi pengguna.

"Kita bimbang sebab tak ada klausa-klausa spesifik untuk melindungi pengguna. Ini kerana akta yang sedia ada nyata menafikan hak pengguna.

"Selepas 11 tahun akta ini tidak dipinda, memang banyak kes menafikan hak keadilan pengguna," kata Azan lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Sidang Akhbar di SUK

Posted: 07 Jul 2010 08:07 PM PDT

Pada 1 Julai 2010 BBC Selangor telah mengadakan sidang akhbar berkenaan penafian empat ADUN Keadilan tentang isu keluar parti. Sidang akhbar ini dihadiri oleh beberapa YB ADUN negeri Selangor, antaranya YB Dr Rani (Meru), YB Azmin (Bukit Antarabangsa), YB Gan Pei Nei (Rawang), YB Lau Weng San (Kampung Tunku), YB Dr Yunus Hairi (Sijangkang), YB Nik Nazmi ( Seri Setia), dan beberapa ADUN yang lain.

Tujuan sidang akhbar ini adalah menyatakan pendirian kami kepada umum. Pendirian yang kami ambil adalah akan terus mendokong perjuangan rakyat, dan tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan yang kami bawa. Dakyah-dakyah musuh sebenarnya ingin melemahkan kesepakatan yang dicapai. Jadi saya seru agar pembaca tidak mengambil bulat-bulat berita yang belum pasti kesahihannya.

Sesi soal jawab bersama wartawan


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Condolences Over Desmond Fernando’s Demise

Posted: 07 Jul 2010 01:57 AM PDT

I am deeply saddened by the untimely death of my friend colleague in the fight for liberal democratic causes,Mr.Desmond Fernando.

I shall always remember him for his steadfast support of constitutional government and liberal causes,best exemplified by his leadership of the Dudley Senanayake Foundation and as President of the Council for Liberal Democracy.

The Legal fraternity of Sri Lanka has lost an advocate of undimmed luster,constitutional government an exponent of compelling eloquence,and i a friend of enduring memory.

My solicitude to the bereaved in their time of loss.

Anwar Ibrahim
Opposition Leader
Parliament Malaysia

Ceramah DSAI Di Wangsa Maju

Posted: 06 Jul 2010 10:38 PM PDT

Ehsan Mediarakyat.com

Catatan Mitch Kapor

Posted: 06 Jul 2010 10:22 PM PDT

From Mitch’s Posterous

I’m back from Kuala Lumpur where I gave a couple of talks on innovation and entrepreneurship. Press coverage from The Malaysian Insider and The Star (Malaysia) explains the context pretty well.

I tried to communicate that companies in Silicon Valley didn’t succeed because of some magical formula which could be copied. Searching for a formula for success in order to apply it is doomed to failure. However, underlying principles such as the willingness to tolerate risk and embrace failure are important. Creating a culture and mindset that supports innovation is the goal. Unfortunately or not, culture is not something which can be mandated by policy, but it can be influenced and nudged.

The talks were quite well received. There is a lot of grassroots interest in learning more about startups and what makes them succeed and applying that in the local context. My hosts were extraordinarily gracious and welcoming. I’d not been to that part of the world previously and would encourage all (especially Eric Ries of “Lean Startup” fame) to visit.

Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?

Posted: 06 Jul 2010 07:16 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai ‘anak kunci peti rahsia’ kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara,” jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

“Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja,” jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar,” beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu ‘Raja Blogger’ terbabit semata-mata.

“Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua,” tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ‘Raja Blogger’ itu mungkin mempunyai ‘kunci pendua’ peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

“Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita,” jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Teks ucapan Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju, pada 07 Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:45 AM PDT

Quality of Justice Compromised Datuk Yang Di Pertua, Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahsan Ruang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Rendah, 1948. 1.  Memang tidak dapat di nafikan sejak Tun Zaki menjadi Ketua Hakim Negara banyak langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi backlog of cases. 2.  Memang juga tidak dapat di nafikan bahawa Mahkamah seluruh [...]

Parliament Questions Time, 7 July 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:27 AM PDT

Kerajaan tidak meluluskan/menganugerahkan sebarang kontrak penswastaan kepada mana-mana syarikat swasta termasuk Asas Serba Sdn Bhd untuk mengambil alih operasi jalan tol daripada PLUS Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat Soalan No. 20 Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta  Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn [...]

Majlis dialog bersama penduduk dengan IPD Sentul

Posted: 07 Jul 2010 07:12 AM PDT

Pada 06 Julai 2010 jam 8.30 malam yang lepas telah di adakan satu dialog antara penduduk-penduduk di jalan langkawi bersama Ibu Pejabat Polis Sentul yang turut di hadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju. Dialog ini adalah atas permintaan penduduk –penduduk bagi membincangkan tahap keselamatan di kawasan mereka khususnya dan Wanga Maju amnya. Pihak polis di wakili [...]

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


Malaysia: Government Bans Critical Cartoons - Zunar

Posted: 07 Jul 2010 01:29 AM PDT

In Malaysia, political cartoons criticizing the government are labeled as a threat to national security. Last week, the Government of Malaysia banned three of my political cartoon books and magazines under the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA).

On June 24, Home Ministry secretary-general Mahmood Adam said that "all three publications have been banned for their contents that can influence the people to revolt against the leaders and government policies." He added that the contents are not suitable and detrimental to public order.

Last year, officials from the Home Ministry also raided my office in Kuala Lumpur and siezed my other magazine, Gedung Kartun (Cartoon Store) under the same act.

On February, hundreds of copies of Funny Malaysia and Isu Dalam Kartun were seized from vendors throughout the country.

The PPPA offenders are punishable by up to three years imprisonment and/or a fine of up to 20,000 Malaysian Ringgit (about $6,250) for printing, importing, producing, reprinting, publishing, selling, circulating, distributing, offering to sell and possessing prohibited material or contents.

Funny Malaysia is a compilation of my work in the established independent web portal Malaysiakini.com , while Gedung Kartun and Isu Dalam Kartun are magazines that feature collaborated work between me and my team of cartoonists.

The artists involved includes Ronasina, Jonos, Art, Enot, Haili and a few others. These three publications contain 312 cartoons pieces and have been on the market since January with a 15,000 circulation each.

Prime Minister Najib Razak's administration is tainted with three big issues; conspiracy against the former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu and the submarine scandal.

Anwar's popularity is a threat to Najib's political career, thus the administration concocted the infamous sodomy charge in order to send him to jail.

And the extra ordinary payment made by the government to the French company in the procurement of Scopenes submarines is also a largely talked about topic. The deal took place while Najib was a defense minister.

In relation to that, the murder of Altantuya, a translator in the deal, using an explosive C4 bomb is also a big issue. Even though Najib denied involvement in the case, the majority of Malaysian public think other wise.

Also, there are other hot issues such as the appointment of a Jewish company as an adviser to the Prime Minister, corruptions and cronyism, etc.

National newspapers bounded by the APPA, which requires newspaper owners to renew their license every year, black-out reports, articles or analysis regarding these issues, while most of Malaysian cartoonists choose to silence.

My banned cartoons highlight these subjects, and my intention is to give the correct perspective and information to the reader. It's a duty for any political cartoonist to be a 'watch dog' to the authority and to represent the voice of the people through art.

The ground stated by the government that my cartoons are not suitable and detrimental to public order is peculiar. It's funnier than the cartoon itself!

Corrupt politicians should blame themselves; Shooting the messenger does not make them clean. In democratic countries, the government should recognize the role played by political cartoonists in creating dissident views.

I reiterate, the banning of my books and magazines by the Malaysian government is politically motivated to block alternative thinking and critical voices. The action is also a mockery to press freedom and freedom of expression.

So far no charges have been brought against me and even if there are, it won't affect my stance. I will continue drawing until the last drop of ink.

——

Zunar is the foremost political cartoonist in Malaysia and can be contacted at zunar49@gmail.com.

Cagle

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Teks ucapan Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju, pada 07 Julai 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:45 AM PDT

Quality of Justice Compromised Datuk Yang Di Pertua, Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahsan Ruang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Rendah, 1948. 1.  Memang tidak dapat di nafikan sejak Tun Zaki menjadi Ketua Hakim Negara banyak langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi backlog of cases. 2.  Memang juga tidak dapat di nafikan bahawa Mahkamah seluruh [...]

Parliament Questions Time, 7 July 2010

Posted: 07 Jul 2010 08:27 AM PDT

Kerajaan tidak meluluskan/menganugerahkan sebarang kontrak penswastaan kepada mana-mana syarikat swasta termasuk Asas Serba Sdn Bhd untuk mengambil alih operasi jalan tol daripada PLUS Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat Soalan No. 20 Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta  Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn [...]

Majlis dialog bersama penduduk dengan IPD Sentul

Posted: 07 Jul 2010 07:12 AM PDT

Pada 06 Julai 2010 jam 8.30 malam yang lepas telah di adakan satu dialog antara penduduk-penduduk di jalan langkawi bersama Ibu Pejabat Polis Sentul yang turut di hadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju. Dialog ini adalah atas permintaan penduduk –penduduk bagi membincangkan tahap keselamatan di kawasan mereka khususnya dan Wanga Maju amnya. Pihak polis di wakili [...]